Senja semalam, saya berjaya mengkhatamkan novel terbaru air tangan penulis thriller yang tak asing lagi iaitu Ramlee Awang Murshid. 2 hari je. Tu pun sebab ada stop kejap. Kalau tak, rasanya sehari pun dah setel kot. Macam biasa, setiap kali beliau keluar dengan novel baru, saya memang tak akan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.
Setelah puas mengembara bersama 4 siri ceritera epik thrillernya (Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Sutera Bidadari) , kali ini beliau tampil dengan genre yang menjadi kepakarannya iaitu penulisan yang berintipatikan psikologi manusia iaitu novel yang bertajuk Fiksyen 302.

Sedikit tentang Fiksyen 302 ialah cerita ini mengisahkan bagaimana peguam muda yang ditugaskan untuk membela anak guamnya yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302, hukuman mati mandatori! Bagaimana cerita ini dikupas oleh Ramlee Awang Musrhid memang seperti biasa mendebarkan dan agak memeningkan. Stress ahkak tau!!
So, kepada peminat-peminat Ramlee Awang Murshid yang tertunggu-tunggu buah tangannya yang terbaru, sila dapatkan Fiksyen 302 di toko berhampiran anda. Toko katanya. Hak hak.. Okla dah pukul 4.30 pagi ni. Gila tak tido lagi kan. Ok bai..




4:02 am on December 29th, 2011
yo BS.. ko ada simpan projek 238? aku pernah melilau cari novel ni tapi tak ketemuan sampai hari ni..
9:04 am on December 30th, 2011
memang bes giler novel ni..sampaikan sye pon nak jadi giler..hahahha
5:22 pm on January 7th, 2012
Hhaha jgn gile sangattt…
6:10 pm on January 17th, 2012
Arrgghh!!! buat kesekian kalinya saya gagal mentafsir pengakhiran atau dalang disebalik seluruh isi novel nihh.. bila rasa2 dah dapat agak ending and true story nye, tengok2 baru sampai mukasurat 300, petanda gerenti sangkaanku meleset sama sekali.. Ramlee, my Fav Author. HMM,, ntah bile saya leh jadi cam die,huhu..
11:55 pm on January 17th, 2012
Try la tulis..mane tau boleh je cam RAM
4:17 am on February 8th, 2012
akak tertinggal satu la siri laksamana sunan,total all ada 5 buah. y ke-4 cinta sufi not sutera bidadari…hehe=)
11:33 pm on February 25th, 2012
Saya suka buku ni tapi ayah saya tak bagi karana mahal bolah kurang sikit tak harga tu
11:37 pm on April 15th, 2012
jangan percaya sampai ceria nim tamat
9:46 am on June 14th, 2012
Buku2 ram mempengaruhi,kdalam alam fantasi saye.saye nk jumpe zonan
9:48 am on June 14th, 2012
Terbaek la fiksyen 302
7:34 am on September 2nd, 2012
payahnya nak dpt ni novel..huhuhuhu