Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Setelah dikeji-keji bila nak siapkan entry Acheh, ahkak pun insaf lalu menaip dengan laju-laju untuk tatapan semua.

“The world is a book, and those who do not travel, read only one page.” Saint Augustine

Begitu ahkak memulakan entry… Hiks!

Banda Acheh sebenarnya TAK PERNAH termasuk dalam list saya untuk dilawati. Yelah, apa yang ada di Banda Acheh selain kesan tsunami kan? Nak tengok kesan tsunami? Ala, Google je. Youtube pun berlambak-lambak. Apa pasal pulak sampai nak ke sana bagai? Kang ada pulak yang kena telan tsunami. *Bayangan ngeri mula bermain di fikiran..

Acheh terletak paling Barat dan paling Utara di Indonesia

Akan tetapi, satu hari saya bertanya seorang rakan saya ke mana destinasi percutian beliau dan gengnya selepas menjelajah Hongkong dan China, beliau menjawab Banda Acheh! Ooo, ok. Saya takde rasa apa-apa pun masa tu sehinggalah suatu hari ada perkara yang berlaku membuatkan hati saya sangat sedih (waahh drama sangatz!). Saya ingat lagi tarikhnya 18 Februari. Terus saya sms Syahir..

Jom gi Banda Acheh. Bleh tengok peninggalan tsunami..

–> Bila?

Bulan 9 la tapi. Tiket pegi 7 heng. Tiket balik 7 heng. Campur caj apetah. Pegi balik 66 heng sorang..

–> Lambatnya bulan 9. Nak pegi Korea lagi. Hahahaa *keji betul budak ni..dah fikir next destination. Kalau sebelum bulan 3 lagi cantek..*padan muka sebab dia kena masuk sekolah balik..

 Okeh, camtu gua book tiket 29/2. Balik 2/3..

Taraaa… Begitulah bermulanya perjalanan kami. Oleh kerana tiket flight ditempah dalam masa yang singkat, so kos nak ke sana takla murah sangat. Tiket pegi balik RM276 satu kepala. Heppp.. Bukan saya pegi berdua je dengan Syahir. Kang kena hukum Hudud oleh Polis Syariah plak kat sana. Ada sorang lagi pompuan yang ikut sama. Tu Suzana tu nak campak mana. Kih kih.. Penginapan pulak saya book melalui agoda.com je. Dapatlah bajet hotel. Satu malam RM40. Saya ambil dua malam.

Bila kawan-kawan lain dapat tau saya nak ke Banda Acheh, mereka agak terkejut dan mulalah soalan-soalan cepucemas ditanya “Kenapa Banda Acheh? Kenapa tak Bandung ke, Medan ke..“. Motip nak menggalakkan ahkak bersoping? Saya jawab senang je “Ala.. Medan, Bandung sume tu nanti mesti PruBSN boleh bawak. Banda Acheh ni mesti takde. So, aku nak pegi sendiri. Saje, nak tengok peninggalan Tsunami“. Bajet macam Mercy Malaysia nak bagi bantuan je kan..Hiks..

So, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sempena meraikan hari tahun lompat pada tahun ni (29 Februari), kami akan memulakan perjalanan ke Banda Acheh. Syahir sampai dari Ipoh semalamnya. Saya dan Suzana kutip dia kat Tol Jalan Duta. Bila dah bertiga tu, sempatlah kami berdiskusi lebih lanjut apa nak buat kat sana nanti.

Oleh kerana lepas dah book tiket flight dan hotel, barulah sebok nak buat research pasal Banda Acheh, nampaknya plan kena bertukar sikit. Syahir mencadangkan sebaik tiba di Banda Acheh nanti, kami akan terus ke Pulau Weh dan hari terakhir (Jumaat) baru jalan-jalan di Banda Acheh.

