Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sambungan daripada Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 2

AMARAN : Entry ini akan dipenuhi dengan gamba-gamba yang baaaaaanyaakkkkk giler.. Enjoice!

Lupa plak, sebenarnya lepas balik makan malam tu, kitorang tak terus tido tapi membuat kira-kira bape juta lagi duit yang tinggal. Kang sedap je belanja sana-sini, pastu dah tak boleh nak bayar sewa bilik pulak. Haa, duduklah kat Pulau Weh tu jadi nelayan! Kan? Sambil tu asing-asingkan jugak duit untuk aktiviti besoknya. Bape juta untuk bayaran bilik, bape juta untuk diving dan snorkeling, bape juta untuk transportation. Camtulah.. Tak main puluh-puluh ke ratus-ratus ke. Kita main juta-juta je kat sana. Hiks!

Kalau tak cukup duit rupiah, tu duit ringgit tu bakal dikorbankan di money changer!!

Lepas dah diskas-diskas pasal duit, kami mengambil kata sepakat untuk menyelam dan snorkeling pagi esoknya nanti. Tapi yang sedihnya, saya tak boleh nak join budak berdua tu diving. Ahkak rabun dek. Goggle yang diving centre tu sediakan pun yang takde power. Kang kalo saya menyelam jugak, apa yang nampak? Oleh itu, saya redha jelah dengan hanya bersnorkeling. Goggle untuk snorkeling tu ada gak power sikit walaupun tak banyak. At least nampak jugakla ikan-ikan berenang. Gittew..

Kami dah janji nak jumpa dengan tuan punya diving centre tu pada jam lapan pagi. Jam 6 pagi saya dah terbangun. Lepas solat Subuh saya buat air dan lepak kat balkoni kejap. Sempatlah ketuk bilik Syahir soh dia bangun.

Dalam pukul 7 saya turun dan saja amik-amik gambar. Lawanya lah pemandangan waktu pagi. Pastu Suzana dan Syahir join sekali. Kami amik gamba sampai ke jeti di hujung sekali. Berposing sakan. Kah kah.. Ada gaya yang hanya sesuai untuk majalah Mangga dan URTV. Tukang amik gambanya Suzana. Yang jadi mangsa, saya dan Syahir. Selagi dia tak puas hati, masaklah kami kena jadi model. Lenkali amik kelas fotografi dulu okeh. Huhu..

Nah saksikanlah gamba-gamba di Pantai Iboih di waktu pagi..

Selepas puas berpoyosing, dalam pukul 8 tu kami bergerak ke diving centre untuk mendengar taklimat bagaimana menggunakan peralatan menyelam tu semua. Nama cikgu yang bagi penerangan tu Miji. Kami juga diterangkan bagaimana nak mengawal pernafasan, sign language yang harus digunakan dan sebagainya. Walaupun saya tak terlibat, saya sebok jugak dengar. Penting gak okeh sebab nak snorkeling nanti. *Padahal saya kat permukaan air je.. Hiks

Tokey diving centre

Cikgu Miji tengah explain cemana nak guna tong oksigen tu

Lebih kurang jam 8.30, semua peralatan dimasukkan ke dalam bot dan kami dibawa ke tengah laut oleh Abang Rahmad diiringi bersama cikgu yang mengajar menyelam tu. Kat sini, walaupun kita takde diving license, mereka akan ajar yang introduction punya. Kira oklah untuk mereka yang pertama kali nak mencuba. Bayaran untuk introduction diving  ni ialah Rp500,000 atau RM170! Murah okeh.. Cuba carik tempat lain! Silap-silap dia ajar kat swimming pool je..

