Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih


Semua tau kad ni kan?

Seperti yang kita tau, sekarang Maybank dah menaik taraf kad ATM mereka kepada Maybankard Visa Debit. Dengan kad ni, kita tak payah bawak duit banyak-banyak kalau nak shopping. Pegi Giant ke, Jusco ke, boleh bayar guna kad ni. Macam kad kredit jugak cuma yang ni dia terus tolak dari akaun simpanan kita.

Akan tetapi, baru tadi saya menyedari ada sesuatu yang tak kena dengan kad ni. Petang tadi saya nak isi minyak kereta dan tiba-tiba saya rasa malas pulak nak berjalan ke kaunter. So, saya pun gunalah Maybankard Visa saya. Saya slotkan kat tempat masuk kad tu..

………… Kad sedang disahkan …………

………… Kad telah disahkan …………

………… Sila angkat nozel dan mula mengisi …………

Dah????? Tu je? Takde masukkan nombor pin ke ape ke? Ini sudah bahaya. Katakanlah ada penyangak mencopet beg duit saya ke, atau saya tercicir Maybankard tu ke, tak ke naya duit saya kena sedut? Langsung takde ciri-ciri keselamatan. Kot ye pun nak dijadikan macam Visa kad kredit, tapi janganlah sampai takde langsung ciri-ciri keselamatannya. Kalau kredit kad kena sedut, bolehla jugak tunjuk perasaan tak payah bayar. Yang ni lain. Ni duit simpanan dari akaun kita. Macamana ni? Nampak tak bahayanya nih?

Kat sape patut buat aduan ye? Ke saya je yang baru sedar perkara ni? Opps saya baru terfikir, adakah kalau bayar barang kat Giant guna Maybankard ni, kita masukkan nombor pin tak? Rasanya macam takde lah. Hmm teruk jugak kalau macam ni. Tapi kalau CIMB Bankard, saya memang pasti ada diminta nombor pin.

Adakah disebabkan Maybankard ni jenis Visa maka tak perlu nombor pin bagai? Tak bolehlah macam ni. Senang je keje penyangak-penyangak ni kalau dorang dapat kad kita. Minta dijauhkan.

Hari ini saya nak berkongsi tentang Rule of 72. Kenapa 72 bukan 27 atau sebagainya? Saya pun tatau nak jawab cemana. Ni sebenarnya formula kewangan.

Seperti yang anda semua maklum, nilai wang yang kita ada sekarang ini contohnya RM10, RM500, RM10,000, RM100,000 dan sebagainya, akan berkurangan nilainya berkadar dengan masa disebabkan oleh inflasi. Setuju? Saya pernah berbual dengan seorang doktor. Tahun 60an dulu dia membeli rumah banglonya di Bangsar dengan harga RM70,000 sahaja tetapi sekarang, dengan RM70,000, kita mampu beli rumah kos rendah saja kot. (Jangan pula bandingkan dengan rumah kos rendah di Bukit Beruntung ok..Hiks!)

Di dalam bidang kewangan, Rule of 72 adalah satu kaedah yang digunakan untuk menganggar jangkamasa (tahun) sama ada wang kita akan menjadi separuh atau menjadi sekali ganda. Formulanya ialah bahagikan 72 itu dengan kadar interest/pulangan yang diperolehi daripada pelaburan atau 72 dibahagikan dengan kadar inflasi.

Sebagai contoh, sekiranya kita melabur RM10,000 dalam ASB (dengan andaian ASB memberi pulangan 9% setahun). Pengiraannya begini :-

asb.jpg

Jadi, RM10,000 tersebut akan berganda menjadi RM20,000 dalam jangkamasa 8 tahun.

Contoh lain, sekiranya kita ada RM10,000 dalam EPF, dengan anggaran EPF memberi dividen 6% setahun (tahun lepas EPF mengumumkan dividen 5.65%).

epf.jpg

Maka RM10,000 itu akan menjadi RM20,000 dalam masa 12 tahun.

Begitu juga dengan CIMB Unit Trust, dengan anggaran purata 12% setahun pulangan yang diberikan oleh CIMB Unit Trust, RM10,000 yang anda laburkan akan menjadi RM20,000 dalam masa HANYA :-

utfund.jpg

Ya, 6 tahun SAHAJA!

Bagaimana pula dengan CIMB Islamic Dali Equity Growth Fund (DALI) yang purata pulangannya 24% setahun (sejak dilancarkan pada tahun 1998). RM10,000 yang anda laburkan akan menjadi RM20,000 dalam jangkamasa :-

dali.jpg

Kenapa? Tak percaya? Seronok kan?

Berlainan pula sekiranya RM10,000 tersebut anda simpan sahaja di bawah bantal. RM10,000 tersebut akan berkurang nilainya menjadi RM5000 dalam masa 9 tahun dengan anggaran kadar inflasi 8% setahun.

inflation.jpg

Ini bukan bermakna RM10,000 anda menjadi RM5,000 secara harfiah tetapi nilainya, atau kuasa belinya (purchasing power) yang akan menyusut menjadi separuh. Contoh mudah, kalau dulu segelas teh tarik hanya 50 sahaja. Sekarang? RM1? RM1.20? Begitulah..

Duduk di KL, tak mustahil inflasi 8% setahun kan? Dulu masa sekolah, saya bawak 30 sen saja. Sekarang, 30 sen? Harga masuk jamban di Puduraya (yang busuk dan kotor) atau pun sebungkus tisu saja. Setuju lagi? Ya, itu kenyataannya.

Biarkan sahaja wang anda di dalam EPF yang memberi pulangan 6% setahun dan berhadapan dengan kadar inflasi di KL sebanyak 8% setahun, sebenarnya duit anda di dalam EPF tak beranak pinak pun. Kena makan lagi ada. 6% – 8% = -2%. Apabila bersara, jangan terkejut sekiranya RM300,000 yang anda boleh bawa keluar dr EPF itu, bernilai RM50,000 sahaja. Seram kan?

Sekarang, terpulang kepada anda untuk menyimpan duit anda di mana. Tapi pastikan tempat tersebut memberi pulangan yang maksima. Ingat, ambil sedikit risiko, untuk mendapat pulangan yang tinggi! Seperti yang saya beritahu di dalam entry sebelum ini, RISIKO di dalam Unit Trust hanya MASA! Jika anda ada masa, saya jamin anda tidak akan RUGI sekiranya melabur di dalam Unit Trust . Take my word!

Sumber Rule 72 dari Wikipedia