Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ok, sambung lagi..

Sebenarnya Château de Chillón ni tak jauh pun, seberang jalan je daripada restoran tu. Dari pathway nak ke istana tu, boleh nampak Tasik Geneva. Apa lagi, amik gamba arr..

Haa, sampailah ke istananya.. Sikit info pasal istana ni :-

Istana Château de Chillón (Chillon Castle) adalah istana pulau yang terletak di tepi Tasik Geneva, 3 km dari Montreux, Switzerland. Penggalian yang telah dilaksanakan dari akhir abad ke-19, khususnya oleh arkeologi Albert Naef (1862-1936), mengesahkan bahawa istana ini telah diduduki sejak Zaman Gangsa. Sejarah Château de Chillón telah dipengaruhi oleh tiga zaman utama: Zaman Savoy, Zaman Bernese dan Zaman Vaudois.

Istana kini dibuka kepada orang ramai untuk lawatan. Menurut laman web istana, istana ini disenaraikan sebagai “monumen bersejarah yang paling kerap dilawati di Switzerland”. Di dalam istana terdapat tempat yang boleh dilawati iaitu bilik utama termasuk bilik tidur, dewan dan gua setor. Di dalam istana itu sendiri terdapat empat dewan yang besar, tiga halaman, dan satu siri bilik tidur terbuka kepada orang ramai.

Macam biasa, buat lawatan dalam tu. Adalah tukang cerita yang guide kami kat dalam tu.


Salah satu binaan dalam istana tu


Tempat simpan air kencing syaitooonn


Baju perang


Tempat pesalah dihukum gantung. Eiii seram..


Tu bukan tungku nak masak ye. Tu lubang jamban. Raja berak kat situ. Hasil nyahtinja dia terus pelepup! Jatuh dalam Tasik Geneva. Ikan makan! Hahaa.. Eeeuuwww
!!!

Nampak tak jamban tu ada dua lubang? Akak saspek, dorang memerut secara berjemaah. Sambil memerut, sembang-sembang hal ehwal negara. Gossif liar pasal dayang-dayang ke. Kah kah! Pastu ada spot dalam istana tu yang kalau kita amik gamba, pehh!! Bukan main lawa lagi view dari situ, MasyaAllah!


Ini spotnya!

Nak tengok apa hasilnya? Nah…

Lawa kan? Kami yang tak jemu-jemu. Snap sana. Snap sini..

Ni la rupa replika istana tu..

Dah puas dengar pasal sejarah istana tu, kami pun keluar dan amik gamba sekitar kawasan istana tu pulak. Lawa hoiii!!


Ehh! Nenek kebayan ada lagi..

Dan tidak dilupakan, gamba ramai-ramai..

Kami kat istana tu sampai pukul 4.20 petang dan destinasi seterusnya ialah Vevey. Apa yang ada di Vevey, jom cekidaut!

Sedikit info tentang Vevey:-

Vevey adalah sebuah bandar di Switzerland yang terletak di pantai utara Tasik Geneva, berhampiran Lausanne. Penduduk kawasan ini berbahasa Perancis-Switzerland. Vevey merupakan tapak world headquarters bagi produk makanan gergasi Nestlé, yang diasaskan di sini pada tahun 1867. Coklat susu dicipta di Vevey oleh Daniel Peter pada tahun 1875.


Pekan Vevey yang kecik je

Ok, kat Vevey ni, selain ada HQ Nestlé yang dah jadi muzium – Alimentarium – Museum of Nutrition, kat situ jugak terletaknya tempat pembuatan jam mewah. Jam ape nak? Rolex? Omega? Breitling? Ntah akak pun tatau apa lagi jenama-jenama mewah yang ada. Sume ada kat situ. Kat sana, kami dipecahkan kepada dua group mengikut bas. Group pertama dibawak dulu ke tempat membuat jam sambil group kedua melawat sekitar Alimentarium tu. Akak termasuk dalam group kedua.

Sementara group pertama tengok tempat buat jam, kami pun berjalanlah Alimentarium tu. Tempat pejalan kaki memang disediakan di sepanjang Tasik Geneva tu. Bolehlah kalau nak berjoging ke, bawak hanjeng jalan-jalan ke. Peeerrgghh!! Sekali lagi akak terkesima menengokkan view kat situ yang cantikkkkkkk sangat.


Nenek Kebayan tetap ada!


Cubaan mengambik gamba secara panoramic


Amacam? Menanges tak? Uwaaaa.. Bestnye.. Dah la angin sejuk menempeleng muka akak. Konfem kalo akak dok lama-lama kat situ, akak akan menjadi lebih gemok sebab tak berpeluh. Sejuuuukkk je. Hehe.. Kat persisiran tasik tu, banyak jugak bot-bot yang diparkir kat situ. Bot nelayan kot. Ke bot pelancongan. Ntah, akak pun tatau..

