Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Akak tengah baca novel baru RAM – Magis.

20130927-213311.jpg

Menurut sinopsis, cerita dalam novel ni menggabungkan 5 hero dalam novel-novel RAM terdahulu iaitu Laksamana Sunan (hero siri Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Sunan Musafir, Sutera Bidadari & Cinta Sufi), Tombiruo (hero siri Tombiruo, Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir), Carlos (hero Mandatori), Ryu-Watanabe (hero Hatiku di Harajuku) dan last but not least Mikhail (hero Mikhail).

Kononnya Fenomena Halo akan menemukan lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ini ke sebuah dunia magis. Mesti menarik!!

Menurut Wikipedia:-

Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahariatau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.
Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

20130928-112910.jpg

Yang bestnya, dengan cara penceritaan terperinci oleh RAM, akak dapat revise balik novel-novel lama yang akak baca tu. Yelah, macam Mandatori tu, akak mula-mula baca tahun 2002 kot. Haa, dah lebih 10 tahun. Hatiku di Harajuku yang boleh membuatkan jantung kita meletup sebab berdebar-debar sangat membacanya tu pun dah 6 tahun kot akak baca. So, bila baca Magis ni, memang dapat mengimbau balik rasa debaran tu. Cewah! Drama sangatz..

Okla, nak sambung baca. So, sape-sape yang belum memiliki novel ni, silalah beli dengan kadar segera ye. Tapi kalau boleh, baca dulu novel-novel RAM yang lama yang akak senaraikan kat atas tu dulu. Kang takut blur pulak tak paham cerita dalam Magis ni..

Oke, daaa…

Assalamualaikum..

Cemana peminat-peminat Ramlee Awang Murshid, dah dapatkan novel beliau yang terbaru ke? Novel yang berjudul Aku Bercerita ni merupakan buah tangan baru beliau untuk tahun ni..

20130110-073345.jpg

Aritu akak berjaya mendapatkan novel ni kat MPH One Utama. Mujur ada. Novel last dia Sunan Musafir tu punyelah hazab nak carik. Harga novel Aku Bercerita ni RM25 je..

Nak tau sinopsis? Jap akak copy paste..

* Sinopsis AKU BERCERITA *

Seorang pengarang novel cuba menulis naskah terbaharu. Malangnya gejala writer’s block melanda. Suatu masa…dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar.

Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian… semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

Jom! Dapatkan segera di toko buku berhampiran! *toko katanye. Hiks

Daaa.. Nak sambung baca..