Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Keji tak tajuk dia? Ofkos keji sebab ni cerita bulan 5 aritu masa besday saya yang ke – 33! Apa??!! Tua??!! Ada aku kesah? Hak hak..

Petang 19hb Mei tu, saya ada training kat Wangsa Maju sampai la ke malam. Saya gerak balik ke Kota Damansara lebih kurang pukul 11. Rakan saya E** dah pesan dari siang tu, soh datang singgah rumah dia dulu.  Sampai je kat umah dia, taraaaa… mak dapat hadiah besar uols! TQ untuk kawan-kawan yang bagi hadiah ni..

Aksi biasa… Girang menerima hadiah pertama!

Sampai je rumah, saya tengok hosmet saya Nadia dan Ayang dah membuta. Tapi lampu terbukak terang benderang! Motip?? Rupanya dorang pura-pura tido, konon-konon tak ingat besday saya. Keji! Tapi lepas tu, dorang bangun sambil gelak-gelak dan bagi hadiah.

Nadia bagi kasut. Nak pakai raya nanti la! Abaikan kaki kering macam nenek kebayan ittew..

Belt kaler merah ni Ayang yang bagi..Lawa sangat!

Pagi tu pulak, Kak Safinaz dah culik saya bawak pegi sarapan kat Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Subang. Dia bagi saya hadiah rantai.

Terus pakai rantai yang dia kasi

Kak Safinaz – tukang belanja breakfast! Tq akak..

Besday girl. Haktuihh!! Haha..

Lepas tu saya meneruskan aktiviti macam biasa. Pegi ofis dan buat keje sikit. Petang tu pulak, sorang lagi member – si PP Buah Setoi nak belanje makan pulak. Kali ni kita ke Nandos. Yang bestnya, masa tengah makan tu, PP tu kata nak pegi toilet. Saya pun ok jelah, makan sorang-sorang. Tak lama lepas tu, saya dengar lagu Happy Birthday berkumandang. Saya pun tengok satu grup amoi depan meja saya. Saya cakap dalam hati, “Ooo…ada yang sama birthday dengan aku rupanya”. Sekali, budak-budak Nandos datang kat meja kitorang sambil bawak kek dan lilin. Laa..rupanya si PP tu buat surprise untuk saya. Konon-konon nak pegi toilet, rupa-rupanya dia berpakat dengan budak-budak Nandos. Haha, tanjat boboi but I loike!

Yeay! Dapat makan kek dengan aksi muka mintak penampar

Acara sambutan besday saya diakhiri pada malam itu dengan makan kek sekali lagi. Diraikan oleh geng havoc yang masih dikontek.

Tiga jari menunjukkan umur 33. Matila dah kertu!

Comel kan kek ni?

Untuk hadiah diri sendiri pulak, saya beli purse baru menggantikan purse lama yang dah macam hape je.

Mengucapkan selamat tinggal kepada purse lama, selamat datang kepada purse baru!

Purse lama kaler coklat, purse baru kaler itam

Kasi close up purse baru ahkak…

Oh ya, terlupa plak nak tunjuk hadiah dalam kotak yg geng havoc bagi tu… Taraaaaa…..

Mixer!!!! Hahaha dah dirasmikan dah masa buat kek aritu

Sekian saja entry tertunda bapak lama ni.. Tengkiu kepada member-member yang ingat besday saya. Dah la ingat, pastu bagi hadiah plak. Terharu mak! Ok, nantikan update entry tertunda seterusnya.. Tapi tatau bila. Kah kah…

Alhamdulillah, tahun 2010 merupakan tahun paling gemilang bagi Charisma Agency iaitu salah sebuah agensi di bawah sayap CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA) kerana berjaya dinobatkan sebagai agensi No 1 Unit Trust CWA seluruh Malaysia. Dengan jualan keseluruhan Unit Trust sebanyak lebih RM111 juta sepanjang tahun 2010, keazaman pemilik agensi Charisma iaitu Fiona Tahir untuk menjadi agensi No 1 tidak boleh disangkal lagi. Tahniah Kak Fiona dan Abang Fir!


The Gorgeous Fiona Tahir!

Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga Charisma, pada hari Jumaat lepas, 28 Januari 2011, Kak Fiona telah mengadakan sebuah majlis sambutan dan penghargaan yang bertempat di Restoran Bora Asmara, Kg. Sg. Penchala. CEO CWA, Mr. Tan Beng Wah dan management staff CWA turut hadir meraikan majlis. Majlis pada malam itu bertemakan Glamorous Pure White. Vvavvava.. Yang datang pada malam itu semua gorjes-gorjes belaka. Ada yang macam tuan puteri turun dari kayangan gitu. Nasib baik takde yang datang dengan costume pocong atau Cik Ponti. Hihi..

Ketibaan para VIP

Norzaihan a.k.a Not mengetuai flower girl


Flower girl yang gorjes-gorjes belaka


Eh, ada pulak kumbang menyelit?

Majlis bermula pada pukul 8 malam tapi ada jugak yang datang bila majlis sudah berlangsung separuh jalan. Motifff korang lagi VIP dari Mr. Tan?? Keji!! Hhaha. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada MC pada malam itu iaitu Ashrul dan Zaza.