Ready nak menyelam

Cara nak pakai pemberat kena menonggeng supaya benda tu ketat kat pinggang

Lepas dah tinggalkan Suzana dan Syahir kat area nak menyelam tu, saya dan Abang Rahmad bergerak pula ke tempat untuk snorkeling. Kitorang babai-babai dan pesan antara satu sama lain supaya masing-masing jaga diri. Tak lama lepas tu Abang Rahmad memberhentikan bot. Eh, dah sampai? Ek elleh.. Tempat menyelam dengan nak snorkeling tu tak sampai 100 meter kot. Siap boleh borak-borak (tapi kena jerit lah sikit) lagi dengan budak berdua tu. Ceh! Buat penat je kitorang bersedih-sedihan. Ingatkan jauh sikitlah tempat nak dibawaknya saya bersnorkeling tu. Hampeh!! Kitorang gelak sampai pecah perut.

Saya dan Abang Rahmad pun berdua-duaan la bersnokerling. Kong ajaq punye Syahir. Dia cakap saya dan Abang Rahmad macam pasangan yang baru kahwin tengah berbulan madu. Berpimpin tangan. Hampeh!! Haha!! Akak ni rabun, kan… Masa berenang-renang tu selalu je mendudu ke arah lain. Kenalah Abang Rahmad tu tarik tangan saya. Keji tau!

Alhamdulillah walaupun tak clear sangat mata ni, still boleh nampak ikan berwarna-warni dalam air tu. Kaler pelangi pun ada. Sambil-sambil tu amik gamba. Mujur pinjam member saya punye kamera yang boleh pakai dalam air. Bolehla pose-pose dalam air kan? Tengkiu Jinggo!

Ni nak tunjuk dulu gamba-gamba dari kamera dorang (pinjam diving centre punya) masa dorang menyelam.. Banyak gilerr.. Sila jangan muntah!

Motip ada keta dalam laut. Terbabaskah? Ke saje nak buat effect tukun?

 

Amacam? Cantek tak pemandangan dasar laut? Terkesima tak?

Tapi takde pun gamba akak kan? Hanya ini yang akak mampooo uols.. 

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Apa tengok-tengok? Nak kena belasah??

*Nangesss

Lepas dah kecut segala kaki tangan, saya cakap kat Abang Rahmad yang saya nak naik atas bot. Budak berdua tu pun dekat nak abes dah oksigen dorang. Oksigen dalam tong tu boleh bertahan untuk sejam je. So, tak lama lepas tu, dorang pun balik ke bot.

Cikgu yang mengajar menyelam tu pun dah nak balik ke pantai. Dah tamat class. Hihi. So, Abang Rahmad tinggalkan kitorang kat Pulau Rubiah sementara dia pegi hantar cikgu menyelam tu balik ke Pantai Iboih. Sambil tu kitorang pesan kat dia mintak tolong belikan air dengan roti. Lapar wehhh sebab tak makan dari pagi. Kitorang pun lepak-lepak je sambil amik gamba.

Boleh nampak Pantai Iboih dari Pulau Rubiah

Syahir ajar cemana cara nak survive kalo takde makanan kat laut. Kopek teritip kat batu tu untuk dimakan. Yucks! Bau dia macam oyster

Ikan paus tengah keluarkan air. Heehee

Duyung ke dugong?

Tak lama lepas tu, Abang Rahmad datang semula bawak makanan. Air Teh Botol dengan beskot. Jadilah untuk alas perut.

Mari kita lihat apa isinya..

Abang Rahmad

Teh Botol Menyegarkan – iklan sangatsss

Satu Ninja Satu Teh Botol!

Ni tengah karok sebenarnya

Melawan pompuan ni.. Tanak kalah! Haha

Ninja nak menyerang!! Hiyaakkkk!!!

Dah makan-makan tu, Abang Rahmad ajak kitorang pegi bahagian pulau sebelah satu lagi. Tak payah naik bot pun. Kitorang jalan merentas hutan je. Mujur dorang memang dah sediakan track. Melintas jugaklah makam Puan Rubiah ni tadi. Puan ke ha? Memandai-mandai je haku.. Ke Puteri Rubiah? Haha lupa dah. Besar gak makam dia dalam hutan tu.

