Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ramai yang tertanya-tanya, benarkah Syarikat Takaful yang saya wakili iaitu Prudential BSN Takaful akan membayar setiap tuntutan pampasan yang dituntut oleh peserta-pesertanya sekiranya berlaku sebarang musibah kepada mereka. Adakah mudah prosesnya, jangkamasa pampasan diterima dan sebagainya. Kali ini saya akan bawakan kepada para pembaca laporan yang dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful bagi suku tahun pertama iaitu bermula 1 Jan 2009-31 Mac 2009.

—————————————————————————————–

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H)

Berikut merupakan jadual yang menunjukkan antara jumlah tuntutan paling besar yang diterima oleh Prudential BSN Takaful bagi peserta-peserta takaful di antara 1 Januari 2009 – 31 Mac 2009.

Jadual 1 merupakan tuntutan bagi kematian yang disebabkan oleh penyakit kritikal atau kemalangan manakala Jadual 2 adalah tuntutan peserta apabila sesuatu penyakit kritikal telah didiagnos terhadap mereka.

table1

Klik untuk tumbesaran gambar 😉

Merujuk kepada Jadual 1, terdapat peserta yang baru saja menyertai takaful (baru menyumbang sekali sahaja dan polisi takafulnya belum sampai satu bulan) iaitu PEGAWAI KERAJAAN berumur 32 tahun yang terlibat dalam kemalangan dan tuntutan pampasan yang dibayar oleh Prudential BSN Takaful kepada warisnya adalah sebanyak RM57,000.

Yang paling mengejutkan, seorang PENYELIA yang meninggal dunia akibat serangan jantung hanya pada umur 30 tahun! Warisnya telah dibayar sebanyak RM67,000 oleh Prudential BSN Takaful.

Mari kita beralih kepada Jadual 2 pula.

table2

Klik untuk tumbesaran gambar ini juga

Merujuk kepada Jadual 2, seorang KONTRAKTOR berumur 46 tahun yang diserang penyakit jantung telah dibayar sebanyak RM500,000 oleh Prudential BSN Takaful. Tuntutan pampasan yang diterima ini membolehkan beliau menerima rawatan berkaitan penyakitnya dan kos pembedahan beliau juga ditanggung oleh Prudential BSN Takaful.

Selain itu, seorang pelajar berusia 22 tahun juga telah menerima pampasan sebanyak RM70,000 akibat kanser yang dideritai olehnya.

—————————————————————————————–

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada kedua-dua jadual di atas?

1. Malang tidak berbau. Kemalangan boleh terjadi kepada sesiapa, tidak kira tua atau muda. Ajal maut di tangan Allah.

2. Penyakit kritikal juga bukan sahaja menyerang warga emas, kerana pelajar semuda 22 tahun juga boleh menghidap penyakit berbahaya ini.

3. Kebanyakan peserta tidak memberi sumbangan bulanan yang terlalu besar bagi perlindungan takaful mereka. Dengan RM100-RM200 sahaja, anda boleh memiliki perlindungan takaful anda sendiri.

4. Syarikat takaful tidak menipu duit peserta. Sekiranya tuntutan yang diterima oleh pihak syarikat tidak meragukan, syarikat tidak mempunyai masalah untuk membayar tuntutan pampasan tersebut. (Terdapat kes pelanggan saya yang meragui proses tuntutan pampasan).

5. Terdapat peserta takaful yang baru sahaja menyertai skim perlindungan takaful ini dan jumlah sumbangan yang dibuat oleh mereka masih sedikit berbanding jumlah pampasan yang diterima oleh mereka. Ya, inilah keistimewaan skim perlindungan ini.