Lepas berjalan lebih kurang 300 meter dari tempat bas, tibalah kami di Alimentarium tu.

Sedikit info tentang Alimentarium – Museum of Nutrition:-

Pada tahun 1839 seorang ahli farmasi Jerman berpindah ke Vevey (bahagian Perancis- Switzerland) dan menukar namanya dari Heinrich Nestle kepada Henri Nestlé. Syarikat beliau, yang dikenali seluruh dunia hari ini, yang diasaskan Alimentarium, kini menjadi sebuah muzium makanan. Oleh itu Alimentarium, yang diasaskan oleh Nestlé pada tahun 1985 di Vevey, adalah khusus untuk pelbagai aspek pemakanan.

Muzium ini menempatkan pameran bagi mempamerkan proses-proses pengeluaran, pemprosesan, kesan dan perdagangan makanan dalam rangka empat topik iaitu memasak, makan, membeli dan mencerna. Maklumat yang ditawarkan dalam pelbagai aspek pemakanan dilengkapi dengan pameran interaktif, studio memasak dan pameran mengenai sejarah syarikat Nestlé, dengan gambaran kumpulan produk yang dipasarkan.

Walaupun begitu, kami tak masuk pun muzium tu. Amik-amik gambo kat luar dia je… Tetiba kami nampak inihhh!!


The Giant Fork

Apa pasal ada garfu gergasi kat tengah-tengah tasik tu pulak? Nak tau? Jom cekidaut!

Sedikit info tentang The Giant Fork:-

The Giant Fork merupakan garfu gergasi yang diperbuat daripada keluli tahan karat setinggi 8 meter dan lebarnya 1.3 meter. Ia telah direka oleh Jean-Pierre Zaugg, seorang pemahat dari Neuchâtel, Switzerland dan ditanam di tasik Geneva pada bulan Februari 1995 untuk memperingati ulang tahun ke-sepuluh Alimentarium ini. Pada mulanya ia bertujuan untuk dipamerkan di hadapan muzium itu sementara saja selama satu tahun.

Ia pernah menjadi bahan ketawa penduduk setempat. Daripada setahun menjadi dua tahun dan akhirnya penduduk setempat mula menerima kehadiran garfu tersebut lalu menjadi simbol tarikan pelancongan Vevey apabila pihak berkuasa Vaud menandatangani perjanjian pada tahun 2008 untuk mengekalkannya di dalam tasik!

Okla tu kan. Ada gak fungsi garfu gergasi tu. Hehe.. The Giant Fork ni pulak terletak berhadapan dengan statue Charlie Chaplin yang menghadap Alimentarium tu.

Tapi ape kena mengena Charlie Chaplin dengan garfu gergasi atau Nestlé ni? Haha. Sesungguhnya takdelah kaitan antara mereka. Patung Charlie Chaplin dibina kat sini sebab..

Sedikit info tentang statue Charlie Chaplin:-

Charlie Chaplin adalah salah seorang pelakon yang mempunyai bakat yang paling kreatif dalam era filem senyap. Beliau adalah seorang pelakon, penerbit, penulis skrip, penulis dan komposer dan dikenali oleh Hollywood kerana teknik miming beliau.

Semasa lawatan promosi “Limelight”di Eropah, Charlie Chaplin mendapat tahu bahawa dia dihalang untuk kembali semula ke Amerika Syarikat disebabkan isu McCarthysim (boleh Google sendiri ape benda McCarthysim ni).

Beliau tiba di Vevey pada tahun 1953 dan akhirnya memutuskan untuk menetap di Vevey dengan isteri dan anak-anaknya sehingga saat kematiannya pada tahun 1977. Empat daripada anaknya dilahirkan di Switzerland.

Dia dikebumikan di sebelah isterinya di tanah perkuburan Corsier. Sebuah patung gangsa The Tramp dibina di persiaran tepi tasik bagi memperingati kehadirannya di Vevey.

So, itulah sebab patung dia ada kat situ. Lahir kat London tetapi menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Vevey, Switzerland. Gitu…

Ok, cukuplah pasal pakcik Charlie Chaplin misai kontot tu. Jomlah tengok gambo. Hehe.. Lepas tu, bermulalah aksi-aksi keji member-member akak mengambik gamba berlatarbelakangkan garfu tu. Mari kita lihat aksi mereka!


Ha, sume pakat jadi photographer!


Salah angle..


Haa.. Baru betol!

 


Kena tikam pulak dah..

Akak je yang amik gamba sopan santun..

Lepas lebih kurang setengah jam pose-pose kat garfu, giliran kami pulak melawat tempat buat jam. Kami ditunjukkan cara cemana jam-jam mewah ni dibuat. Untuk memastikan ketepatan jarum jam tu berfungsi, skru-skru yang ada dalam perut jam tu kenalah diletakkan dengan teliti. Hoihhh!! Hand made oke.. Kalau akak, mau juling-juling bijik mata haku!


