Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Entry masak-memasak ni adalah entry akak yang paling basi. Dah sebulan lebih punye cerita, baru akak nak tulis. Sorry uols..

Sebenarnya pada 7 Mei yang silam (bulan lepas), akak ada join satu kelas memasak. Walaupun muka akak macam samseng dan suke amik gamba tegedik-gedik, akak minat memasak okeh! Ngeh-ngeh.. So, rentetan daripada peristiwa makan daun kaduk di Good Evening Bangkok aritu, akak ada terpandang iklan kelas memasak yang dorang letak atas setiap meja. So, akak pun tanyelah, cemana nak masuk kelas tu. Pastu waiter dia amik nama akak dan member akak, Suzana untuk dimasukkan dalam peserta kelas memasak yang dorang akan buat nanti. Dorang nak tunggu sampai cukup 20 orang, baru dorang buat kelas.

Lebih kurang dua minggu lepas tu, dorang call. Bagitau kelas memasak tu akan diadakan pada 7 Mei, hari Isnin. Akak pon oke je. Bayaran untuk kelas tu RM120 untuk 4 jenis menu. Kelas start pukul 11 pagi – 2 petang. Akan diadakan di restoran tu jugak. Lets!

Sampailah pada tarikh tersebut, lebih kurang pukul 10 pagi, akak gerak dari rumah ke One Utama. Tak jauh pun. Jem lebih kurang, pukul 10.30 akak dah sampai. Kena ada kat sana at least pukul 10.45 pagi. So, canteklah tu..

Sampai-sampai je, akak melilau carik restoran tu. Ye, akak ada masalah geografi sikit. Selalu gagal carik tempat. Heehee.. Seb baik ada YOU ARE HERE (akak panggil screen yang boleh tunjuk-tunjuk lokasi tempat tu sebagai YOU ARE HERE. Kampung betul! πŸ™‚)

Melilau meraban..

Akhirnya sampai. Suzana pon ada..

Salah seorang peserta – Suzana.. Huhu

Souvenir

Cek nama ada tak..

Lepas register, terus masuk dalam restoran. Rupanya dorang tutup 3 jam bagi memberi laluan kepada kelas memasak. Sape nak makan, sila pegi restoran lain ye.. Tengok staff dorang tengah susun-susun meja dan peralatan memasak untuk kitorang..

Susun periuk ke bang?

Meja demo untuk chef yang akan mengajar..

Tunggu giliran nak buat payment

Mari bayar, mari bayar!!

Step-step menu yang dah dibagi siap-siap

Tunggu kelas start..

Penolong chef

Akhirnya lebih kurang pukul 11 pagi, kelas dimulakan. Menu yang akan diajar pada hari tu ialah :-

1. Green Curry Paste

2. Green Curry Chicken

3. Chicken with Basil

4. Tom Yam Goong

So, kelas kami dimulakan dengan cara-cara membuat green curry paste. Chef tu tunjuk cara dulu, lepas tu kami kena buat pulak. Kena pakai lesung batu uols. Campur-campur semua bahan, tumbuk-tumbuk-tumbuk.. Dah siap! Oh ya, dalam 20 orang peserta tu, akak, Suzana dan sorang auntie tu je Melayu. Yang lain, semua peserta Cina. Cuba tengok kat bawah ni dorang kerumun chef tu..

Chef yang dikerumun oleh para peserta

Paste yang dah siap ditumbuk..

Ni la chef kami. Diimport dari Thailand!

Cikgu! Saya nak tanye..

Pasang api dapo

Lepas dah buat paste, tibalah masak green curry chickennya..

Taraa..dah siap..

Akhirnya tibalah giliran kami memegang pisau dan sudip. Setiap orang dapat station memasak sendiri. Siap dengan pisau, sudip, periuk belanga dan dapur kecik..

Bahan memasak dan lesung batu..

Suzana dan auntie Nor

Chef Suzie.. Huhu

Ready dengan dapur gas..

Rupa paste yang berjaya akak hasilkan..