—————————————————————————————–

Kita sebagai manusia tidak akan lari daripada 3 PERKARA berikut iaitu :-

1. Sekiranya umur panjang, kita akan menjadi TUA / SAKIT

2. Sekiranya pendek umur, kita MENINGGAL

3. Sekiranya tak bernasib baik, kita MENGHIDAPI PENYAKIT KRITIKAL

4. Sekiranya LEBIH tak bernasib baik, kita HILANG UPAYA dan menyusahkan orang di sekeliling kita

Oleh itu, sudahkah anda menyediakan bekalan yang mencukupi untuk menghadapi keadaan-keadaan di atas? Sudahkan anda menyediakan INCOME REPLACEMENT (Ganti Pendapatan) untuk keluarga anda apabila anda tidak ada lagi di dunia ini? Sudahkah anda bersedia dengan kos rawatan yang tinggi sekiranya anda menderitai penyakit kritikal? Bukan tidak terdapat isteri yang meminta cerai daripada suami yang lumpuh kerana tidak lagi sanggup menjaga sang suami yang sedang sakit. Atau, suami yang meninggalkan isteri tanpa sebarang berita hanya kerana isterinya menghidap kanser.

Setidak-tidaknya, dengan jumlah perlindungan yang mencukupi, kita tidak perlu risau yang kita akan menyusahkan orang lain sekiranya ditakdirkan kita hilang upaya. Apa susah, upah saja jururawat yang boleh menjaga anda di rumah dan bilnya, hantar saja kepada Pudential BSN Takaful!

Ramai pelanggan berpendapat, bahawa agen insurans atau takaful selalunya akan bercerita perkara yang buruk-buruk sahaja semasa membuat penerangan kepada para pelanggan. Seolah-olah mendoakan kematian pelanggan atau menyumpah pelanggan supaya terkena penyakit kritikal agar agen tersebut dapat menjual polisi kepada pelanggannya. Bagi saya, anggapan ini sangat mengguris perasaan. Sebagai agen, kami hanya menceritakan kesan-kesan sekiranya seseorang itu tidak mempunyai apa-apa perlindungan sama ada insurans atau takaful. Mungkin mereka yang beranggapan sedemikian tidak pernah merasai kehilangan orang yang disayangi atau mempunyai pengalaman terkena penyakit kritikal dan sebagainya.

Bagi seorang anak yang pernah kehilangan ayah (akibat kemalangan) sewaktu saya berusia 6 tahun (25 tahun lalu), saya amat memahami penderitaan ibu saya. Saya masih ingat bagaimana emak turun naik mahkamah sehingga saya berumur 14 tahun semata-mata untuk melalui proses tuntutan mahkamah yang panjang. Tuntutan ini bagi mendapatkan pampasan daripada orang yang melanggar ayah saya sehingga koma dan akhirnya meninggal dunia selepas 2 minggu di hospital.

Saya tidak ingat berapa jumlah keseluruhan tuntutan, tetapi selepas ditolak yuran guaman dan sebagainya, kami sekeluarga hanya menerima RM8,000 sebagai pampasan! Bayangkan nilai RM8,000 berbanding nyawa ayah saya. Ya, nyawa tidak ternilai harganya, tetapi dengan RM8,000 sampai bilakan boleh bertahan. Tambahan pula, proses yang memakan masa 8 tahun itu hanya mendapat imbuhan RM8,000, lagilah rasa tidak berbaloi (bukan tidak bersyukur).

Saya tidak salahkan ayah saya kerana tidak mengambil insurans/takaful pada ketika itu. Dengan gaji pengawal keselamatan RM150 sebulan ketika itu ( tahun 1984) dan ibu sebagai surirumah sepenuh masa (mengambil upah menjahit baju), apalah sangat yang boleh dilakukan. Dengan gaji ayah RM150, hanya membolehkan kami hidup dalam keadaan yang sangat sederhana. Tambahan pula pada waktu tersebut, saya kira kesedaran mengenai perlindungan insurans/takaful masih belum meluas.

Selepas ayah meninggal dunia, emak terpaksa bekerja di kilang bagi menyara kehidupan kami sekeluarga. Saya fikir sekiranya pada ketika itu ayah saya mempunyai insurans/takaful, setidak-tidaknya emak saya boleh menggunakan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans/takaful itu untuk dibuat modal berniaga. Mungkin membuka kedai jahitan misalnya.