Salah satu sebabnya ialah untuk ke Pulau Weh tu kami perlu menaiki feri. Feri ni pulak, kalau cuaca tak elok atau laut bergelombang, dia tak beroperasi. Kang kalau salah perancangan, nampaknya tak bolehlah nak balik KL pada hari Jumaat tu nanti. Mujur jugak kami plan macam tu sebab rupanya di Pulau Weh, hari Jumaat tak boleh pegi snorkeling atau diving. Ini sebagai menghormati hari Jumaat yang mulia. Nelayan pun memang tak turun ke laut. So, memang takde bot la yang akan bergerak.

Bila dah plan macam tu, nampaknya hotel di Banda Acheh pada malam pertama tu, hangus jela. Kah kah keji.. Seb baik tak mahal.

Kami ke LCCT dihantar oleh supir yang tak asing lagi iaitu Pejal. Jangan marah haa Pejal. Sebab kalau Pejal nak ke airport, saya yang biasa jadi supir dia. Gitu… Kami bergerak dari Kotadem lebih kurang 9.30 pagi. Flight kami pada jam 11.20 pagi. Saya dah check-in melalui web Air Asia awal-awal, so takdelah nak kalut sangat.

Para Mujahidin yang bakal berangkat ke Banda Acheh

Saya jadi jutawan. 2 juta rupiah okeh..Hiks!

Sampai LCCT macam biasa, isi perut dulu. Kami bersarapan kat Marry Brown je.

Lepas makan, jalan laju-laju sebab dah terlambat jugakla sebenarnya. Mujur gate tak tutup lagi. Nampaknya kali ni, dapat tempat duduk pon kat sayap lagi. Saya duduk sebelah seorang wanita yang berasal dari London. Hana nama dia. Berumur 30 tahun. Sempatlah berborak dengan si Hana ni. Dia ni nurse dan bila dah abes kontrak, dia saja datang bercuti ke Banda Acheh ni sambil membuat kerja-kerja komuniti. Tau bape hari dia nak lepak Banda Acheh? Tudiahh 30 hari! Kitorang 3 hari je. Hiks!

Pesawat rasmi kami – Air Asia

Ooo ya, ada satu cite kelakar masa dalam flight. Penerbangan ke Banda Acheh ni bukan tiap-tiap hari. Tak silap saya selang sehari kot. So penuhlah dengan pelancong dan warga Acheh yang nak pulang ke kampung.

Kalau pelancong asing nak ke Indonesia kan kena isi form Kastam sume kan. Kalau warga Indonesia pulak kena isi form lain. Lepas pramugari dah bagi setiap sorang satu form, Suzana start isi dulu sambil-sambil saya baca form tu. Bila Suzana dah habis isi form tu, Syahir kata tu bukan form yang betul. Tu form untuk warga Indonesia yang nak balik ke Indonesia. Pastu dia gelakkan kami macam nak mati. Kuang ajo punye budak! Kuang ajo pramugari tu jugak!!! Dia ingat kami Minah Indon ke? Hahhaha hampeh!!! Patutlah masa saya nak amik form yang dia nak bagi kat Hana tu, dia kata nanti dia bagi form lain. Kejihh!!!

Hana

Suzana tengah isi form

Motip sampai camni lu menulis??

Form yang sudah siap diisi oleh Suzana

Sekali… Untuk warga Indonesia daaa….

Ni baru form yang betul

Gelakkan kami macam orang gila. Kong ajaq!!

Indonkah ahkak?

Penerbangan ke Banda Acheh mengambil masa 1 jam 20 minit. Kami tiba di airport Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh pada jam 11.40 pagi. Memula saya tengok dalam tiket tu, apa pasal bertolak dari KL jam 11.20 pagi, kok sampainya ke Banda Acheh jam 11.40 pagi. Takkan 20 minit je kot. Salah tulis ke hape. Cuak jugakla. Bila saya tanye member, dia cakap “Ko kena tolak sejam la nyah..“. Ye tak ye. Kan Indonesia lambat sejam dari Malaysia. Haha sengal..

 Lepas kuar dari flight terus amik gamba airport ni dulu

Airport Banda Acheh ni takla besar sangat. Dan tak terlampau sibuk. Tapi nak menunggukan imegresen menyetelkan urusan pasport sume tu, amik masa jugakla. Dorang kat sana guna sistem pengecaman 4 jari. Mampoo?

