Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haii korang.. Korang wat ape arini? Saya jumpe PM arini. Tak percaya? Sebenarnya petang tadi saya menghadiri majlis hi-tea bersama PM di PWTC atau lebih tepatnya majlis PM Unplugged Versi Budak Mara. Majlis ini dianjurkan oleh ANSARA iaitu Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia dan ia merupakan program dialog bersama YAB Dato Seri Najib Tun Razak dalam suasana santai. Banyak jugaklah soalan-soalan panas yang dikemukakan oleh bekas pelajar MRSM kepada PM. Tapi takdelah sampai isu cincin RM24 juta Rosmah tu.. Hiks..

Sampai-sampai je terus pose dulu kat backdrop dia

Nampak tak senarai penaja tu? Maybank, Celcom, Air Asia, Shell, Kencana Petroleum, Tabung Haji, Bank Pembangunan. Haa.. Tu semua sebab CEO atau orang-orang besar dalam syarikat tu adalah bekas pelajar-pelajar MRSM.

Sebelum masuk ke dalam Dewan Tun Ismail tempat berlangsungnya majlis tersebut, kena register dulu dan diberi sticker nama yang dilekatkan di baju masing-masing..

Tulis sendiri nama dan MSRM batch mana

Majlis bermula pada jam 2.30 petang tapi biasalah, sebagai VVVVVIP saya datang lambat. Pukul 3.30 petang baru saya tehegeh-hegeh masuk dewan. Masuk-masuk je, Dato’ Mukhriz Mahathir tengah berucap. Dato’ Mukhriz merupakan produk MRSM Pengkalan Chepa (1977-1981). Selain dia, ramai gaklah tokoh-tokoh korporat Malaysia yang merupakan bekas pelajar MRSM. Di antara yang disebut oleh Dato’ Mukhriz ialah Datuk Seri Kamaruddin Meranun – Air Asia – MRSM Kuantan, Datuk Seri Shazly -CEO CELCOM – MRSM Seremban, Dato’ Dr. Sheikh Muzafar – Angkasawan Negara – MRSM Muar dan lain-lain.

Dato’ Mukhriz sedang memberi ucapan

Apsal Tun Mahathir lagi banyak rambut dari anak dia?

Sebenarnya agenda pertama sebelum Dato Mukhriz berucap ialah menyanyikan lagu MRSM tapi disebabkan saya lambat masuk, tak dapatlah nyanyi lagu tu. Rindu nak nyanyi lagu MRSM.. 🙁 Takpela, saya tepek lirik lagu tu..

Lagu MRSM

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

Selepas Dato’ Mukhriz berucap, tibalah masa YAB Dato’ Seri Najib pula menyampaikan ucapannya. Rasa macam tengah dengar pembentangan belanjawan pulak. Hihi. Tapi ada gaklah dia buat lawak tadi. So, takdelah boring sangat. Mujur dia tak selit-selit cerita pasal politik. Oh ya, untuk sape-sape yang tatau (saya pun baru tau), PM Najib bekas pelajar MCKK St. John, Kuala Lumpur. Yang sekolah MCKK tu ayah dia, Tun Razak. (TQ Sherrina sebab tolong betulkan fakta :-))

PM tengah berucap

Kasi close-up sket

Lepas PM bagi ucapan, dewan dibuka dengan forum dialog di antara kami, bekas pelajar dengan PM sendiri. Masa ni lah soalan-soalan panas timbul. Ada yang tanya pasal pendidikan di Malaysia, pasal toilet kat sekolah, pasal sosio-ekonomi dan soalan akhir sekali yang paling panas (tapi bagi saya agak kurang hajar bahasa yang digunakan) ialah soalan yang menyentuh sedikit pasal politik. Rilekla bro. Ni kan majlis santai. Tak yahla nak merempan. Tapi PM rileks je. Jawab pun gelak-gelak. Saya nak gak bagi soalan, tapi takut orang lain ‘booooo’ kan saya. Soalan yang saya nak tanye tapi tak tertanya ialah “Dato Seri suka karok lagu apa?“. Hahaha.. Agak-agak kena baling kerusi tak?

PM tengah berpeluh menjawab soklan budak-budak MSRM

Lepas selesai forum, tibalah masa pelancaran laman web Ansara yang baru iaitu www.ansara.org.my dan juga kad keahlian Ansara oleh YAB PM. Pemegang kad keahlian dengan nombor pertama ialah Presiden Ansara sendiri iaitu Dato Mukhriz Mahathir. Lepas perasmian tu, majlis bersurai dan kami disediakan dengan jamuan ringan di luar dewan.

