Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haa.. Gitu tajuk ada rhythm.. Hiks!

Hari ni hari Khamis kan? Orang keje kan? Tapi akak pegi berkelah! Keji tak? Tak sebenarnya, sebab keje cam akak ni sukatila bila nak keje ke, nak berkelah ke.. Haha *agent baru jangan ikut perangai sebegini ye..

Cite dia macam ni. Member akak tanye akak pagi tadi, sama ada akak keje ke tak sebab dia nak ajak berkelah. Dia stress dengan keje dia. Bley? Akak cakap bagi akak setelkan keje kejap, lepas tu baru free. Tapi masa akak keluar rumah nak setelkan keje tu, akak dah siap-siap bawak baju nak mandi-manda.

So, lepas setel keje, akak terus ke Sungai Choh, rumah member akak tu. Akak tinggalkan keta kat rumah dia, so kami naik 4WD dia aje. Kami gerak dari Sungai Choh lebih kurang pukul 11.45 pagi.

Sebelum tu, singgah kejap beli rojak sedap kat Serendah. Gerai rojak bawah pokok ni memang paling glamer kat Serendah. Bebetul depan Masjid Serendah. Selain rojak, kami beli bihun sup, bihun kari, buah dan air. Nak berkelahnya dua orang je tapi beli makanan macam membela saka. Kah kah..

20130926-234413.jpg

20130926-234455.jpg

So, lepas dah beli benda-benda untuk mengisi perut, so lets!

Ohh ya! Kami nak berkelah kat Kuala Kubu Bharu. Dari Sungai Choh ke sana lebih kurang 30 minit. Dalam 27km macam tu..

Memula kami nak berkelah kat satu tempat ni. Private property Yayasan Selangor, yang dijadikan tempat aktiviti extreme macam water rafting tu.

20130926-235208.jpg

Sekali, bila pegi, air besarrrrr daaaa. Dalam pulak tu nampaknya. Dahlah dedua orang ni perenang negara! Kang ada jugak yang jumpa mayat dalam air kang. Huhu..

20130926-235300.jpg

So, tak jadilah nak mandi-manda kat situ.. Abes ape cerr? Makanan dah beli, baju dah bawak. Tak kan nak balik dengan badan kering? Nasib baik kat situ banyak tempat berkelah. Nyaris dah nak pegi sungai menghala naik ke Genting tu. Tapi tak jadi. Sudahnya, kami ke Pertak..

On the way nak ke Pertak tu kitorang lalu kat kawasan empangan air. Kesian giler menengoknya. Cetek je nampak. Patutlah Selangor takde air! *tetiba

20130926-235824.jpg

20130926-235840.jpg

20130926-235851.jpg

Jalan ni jalan nak naik ke Fraser Hill. Sejuk dan tenang je rasa. Akhirnya, sampailah kami ke sini..

20130927-000032.jpg

Kami masuk ke dalam perkampungan Orang Asli dan nampak rumah-rumah dorang cantik tersusun. Park kereta tepi jalan dan kami turun ke sungai. Jarak antara sungai dan jalan tu tak jauh sangat. Cuma agak bersemak-samunlah sikit..

Sekali bila turun…

20130927-000338.jpg

Arrgghhhh!! Lawanya. Dahlah bersih. Air pun jernih. Bestt!! Tak sabar nak mandi.. Jom tengok lagi gambo..

20130927-000546.jpg

20130927-000556.jpg

20130927-000622.jpg

Sebelum mandi, kita makan dulu..

20130927-000702.jpg

20130927-000712.jpg

Gamba tengah mandi tak dapatla nak tunjuk ye. Hehe..

Tak lama lepas tu, kami nampak sekumpulan budak Orang Asli mandi tak jauh dari kami. Sempatlah akak snap gamba dorang..

20130927-000838.jpg

20130927-000854.jpg

Lepas tu member akak panggil dorang, bagi buah yang kami bawak.. Berebut-rebut dorang makan. Kesian pulak menengoknya..

Amik gamba kejap dik…

20130927-001037.jpg

Pastu sebok dorang nak tengok gamba dorang.. Hehe

20130927-001336.jpg

Lebih kurang sejam setengah berkelah, kitorang pun balik.. Boleh datang lagi ni.. Best tempatnya..

Babai Pertak..

20130927-001629.jpg

20130927-001640.jpg

Lepas tu kitorang singgah pulak bagi makan rusa kat area ofis Yayasan Selangor tu. Jinak rusanya.. Seko jantan, seko betina..

20130927-001935.jpg

Rusa tengah mengunyah roti..

20130927-001946.jpg

20130927-002033.jpg

20130927-002139.jpg

Dah habes dua bungkus roti dikejekan dek rusa tu, kitorang pun balik..

Haahaha.. Tu je aktiviti akak hari ni. Tak produktif langsung keje akak hari ni. Huhu..

Ok da..

20130926-080102.jpg