Peralatan yang digunakan

Haa, yang ni bukan tokey jam tu. Ni geng kitorang yang dipanggil untuk mencuba meletakkan skru kat perut jam tu.. Hambek ko, siap ada kanta pembesar kat mata lagi..

Lepas dah tengok cara buat jam, kami dibenarkan pulak masuk kedai-kedai jam kat situ kalo teringin nak membeli. Ada gak yang beli. Ada yang beli jam berharga RM8,000 lebih. Ada gak yang beli jam harga RM10,000 lebih. Hi Kak Zack! I know u are reading this 😉 Akak tengok jela dengan pandangan sayu. Mak tak mampooo uols. Sob! Sob!


Di antara jam yang ada. Ada yang uols berkenan?

Dah puas berjalan kat situ, kami meninggalkan pekan Vevey dengan seribu kepuasan. Pemandangan yang cantik. Pekan yang bersih. Memang best le..

Jam 6.20 petang, kami bergerak meninggalkan Vevey. Destinasi terakhir, mestilah MAKAANNNNN.. Asal makan je hurup beso.. Hiks! Kali ni kami makan secara bufet. Ada nasik, ada lauk macam-macam jenis. Nak cakap macam lauk Melayu, ada lah rupa sikit-sikit. Tapi rasa takdelah sangat. Ahh belasah jela kan..

Itu jelah aktiviti kami pada hari kedua. Dah makan, balik hotel. Rehat-rehat. Zzzzzzzzzzzzzzzz….

Ampun dan maaf ku pohon bagi yang ternanti-nanti (macamlah ada kan? huhu) kesudahan cerita trip akak ke Switzerland bulan lepas yang silam. Apesal tah akak sengal dan agak lems sekarang ni. Mungkin faktor penuaan. Padahal pemalas. Kuang kuang!

Baiklah, mari kita sambung.. 7.45 pagi, lepas dah bersiap-siap, akak turun brekfes. Lapar derr.. Lapar lapar pun, apelah sangat yang boleh dimakan. Cukuplah sekadar mengalas perut. Akak amik buah, kacang panggang dengan itu tulor juga. Tapi tak lalu nak ku makan telur tu. Akak cuit sikit-sikit je. Lalu terdamparlah telur itu dinodai oleh akak dengan tidak begitu rakus..

Abaikan rupa akak yang macam The Wicked Witch itu ye..

Destinasi pertama kami pada hari kedua ialah melawat kilang coklat Cailler yang terletak di Broc. Sebelum tu, akak nak amik gambar kat depan hotel kitorang, tapi ada je yang nak enterframe. Hangen haku. Ini buktinya..

Lepas akak halau, baru lega dapat bergamba sorang-sorang.. Pui!!

Tema baju akak pada hari kedua ialah – Nenek Kebayan Berseluar Yengki.. Bleh? Haha..

Nama hotel yang akak duduk ialah Suisse Majestic. Macam bunyi majistret je. Kat bawah ni pulak gamba-gamba sekitar hotel tu. Lengang je.

Jam 8.50 pagi kami mula bergerak ke destinasi pertama. Ni akak sempat captured suhu waktu tu. 5 degree ye uols.. Sejuk tuh..

Oh lupa nak perkenalkan. Ni lah dia tourist guide untuk bas akak – Sam. Malaysia mari..

Pemandangan di kiri kanan jalan, memang tak sah kalau takde salji.

Haa.. Dah nak sampai dah..

Hampir sejam perjalanan, 9.45 pagi kami pun sampai ke Broc. Dari tempat parking bas nak ke kilang coklat Cailler ni dalam 300 meter gak nak berjalan. Sejukkkk tapi masih boleh tahan. Oh ye, pakaian akak kat sana, kat dalam mesti sarung Long John, pastu baru pakai jaket. Tu pun still rasa sipi-sipi sejuknya. Kalau tak pakai Long John tu, mau akak bergulung dalam selimut hotel lagi kot.

Ok, lepas dah semput bejalan, sampai sudah..

 

“Oiii nanti! Aku tak ready!!!”, kata akak kepada fotografer

Sampai-sampai je, terus pose-pose jelitazz. Jelita ke masalahnya? Hak hak..

Lepas tu, kami dipecahkan kepada lebih kurang 20 orang satu grup. Sebabnya, kami akan masuk ke dalam bilik tayangan (lebih kurang macam muzium) dalam kilang tu untuk ditunjukkan sejarah pembuatan coklat, alatan, bahan-bahan yang digunakan dan sebagainya. Dalam bilik tu agak gelap so akak malas nak bubuh gamba yang tak berapa lawa. Ni jelah yang ada lebih kurang ye..

