Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haa!! Tajuk entry je dah menunjukkan riak dan takabbur. Biasalah orang Melayu. Baru dapat sikit, dah eksyen. Hiks! Yang penting – Aku ada.. Kau ada? Gittew konsep entry akak kali ni..

Apebenda yang akak merepek-repek pasal Skyline la.. Jakunla.. Riak la.. Kan? Cenggini ceritanya. Bestfrench akak si Suzana tu, dia cite kat akak yang dia naik Skyline member dia. Akak memang la pernah dengar pasal Skyline ni. Biasalah, kereta laju. Nama pun dah best. Pastu glamer pulak sebab digunakan dalam cite Fast & Furious. Tapi rupabentuk, isi dalam semua tu akak tak bape nak tau sangat. So, bila asyik dipasak-pasak cerita pasal Skyline ni, akak pon macam “Eh, nak naik gakla“. Camtu..

So, masa ex-hosmet akak nak kawen kat Batu Pahat awal bulan aritu, akak ajak Suzana pegi. Sambil tu akak cakap kat dia “Beb, cuba ko bayangkan.. Kita pakai kebaya, pakai tudung, pastu pakai kasut tumit tinggi, spek mata hitam letak atas kepala, pastu kuar dari Skyline beb.. Perrghhh!!! Caraaaaa dowh… Pompan plak tuh yang drive Skyline. Cuba ko cakap kat member ko tu nak pinjam Skyline dia nak bawak gi Batu Pahat. Bleh tak?” Huhu.. Keji tak imaginasi akak? Tapi jangan terkejut uols! Suzana hampir berjaya memuaskan nafsu serakah akak. Tetapi malangnya sehari sebelum nak pegi Batu Pahat tu, tayar belakang Skyline tu ada problem. Kebetulan pulak akak tak jadi gi Batu Pahat, so kensel nak naik Skyline dan akak pasrah serta redho je *padahal kuchiwa!

Selang seminggu (Sabtu lepas, 16 Jun), agaknya memang rezeki akak nak naik Skyline. Akak nak gi Arau melawat budak sekolah iaitu Syahir kat UiTM Arau dan nak join event yang dia organize untuk warga Arau. Sekali lagi akak menchoba nasib cakap dengan Suzana mintak dia pinjam Skyline member dia tu. Dapat okeh! So, selepas beberapa masalah domestik seperti bateri, lampu dan tayar berjaya diselesaikan, akhirnya kami vrrommmm vrrooommmm meluncur laju dari Kotadem ke Arau dengan Skyline! Woooohoooooo!!!!

Lepas member dia anto keta tu ke Kotadem, Suzana bawak keta tu ke rumah akak. Yelah, nak letak barang-barang, beg dan segala macam yang nak dibawak ke Arau.

Nur (cahaya lampu) yang mengiringi Skyline di depan umah akak..

Vontots Skyline

Ko hengat ko chantek posing cam nih??

Gedik sana gedik sini

Skyline GTR 34

Semasa nak mengemas barang-barang yang nak dibawak ke Arau dalam keta, akak tengok, apekejadah batang-batang besi macam paip ni berselirat dalam keta tu. Ohhh! Rupanya owner keta tu dah siap modified jadi keta racing sebab dia selalu gak join racing-racing ni. Dengar je enjin mengaummm!! Vrrrooommm.. Memang terujalah nak naik!

Sorry, gelap uols.. Tapi kalo perasan, tu la dia palang-palang besi tu

Kami bergerak ke Arau pada tengah malam Sabtu, lebih kurang 12.50 pagi. Dengan anggaran 4 jam, kami bajet akan sampai di Arau pada jam 5 pagi camtu. Hotel di Arau dah siap dibooking oleh Syahir. So, kira setel la. Bila duduk je dalam keta tu, akak pun macam orang jakun. Padahal apa bestnya Skyline pon akak tatau lagi. Maklumlah takde pengalaman. Terpengaruh sebab bila dengar Suzana citer je. Nampak sangat mudah diperdaya. Hihi..