Berbalik pada anggapan negatif tadi, sebenarnya jauh di lubuk hati saya (dan rakan-rakan agen yang lain pastinya), merasa sangat bertanggungjawab supaya setiap rakyat Malaysia (umat Islam terutamanya) mempunyai perlindungan insurans/takaful. Niat utama saya adalah untuk membantu rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan saya mempunyai sekurang-kurangnya satu polisi. Bukan untuk faedah saya, paling penting untuk anda dan orang yang anda sayangi. Seperti kata ketua saya, imbuhan untuk saya akan datang sendiri kerana yang paling penting adalah perlindungan untuk anda.

Insurans untuk diri sendiri, saya ambil ketika masih bekerja makan gaji iaitu pada tahun 2006. Agen Prudential saya seorang perempuan Cina (masa tu tak ada Prudential BSN Takaful lagi) . Pada ketika itu saya tidak terfikir yang saya akan terlibat dalam industri ini. Saya dapat merasakan apa yang agen saya rasa. Dan pada ketika itu saya memang tidak teragak-agak untuk mengambil insurans untuk diri sendiri setelah diberi penerangan oleh agen tersebut. Kerana saya tau, MALANG TIDAK BERBAU!

Panjangnya saya membebel. Oklah, sekiranya anda berminat mendengar penerangan daripada saya, anda tahu bagaimana nak cari saya, kan? Sehingga bertemu lagi…Bye..

Jom kita tengok, apakebenda serangan jantung dan punca-puncanya. Seperti biasa, sumber adalah daripada wikipedia dan web-web kesihatan yang lain..

———————————————————————————–

Menurut wikipedia, jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk “jantung”.

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap ‘musuh nombor satu’ dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok (khas untuk Bakal Roomate), kurang melakukan senaman (untuk Bakal Roomate juga), faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.

Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.

Punca penyakit

Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah ‘gejalanya’ dialami. “Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia”, katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.

Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai “penyakit arteri koronari”. Perkataan koronari bermakna ‘mahkota’. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.

Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.

Tahukah Anda? Bekalan darah ke otot jantung tidak cukup kerana….

heart-attack

Dinding sebelah dalam saluran darah telah dipenuhi lemak. Akibatnya saluran darah menjadi sempit dan menyekat pengaliran darah ke jantung.

Gejala

Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:

a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
b. Berat pada dada
c. Senak dada
d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini.

Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:

  1. Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  2. Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.

Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:

a. Berpeluh-peluh
b. Rasa lemah badan
c. Sakit pada hulu hati
d. Pening kepala
e. Pengsan

Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat serangan jantung (penginfarkan miokardium).

Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.

Bagaimanapun, keadaan yang dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel ini boleh dibantu dengan mesin kejutan AT.

Diagnosis

Sehubungan antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnos penyakit jantung ialah:

  • Ujian ECG: ujian ini untuk mereka yang diserang sakit jantung dan sesetengah pesakit yang mengalami angina tidak stabil
  • Ujian darah seperti enzim kardium dan troponin
  • Ujian tekanan pengisar injakan
  • Angiogram koronari.

Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Prosedur ini biasanya mengambil masa selama setengah jam. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.

Rawatan

Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung seperti:

  • Ubat-ubatan
  • Pembedahan pintasan pembuluh darah jantung
  • Angioplasti koronari: kaedahnya sama seperti angiogram di mana kateter akan dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan.

Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubat-ubatan diperkenalkan. Bagaimanapun, kos rawatannya tiga kali lebih tinggi.

Sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit lain seperti pedih hulu hati, akibat pembalikan asid ke saluran pemakanan, sakit pada otot-otot dada dan pneumonia. Selain itu, ia mungkin ada kaitan dengan sakit tulang rusuk, pelbagai masalah jantung seperti radang selaput jantung, retak bahagian dalam permukaan pembuluh besar aorta dan sebagainya. Tekanan, penyakit batu karang atau batu di pundi hempedu dan kayap juga boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit dada.

————————————————————————————-

Oleh itu, sayangilah jantung anda!