Pantai kat sebelah satu lagi tu coral dia lagi cantik tapi kawasan tu agak kotor sikit. Tapi taklah kotor cemana pun. Ada macam botol-botol minuman je. Tapi takpe, sebab biasanya dorang kat sana akan bersihkan pantai pada hari Jumaat. Nanti bersihla tu.

Lepas setengah jam snorkeling kat situ, kitorang pun patah semula ke pantai mula-mula tadi. Angkut semua barang masuk dalam bot, balik semula ke chalet kat Pantai Iboih. Masa tu jam dah pukul 12.30 tengahari.

Bila sampai je kat chalet, tengok-tengok supir kitorang yang semalam tu, si Pram tu dah ada. Kesian dia tunggu kitorang dari pukul 11 pagi lagi. Sebab semalam tu, dah janji dengan dia nak gerak dari Pantai Iboih untuk melawat tempat-tempat lain dalam pukul 11. Ni, pukul 11 elok je kitorang berenang-renang lagi.

Plan asal, dia nak bawak kitorang pegi Gunung Berapi, air terjun, pantai pasir putih, pantai pasir hitam dan lain-lain tempatlah dalam Pulau Weh tu. Adakah misi tersebut berjaya? Sama-sama kita nantikan dalam episod Jejak Kembara Tanah Rencong yang seterusnya. Haha poyo!

 

Sambungan dari Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 1

Kami tiba di Pelabuhan Balohan, Sabang jam 4 petang. Macam biasa gak, mesti ada yang approach punye. Ada sorang mamat ni persistent sangat mengekor Syahir. So, mamat ni berjaya menawan hati kami untuk memilih beliau. Pram namanya. Kami minta dia hantar ke Pantai Iboih, salah satu pantai yang terdapat di Pulau Weh selain Pantai Gapang. Bila tengok keadaan van yang bakal kami naiki tu, agak kecut perut gakla. Dalam van tu dah ada sorang makcik dan seorang lelaki lain.

Peta Pulau Weh, Sabang

Opss sebelum terlupa, sebenarnya di kalangan pelancong sahaja Sabang ni dikenali sebagai Pulau Weh manakala bagi rakyat tempatan, ia dikenali sebagai Sabang. Pulau Weh ke, Sabang ke, sebenarnya merujuk kepada pulau yang sama.

Yeay! Sampai akhirnya..

Kat Sabang ni kes malaria masih tinggi

Haa.. Tak reti-reti?

Dalam perjalanan ke Iboih (nampak tak dalam peta tu?), sempatlah Pram berhenti isi minyak kejap. Harga seliter Rp4,500 atau RM1.50.

Isi minyak jap

Pastu bila sampai kat satu tempat tu,  kami boleh nampak laut yang terbentang luas kat sebelah bawah. Cantik gilerrr pemandangan. Pram berhenti lagi untuk kami ambil gambar. Saya pulak gatal turun jauh sikit dari van. Kononnya nak amik view lagi cantiklah. Nyaris nak kena kejar dengan beruk. Yang si Syahir, hangen je menengok perangai saya. Haha..Sorry bro!

Lawa sangat..

Uzur dah pintunya

Masing-masing muka dah penat. Lapar plak tuh

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 45 minit dari pelabuhan Sabang ke Iboih saya rasa macam tak sampai-sampai. Kejap-kejap saya tanya Pram berapa lama lagi nak sampai. Rupa-rupanya dia terlebih dahulu nak hantar makcik yang sorang tu dengan lelaki tu ke satu kampung. Agak mengerikan jugaklah keadaan jalan nak masuk ke kampung tu. Bukan jalan tar okeh! Cuma serpihan batu-bata pecah yang ditabur menjadi jalan. Curam pulak tuh. Bila van kami melalui atas serpihan batu tu, saya tanya kat Pram tu. Tayar van dia tak bocor ke? Tajam kot.. Dia kata tak pecah pun. Terer gile! Kalau keta saya agaknya tetiap minggu kena tukar tayar.