Bila keta start gerak je, akak pun menjerit “Wooohooooo!! Aku naik Skyline!! Tengkiu beb sebab memuaskan napsu serakah aku“. Begitu akak mengucapkan terima kasih kat Suzana. Pompan tu tergelak-gelak je. Kong ajo! Haha.. Kami masuk hiway dari Tol Kotadem dan bermulalah perjalanan dan pengalaman mendebarkan akak bersama Skyline membelah malam…

Memula Suzana drive rilek lagi. Biasalah dalam 120km/j-140km/j camtu. Lagipun lori agak banyak. So, tak bleh nak pecut sangat. Lepas je dari Bukit Beruntung, pompan tu mula meroyan. Akak jeling meter jadi 160km/j. Pastu naik 180km/j. Pastu naik lagi 200km/j. Selamba tak gegar! Kat corner pon rilek je. Satu point untuk Skyline! Syabasss!! Pastu setiap kali tukar gear, rahim akak rasa nak gugur sebab tersentak-sentak. Apebenda tu? G-Force eh? Entah, tak retilah haku.. Hah! Dah nak naik sangat kan.. Hambek!!

So malas nak layan kecut perut ni, akak rilek je sambil borak-borak dengan Suzana. Bunyi enjin memang mengaum jela. Kejap-kejap bunyi turbo keluar bila Suzana drop gear. Cemana akak nak tulis bunyi dia pon tatau. Camni kot – “Huuuuuuuvoooompsssssssssssshhhhhhhh” Hihi.. Atau  pun bila keluar spark atau akak panggil kentut berapi dari ekzos, kitorang akan terjerit-jerit gembira macam orang hilang akal. Ye arrr!! Ingat senang ke nak kasi api tu kuar? Pastu sebok “Beb, mesti keta belakang nampak api kita kan?” Ya Allah, memang jakun gila la.. Haha..

Dengan transmission 6-speed manual, ditambah pulak dengan 400hp, setakat naik bukit pakai gear 5 tu memang no hal la. Belagak gila dowh! Honda ke, Toyota ke, sila makan asap kami!

Tapi kegembiraan tersebut tidak lama uols. Bayangkan dengan kelajuan 240km/j, akhirnya kami melintasi R & R Tapah lebih kurang 1.30 pagi. Hilang akal ke tak hilang akal dari Kota Damansara sampai Tapah 40 menet? Ko dah cukup amal ibadat ke hape? Kan? Sebaik saja kitorang lintas R & R Tapah tu, tetiba akak dengar satu bunyi macam keta melanggar kayu. Pluk! Pluk! Pluk!! Tetiba bau macam bau getah terbakar. Suzana pun slowkan keta. Pastu kitorang berhenti kat lorong kecemasan. Sekali….. Tayar depan bahagian pemandu pancit uols! Macamana ni.. Kitorang masuk semula dalam kereta dan bergerak ke depan sikit untuk cari tempat terang nak periksa sekali lagi.

Bila cek, konfem tayar pecah! Apalah nasib. Huhu. Pastu kitorang call pihak PLUS untuk mintak bantuan. Dalam 20 minit lepas tu, dorang sampai. Siap bawak segala kelengkapan la. Nampaknya kenalah kitorang pakai tayar sotong. 

Abang PLUS datang menyelamat. Dorang park kat opposite side menghala ke Rawang

Tengah longgarkan nut tayar

Kesian ko…

Setengah jam lepas tu, tayar pon siap ditukar. Abang PLUS sempat nasihatkan kami supaya bawak tak lebih dari 80km/j je.. Dah setel semua, kami pun meneruskan perjalanan. Hah!! Hambek ko! Dari 240km/j, merasalah ko terkedek-kedek bawak 80km/j je. Setakat Viva, memang selamba jelah potong kitorang. Kitorang hanya mampu melambai-lambai dari kejauhan. Maluuuuuuuuu!!! Haha… Mana-mana keta yang kami bagi makan kentut berapi dari Kotadem tu, akhirnya kami yang makan asap dorang *nanges..

