Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ngeri kan? Ini adalah jari telunjuk Abang Fuad, suami sepupu saya iaitu Kak Kiah. Jadi macam ni selepas digigit (dipatuk?) oleh ular kapak kat kebun semasa mengambil daun rumbia nak buat atap yang pelanggan tempah. Selepas dipatuk, mujur lekas-lekas ke hospital. Drive sendiri okay. Power tak power..

Mujur jugak Abang Fuad pakai sarung tangan masa tu. Mungkin kurang sikit effect dia kot. Cerita asalnya, kalau diikutkan doktor Hospital Klang, jari tu nak dipotong je tapi lepas dicadangkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, doktor bagi ubat, jari tu menghitam dan mungkin nanti akan gugur sendiri. Hmm, harap-harapnya kurang sikit trauma daripada jari tu hilang sekelip mata, kan? At least Abang Fuad boleh terima keadaan jarinya slowly.

Bahaya betul ular ni kan..Ni hasil carian dr wikipedia.org


Ular Kapak

Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae. Di Malaysia, jenis ular yang tergolong dalam keluarga ini adalah semua jenis ular kapak. Ular Kapak Bodoh, Ular Kapak Sumatra, Ular Kapak Gunung, Ular Kapak Tokong, Ular Kapak Hidung Pipeh, Ular Kapak Bakau, Ular kapak Hijau.

Ular dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang (pit) yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas.

Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Bisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh.

Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit.

Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa.

Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja.

Kedudukan taring Viperidae

Ular dalam keluarga Viperidae yang berbisa biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan.

Kesan gigitan

Antara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:

  • Sakit yang amat sangat pada tempat gigitantan (dalam masa 5 minit)
  • Bekas gigitan akan membengkak dan perubahan warna akan berlaku pada kulit dalam masa setengah jam.
  • Pendarahan yang tidak berhenti pada kesan gigitan.
  • Pendarahan pada gusi, usus dan saluran kencing.
  • Darah tidak membeku.
  • Keracunan yang teruk boleh menyebabkan bahagian lutut dan lengan atas membengkak dalam masa 2 jam disertai dengan pendarahan.

Hari Raya Ketiga

Pagi-pagi lagi saya, Kak Kiah, Olin dan Didi berjalan ke Tanjung Karang. Tujuan pertama, nak servis kereta Olin dan kemudian nak temankan Didi ke klinik gigi. Dua-dua hampa. EON Service Centre tutup lagi daa…Yelah, rayalah pulak kan. Klinik gigi pulak bukan main penuh. Haii, raya-raya ni semua pakat gigi sakit, gigi berlubang ke. Last-last mohle kita balik. Kami singgah ke Bagan Pasir, kot-kot ada ikan segar baru sampai dari laut.


Kapal belum sampai daaa…

Tak ada rezeki, kami balik. Tapi singgahlah jugak beli ikan. Mungkin ikan semalam. Belasah ajelah..


Kak Kiah sedang memilih ikan

Lepas dah pilih-pilih ikan, kami pun balik. Tension betul, air pulak tak ada sebab ada paip pecah di simpang jalan. Saya siang ikan menggunakan air yang sangat minimum. Apa nak buat, terkesip-kesiplah jadinya. Bopren Azlyna dan mak boprennya pulak nak datang. Menggagaulah kami nak masak, nak sediakan makan tengahari. Susah betullah kalau air tak ada ni. Tapi Alhamdulillah, setel semua. Adalah orang tu berbunga-bunga hatinya. Maklumlah bakal mak mertua datang beraya. Hiks!

Petang tu, kami ke Permatang dan Raja Musa pulak untuk beraya di sana. Makcik saya nak melawat besannya. Lepas tu balik, tak ke mana sangat pun. Kami sampai rumah lebih kurang 7.30 malam.


Mak saya sempat bergambar dengan pokok anggur di depan rumah besan kakaknya (makcik saya le)

Sebiji je pun anggur yang berbuah..