Macam-macam ada…

Pinggan iols

Sambil makan tu, saya jenguk-jenguklah jugak kalau ada batch saya MRSM Jasin 1994-1995 tapi haram sorang pun tak nampak batang idung. Takpelah, biar saya je yang jadi wakil. Tapi batch lain MRSM Jasin adalah jugak saya nampak. Ada yang batch 1988, ada yang 2007 (ko umo 4 tahun, akak dah form 5 dik.. Huhu..).

Orang lama, orang baru..

Makanan ruji budak asrama. Maggi ni disponsor oleh salah sorang orang kuat Maggi yang jugak ex-student MRSM

Oh lupa pulak, setiap kami diberi goodies bag yang berisi buku JAWAPAN NAJIB. Saya tak sempat baca lagi..

JAWAPAN NAJIB : Merungkai persoalan semalam, konflik hari ini dan cabaran masa depan

Sebelum blah, sempatla bergambar sekeping dua kat dalam PWTC tu…

Ada tak macam Dato’ Suzilah? Kah kah kah muntah!

Saya berangan-angan, anak-anak saya nanti mesti kena masuk MRSM jugak. Poyo tak? Anak pun takde, kawen pun tak lagi, nak berangan sampai ke situ plak. Hihi. Ade aku kesah?

Okla, bai..

Bacaan lain pasal PM Unplugged – klik sini.

Trivia

1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang pertama ditubuhkan ialah MRSM Seremban yang telah dibuka pada tahun 1972

2. Jumlah keseluruhan MRSM yang ada sekarang ialah 46 buah

3. Antara Anak MARA Yang Dibanggakan:

1. Datuk Dr Sheikh Muzaffar – MRSM Muar
2. Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir – MRSM Kota Bharu
3. Datuk Razali Ibrahim – MRSM Terendak
4. Anuar Taib – Chairman Shell Malaysia – MRSM Muar
5. Esmady Esa – DHL UK – MRSM Muar
6. Asmadi Mohd Bakri – CEO Hospital KPJ PERDANA Kota Bahru – MRSM Muar
7. Mohd Azha Abdul Jalil – CFO Malaysia Airlines – MRSM Muar
8. Datuk Seri Kamaruddin Meranun – Air Asia – MRSM Kuantan
9. Datuk Seri Shazly – CELCOM – MRSM Seremban

 

 

Artikel di bawah disalin dan ditaip semula dari Majalah Anggun yang dibeli oleh rakan saya semasa beliau berkunjung ke Jakarta beberapa bulan lalu. Artikel ini saya terjemahkan supaya senang difahami oleh anda rakan pembaca. Maklumlah, terdapat juga beberapa Bahasa Indonesia yang terpaksa saya ‘Wikipedia’kan sebab saya pun tak faham. Alamak, lupa pulak nak tulis nama penulisnya. Ya ampun, pak!

Saya terpanggil untuk berkongsi artikel ini disebabkan terdapat beberapa orang rakan saya (termasuk saya sendiri) yang masih membujang walaupun usia sudah merangkak ke 30an. Siapa yang tidak ingin berumahtangga dan mempunyai zuriat sendiri, tetapi ketentuan Allah mengatasi segala-galanya.

Kepada yang telah berkeluarga, janganlah terlalu mengasak kami – “golongan bujang”, dengan pertanyaan-pertanyaan yang kadangkala boleh mengguris jiwa kalau diulang berulangkali. Kalau dah sampai jodoh, tentu anda akan dijemput. Dan kepada golongan bujang yang masih belum bertemu jodoh, jangan gundah gulana. Penuhkan aktiviti anda dengan kegiatan-kegiatan yang berfaedah yang dapat menggembirakan hati sendiri. Baca artikel di bawah, dan semoga anda akan lebih tenang selepas ini. 😉

————————————————————–

Dua bulan lalu, sebuah SMS mampir di telefon bimbit saya. Isinya, ‘Tuan, saya takut. Usia saya tidak lama lagi 30 tahun. Jodoh saya belum tiba juga. Apa ada jejaka yang mau dengan wanita seperti saya?’. Hmm, sejenak saya tertegun. Ketika saya hendak menjawabnya, satu SMSnya datang lagi: ‘Hidup saya sepi, Tuan. Kenapa Allah belum juga menjawab doa saya?

Bunga [bukan nama sebenar], si pengirim pesanan ringkas itu, saya tahu bukanlah perempuan yang memiliki kekurangan. Sejumlah kata sifat menempel pada dirinya. Dia yang jelita, yang bergelar graduan master dari sebuah perguruan tinggi negeri, yang kariernya sedang meningkat naik, yang akhlaknya-InsyaAllah-baik. Dia pun, saya tahu, bukan tidak berusaha, bertindak aktif mencari soulmatenya. Ia juga tidak lagi mensyaratkan macam-macam untuk calon suaminya kelak.