Lepas keluar bilik gelap, kami ditunjukkan pulak mesin lama dan moden yang digunakan dalam pembuatan coklat.

Mesin membuat coklat yang lama dan moden

Lepas tu, masuk pulak ke stor penyimpanan koko-koko yang digunakan untuk membuat coklat.

Jenis-jenis koko yang digunakan untuk membuat coklat

Selamba je akak soh CEO akak posing sambil pegang koko. Korang mampu mengarahkan CEO korang? Kah kah..

Lepas tu, kami melintas pulak bilik tempat kanak-kanak belajar buat coklat sendiri..

Kelas buat coklat untuk kanak-kanak. DIY katanya. Kat Malaysia ada gak kan?

Lepas tu, saat yang ditunggu-tunggu. Chocolate tasting!!!! Yeayyyy!! Sebelum tu, diberi taklimat dulu. Kita dibenarkan merasa seberapa banyak coklat yang kita nak dengan syarat jangan berhenti kat satu-satu tray tu terlalu lama. Maknanya, lepas dah amik sebijik coklat tu, masuk mulut pastu terus blah. Bila coklat dalam mulut dah habis, baru amik satu lagi coklat kat tray seterusnya. Dalam ertikata lain, kalau orang tu rakus, ngap sebijik sambil jalan terus amik yang lain, ngap lagi terus jalan, amik lagi. So, semua coklat dapatlah rasa. Kalau jenis makan slow, memang 3-4 jenis jela kot yang dapat rasa.

 

Yummm!!

Geram tak?? Lazaatzz sekali!

Cer tengok coklat-coklat kat atas ni. Comel-comel. Sedap-sedap semuanya. Kalau nak ikut syarat yang dia bagi, alamatnya tak merasalah semua coklat tu kan. So, akak buat perangai keji, amik semua coklat yang ada dalam tray atas ni, letak dalam poket jaket akak. Pastu minah yang bagi arahan tu nampak dan jerit. Tahape dia jerit cakap Jerman ntah. Tak lama lepas tu, masuklah tourist guide kami, yang memang orang Swiss. Dia translate cakap minah tu. Dia bagitau tak boleh amik coklat banyak-banyak. Haha terus akak buat muka selamba lalu keluar dari bilik tersebut.

Hahahaaa… Mesti dia cakap orang Malaysia peghak. Haku lah yang buat perangai ittew.. Hiks! Nak buat cemana, tak bleh tahan!! Dahlah pesen coklat macam tu cepat cair. Lalu akak pegi masuk toilet dan bungkus coklat-coklat tu dengan tisu jamban. Keji tak keji perangai haku? Haha! Sila jangan tiru aksi ini di dalam negara mahu pun di luar negara ye.. 😉

Akhirnya kami diberi peluang untuk membeli coklat yang kami rasa tu. Terus kompius nak beli mana satu. Sume sedap-sedap!

Masa memilih, bestlah. Masa membayo? Rasain!! Coklat je dah beratus-ratus hengget!

Ini bukan coklat yang akak beli..

Dah rabak poket membeli coklat, kami pun bergerak ke tempat parking bas. Tapi, on the way nak ke bas tu, sempat lagi amik gambo di atas timbunan salji..

Haa.. Ni lah dia rupa hasil rompakan kat kilang coklat tu..

Jam 12 tengahari, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu MAKAANNNN! Walaupun dah kenyang membaham coklat, tetaplah jugak nak lunch kan. Dasarr…

Dalam perjalanan nak ke tempat lunch tu, tourist guide kami iaitu Sam, sempat share beberapa info pasal Swiss ni.. Di antaranya, orang kat sana kalo bela anjing, dia akan dapat CHF20 (RM70) sehari sebagai elaun untuk jaga kebajikan anjing. Beli makanan dia, sediakan kelengkapan dia yang lain dan sebagainya. Selain tu, unemployed people pun akan dapat elaun. Untung arrrr. Income tax dorang dalam 30-40% setahun tapi berbaloilah sebab banyak benefit yang rakyat dorang akan dapat balik. Lepas tu, foreign workers pun gaji dorang tinggi. Minimum income at least CHF4,500 (RM15,000). Haa. Mampooo?

Perjalanan ke tempat lunch tu amik masa lebih kurang 45 minit. Kat bawah ni, gamba yang diamik dalam perjalanan nak ke situ. Tenang je..

Sampai jua akhirnya..

Restoran Taverne du Château de Chillon

Muka gembira si pencuri coklat. Haha

Mari kita lihat apa menu hari ini..

Salad..

Nasik dan ikan

Penchochi mulot

Lepas makan, destinasi kami seterusnya ialah sebuah istana lama iaitu Château de Chillon. Di manakah tempatnya? Sama-sama kita nantikan di entry seterusnya..