MC of the night. Tengah prepare teks ke?

Kak Fiona sedang memberi ucapan


Giliran Abang Fir pulak


Mr. Tan Beng Wah memberi sedikit kata-kata nasihat. Menusuk ke kalbu! Hiks

Selepas Kak Fiona, Abang Fir dan Mr. Tan memberi ucapan masing-masing, acara yang paling ditunggu-tunggu pun tiba iaitu….. MAKAAAAANNNNNN…… Kambing salai ada, ayam madu ada, lembu ada, semua-semualah ada. Tapi oleh kerana saya tengah diet, saya makan sikiiiiiiiiit je (yelah sangatzz!)

Semasa makan, kami dihiburkan oleh Charisma Leader’s Club (CLC) dengan tarian dan lagu Nobody yang diketuai oleh KB.

Ewah KB..

Acara seterusnya adalah acara pemberian hadiah kepada warga Charisma yang cemerlang iaitu mereka yang membuat jualan lebih daripada RM1 juta dalam sebulan. Hadiah disampaikan oleh Mr. Tan. Juga tidak lupa cenderahati daripada Kak Fiona kepada tulang belakang Charisma Agency iaitu pembantu peribadi beliau serta kepada Charisma Leader’s Club.

Abang Fir

Safarina

Khairil

Pemenang pakaian tercantik pada malam itu, pasangan suami isteri Aida & Faizal

Sambil acara-acara makan-makan diteruskan, terdapat juga warga Charisma yang mengambil kesempatan mencuci tekak dengan rangkaian lagu-lagu moden dan zaman rock kapak. Sebagai penyanyi tersohor Kota Damansara, saya duduk je bagi sokongan. Takut yang lain takde chance kalau saya dah start rampas mikrofon. Heehee..


As menyampaikan lagu cari makannya – Hero!


Zaza menyanyi penuh perasaan


Antara tetamu VIP pada malam itu – Dr. Niki Shuhada dan suami


Wakil management CWA diimport dari Hong Kong bersama Pengurus Pembangunan Charisma – Cannie. Heehee


Orang kuat Kak Fiona Zima Comel 🙂


Saya duduk semeja dengan wakil dari management. Motip mengantuk??

Acara seterusnya diteruskan dengan upacara pemotongan kek iaitu acara kemuncak bagi meraikan Charisma Agency sebagai agenci No. 1 CWA seluruh Malaysia.

Yeayyyy!!!!


Congratulation Charisma, Agency No 1

Eh lupa pulak nak komen pasal Restoran Bora Asmara ni. Restoran ni terletak di kawasan perumahan Kg. Sungai Penchala. Saya tak sangka dalam Kg. Sungai Penchala ni rumah dorang gempak-gempak. Ada banglo 3 tingkat, ada rumah besar-besar gedabak. Memang mewahlah kiranya. Kagum-kagum. Orang Al-Arqamkah? Opsss.. Susun atur dan persekitaran Bora Asmara ni memang sesuai untuk mereka yang inginkan suasana romantik. Lilin dipasang merata-merata sampai kat tangga-tangga pun penuh lilin. Gila tak romantik kalau dah macam gitu? Hiks.. Lampu siling bergantungan dibuat daripada anyaman macam bubu ke bakul ntah. Pohon-pohon menghijau yang ditanam di sekeliling restoran juga menambahkan lagi suasana sejuk dan nyaman dalam restoran. Ruang restoran dibiarkan terbuka dan hanya dilindungi bumbung sahaja.


Rupa Bora Asmara dari luar. Saya Google je dari sini


Ruang dalam

Walaupun begitu, terdapat juga ruang tertutup untuk mereka yang inginkan majlis privasi. Best tak? Best kan? Tapi ada juga yang tak bestnya. Tandas boleh tahan cantik dan bersih, tapi surau? Hazab. Lantai kotor. Berdaki hitam-hitam. Apalah salahnya mop sikit. Keji tau!

Okaylah, berbalik kepada majlis Charisma tadi. Selepas acara berkaroke, menari poco-poco, twist, samba dan macam-macam tarian lagi yang diketuai oleh pakcik band Bora Asmara, semua pun dah semput. Ni mesti bersenam setahun sekali nih. Tu yang pancit tu.


Poco-poco. Ewahhh..


Band yang mengiringi persembahan

Majlis tamat pada jam 12 malam dan kami pulang dengan perasaan gembira, perut yang kenyang dan boleh dikatakan malam yang tidak dapat dilupakan.

So, dikesempatan ini, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Kak Fiona kerana sudi menjemput saya dan tahniah saya ucapkan kerana impian Kak Fiona untuk menjadi agensi No 1 CWA tercapai. Tanpa training, ilmu dan tunjuk ajar yang Kak Fiona dan Abang Fir berikan, tak mungkin warga Charisma akan menjadi consultant yang cemerlang juga.


Keluarga besar Charisma

So, kepada rakan-rakan di luar sana yang ingin sama-sama menyertai keluarga besar kami di Charisma sila kunjungi laman web rasmi Charisma di sini.