Sampai R & R Gunung Semanggul kami berhenti untuk isi minyak. Uiiiiiiyaaiiii!!! Memang kuat makan minyak keta ni. Tapi mungkin jugak sebab pecut sampai tak sedar diri, minyak pun cepat abes. Lepas dah isi minyak tu, kitorang pun gerak. Nak keluar dari stesen minyak tu, berselisih pulak dengan pakcik-pakcik lori yang sama-sama isi minyak. Agaknya bila dengar bunyi enjin vrrrooommmm vrrrooommm tu, dorang siap tegur “Amboii! Bukan main lagi kereta ko nak…” Hihi.. Kitorang senyum je.. “Keta pinjam pakcik.. Tak nampak kami pakai tayar sotong ni?” kata kami dalam hati sambil berlalu pergi. Huhu…

So, dengan kadar kelajuan 80km/j yang bolehlah dikeji oleh kereta-kereta lain seperti mungkin “Bawak Skyline, tapi slow macam sipot!! Apadaaa???!!” atau”Ek elleh, orang nak bawak Skyline, dia nak bawak gak. Kalo tak berani tekan minyak, tak payah bawak lah woiii!!“. Begitu akak bermonolog sendirian. Hiks.. Tapi lagi sekali – Aku ada, kau ada? *tetap nak riak dan takabbur nih.. Hihi! Bila keta lain melintas je, kitorang pun mengeji dorang pulak “Takpe, kitorang bagi chance je. Saje je pakai tayar sotong ni. Tunggulah nanti bila kitorang tukar tayar, siaplah korang!!!” *matila mengugut tanpa dipeduli..

80km/j je yang mampu…

Pukul 4 pagi baru sampai Ipoh

Akhirnya kami sampai ke R & R Gurun pada jam 6.30 pagi. Ada 2 jam lagi nak sampai ke Arau. Dahlah event start pukul 8 pagi. Memang tak sempat sampai lah… Lepas solat Subuh, kitorang balik ke kereta. Ada 3-4 orang berkerumun kat keta tu. Puaslah Suzana diinterview. Dari situ akak dah menambah satu point lagi untuk Skyline. Orang memandang tinggi terhadap Skyline. Lebih-lebih lagi kalau pompan yang drive! Cool beb…

Lepas dari R & R Gurun, Suzana sudah tidak boleh bersabar. Tanpa memperdulikan nasihat abang PLUS supaya bawak keta yang pakai tayar sotong hanya boleh pegi maksimum 80km/j je, Suzana pecut gak 120km/j sebab bila kira-kira balik, kalo maintain bawak 80km/j, silap-siap sampai Arau dah pukul 10 pagi. Gedebak-gedebuk, akhirnya kami sampai ke UiTM Arau hampir jam 9 pagi. Alhamdulillah! Selamat semua.

Yang lagi best, bila masuk je padang UiTM tu, boleh dikatakan semua mata memandang. Dengan bunyi bising enjin macam hape. Pastu bumper nak masuk ke padang, tinggi pulak tu, memang tersagatlah skirting Skyline tu yang labuh menutup aurat iaitu hanya seinci dua je dari permukaan jalan. Sopan kan Skyline ni? Hihi.. Hambek ko! Sorry Encik Owner, keta uols tersagat..

Kebetulan kat padang tu akan diadakan autoshow dan drift. Kebanyakan yang kelihatan ialah kereta-kereta Proton yang dah dimekap dan dimodifiy untuk acara tu. Bila organizer tanya yang Skyline bertayar sotong tu join sekali ke acara dorang. Kitorang gelak je sambil bagitau tak join pun. Dah lah pakai tayar sotong. Buat kena gelak je. Kitorang datang sebab nak bukak booth je pon.

