Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Alhamdulillah, dah masuk tahun baru pun akak masih gigih nak cerita tahun 2014 punye trip. Wakakaka.. Kalau ikutkan hati, memang malas dah. Tapi untuk kenangan di hari tua, gagahkan la jugak..

So, pagi tu, kami breakfast dulu kat hotel. Ni pemandangan dari cafe.. Berkabus je.. Sejukkkkk hoii!





Tengok kabus-kabus camni, terus rasa mengantuk.. Hiks!

So, pagi tu, destinasi pertama kami ialah Verona.. So, lepas breakfast, check out.. Zaaassss… Gerak.. Jauh jugak perjalanan. Dalam 2 jam lebih..

Autogrill. Macam R&R kita kat sini lah. Tapi kali ni tak singgah pun.. Akak amik gamba dari dalam bas je..

Dalam pukul 11 lebih, sampai ke Verona. Patutnya kami dibawa melawat ke rumah Juliet. Kenal tak Juliet? Ala, Romeo & Juliet tu. Pegi sana nak tengok balkoni dia je. Tempat dia bermadu kasih dengan si Romeo tu. Entah, akak pun tatau citer sebenarnya. Hihi..

By the way, kitorang tak jadi pun singgah tengok rumah si Juliet tu. Tak sempat ke apentah.. Terus je dibawak sampai ke Milan..

Sampai je menggelupur kelaparan..








Lapar-lapar pun, sempat jugak snappy-snappy.. Heehe..


Berjalanlah kami carik restoran untuk lunch..

Yeay, sampai…







Ikan kot ni.. Lupa dah..



Nama restorannya  – Ristorante Pizzeria





Lepas makan, merayap-rayaplah kitorang sekitar bandar Milan tu.. Kat sini, bila tengok orang-orang dia memang dressing lain macam. Memang betullah Milan dikatakan ibukota fesyen! Tapi segan pulak nak amik gamba dorang yg vogue-vogue tu…







Lepas tu, kitorang dibawak pulak untuk shopping kat pusat membeli belah terkenal kat Milan ni. Senibina memang lawa tapi biasalah, kedai-kedai dalam tu, semua high end punye. So, marilah kita window shopping dan berpoyosing je.. Haha..





Kita mampu tengok je.. Tak beli pun.. Sedehh..






Setel tu, sempat jugak dibawa melawat ke Duomo (Cathederal) – gereja yang cantik senibinanya.. Macam istana pun ada..



Lawa kan?

Lebih kurang pukul 7 malam, tibalah masa untuk dinner. Yeay! Dapat makan..

Setel dinner, kita balik hotel. Malam tu kami menginap di Four Points by Sheraton Milan Centre. Zzzzzzz….