Cer tengok jalan dia

Sepanjang perjalanan tu, kiri kanan kami dipenuhi dengan hutan sekunder yang tak berapa tebal. Lopak air hujan bertakung sana sini. Nampak jugaklah kambing dan lembu berjalan-jalan waktu petang. Ayam itik pun ada. Memang damai je rasa. Saya tak berapa sure nama kampung tu. Tak silap saya, Ujung Kareung camtula lebih kurang bunyinya.

Bebek atau itik

Dalam kampung tu kelihatan banyak pondok besar yang berbumbungkan atap nipah. Rupanya itu adalah tempat dorang membuat batu-bata. Kiranya kalau kat Malaysia ni kilang batu-bata lah..

Tempat bikin batu-bata

Lepas keluar dari kawasan kampung tu, kitorang lalu pekan kecik. Nampak budak-budak tengah main, balik sekolah dan sebagainya. Kat situ gak banyak saya nampak surau/masjid dan pesantren. Dorang kat sana mungkin lebih kepada sekolah agama kot.

Selepas menempuh 1 jam lebih perjalanan, fuh akhirnya kami tiba di Pantai Iboih hampir jam 6 petang. Mak aii lawanya engkau… Laut membiru terbentang dan pulau-pulau hijau menghiasinya sebagai latarbelakang. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Alhamdulillah cuaca elok, tak hujan. Sempatlah amik gamba sana sini. Posing atas bot bagai sementara menunggu Syahir menguruskan chalet.

Subhanallah!

Bot-bot tengah parking

Kedai runcit dan cenderahati

Kami memilih untuk menyewa di di Jelita Bungalows. Yang bestnya, bilik kami ni bebetul menghadap pantai. Best..

Jelita ke kau nak dok sini??

Kami ambil dua bilik bersebelahan yang berharga Rp250,000 satu malam. So, dua bilik Rp500,000 atau RM170.

Jelita ke uols? Puii!! Ni la rupa banglo kami. Haha banglo la sangat..Bilik kami hujung sekali sebelah kiri. Bilik Syahir tengah-tengah

Dalam setiap bilik ada sebuah katil besar, TV, aircond (bilik Syahir pakai kipas), bilik air, water dispenser. Kira lengkap dan murahla. Siap ada disediakan sejadah lagi. Tapi yang sedikit keji, takde sabun! Motippppppp???!!!

Katil queen. Motip tema cadar pun ikan lumba-lumba..

Bila dah boleh masuk bilik, teruslah saya dan Suzana naik ke atas bilik nak mandi dan bersolat. Saya nampak Syahir masih di bawah tengah berborak dengan beberapa orang lelaki.

Sambil-sambil mandi (tanpa bersabun), Syahir datang  ketuk bilik kami. Dia nak ajak ikut brader tadi tu pegi memancing. Memula macam malas sebab nanti kesian dorang nak tunggu kami nak bersiap la hape. Lagipun takut dorang lama nak memancing tu. Tapi dorang kata kejap je. Pukul 7 pegi, pukul 8 malam kang baliklah. Lepas dengar janji manismu itu, so lepas bersiap solat sume, kitorang pun turun.

Nak ke lokasi memancing tu kena naik bot. Wahhh!! Asyik bangat pabila wajahku dipuput bayu laut sambil melihat kocakan air laut beralun-alun. Hak hak.. Klasik gitu. Matahari pun dah nak terbenam. Tinggal sipi-sipi je lagi nak gelap.

Peace..

Redho kena ikut memancing

Feeling tengah buat video klipkah?

Tekong – Abang Rahmad

Mentari merah di ufuk timur..eh barat..

Damai dan mendamaikan

Hero Pulau Weh

Lepas bot bergerak lebih kurang 200-300 meter dari pantai, bot berhenti dan sauh pun dilabuhkan. Ohh, lupa nak bagitau. Kami ni menumpang 3 orang lelaki yang Syahir dok bersembang kat bawah tadi tu lah pegi memancing. Yang mengemudi bot tu namanya Abang Rahmad. Dia lah yang paling terror memancing. Dua orang lagi tak ingat pulak namanya. Salah seorang tu (baju merah), tuan punya diving centre kat situ, tapi dia bagitau dia pekerja je. Yelah tu..