Sementara akak tunggu kat booth, Suzana try jugak carik tempat nak tukar tayar. Kebetulan ada sorang budak ikut dia tunjukkan kedai yang ada jual tayar keta-keta macam tu. Nun!! Sampai ke Alor Star tu dorang pegi. 

Tayar yang pecah

Hancur!!!

Tayar baru yang harga sebijik sama harga dengan 4 bijik tayar dan sport rim Kelisaline akak..

Akak kat booth ni dah macam mata Panda. Mengantuk gilerrr… Sudahnya selesai acara lebih kurang jam 1 tengahari, Syahir cakap dia akan hanta akak gi hotel dulu. Nak menunggu Suzana, entah pukul berapa siapnya. Cuma akak sempat SMS dia tanye baper harga sebijik tayar. Suzana bagitau RM1,450 sebijik! *Koma. Sekali dengan nat la, apentah lagi total siap pasang semua RM1,530. *Koma sampai mulut berbuih

Booth yang ada

Sempat dorang main frisbee kat sini..

Sampai je kat hotel, akak terus tido. Beg baju semua masih dalam keta. So tak bolehlah nak mandi ke ape. Kenalah tunggu Suzana balik.. Syahir pun balik berehat sebab kitorang dah janji nak keluar makan malam nanti.

Hotel kami – Metro Inn..

Lebih kurang jam 5 petang, Suzana sampai ke hotel dan bercerita sebab apa dia lambat. Masa dia hantar budak yang tunjukkan kedai tayar tu balik ke UiTM semula, rupa-rupanya dia kena interview dengan budak-budak UiTM dan peserta-peserta drift yang masih ada kat padang tu pasal Skyline. Dorang tanye dah bape lama Suzana berkecimpung dengan sport car. Lepas ni nak pakai keta ape. Macam-macam soalan. Ada yang nak amik gamba dalam keta. Ada yang nak amik gamba kat luar keta. Terus pompan tu jadi model sekejap. Pastu pompan tu penuh konfidensi cite pasal Skyline kat budak-budak tu. Kesian budak-budak tu kena kenshing dengan Suzana. Hiks! Kalau tau keta pinjam, mau kena kutuk. Hihi..

Lepas dah mandi solat sume, akak dan Suzana pon tido sementara nak tunggu lepas Isyak untuk keluar makan dengan Syahir kat Jeti Kuala Perlis. Makan seafood katanya.

Lepas Isyak, Syahir datang semula ke hotel kami. Oleh kerana naik bertiga, maka akak kena duduk kat seat belakang. Bermulalah penderitaan akak duduk terpenyek dengan batang-batang paip tu semua. Dah la Suzana bawak laju merempit tak hengat. Kesian akak terlambung-lambung kat belakang.

Akak yang terpenyet bersama batang besi..

Ni bukan hotel kami. Ni hotel yang ada kat Medan Selera Jeti Kuala Perlis

Selepas berpusing-pusing mencari tempat makan, akhirnya Syahir bawak kami ke sini – Lynda Ikan Bakar


Aikkk tetiba ramai pulak kat meja kitorang?

Selain kitorang bertiga, Suzana dah roger geng-geng dia yang dok kat Penang, Kedah semua tu join sekali. Alang-alang dah lama tak jumpa. Dok la lepak sekali. Kitorang order macam-macam. Ikan bakar, sotong goreng tepung, tomyam, sayur, air bergelas-gelas. Total 9 orang makan, tak sampai RM150 kot. Humang aiiii murahnya!

Makanan yang diorder

Suzana & Frens

Lepas masing-masing dah kenyang, mohle kita balik ke hotel. Sempat gak amik gamba dengan kereta kuda yang boleh disewa kat situ..


Perjalanan balik, Syahir pulak yang drive. Riang gembira budak tu. Akak jugak yang masih terpenyet kat seat belakang. Redho..