Peserta meja sebelah yang gigih menumbuk bahan-bahan

Start memasak..

Amik gamba sudip kuali dulu sebelum start masak..

Sedap ke uols masak tu??

Tengok je pon dah tau sedap.. *matila memuji diri sendiri..

Green Curry Chicken akak yang dah siap..

Auntie Nor dan hasil masakannya..

Haa.. Nampak tak ada nombor kat mangkuk tu. Setiap hasil masakan kami dilekatkan dengan nombor masing-masing. Lepas tu, staff restoran tu bawak hasil masakan kitorang kat satu bilik.. Nak buat ape ntah..

Suzana pun nak eksyen dengan masakan beliau..

Akak punye nombor 7!

Lepas siap memasak menu pertama, kami diberi air minuman sebagai penghilang dahaga. Serai campur limau nipis uols. Sedap gak.. Nanti nak try buat la..

Nyaman dan segar..

Chef menunjukkan cara memasak menu kedua – Chicken with Basil

Bahan memasak untuk menu kedua

Hasil yang dah siap..

Setiap kali chef setel memasak, kitorang akan dapat rasa hasil masakan tu. Yelah, kang nak compare dengan hasil masakan sendiri, sama ke tidak. Heehee..

Macam menu pertama, lepas chef tunjuk cara, kitorang pulak kena masak sendiri.. Ni hasil akak..

Sama tak?

Jemput makan… Topi chef akak entah mana akak campak.. Menyebok je..

Suzana punye..

Menu ketiga ialah Tom Yam Goong atau Tom Yam Udang.. Memang senang sangat masak dia uols.. Rasa pon melampau sedap! Bila makan kat restoran Thai, rasa macam susah je nak buat paste dia. Takde pakai paste-paste.. Sume bahan asli..

Hasil Tom Yam Chef

Bahan untuk memasak Tom Yam Goong

Tom Yam akak masih atas dapo..

Taraaa…. Dah siap…

Suzana dan Tom Yam nye..

Akak dan Tom Yam..

Bergambo dengan Chef

Amik gamba ramai-ramai..

Berakhirnya kelas kami hari tu. Masa tu dah tengahari. Perut pon dah berkeroncong.. Lepas tu kami pun dijemput masuk ke bilik tempat staff restoran tadi kumpulkan masakan kami. Rupa-rupanya kami akan menikmati sendiri masakan kami.. Wahhh!! Mrasa lah ko makan apa yang ko masak. Sedap ke tak sedap, telan!!!

Masakan akak.. Nampak macam sedap.. Heehee

Posing dulu..

Akak dan auntie Nor..

Haaa!! Apa lagi, kami bedal la masakan sendiri. Sedap uols!! Mana tak sedap, bahan semua dorang dah prepare. Kuantiti bahan pon memang ngam-ngam yang bila masak, konfem jadi sedap. Hiks! Makanan tu banyak lebih, so akak bawak balik. Malam tu akak masak nasik, panaskan lauk, makan lagi sekali! Mah-be-lessss! Entah bila nak try masak sendiri. Nak kena carik bahan dulu. Daun selasih la.. Daun apentah lagi.. Kih kih..

Next time, kalo dorang buat kelas lagi, akak nak join la.. Kotlah dorang ajar cara nak buat pencicah daun kaduk tu kan.. Terus akak bukak kedai makan daun kaduk uols! Akak tengok, banyak gak daun kaduk kat rumah akak kat Sungai Choh tu. Bolehla kutip nanti. Jimat! Haha..

Nak menu-menunya? Akak malas lah nak taip. Sape nak, nanti akak bagi yang potostat punyela ye.. Ok, babai…

3 Comments

  1. ale
    12:13 pm on June 16th, 2012

    wooow…very nice,..i want it..
    goog luck.

  2. nil
    4:45 pm on June 22nd, 2012

    aku pun rasa nk tnya gak..best sgt ke ko masak nyah?

  3. Ujie
    6:17 pm on June 22nd, 2012

    Haruslah nyah sedap sbb bahan2 dia mmg dorang dah readykan ngam2