Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Graphology=Kajian Grapho ertinya tulisan, Logy ertinya bidang ilmu. Jadi Graphology bermaksud Bidang Ilmu tentang Tulisan. Berikut kajian tentang tulisan yang dijalankan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Meh kita tengok..

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : – Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup… Amin

—————————————————————————–

Kat bawah ni contoh tulisan saya.. 😉

Tengok mood la..kadang-kadang kemas..kadang-kadang cam cacing…Tapi tulisan arwah abah saya cantik betul. Bersambung-sambung dan kemas. Maklumlah, orang dulu-dulu..

Seorang rakan pena saya dari Indonesia juga mempunyai tulisan yang sangat cantik dan kemas. Sebelum adanya teknologi email dan sms, kami sering berutus surat. Andi namanya. Jarang orang lelaki mempunyai tulisan yang cantik dan kemas. Bagai ditaip-taip. Kemas dan teratur.

Bagaimana tulisan saudara pembaca? Ada yang sama dengan kajian peribadi yang Dr. Fadzilah jalankan ni?

NAMA merupakan pengenalan kepada seseorang. Kadangkala nama juga dirujuk untuk mengenali seseekor haiwan. Pendek kata, setiap makhluk di dunia ini, pasti mempunyai nama. Apa ada pada nama? Nama untuk seseorang manusia sangat penting di akhirat kelak. Di Padang Mahsyar, di kala setiap daripada kita dipanggil untuk ditimbang amalan-amalan kita semasa di dunia. Begitu juga ketika talkin dibacakan. “Wahai Suzilah binti Saati@Sahati (nama mak saya). Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.” Begitulah lebih kurang.

Mujur kita tidak lahir pada zaman dahulu. Di zaman 30an, 40an, 50an dulu, orang-orang tua kita tidak kisah nak beri nama apa kepada anak mereka. Asalkan ada nama, cukuplah. Nama-nama pada ketika itu biasanya berkait rapat dengan alam atau fizikal anak-anak mereka. Kalau anak mereka sedikit gelap, diberinya nama Hitam. Hitam bin Putih. Hiks! Ada juga yang menggunakan sayur-sayuran sebagai nama. Labu, Kundur, Bawang Putih, Bawang Merah. Lobak..ermm..tak pernah pula saya dengar. Tapi salah seorang kawan saya semasa di sekolah dulu mempunyai seorang ibu saudara bernama “Pisang”. Nasib baik adik beradiknya yang lain tidak diberi nama “Nangka”, “Cempedak”, “”Limau Bali” dan sebagainya. Hehe.

Kadang-kadang tidak boleh juga disalahkan ibu bapa pada zaman dahulu kerana pegawai yang menulis nama di dalam surat beranak tersebut yang tersalah tulis. Menurut cerita rakan saya juga, sepatutnya makciknya mempunyai nama Rogayah, tetapi Benggali yang mendaftarkan nama makciknya itu menulisnya menjadi Rogajah. Gajah? Ada ke patut?

Memilih nama yang baik dan ringkas kan lebih baik. Ada juga nama budak-budak pada zaman sekarang terlalu panjang dan sukar untuk disebut. Contohnya, Nurul Syahidatul Sabrina Rosella Bourgainvilla binti Muhammad Hafiz Gadaffi . Hah! Tak ke susah nak menulis nama dalam borang peperiksaan nanti? Borang nikah ke, apa-apa boranglah. Maklumlah, anak pertama dan cucu sulung pula. Mak ayah, datuk nenek, sibuk nak bagi nama kepada si kecil. Bila dah digabungkan dengan semua nama yang diberi, itu yang panjang berjela jadinya. Kesian suami si Sabrina ni nak terima akad nikah daripada Tok Imam. Dibuatnya Tok Imam pun ada athma, dah semput nak menyebut nama pengantin perempuan. Hehe. Kepada datuk-datuk dan nenek-nenek, zaman bagi nama anak dulu kan dah ada. Bagilah chance kepada mak ayah dia pulak. 😉

Saya pernah melihat seorang rakan saya mempunyai dua kad pengenalan kerana namanya terlalu panjang, Kad pengenalan pertama hanya ditulis dua nama pertamanya serta nama ayahnya dan kad pengenalan kedua ditulis nama sebenarnya yang penuh. Kan dah menyusahkan.

Nama yang mempunyai makna yang baik juga sangat digalakkan. Jangan sibuk sangat nak bagi nama-nama yang canggih sampai tak sedar rupanya nama tersebut tidak ada makna. Nama saya, Suzilah pun tak ada makna. Apa nak buat..

Pernah dengar nama pemberita TV3 iaitu Pravitriana Yuliawiratnam? Begitulah lebih kurang namanya. Adiknya bernama Lenardi Amsinar Yuliawiratnam dan pernah sefakulti dengan saya dahulu. Manurut cerita, nama adik beradiknya semua pelik-pelik. Adik-beradiknya dinamakan menggunakan istilah perubatan kalau tidak silap saya kerana kedua-dua ibu bapanya adalah doktor. Haha. Jangan pula saudara pembaca yang berkerjaya sebagai pegawai kimia memberi nama anak Siti Natrium Klorida atau kalau bapanya pakar matematik, diberinya nama anak mereka sebagai Abdul Theorem Pithagoras. Kan ke haru?

Di rumah juga, biasakan anak-anak dipanggil dengan namanya. Bukan Boboy, Gegirl, Anje atau lain-lain. Terdapat juga kes di mana apabila anak-anak ini mula masuk alam persekolahan, mereka tidak tahu nama mereka sendiri. Bila cikgu kelas panggil “Iskandar bin Ali”, si Boboy ini terlangak-langak. Maklumlah, di rumah dia dipanggil Boboy. Dia tidak tahu nama sebenarnya Iskandar. Kesian dia. Hehe

Cukuplah saya membebel tentang nama ya. Berikan pendapat atau kisah anda pula. Tapi saya belum pernah jumpa lagi orang yang tidak bernama kecuali boyfriend saya iaitu “PENDEKAR TANPA NAMA“; hero dalam komik Pedang Setiawan. Jangan marah ha… 😉