Balik dari makan, ingatkan nak berkarok! Tapi malam tu, fullhouse. Boleh tahan gak ye warga Arau ni berkaroke. Heeehee.. Sudahnya akak naik bilik, tido sementara Suzana sambung lepak dengan kawan-kawan dia. Besok dah bagitau Syahir nak gi shopping kat Padang Besar. Apa yang akak shopping? Nantikan episod Aku Ada, Kau Ada? : Skyline Jakun Edition yang seterusnya. Hiks..

Daa..

 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Trivia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nissan Skyline GT-R generasi R-34.

Nissan Skyline GT-R merupakan kereta sport Jepun berasaskan keluaran Nissan Skyline. Digelar “Godzilla” oleh majalah Wheels di Australia ketika dikeluarkan di sana pada 1989, ia dinilai oleh kebanyakan majalah kereta, sebagai menawarkan prestasi dan pengendalian sama seperti ikon Eropah seperti Porsche 911 dan Ferrari Testarossa, tetapi pada harga jauh lebih rendah. Sejak Skyline GT-R menjadi kereta popular bagi lumba jalanan di Jepun, ia telah muncul berkali-kali dalam permainan video, bermula dengan permulaan 1994 bagi permainan SNES Zero 4 Champ R dan paling terkenal siri Gran Turismo, termasuk juga penampilan sekali sekala dalam filem feature, anime, dan manga.

Sejarah jenama

Nama Skyline bermula dengan syarikat kenderaan Prince Motor Company yang memajukan dan menjual barisan sedan Skyline sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun. Singkatan GT-R mewakili Gran Turismo Racer sementara GT-B bagi Gran Turismo Berlinetta. Orang Jepun memilih memberi nama Inggeris – kerana kebanyakan kereta yang dihasilkan di Jepun masa itu menggunakan singkatan Amerika — bagi menggalakkan jualan.

Versi terawal GT-R, S54 2000 GT-B, mendapat tempat kedua dalam perlumbaan pertamanya pada 1964 di belakang Porsche 904 GTS yang dibina khas untuk perlumbaan. Versi seterusnya GT-R, PGC10 2000 GT-R empat pintu, mendapat 33 kemenangan dalam tempoh setahun setengah berlumba, dan apabila tiba masa untuk mencapai kemenangan ke-50 berturut-turut, ia dikalahkan oleh Mazda Savanna RX-3. bagaimanapun, kereta ini telah berjaya memenangi 1000 perlumbaan sebelum dihentikan pengeluarannya pada 1972.

Ini kisah pada 27 September, Isnin lepas.

Haha…Nak tergelak saya bila ada rakan yang beritahu “Eh, ko ke dalam Kosmo hari ni?” Saya pun tanya semula, “Dah kuar ke?“. Ketika itu, saya sedang mengikuti training. Saya tak tahu pun artikel tersebut akan keluar pada hari tersebut sebab wartawan Kosmo! yang mewawancara saya itu pernah cakap yang beliau akan beritahu saya sekiranya artikel tersebut disiarkan. Takpelah, mungkin dia sibuk.


Poyo! Haha

Yes uolsssss!! Muka mak terpampang di Kosmo! itteww di ruangan Rencana Utama. Walaupun gambar kecik, tapi tetap vangga! Haha..Terus saya SMS sanak saudara, kawan-kawan dan kakak saya soh dorang beli Kosmo! Ada yang tanya, “Kenapa, kisah kejayaan ko ke?“. Haha, takde maknanya. Bukan kisah kejayaan tapi semuanya gara-gara obsesi saya terhadap kopi! Saya pernah menulis entry tentang obsesi saya terhadap kopi di sini.