Saya amik gamba ni terpaksa sorok-sorok. Takut kena jerit

Sebelum keluar, setelkan apa-apa yang patut di kamar kecil dahulu

Pemandangan bila dah keluar dari airport

Sebaik kami keluar dari airport, macam biasalah. Ramai yang approach untuk membawa kami ke bandar. Akhirnya Syahir memilih Abang Rosli untuk membawa kami ke hotel. Perjalanan dari airport ke Banda Acheh mengambil masa lebih kurang setengah jam. Rate standard adalah Rp90,000 atau lebih kurang RM30 satu kereta.

Dari airport ke bandar, kami melalui Perkuburan Massal Mangsa Tsunami. Tak singgah pun. Lalu je.. Menurut Abang Rosli, mayat-mayat mangsa Tsunami ditanam saja beramai-ramai di situ tak kira agama dan keturunan. Kesian kan. Perjalanan kami diiringi dengan hujan renyai-renyai. Cuak jugaklah sebab takut tak boleh naik feri ke Pulau Weh. Nanti semua plan tergendala.

Hujan…..

Sebaik tiba di bandar, kami terus menuju ke hotel dulu. Nak bagitau owner tu yang kami terpaksa cancel untuk malam pertama sebab nak terus ke Pulau Weh. Sambil tu sempatla jugak tengok keadaan biliknya. Ada katil single 2 bijik dengan kipas berdiri sebijik. Haha jadilah. Bukan percutian mewah pun. Bilik air pulak kena kongsi. Ahhh, belasah je lah..

Meja pendaftaran

ATM di barisan tempat penginapan kami

Suzana sempat juga membeli kad prepaid bernombor Indonesia. Jimat kalau nak telefon ke Malaysia.

Suzana dan Abang Rosli

Lepas dah settle kat hotel tu, kami terus menuju ke Pelabuhan Ulee Lheue untuk menaiki feri ke Pulau Weh. Jarak antara hotel kami ke Pelabuhan Ulee Lheue lebih kurang 4km dan mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Pintu masuk ke Pelabuhan Ulee Lheue

Sesampainya disana, Syahir terus beli tiket. Feri ke Pulau Weh ada dua jenis. Satu feri lambat yang membawa kenderaan dan penumpang. Kos satu perjalanan dalam Rp18,000 iaitu lebih kurang RM6. Feri cepat pula kosnya Rp60,000 satu perjalanan iaitu RM20. Kami bercadang untuk naik feri lambat yang dijadualkan berlepas jam 2 petang.

Beli tiket dulu…Kesemuanya Rp56,000 ya pak

Feri lambat yang akan membawa kami ke Pulau Weh

15 kereta pertama je boleh masuk untuk setiap satu perjalanan

Perjalanan dengan feri lambat mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Pulau Weh. Kalau naik feri cepat, dalam 45 minit dah sampai. Hujan masih turun renyai-renyai tapi keadaan laut taklah teruk sangat bergelora. Masih terkawal.

Belum penuh lagi dalam feri ni

Orang tempatan yang sempat kami bersembang dalam feri tu cakap, kalau nasib baik boleh tengok ikan lumba-lumba main-main. Tapi kami tak berjaya tengok sebab sebok membuta. Haha. Ada sorang pakcik tu cakap, dia dapat tengok lebih kurang 5-6 ekor ikan lumba-lumba bermain-main dalam air tadi. Arggghh stress! Takpela takde rejeki. Ahkak tengok ikan lumba-lumba kat Youtube jela.. *Menyesal tido sebenarnya..

Dalam feri tu saya beli Teh Botol dan setin air Coke. Air Coke tu bukan untuk minum pun. Saje beli sebab nak bagi tin Coke tu kat anak buah saya. Dia pengumpul tin Coke. Suzana pulak beli 5-6 biji kuih. Sedap gak kuih-kuih dia. Ada satu tu macam mee maggi yang dijadikan kuih. Tah cemana dorang buat ntah.

