Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Selamat Hari Buruh kepada semua. Yang menganggur sila jangan menyibuk! Yang jadi surirumah takpe, sebab dorang pun bekerja gak kat rumah. Ingat tak penat ke? Kan?

Sebenarnya saya baru balik dari JB malam semalam. Outstation sejak petang jumaat untuk berjumpa client. So, semalam cuti lagi. Marilah kita membuat aktiviti-aktiviti yang best untuk meraikan hari buruh. Tapi perkataan buruh ni macam orang yang kerja angkat-angkat batu je kan? Eh, jangan main-main, kerja dorang tu 100 kali ganda lagi baik daripada orang yang jadi mat rempit, kaki ragut dan kaki belit. Betul tak?

So, untuk memulakan hari yang indah ini, saya, Nadia dan seorang lagi rakan saya mengambil keputusan untuk menonton wayang di Cineleisure. Oleh kerana saya dah membuat tempahan secara online, maka tak perlulah tergesa-gesa nak beli tiket. So, kitorang bercadang nak breakfast di Mc Donalds The Curve dulu. Menu pilihan kami pagi tadi ialah Family Breakfast. Puas hatilah 3 orang makan.

Kitorang pilih Box B

Lepas bersarapan, kami cepat-cepat berjalan kaki ke Cineleisure yang terletak di sebelah The Curve sebab movie start pukul 11 pagi. Sepatutnya kena amik tiket sejam lebih awal tapi kami amik tiket pada pukul 10.55 pagi, lagi 5 minit sebelum movie start. Bley? Dengan Ujie’s Tactic yang saya selalu amalkan, biasanya memang berjaya dan takde masalah. Movie yang kami tonton ialah…….

Fast and Furious : Fast 5

Memang best gilerlah cerita ni. Fast 5 merupakan sambungan daripada empat siri Fast and Furious sebelum ni. Kebanyakan watak daripada keempat-empat siri sebelum ini digabungkan dalam satu filem. Aksi dan jalan ceritanya lebih mendebarkan. Sebenarnya, tayangan rasmi filem ini adalah pada 5 haribulan Mei nanti. Kiranya kitorang dah tengok awal sikitlah. Pegilah tengok cite ni. Filem wajib tonton tahun ini!!

Lepas dah selesai menonton Fast 5, perut pun lapar. So, kitorang plan nak makan kat Marché, The Curve.

Marché a.k.a market a.k.a pasar

Sebelum ni saya memang selalu lalu lalang depan Marché Restaurant ni tapi tak pernah masuk. Rupanya dalam restoran tu, banyak gerai-gerai macam dalam pasar yang jual ikan/sayur/daging/buah. Kita pilih apa yang kita nak makan, nanti dorang akan masakkan. Saya pilih ini…

Pasta

Mix Fritto atau nama tak glamernya udang goreng tepung

Lepas makan, lebih kurang pukul 3, kami pegi pulak ke salon di Dataran Prima untuk buat facial. Saja nak memanja-manjakan dirriew.. Habis facial lebih kurang jam 6 petang. Puas hati!!

Muka rakan saya yang sedang diseksa

Acara terakhir untuk meraikan cuti Hari Buruh ialah…karokkkkkk….. Tempat pilihan, haruslah Loudspeaker Karaoke Kota Damansara. Yezzah!!

Gambar Loudspeaker Karaoke yang dicopet dari Google

Ni lah pakej Loudspeaker

Sepatutnya saya berkarok dengan 3 orang rakan yang lain. Oleh kerana Nadia dan sorang lagi kawan pompuan saya tak jadi join, maka saya berkarok jela berdua ngan sorang member lelaki saya. Lepas dia nyanyi, saya, lepas saya nyanyi, dia, macam tulah sampai 3 jam! Peritnya tekak sebab rangkaian pilihan lagu malam ni, semua stok lagu tak sedar diri seperti Ziana Zain, Awie, XPDC, Aris Ariwatan dan lain-lain lagi. Haha!

Feeling Aris Ariwatan

Abes melalak, kami lepak pulak supper di Mc D. Begitulah kisah cuti Hari Buruh saya. Best tak? Kah kah kah..Ok bye..

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina hari ni, marilah saya kongsi cara nak masak Butter Crab & Squid With Salted Egg, iaitu salah satu masakan yang popular di restoran-restoran Cina. Harga di restoran, biasanya mestilah mahal kan? So, apakata kita buat sendiri kat rumah. Jimat dan sedap pulak tu. Selalunya saya masak dengan udang tapi kali ni saja nak ubah selera dengan ketam dan sotong pulak.

Bahan-bahan

1. 4-5 tangkai cili api

2. 4 ulas bawang putih

3. 3 tangkai cili kering

4. Sedikit daun kari

5. 200ml susu sejat Ideal

6. 3 biji telur masin

7. 2 sudu mentega

8. 2 ekor ketam

9. 4 ekor sotong

10. Minyak untuk menggoreng

11. Garam secukup rasa

Cili api

Bawang putih dan cili kering

Daun kari

Susu sejat Ideal

Telur masin. Ambil kuningnya saja

Mentega

Ketam dibelah empat

Sotong

Cara-cara

1. Potong cili api, cili kering, bawang putih dan daun kari, kemudian ketepikan


Cili api, bawang putih, cili kering dan daun kari dipotong halus

2. Panaskan minyak


Panaskan minyak

3. Goreng ketam dan sotong 80% masak


Goreng ketam


Goreng sotong

4. Panaskan kuali dan cairkan mentega


Mentega dicairkan

5. Masukkan cili api, cili kering, bawang putih dan daun kari. Goreng sampai naik naik bau


Cili api, cili kering, bawang putih dan daun kari digoreng sampai naik bau

7. Masukkan 200ml susu sejat Ideal


Masukkan susu

8. Masukkan kuning telur dan lecek-lecekkan


Masukkan telur kuning


Kuning telur dilecek-lecekkan

9. Masukkan ketam dan sotong. Kemudian gaul sehingga sebati dan kuah menjadi agak kering


Gaul sebati sehingga agak kering

10. Masukkan garam secukup rasa

11. Angkat dan hidangkan


Taraaaa……..

Malatoppppssss rasanya. Cubalah!