Abang Rahmad memancing tak pakai pancing pun. Dia sumbat je umpan kat mata kail, turunkan tali tangsi, nah!! Hambek ko selamba ikan diangkat naik ke bot satu persatu. Ikan kerapu, ikan apetah lagi saya tatau nama. Merah menyala kaler dia. Sambil memancing kami ditemani dengan alunan lagu dalam bahasa Acheh yang dipasang di henpon brader baju merah. Dorang mintak dengar lagu Malaysia tapi sorrylah uols. Dalam henpon weols sume lagu Omputeh.. *larikkk..

Kau mampooo? Kata Abang Rahmad di dalam hati

Tak lama lepas tu, Suzana pulak nak try. Memula macam susah nak dapat. Sekali dah dapat, terus 5 ekor ikan yang pompuan tu dapat naikkan. Lepas seko, seko.. Dapat je ikan, terus amik gambar. Bukti bahawa beliau adalah protege nelayan yang baru! Kah kah!

Ikan pertama

Ikan kelima

Saya tak kuasa nak mengail-ngail ni. Ahkak pose-pose pegang kamera je. Syahir pun ada try jugak, tapi sekor ikan pun tak lekat. So, kami membuat tuduhan bahawa semua ikan yang ada dalam laut tu ikan jantan! Sebab tu dia nak kat Suzana je. Hik hik..

Geli sebab cara nak pegang ikan tu, kena pegang kat mata dia. Saya dapat rasa mata dia bergerak-gerak..

Berlakon pegang ikan bolehla

Hasil tangkapan

So, memula tadi janji manismu pukul 7-8 malam je kan? Lepas Suzana dah galak sangat memancing, akhirnya jam 9 malam baru kami bergerak balik ke pantai. Perut dah berkeroncong sebab dalam feri tadi kami hanya makan kuih dan minum air je. Sesampai semula ke pantai, Abang Rahmad tanya nak makan ke. Ofkos lah nak tapi kami nak mandi-mandi dulu. Abang Rahmad pun nak balik dulu rumah dia. So, kami berjanji jumpa semula lepas setengah jam.

Sebelum naik ke bilik, kami singgah dulu beli sabun dan makanan apa-apa yang patut kat kedai runcit yang ada kat situ. Mamat yang jaga kedai tu pernah duduk kat Bangsar selama 10 tahun. So, cakap orang KL la dia. Kellasss ko kan?

Lepas tu terus kami naik untuk mandi semula (bersabun!!) dan siap bersolat semua. Saya dah siap dulu dan terus lepak kat beranda. Tak lama lepas tu Abang Rahmad pun sampai. Dia join saya lepak dan seperti mamarazi saya pun bersembang dengan dia dan bertanyakan kisah tsunami yang berlaku lapan tahun lepas…

* Mainkan lagu Ombak Rindu please….

Masa kejadian tsunami, umur abang berapa? *sambil pegang pen dan buku nota.. Haha gila, takdelah..ingat wartawan ke..

–> Umur Bang Rahmad masa tu 28 tahun

Ada keluarga yang terlibat?

–> Ada, adik saya seorang bidan dan mamak (ibu) saya. Adik saya hilang terus tak dapat dikesan. Mamak pula saya berjaya temui selepas puas mencari dalam timbunan mayat-mayat lain. Bapa saya Alhamdulillah selamat kerana sempat berpaut pada buah kelapa selepas dinaikkan oleh ombak tsunami sehingga sampai ke puncak pokok kelapa..