Usaha sudah. Doa apalagi. Tak kurang-kurang. Namun, tanda-tanda jodoh belum juga menghampirinya. Maka, jadilah Bunga dan mungkin juga anda-entah perempuan maupun jejaka-para bujang yang kesepian. Betapa tidak. Mereka sudah terlalu merindukan belaian suami [atau isteri] ketika malam beranjak tua. Mereka terlalu mendambakan sambutan hangat isteri [atau suami] ketika pulang ke rumah yang lengang. Dan suasana sepi kembali menyergap.

Sebagai muslim, tentu saja keadaan demikian perlu dicari penyelesaiannya. Kerana itu, sebagai umatNya, kita memang tidak boleh membeli waktu: menuntut sang Khalik mengirim jodoh seperti juga kematian, hanya Allah yang menentukan waktunya.

Kerana itu, apa sebetulnya makna sepi dalam kehidupan? Apakah sebetulnya keadaan manusia itu ketika ia dilahirkan ke dunia? Apakah bersendirian dan juga kesepian, hanya menimpa para bujang semata? Sebab kadangkala kita juga akan merasa kesunyian walaupun dikelilingi oleh ramai orang di sekeliling kita. Bahkan, tak jarang, seorang isteri [atau suami] kadangkala merasa sendiri meski di sampingnya ada pasangannya.

Ini ertinya kesepian dan bersendirian adalah hakikat sejati manusia. Tak salah bila seorang ahli falsafah dan penyair muslim kenamaan, Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah berkata bahawa, “Keadaan dasar jiwa manusia adalah kesepian.” Iqbal tak salah. Bila merujuk firman Allah s.w.t dalam Al-Quran, jelas, Allah menunjukkan perkara serupa.

Dan sesungguhnya kamu datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya, dan kamu tinggalkan di belakangmu [dunia] apa yang telah Kami kurniakan kepadamu; dan Kami tiada melihat bersertamu pemberi syafaat yang kamu anggap bahawa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kami. Sungguh telah terputuslah [pertalian] antara kamu dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap [sebagai sekutu Allah].” [QS. Al-An’aam[6]:94]

Ayat tersebut kian menegaskan bahawa kita, sebagai hamba Allah, memang datang mengunjungi dunia dalam bersendirian, kesunyian dan kesepian. Kita tidak membawa suami yang gagah, mengajak isteri yang aduhai-aduhai, atau minta ditemani anak-anak yang kita cintai. Setiap kita dalam sendiri. Semua dalam keadaan ‘single’.

Bila bercermin pada ayat di atas, keadaan berseorangan itu bererti proses belajar menghadap Ilahi kelak. Ertinya, menjadi bujang juga proses ibadah yang harus dijalani secara terhormat. Bila ini menjadi pedomannya, tentu saja seorang bujang tidak akan mengalami lara yang merugikan jiwanya. Ia tidak akan berfokus pada rasa kesendirian itu, pada masa penantian jodoh memang rahsia Allah? Ia justeru akan meresapi ujian ini dengan sikap berserah kepadaNya.

Ia sedar bahawa Allah sedang menguji keimanannya: apakah ia mampu mengolah sepi dan sendirinya menjadi tenaga positif atau negatif? Apakah ia menjerumuskan diri dalam gelumang kemaksiatan, atau sebaliknya, semakin dekat kepada sang Khalik di saat menanti jodohnya itu datang?

Seperti ucapan Mohamad Fauzil Adhim dalam buku “Saatnya Untuk Menikah” : Ada yang tak dapat kita jawab [dalam keadaan belum ada jodoh] kerana semua rahsia ada dalam genggamanNya. Tetapi ada satu hal yang boleh kita cuba telusuri diam-diam, dengan hati yang tenang dan jiwa yang bersih. Kita mencuba merenung sejenak secara jujur , apakah lambatnya jodoh itu merupakan ujian atas ketakwaan kita yang tinggi kepadaNya, sebagai teguran atas kekhilafan-kekhilafan dan bahkan mungkin kesombongan kita terhadap apa yang diberikan Allah kepada kita. Bukankah segala sesuatu ada masanya sendiri? Bukankah kematian juga tidak datang pada saat yang sama, usia yang sama dan keadaan yang sama untuk setiap orang?”

Sikap Sabar
Apakah langkah selanjutnya bila sang bujang sudah menyedari bahwa saat sendiri juga tidak kalah penting nilai ibadahnya?

Bersabar. Inilah sikap utama yang harus dijadikan kompas seorang bujang saat jodoh itu belum tiba. Allah berfirman dalam beberapa ayat berkenaan dengan sabar ini: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.” [QS. Al-Baqarah [2]:153] “Maka bersabarlah hingga Allah menetapkan hukumnya di antara kita…” [QS. Al-A’raf[7]:87]. “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu…” [QS. Ali Imran[3]:200]

Sampai bila harus bersabar? Bukankah sabar ada batasnya? Ya, pertanyaan-pertanyaan sejenis inilah yang sangat keliru. Sabar itu tidak terbatas.Ia tidak melibatkan potongan waktu, semalam, kini dan esok. Ia tidak punya batas minimum atau maksimum. Ia tak berpenghujung hingga sebuah jawapan itu datang, hingga sebuah impian itu tiba.