Rencana Utama Kosmo! pada 27 September 2010 – OBSESI KOPI

Bagaimana  semua ini bermula ya.. Sebab ada yang tanya macamana pulak saya boleh diinterview oleh Kosmo! ni? Hmm..Pada hari ketiga kita berpuasa (hari Ahad), saya mendapat satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Saya angkat dan beginilah lebih kurang perbualan kami:-

Pemanggil : Assalamualaikum, boleh bercakap dengan Cik Suzilah?

Saya : Ye, saya bercakap.

Pemanggil : Saya Faten, wartawan dari akhbar Kosmo! Saya nak interview Cik Suzilah la.

Saya : Ha? Pasal ape?

Pemanggil : Saya ada jumpa blog Cik Suzilah. Cik Suzilah pernah tulis entry tentang obses terhadap kopi.

Saya : Ooo..hahaha. Ok je, bila tu?

Pemanggil : Hari Selasa depan, di rumah Cik Suzilah.

Saya : Ok, nanti saya bagi alamat.

Begitulah lebih kurang. Selepas meletak telefon, baru saya terfikir. Ahh! Sudah, rumah saya tak ada kerusi meja. Maklumlah, rumah bujang. Lalu dengan cargasnya saya meminta pertolongan dari rakan saya, Roslyna untuk menumpang kasih di rumahnya. Jadi, pada hari Selasa tu, wartawan Kosmo!, Faten bersama seorang jurugambar datang mewawancara saya di rumah Roslyna. Tak pasal-pasal tuan rumah pon enterframe sekali. Hiks! Saya siap bawak kopi Hang Tuah dari rumah untuk dibancuh di rumah Roslyna. Walaupun penggambaran dijalankan ketika bulan puasa, lakonan kena mantap beb.

So, selepas bergambar-gambar, saya ditanya dengan macam-macam soalan bagaimana bermulanya obsesi saya terhadap kopi ini. Sesekali Faten bertanya juga kepada Roslyna yang bertentangan dengan saya iaitu tidak menyukai kopi. Akan tatapi, apa pasal sekeping je muka haku masuk sokkabar, sedangkan berposing bagai nak rak?? Ini boleh menimbulkan marah!! Haha, takdelah. Rencana Obsesi Kopi ni pun bukannya pasal saya sebenarnya. Intipati utamanya ialah tentang pengusaha syarikat DinKopi yang menceritakan jerih payah keluarga beliau dalam menghasilkan kopi. Saya pelakon tambahan je. Jadilah..Huhu

So, ada yang dah baca? Takpelah, saya tepek lagi sekali..

———————————————————-

RENCANA UTAMA

Jerih payah demi rasa hebat

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA



SETELAH lengkap mengenakan pakaian kemeja berlengan panjang yang dibutang pada hujung lengan dan lehernya, Baharudin Arshad mencapai pula cermin mata, topi, sarung tangan dan penutup hidung.

Pakaiannya sudah nampak segak untuk urusan pejabat. Namun, kesudahannya berbeza pula apabila penampilannya itu dipadankan dengan topi, penutup hidung dan sarung tangan.

“Inilah pakaian saya setiap hari ke kilang,” tutur pemilik dan pengusaha syarikat DinKopi Sdn. Bhd. itu kepada krew Kosmo! sambil menguntumkan senyuman. Sambutan mesra lelaki berusia 63 tahun itu belum menjawab mengenai gaya pemakaiannya itu setiap kali dia melangkah ke kilang kopi syarikatnya.

“Saya bukan ke kilang untuk duduk di pejabat tetapi bersama-sama dengan pekerja lain memproses kopi. Malah, saya sendiri yang akan melakukan kerja membancuh dan memasak kopi. Jika orang lain buat, saya takut rasa dan kualitinya jadi berbeza.

PROSES memasak kopi dilakukan sendiri oleh Baharudin bagi mengekalkan kualiti dan rasa kopi jenamanya.


“Pentingnya saya berpenampilan sebegini adalah kerana semasa proses membancuh dan memasak, air gula yang menggelegak akan terpercik. Jika terkena pada kulit, tentu akan melecur.

