Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Volume 2 katanya. Macam VCD karaoke je. Ni kiranya rangkuman aktiviti saya dari 3 minggu lepas. Mak bizi la uols nak tulis satu-satu macam ala carte. So, saya buat secara buffet jela ye *matila gilerr

Kick Off 2012 @ Hotel Istana Kuala Lumpur

Memang tiap-tiap awal tahun, PruBSN Takaful mengadakan kick off event. Tahun ni Kick off kami diadakan pada 7 Januari lepas (9pagi – 5.30 petang) dan lokasinya bertempat di Istana Hotel. Biasanya masa Kick off ni, pihak pengurusan PruBSN akan menunjukkan hasil jualan takaful pada tahun lepas dan juga target jualan pada tahun ni.

Tetamu jemputan kami merupakan seorang Professor dari UPM iaitu Professor Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman dan seorang lagi tetamu istimewa dari Indonesia iaitu Pak Widi. Tetamu-tetamu tersebut dijemput bagi memberi motivasi dan semangat kepada kami agar tidak berputus asa dalam bidang takaful ini. Selain itu, pihak pengursan PruBSN Takaful juga mengumumkan contest baru tahun ini iaitu trip ke Switzerland dan Bandung.

Kick Off 2012

Masa pendaftaran dengan Kak Liza

Prof. Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman

Pak Widi

Motto PruBSN tahun ni – S.P.E.E.D

Jualan keseluruhan sepanjang 2011

PruBSN Takaful – Syarikat Takaful No. 1  Malaysia

Bila boring, amik gamba kaki sendiri. Berani samseng dengan gua? Gua pijak ngan kasut nanti!! Haha

With Roza

Door gift – cawan kecik yang bertulis next trip iaitu Bandung dan Switzerland

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PruBSNetz Dinner @ al-Rawsha Restaurant, Kg Pandan

Selepas Kick off event tu, saya dan beberapa orang agent lain yang menggunakan e-submission (online) untuk submit case, telah diraikan dengan Majlis Makan Malam PruBSNetz di al-Rawsha Restaurant, Kg Pandan yang merupakan restaurant makanan Lebanon. Memang bestla makanan kat situ walaupun jarang-jarang makan makanan macam tu. Ada kambing, ayam, ikan dan macam-macam lagi. Saya paling suka ikan dan kambing dia. Nyam nyam..

Depan Restoran al-Rawsha

Ruang makan

 

Pandangan dari tingkat atas

 

Booth minuman

 

Kudap-kudapan yang disediakan sebelum makan malam

 

Sempat bergambar dengan CEO PruBSN

 

Bersama trainer Alicia

 

Bersama orang kuat e-sub

 

PruBSNetz Dinner

 

Dua jejaka lapar

 

Dua wanita yang berpura-pura tak lapar

 

Ni saya punye. Diet kah?

 

Dap dappp..

 

Kambennn

Hayam!!

Roti naan bersama pencicah beliau

Dah malam.. Mohle balik..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beli Henpon Baru

Ye… Saya berjaya membeli henpon baru Iphone 4s masa Kick off event aritu. Biasanya, kalau PruBSN buat apa-apa event, mesti akan ada booth Celcom sekali. So, saya pun saje-saja la menyebok kat booth tu. Macam tertarik pulak nak amik pakej Celcom/Iphone 4s tu kan. Lagipun saya memang tercari-cari henpon baru lepas henpon lama tercicir aritu Macam biasa saya memekak-mekak kat FB pasal henpon baru ni sampai ada member sound asyik cite pasal henpon baru je. Kah kah. Biasalah, jakun uols.

Secara jujur, saya suke henpon baru ni. Gambar superb, tengok Youtube selamba takde sangkut. Cuma yang menyakitkan hati kalo bercakap dengan si Siri tu. Memanjang je tak paham ape haku cakap. Tapi tak boleh salahkan Siri gak. Dah awak ni lidah makan belashann. Haruslah Siri tak paham. Bila saya soh dia call kawan saya, mesti dia cakap “Sorry, I don’t get it”. Sabar je aku!

Henpon baru mak, uols!!

Hasil tangkapan pertama henpon baru. Gambar tak cantek sebab tukang amik gamba ni Parkinson. Huhu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

High Flyers Alumni @ Agrotek Garden Resort, Sungai Semungkis, Hulu Langat

High Flyers team merupakan agent-agent yang dipilih oleh PruBSN sebagai kumpulan kecil yang dilihat berpotensi untuk menjadi agent yang cemerlang di PruBSN. Kononnya la.. Hak hak.. Biasanya kami akan diberi target setiap minggu supaya momentum kami sentiasa berada pada level yang tinggi. Setakat ini, High Flyers team dah ada 3 batch dan saya merupakan daripada batch pertama. So, pada hari Isnin dan Selasa lepas (16 dan 17 Januari), PruBSN telah mengumpulkan alumni High Flyers batch 1-3 di Agrotek Garden Resort, Sungai Semungkis, Hulu Langat untuk bersama-sama menentukan hala tuju kami pada tahun ini dalam mencapai target jualan.

Selain team building dan aktiviti dalam kelas, kami juga membuat aktiviti jungle trekking di Bukit Tempeyek di sana. Seronok juga sekali-sekala mengeluarkan peluh. Lepas turun naik bukit, lembah dan lurah dilalui, sampailah kami ke air terjun. Best giler boleh mandi. Cejuuuukkkk!!!