Seorang bujang hendaknya terus menjalani sifat ini di saat-saat masa menunggu jodohnya itu. Berat? Memang. Bosan? Tentu saja. Oleh kerana itu, kebosanan dan rasa berat itu harus diisi dengan segenap aktiviti yang menyenangkan, yang mendekatkan diri padaNya. Bukankah hidup sebetulnya momen penantian? Persoalannya adalah, apakah yang kita lakukan di saat masa menanti itu? Perumpamaannya seperti naik kenderaan awam. Apakah yang anda lakukan selama duduk di bas sebelum sampai ke destinasi? Apakah anda banyak harap-harap cemas kerana takut kecelakaan, melamun atau membaca buku selama perjalanan itu berlangsung? Manakah yang anda lebih nikmati?

Begitu juga masa penantian jodoh. Anda yang paling tahu akitiviti apa yang terbaik di saat anda bersabar, saat jodoh itu belum tiba. Terkait dengan sikap sabar dan penantian inilah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

Ada tiga macam sikap sabar: sabar ketika menderita, sabar dalam ketaatan dan sabar untuk tidak melakukan maksiat. Bagi yang menanggung derita dengan sabar dan senang hati, maka Allah menuliskan baginya tiga ratus darjat (yang tinggi), ketinggian satu darjat di atas darjat lainnya seperti antara bumi dan langit. Sedang bagi orang yang sabar dalam ketaatan, maka Allah menulis baginya enam ratus darjat (yang tinggi). Ketinggian satu darjat atas darjat yang lain seperti darjat antara dalamnya bumi dan Arasy. Dan terakhir, bagi orang yang sabar untuk tidak berbuat maksiat, maka Allah menuliskan baginya sembilan ratus darjat (yang tinggi), di mana ketinggian satu darjat dengan darjat yang lain seperti jarak antara dalamnya bumi dan batas-batas terjauh Arasy.”

Bagi bujang yang merasa menderita, sabar itu bererti tabah menghadapi musibah dan bencana yang Allah sedang limpahkan sebagai ujian utk meyadarkan diri. Sedang bagi bujang yang bersabar dalam ketaatan itu bererti ia sedang menahan kesusahan dalam penderitaan. Itu bererti sang bujang harus belajar redha atas ketentuan-ketentuan Allah yang belum datang kepadaNya. Kemudian, bila sang bujang bersabar untuk tidak melakukan maksiat selagi masa menanti, maka ia sedang berada pada posisi takwa kepada Allah s.w.t. Jika ini yang menjadi panduannya, tak mustahil jodoh terbaik akan datang kepadanya pada momen dan kesempatan yang tak pernah disangka-sangkanya.

Dan sahabat saya, Bunga, kerana sikap sabarnya itu, menikmati buah sabar ini. Dua minggu yang lalu, hatinya berbunga-bunga. Wajahnya bersinar. Senyumnya selalu mengembang. SMSnya penuh bahasa yang menyenangkan. Ia baru saja dilamar seorang jejaka yang sejak dulu diidam-idamkannya.

Tips Mengusir Sepi Untuk Si Bujang

1. Jangan pernah bosan untuk meningkatkan ketakwaan dengan ibadah. Mulai dari solat-solat sunat seperti solat Tahajud, Hajat dan Dhuha hingga sentiasa berdoa kepadaNya untuk diberikan hal terbaik dalam setiap aktiviti yang anda lakukan.
2. Anda boleh mengisi kesibukan dengan hobi dan minat anda selama ini. Anda yang suka menulis, maka mulailah menulis. Anda yang suka fotografi, maka belajarlah memotret. Anda yang suka mendesign pakaian, ambillah kursus design. Begitu seterusnya.
3. Mulailah menjalin silaturrahim dengan komuniti-komuniti Islam yang mengayakan nutrisi spiritual anda yang semakin mendekatkan diri anda kepada Allah.
4. Terlibat dalam kegiatan-kegiatan sosial yang banyak membantu kaum yatim, dhuafa dan mustadafin. Hal ini dapat mengasah emosi anda agar lebih peka bahawa ada yang lebih menderita berbanding anda, ada yang deritanya lebih sekadar kesepian untuk menjalani kehidupan.
5. Belajar husnuzhan atau positive thinking kepada Allah dan orang-orang yang terlibat dalam kehidupan anda.
6. Jangan merasa bersendirian. Kerana anda bersama Allah, yang selalu setia menemani hati dan fikiran anda.