“Cabarannya bukan itu sahaja. Jika terlebih panggang pun, kopi boleh terbakar dan menyemburkan api berwarna hijau. Dalam keadaan tertentu, ada kebarangkalian insiden itu mengancam nyawa,” katanya mengenai kesukaran yang pernah dihadapi selama melibatkan diri dengan bijian gelap tersebut.

Anak sulung daripada 13 orang adik beradik itu menambah, api gas juga perlu sentiasa dijaga supaya tidak marak jika berlaku sebarang kerosakan pada perkakasan memanggang bijian kopi di kilang tersebut.

Sememangnya bagi peminat minuman itu, detik menikmati dan menghirup kopi yang pekat dan panas sememangnya begitu mengasyikkan. Meskipun menghargai aroma dan rasanya, masih ramai yang tidak tahu mengenai kepayahan cara pembuatan sebelum bijian kopi itu melalui proses pembungkusan.

Kepayahan proses


KOPI yang terlebih panggang akan menyebabkan ia terbakar dan menyemburkan api.

Tidak cukup dengan ‘set’ pakaian bertutup penuh sedemikian, Baharudin terpaksa berdepan dengan bahang kawah kopi ketika ia dipanggang dan dimasak. Bukan sahaja suhu tersebut merimaskan, dia dan para pekerjanya perlu pula membiasakan diri dengan bau pekat kopi yang meresap sehingga ke kerongkong.

Selepas kopi dimasak, asap yang berkepul-kepul memenuhi ruang kilang juga mungkin boleh menyebabkan seseorang yang tidak biasa kesesakan nafas lalu berasa pening atau mahu pitam.

“Saya sudah biasa dengan situasi macam ini. Iyalah, sejak berumur 13 tahun saya sudah membantu ayah memproses kopi. Kalau dulu lagi sukar kerana kopi diproses bukan menggunakan mesin tetapi dengan menggunakan bakaran kayu api.


BIJI kopi yang telah dimasak dan disejukkan perlu dileraikan sebelum dimasukkan ke dalam mesin pemecah kopi.

“Bayangkan kalau begitu caranya, asap lebih banyak dan bahang yang dirasai juga jauh lebih kuat. Kayu juga sukar didapati ketika itu,” ceritanya.

Perniagaan kopi mula diusahakan ayahnya sejak tahun 1959 itu dengan dikenali sebagai ArshadKopi Sdn. Bhd.. Kini, Baharudin menyambung kepakaran warisan keluarga itu dengan nama DinKopi Sdn. Bhd..

Mengenai rutin pembuatannya, Baharudin memberitahu, biji kopi mentah perlu terlebih dahulu dipanggang selama 40 hingga 45 minit.

“Kita boleh tahu kopi itu masak apabila ia bertukar daripada warna coklat muda ke coklat kehitaman. Kopi yang masak juga akan mengeluarkan bunyi ‘klik-klik’ seakan-akan bunyi bertih jagung yang masak.

“Selepas dipanggang, kopi akan dimasukkan ke dalam mesin bancuh dan dimasak. Kemudian, bijirin gandum yang dipanggang bersama marjerin dan gula dicampurkan ke dalam kopi tersebut untuk menjadikan rasanya bertambah enak.


BAHARUDIN (kanan) dan isterinya, Maimon, banyak menghabiskan masa bersama menguruskan bisnes mereka.

“Proses memasaknya sama dengan proses memanggang iaitu selama 40 sehingga 45 minit. Saya kena pastikan kopi betul-betul masak dan sebati jika tidak ia akan melekat-lekat dan menyukarkan proses yang seterusnya,” katanya.

Jelasnya, selepas kopi dimasak ia akan disejukkan menggunakan kipas besar. Tujuannya untuk menjadikan kopi ringan, rangup dan senang dileraikan. Selepas itu, kopi yang dimasak akan dimasukkan ke dalam mesin pemecah kopi. Jadi bongkah-bongkah kopi yang sebesar bola itu akan menjadi kecil seperti bertih jagung.