Orang yang berjualan dalam feri

Kuih muih.. Sedap

Dalam feri tu beberapa kali gakla saya tido bangun tido bangun. Takpun duduk tepi tingkap tengok laut. Pemandangan pun cantik. Gunung-ganang menghijau. Air laut berkocakkan. Awan memutih. Memang sesuai la kalau nak layan jiwang. Kah kah..

Awan membawa hujan

Kocakan air laut pabila feri membelah samudra. Giteww ahkak bermadah helah

Gunung yang menjadi latarbelakang pemandangan

Syahir melayan jiwangnya.. Kih kih

Rumah di pinggir pelabuhan

Cantik perahu pakcik ni

Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya feri berlabuh di Pelabuhan Balohan, Sabang. Alhamdulillah, cuaca sangat baik ketika itu.

Akak penat nak tulis la.. Nantikan sambungan perjalanan akak di Pulau Weh dalam episod Jejak Kembara Tanah Rencong yang seterusnya.. *Matila tatau bape episod baru abes ni…

Hightlight katanya. Ha Janz, ko hengat ko sorang ada highlight bagai? Ahkak pon nak tiru okeh.. Kih kih…

Assalamualaikum uols.. Ahkak baru kembali dari negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Bukan Kelantan okeh. Nuuu Acheh sana! Negeri yang pernah dihempas badai tsunami lapan tahun lepas. Saya ke sana pada hari Rabu lepas dan balik pada hari Jumaat (29 Februari – 2 Mac) bersama dua orang rakan iaitu Suzana dan Syahir. Suzilah, Suzana, Syahir. Cool tak? Kah kah kah. Oke, tak lawak..

Kesan tsunami memang masih dapat dilihat. Bukan sengaja tidak dibangunkan oleh kerajaan mereka tetapi dibiarkan semata-mata untuk mengenang kejadian maha dahsyat yang dapat disaksikan oleh manusia pada abad ini. Insap!

Selain Serambi Mekah, Acheh juga dikenali sebagai Tanah Rencong. Tau tak menatang apakah rencong itu? Nah ni bendanya..

Rencong

Wikipedia : Rencong (Bahasa Aceh: reuncong) adalah senjata tajam belati tradisional Aceh dan bentuknya menyerupai huruf “L“. Rencong termasuk dalam kategori dagger atau belati (bukan pisau atau pedang).

Acheh dikenali juga sebagai Tanah Rencong kerana di Acheh sangat terkenal dengan pembuatan rencong. Rencong selain simbol kebesaran para bangsawan, ia juga merupakan lambang keberanian para pejuang dan rakyat Aceh di masa zaman menentang penjajah dulu.

Oke, dah cite sikit-sikit pasal Acheh ni kan. So, marilah ahkak tunjukkan kat uols ke mana tempat yang ahkak pegi selama 3 hari 2 malam ke Acheh tu. Let’s! Oppps tapi sebelum tu nak bagitau, gamba-gamba kat bawah ni semua ahkak Google sementara nak tunggu ada satu lagi batch gamba dari kamera kawan ahkak. Jadilah dulu ye..

Pantai Iboih, Pulau Weh (Sabang)

Pantai Iboih merupakan pantai yang mengunjur sepanjang 30km di Pulau Weh. Iboih terkenal kerana pantainya yang sangat cantik, airnya yang jerinih dan menjadi lokasi untuk berenang di bawah laut. Di sepanjang pantai Iboih terdapat penginapan-penginapan yang disewakan pada kadar yang berpatutan. Boleh pilih sama ada nak tinggal di banglo (resort) atau motel biasa. Memang cantik sangat pemandangannya!

Pantai Iboih. Tantekkan?

