Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

17 teket wayang GSC dalam genggaman katanya. Kau mampooo? Kah kah kah.. Bergasak la haku pasni kuar masuk GSC. Yes uols! Ahkak berjaya mendapatkan 17 teket wayang dan jugak 13 kupon combo popcorn. Sume ni gara-gara meng’submit’ sales takaful melalui PruBSNetz menggunakan kemudahan e-submission. Sebenarnya PruBSN Takaful ada buat contest untuk menggalakkan penggunaan e-submission PruBSNetz sepanjang bulan Oktober lepas. Tu yang saya tak lepaskan peluang tu..

Poster contest

Untuk pengetahuan semua, sekarang PruBSN Takaful dah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam mengurangkan penggunaan kertas dan menggalakkan penghantaran case takaful secara online saja. Sebenarnya dah lama jugaklah (tak silap dah setahun lebih kot) PruBSN Takaful soh guna e-submission ni, tapi saya je yang baru guna. Huhu.. So, takde alasan untuk saya tak buat sales. Masa cuti boleh buat sales, masa beraya boleh buat sales, kat kampung boleh buat sales. Kat luar negara pun boleh buat sales kalo nak. Hiks.. Semuanya di hujung jari je.

PruBSNetz welcome page

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah..

1. Ofkos laptop/notebook

2. Broadband

Casing dia Maxis Broadband, tapi dalam dia saya bubuh simkad Celcom. Ada aku kesah? Hak hak

3. Yang paling utama – E-Pad! Bukan iPad tau.. Hiks

Pad dan pen untuk menyain

So, lepas dah isi details client, saya akan mintak client sign menggunakan e-pad tu..

Maklumat dah diisi lengkap

Client dah boleh sign

Setel!!

Lepas dah sign kat sume ruang yang perlu, bolehlah submit secara online terus. Biasanya dalam 2 jam, case tersebut dah approved (untuk standard case sahaja) berbanding sehari yang diperlukan untuk case yang disubmit secara manual.

*Standard case merujuk kepada case client yang takde sejarah penyakit atau client yang mempunyai berat badan normal dengan ketinggian (bukan obesiti) dan tidak memerlukan medical check up

So, katakan TIDAK pada borang kertas!! Huhu

Tak payah dah nak hangkut berat-berat lagik..

Mudah kan? So, saya menyeru kepada kawan-kawan agent yang lain, GUNA E-SUB WOIII!! DEGIL LA KORANG NIH!! Hahaa… Harga e-pad tu RM450. Bukan bayar sekaligus pun. PruBSN akan tolak dari komisen kitorang RM90 setiap bulan selama 5 bulan. Dahla bayar ansuran. Dapat macam-macam kemudahan pulak tu berbanding agent-agent yang masih submit secara manual.

Contohnya baru-baru ni PruBSN buat contest ke Bangkok. Sape-sape yang submit secara manual, kena buat sales RM30,000 NPC manakala agent yang submit guna e-submission PruBSNetz, hanya perlu buat sales RM25,000 NPC saja. Kan dah jimat RM5,000 NPC! Alhamdulillah, saya dah qualify pun ke Bangkok guna e-sub tu. Ini bukan entry berbayar ye, tapi saje nak promote penggunaan e-pad ni kat kawan-kawan agent yang lain.

So, kalau terasa nak sign form guna e-pad ni, tak reti-reti ke contact ahkak amik medical card PruBSN Takaful? Haha matila sempat promote!

Eh, tajuk asal entry ni 17 Teket Wayang GSC Dalam Genggaman! Tapi satu keping teket pun tak nampak. Kot gebang je Ujie Mapia ni.. Sabar tuan-tuan dan puan-puan semuahh!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Nah hambekkk!!!

17 keping teket wayang! Wooohooo!!

13 keping kupon kombo

Sape nak ikot gua???!!!

2 Comments

  1. amieyra
    8:07 pm on November 15th, 2011

    Broadband tu ko cuci ngn klorox yer. Naper aku rasa mcm suci bersih jer. Ke aku byk dosa. Hihi

  2. Ujie
    7:49 am on November 18th, 2011

    Hhahha..memang putih oke..