Abes muka depan nota saya conteng. Memang spesis tak boleh dapat kertas

Group saya – Speed Energy

With Mekna

Depan dewan

Dorm kami

Dah lama tak tido kat katil double decker

Ready nak berjunle trekking

Ni masa awal-awal pun dah menonggek naik bukit

Pertengahan jalan yang curam

Muka dah merah padam masa ni

Da sampai air terjun. Muka macam udang kena bako

Yeayy!!!

Berkelah

Besttt!!!

Lepas keluar hutan, mandi pulak kat sungai depan chalet

Sungai kat atas cafe

Kami menang group terbaik. Weehooo!!

Gambar ramai-ramai

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Shariah Financial Planning Course @ Prudential Training Academi (PTA), Ukay Perdana

Haaa.. Nilah aktiviti saya paling tak boleh blah minggu ni. Course ni mengambil masa 6 hari tapi 2 hari dah setel pada bulan November tahun lepas. So, tinggal 4 hari lagilah yang perlu saya habiskan. Tu yang berkampung kat PTA tu. Dari hari Khamis sampailah Ahad (19-22 Januari). So, dah lengkap Module 2 : Risk and Takaful Planning. Exam untuk module ni akan diadakan pada 19 Februari depan. Semalam (Ahad) kitorang ada mock exam. Markah saya 59/100 je. Haha tulah akibat tak baca buku. Hambekk ubat!

Khusyuk menjawab soalan

Markah

Ni formula nak kira future value untuk akaun KWSP *koma!

Bersama lecturer – Puan Zalina yang comel


Fuhhhh!!! Fennatss..

17 teket wayang GSC dalam genggaman katanya. Kau mampooo? Kah kah kah.. Bergasak la haku pasni kuar masuk GSC. Yes uols! Ahkak berjaya mendapatkan 17 teket wayang dan jugak 13 kupon combo popcorn. Sume ni gara-gara meng’submit’ sales takaful melalui PruBSNetz menggunakan kemudahan e-submission. Sebenarnya PruBSN Takaful ada buat contest untuk menggalakkan penggunaan e-submission PruBSNetz sepanjang bulan Oktober lepas. Tu yang saya tak lepaskan peluang tu..

Poster contest

Untuk pengetahuan semua, sekarang PruBSN Takaful dah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam mengurangkan penggunaan kertas dan menggalakkan penghantaran case takaful secara online saja. Sebenarnya dah lama jugaklah (tak silap dah setahun lebih kot) PruBSN Takaful soh guna e-submission ni, tapi saya je yang baru guna. Huhu.. So, takde alasan untuk saya tak buat sales. Masa cuti boleh buat sales, masa beraya boleh buat sales, kat kampung boleh buat sales. Kat luar negara pun boleh buat sales kalo nak. Hiks.. Semuanya di hujung jari je.

PruBSNetz welcome page

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah..

1. Ofkos laptop/notebook

2. Broadband

Casing dia Maxis Broadband, tapi dalam dia saya bubuh simkad Celcom. Ada aku kesah? Hak hak

3. Yang paling utama – E-Pad! Bukan iPad tau.. Hiks

Pad dan pen untuk menyain

So, lepas dah isi details client, saya akan mintak client sign menggunakan e-pad tu..

Maklumat dah diisi lengkap

Client dah boleh sign

Setel!!

Lepas dah sign kat sume ruang yang perlu, bolehlah submit secara online terus. Biasanya dalam 2 jam, case tersebut dah approved (untuk standard case sahaja) berbanding sehari yang diperlukan untuk case yang disubmit secara manual.

*Standard case merujuk kepada case client yang takde sejarah penyakit atau client yang mempunyai berat badan normal dengan ketinggian (bukan obesiti) dan tidak memerlukan medical check up

So, katakan TIDAK pada borang kertas!! Huhu

Tak payah dah nak hangkut berat-berat lagik..

Mudah kan? So, saya menyeru kepada kawan-kawan agent yang lain, GUNA E-SUB WOIII!! DEGIL LA KORANG NIH!! Hahaa… Harga e-pad tu RM450. Bukan bayar sekaligus pun. PruBSN akan tolak dari komisen kitorang RM90 setiap bulan selama 5 bulan. Dahla bayar ansuran. Dapat macam-macam kemudahan pulak tu berbanding agent-agent yang masih submit secara manual.

Contohnya baru-baru ni PruBSN buat contest ke Bangkok. Sape-sape yang submit secara manual, kena buat sales RM30,000 NPC manakala agent yang submit guna e-submission PruBSNetz, hanya perlu buat sales RM25,000 NPC saja. Kan dah jimat RM5,000 NPC! Alhamdulillah, saya dah qualify pun ke Bangkok guna e-sub tu. Ini bukan entry berbayar ye, tapi saje nak promote penggunaan e-pad ni kat kawan-kawan agent yang lain.

So, kalau terasa nak sign form guna e-pad ni, tak reti-reti ke contact ahkak amik medical card PruBSN Takaful? Haha matila sempat promote!

Eh, tajuk asal entry ni 17 Teket Wayang GSC Dalam Genggaman! Tapi satu keping teket pun tak nampak. Kot gebang je Ujie Mapia ni.. Sabar tuan-tuan dan puan-puan semuahh!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Nah hambekkk!!!

17 keping teket wayang! Wooohooo!!

13 keping kupon kombo

Sape nak ikot gua???!!!