Taman Laut Pulau Rubiah, Sabang

Beberapa meter dari Iboih adalah Taman Laut Pulau Rubiah, yang terkenal dengan terumbu karangnya. Syurga bagi pemancing untuk mendapatkan ikan dan juga penyelam untuk melihat keindahan dasar laut. Memang best melampau! Saksikan ahkak dan rakan-rakan berenang-renang bersama kawanan ikan. *Matilaaa propah…

Dasar laut Pulau Rubiah

Gunung Api Jaboi, Sabang

Gunung berapi yang terletak di Jaboi merupakan gunung berapi yang masih aktif. Terdapat banyak kawah-kawah kecil yang mengeluarkan asap berbau tengik dan sulfur bewarna kuning. Sebuah pengalaman yang menakjubkan bila dapat menjejakkan kaki ke sini.

Gunung Api Jaboi. Masih aktif

Kapal Apung PLTD

Kapal Apung PLTD merupakan kapal seberat hampir 2600 tan yang  terdampar ke darat sejauh 5 km dari tempatnya berlabuh di laut Ulee Lheue Banda Aceh semasa kejadian tsunami 8 tahun lalu. Kawasan sekitarnya sekarang dipagar dan dijadikan salah sebuah objek wisata (saya rasa wisata ni berasal daripada perkataan ‘visit’) yang menjadi bukti keganasan gelombang tsunami yang telah menelan korban  300,000 jiwa rakyat Aceh. Setiap hari kawasan ini dikunjungi oleh pelancong yang ingin menyaksikan keajaiban Tuhan ini. Di sini juga ada dipaparkan gambar-gambar kesan Tsunami yang memang meruntun jiwa bila melihatnya.

Kapal Apung PLTD

Kapal di Atas Rumah

Kapal di Atas Rumah merupakan sebuah kapal nelayan yang tercampak dek gelombang tsunami yang telah menyelamatkan 59 orang yang berada di dalamnya. Kapal ini juga diwartakan sebagai objek wisata oleh pemerintah Acheh.

Kapal Di Atas Rumah

Pantai Lampu’uk

Pantai ni merupakan syurga bagi peluncur (surfer) yang sukakan aktiviti surfing kerana ombaknya yang tinggi. Sebelum tsunami, Lampu’uk mempunyai pantai yang indah sehingga menjadi salah satu tempat rekreasi kegemaran bagi masyarakat Banda Aceh mahupun daerah sekitarnya.

Surfing di Lampu’uk. Ini bukan Syahir ye..

Masjid Rahmatullah

Masjid Rahmatullah ini adalah satu-satunya bangunan yang tegak berdiri di kampung Lampu’uk, Lhoknga, Acheh setelah dibadai rempuhan Tsunami pada Disember 2004. Kawasan sekitar masjid ini dulunya suatu penempatan penduduk yang kaya raya dan padat. Penempatan yang maju dan makmur ini menjadi padang jarak padang terkukur akibat ombak Tsunami. Masjid ini pernah dilawati oleh bekas Presiden Amerika, Bill Clinton. Masjid ini telah diperbaiki oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dari Turki.

Masjid Baitullah. Satu-satunya binaan yang kukuh berdiri selepas dihentai tsunami. MasyaAllah!

Pasar Acheh

Sebuah kompleks membeli belah yang menempatkan puluhan kedai jualan baju-bajan, telekung, perhiasan wanita sehinggalah kosmetik dan penjagaan diri. Kedai-kedai di sekitar Pasar Acheh pun meriah dengan deretan kedai makan dan kedai cenderahati Acheh.

 Pasar Atjeh (Acheh)

Selain tempat-tempat ni, ada gak tempat lain yang saya lalu je, tak sempat nak masuk. Misalnya Masjid Raya Baiturrahman, Masjid Baitur Rahim Uleu Lheue, Muzium Tsunami Acheh dan Perkuburan Massal Sirom. Rasanya kalau 3 hari 2 malam melawat Banda Acheh, memang tak cukup. Yelah, kat Pulau Weh je dah dekat 2 hari.

Oklah, sementara saya dapatkan gambar dari member, saya try tulis entry sikit-sikit ye. Banyak nak cerita ni. Excited! Nanti dah siap tulis dan upload gamba, sila baca sampai muntah.

Satu je nak pesan, sape-sape yang nak melawat Acheh lepas ni, make sure tisu sentiasa ada kat dalam beg. Sedih woo…

Daa….