WARISAN unggul ArshadKopi kini diteruskan menggunakan jenama DinKopi di tangan Baharudin.

“Seterusnya, kopi akan dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Di situ, kita boleh selaraskan sama ada untuk menghasilkan kopi kasar atau halus,” katanya.

Isteri Baharudin, Maimon Mijan, 56, selaku pengurus DinKopi Sdn. Bhd. memberitahu, suaminya paling gemar minum kopi ketika cuaca sejuk terutamanya pada waktu pagi dan malam.

Menurutnya, jika suaminya tidak minum secawan kopi sebelum bekerja, dia akan berasa lemah dan tidak bersemangat.

“Ramai yang kata kalau minum kopi hari-hari dalam jumlah yang banyak akan memberi kesan yang tidak baik tetapi sebenarnya tidak. Suami saya minum kopi setiap hari semenjak kecil sehinggalah sekarang.

“Walaupun begitu, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kencing manis. Ini kerana, adunan membuat kopi ini adalah tradisional. Ia tidak dicampur dengan bahan-bahan lain seperti kopi 3 dalam 1,” kata Maimon yang turut membantu Baharudin di kilang setiap hari.


MAIMON (berdiri) sering memantau tugas para pekerja kilangnya.

Penggemar kopi

Sementara itu, bagi Suzilah Zainuddin, 32, harinya tidak akan sempurna tanpa menikmati secawan kopi O panas. Paling kurang pun anak bongsu daripada dua beradik itu akan minum dua hingga tiga cawan kopi setiap hari.

“Semuanya disebabkan pengaruh emak yang suka minum kopi dibuat dibancuh pekat dan manis. Bukan itu sahaja, emak saya juga melatih saya minum kopi sejak saya berusia tiga tahun.

“Saya juga dibekalkan minuman kopi setiap kali ke sekolah. Mungkin disebabkan itu saya jadi ketagih. Malah, saya akan bawa bekalan kopi apabila masuk asrama dan jika pergi bercuti.

“Kalau tidak minum jadi lemah dan tidak bermaya. Tetapi apabila minum serta-merta saya menjadi bertenaga dan kurang mengantuk. Kopi juga membantu saya berfikir dengan cepat,” kata anak bongsu daripada dua beradik itu mengenai obsesnya terhadap kopi.

Jelas Suzilah, dia hanya menggemari kopi buatan ibunya dan air tangannya sendiri.

“Mak dan saya kalau buat kopi mesti pekat dan manis. Pernah kawan saya minum beritahu kopi yang saya buat untuk satu cawan boleh dibahagikan pada dua cawan,” katanya yang boleh minum pelbagai jenis kopi sama ada kopi ubat mahupun kopi campuran.

SUZILAH (berdiri) cuba ‘mempengaruhi’ rakan baiknya, Roslyna, untuk meminati minuman kopi.


Berlainan pula dengan rakan Suzilah, Roslyna Ahmad Radzuan, 32. Menurutnya, dia akan menolak terus jika diberi minuman berkafein seperti kopi.

“Saya akan pening jika minum minuman berkafein. Pernah dulu masa mula bekerja dan balik lewat, rakan-rakan mengajak saya minum di gerai dan membuat pesanan air kopi. Saya yang cuba minum ketika itu terus merasa pening,” imbasnya.

Tetapi Roslyna mengakui, minuman kopi juga memberi kesan yang baik.

“Suami saya ada asma tetapi tidak terlalu teruk. Pernah terjadi, ubat asma dia habis. Kebetulan pula ketika itu dia mandi pada waktu malam. Akibatnya, dia mengalami sesak nafas.

“Kebetulan ketika itu saya tengah membancuh kopi untuk suami. Selepas dia minum, sesak nafasnya semakin berkurangan,” kata Roslyna.