Abang Rahmad menyambung lagi…

–> Masa kejadian, Bang Rahmad dengar orang riuh rendah beritahu air laut naik. Bang Rahmad bilang sama mamak supaya pergi menyelamatkan diri ke Rumah Acheh (mungkin tempat ni tinggi kot). Entah bagaimana mamak boleh ditimpa musibah. Mungkin dia cuba nak menyelamatkan orang lain. Bang Rahmad ketika itu, sempat berpaut pada tiang rumah dan air naik sangat cepat. Akhirnya terpaksa naik ke atas bumbung. Bang Rahmad cubit-cubit pipi. Mimpikah aku ni? Terasa sakit bila dicubit. Bang Rahmad tarik-tarik pula telinga. Sakit juga. Ini bukan mimpi nihh…

Sayu je saya dengar masa tu..

–> Akhirnya selepas air agak surut, kami mulai mencari saudara masing-masing. Kami berhati-hati berjalan sebab takut terpijak mayat. Kebanyakannya semua bertelanjang. Selepas beberapa jam mencari, akhirnya Bang Rahmad jumpa mamak Bang Rahmad. Ketika itu air masih di paras dada. Jadinya Bang Rahmad pegang tangan mamak dan peluk badannya sambil menarik mayatnya mengharung air. Mujur juga ada air, kalau tidak harus dikendong.

Di Sabang ni terkena tsunami tak?

–> Ada juga tetapi tidak seteruk di Banda Acheh kerana di sini lautnya dihalang dengan pulau-pulau.

Hmm.. macam tulah lebih kurang perbualan saya dengan Bang Rahmad. Walaupun tragedi yang meragut ratusan ribu nyawa tu sudah berlalu lapan tahun lalu, saya percaya kenangan itu tak mungkin dapat dilupakan dalam lipatan kenangan beliau. Oh ya, ayah Abang Rahmad pula meninggal 4 tahun selepas tragedi tsunami kerana dipercayaai terminum air laut yang dah bercampur dengan sulfur gunung berapi yang meletus bawah laut tu. Menurut Abang Rahmad, kebanyakan yang ditemui selamat semasa tragedi tsunami tu, ada yang meninggal dua hari kemudian dan ada juga yang meninggal seminggu kemudian. Kebanyakannya sebab terminum air laut yang dah beracun tu selain disebabkan oleh ajal yang memang sudah dijanjikan tiba.

Selepas dah berborak, kami pun terhegeh-hegehlah nak pegi makan malam. Masa tu dah pukul 10 malam. Ni bukan makan malam lagi dah. Kira supper dah ni. Kami ingatkan kena jalan kaki ke, naik kereta ke. Sekali, naik moto daaa… Syahir naik dengan brader tuan punye diving centre manakala saya dan Suzana membonceng Abang Rahmad. Gila kau naik moto 3 orang! Sayalah yang jadi mangsa duduk kat tengah-tengah. Hahaha gila jadi minah rempit. Kelakar pon iye. Macam katun..

Mat rempit Syahir

Minah rempit. Hahaha..

Kedai makan yang dorang bawak kitorang tu terletak di Gapang, lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapan kami. Jalannya pulak memang turun naik bukit. Dahla gelap gulita. Sejuk pulak tu. Belasah je lah..

Warkop atau Warong Kopi Naguna

Kami sampai, lauk pun dah tak banyak yang tinggal. Maklumlah dah pukul 10 kan. Kami ambil nasi berlaukkan ikan goreng dan ayam. Lepas makan nasik, belasah pulak makan pisang salai. Total harga makanan dan minuman kami Rp65,000 atau RM21.

Pisang salai

Lepas makan, Abang Rahmad dan kawannya menghantar kami pulang ke chalet. Banyak kodok melintas dan beberapa kali Abang Rahmad terpaksa mengelak. Tapi ada la seko tu kena gak langgar. Sorry Encik Kodok. Rupanya Sabang memang terkenal dengan amfibia tu. Saya dan Suzana dah menjerit-jerit sambil angkat kaki takut kodok tu melompat ke kaki kami. Eeeeiiiiiii geli!!!

Sampai je kat chalet, terus tukar baju dan apa lagi.. Tido….

Nantikan sambungan hari kedua kami bersnorkeling dan menyelam di Pulau Rubiah dalam Jejak Kembara Tanah Rencong : Episod 3.. Daaa..