Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

4 hari lepas punye cerita, baru sibuk nak blog.  Hehe, ape nak buat. Busy memanjang..Seperti tahun-tahun lepas, saya dapat lagi tiket ke AJL untuk tahun ni. 2 tiket VIP. Tahun ni saya ke AJL berdua dengan Nadia.

ajl-2010-048

ajl-2010-056
Cantik kad jemputan yang berkonsepkan Origami

Kami bergerak dari rumah lebih kurang pukul 6 petang dan sampai ke Bukit Jalil hampir waktu Maghrib. Oleh kerana hikmat menahan kentut telah mencapai tahap dewa (sebab dah siap-siap amik wudhuk dan siap bermekap kat rumah), masuk je waktu Maghrib, kami solat dulu. Duniawi-duniawi, jugak. Akhirat jangan dilupa. At least kalo stadium kena bom, kami mati dalam iman. Ahaks..

ajl-2010-042
Dalam keta sambil menahan kentut

Lepas solat, kami berjalan kaki ke Stadium Putra. Jauh gak nak kena jalan sebab kami park kereta di Stadium Nasional. Sampai sahaja di hadapan Stadium Putra, punyelah ramai umat manusia tengah berebut nak masuk. Dengan para artis tengah sibuk berjalan dan diinterview di red carpet. Peminat-peminat pulak sibuk nak amik gambar artis. Setelah berkepam ketiak dan bergesel-gesel antara satu sama lain, saya dan Nadia berjaya meloloskan diri ke dalam stadium.

ajl-2010-061
Punyelah ramai umat manusia

ajl-2010-059
Bersedia untuk bergasak-gasak masuk stadium

Tiket VIP kami bukanlah tiket VIP di kawasan ARENA (tempat para artis duduk) tetapi VIP Aras 3. Agak selesa dan betul-betul menghadap pentas. Mujur juga tak duduk di ARENA sebab punyelah padat sampai krew-krew TV3 terpaksa tambah kerusi untuk mereka. Tak pasti sama ada, ada mereka-mereka yg mengelat masuk ke ARENA walaupun takde tiket.

ajl-2010-079
Macam ulat. Kalau seramai inilah yang tengok Akademi Al-Quran kan bagus (termasuklah saye..huhu)

Kalau nak diikutkan logik, sepatutnya pihak TV3 tak bolehlah cetak tiket VIP ARENA lebih daripada kapasiti dewan. Serupa jugak dengan tiket VIP untuk Aras 3. Sudahnya tangga di sebelah tempat duduk saya pun penuh dengan pemegang-pemegang tiket VIP (kononnya) tapi terpaksa duduk atas tangga je. Kesian..

ajl-2010-068
Sementara tunggu acara start, wajibla kita bercam-whore dulu

Tepat jam 9 malam, macam yang korang tengok kat TV, persembahan pembukaan oleh Siti dan Lan & The Typewriter memangla power nak nampos. Kalau dengar live kat dalam dewan, lagilah malatop. Meremang bulu roma. Begegar-gegar kerusi. Seterusnya persembahan daripada artis-artis yang bertanding hingga ke artis penutup iaitu Jeffrey Din & The Siglap Five, Jay Jay & Carefree, Search dan MUH. Masa kesilapan teknikal berlaku waktu Jay Jay membuat persembahan tu, cuak jugak. Ingatkan takde elektrik sebab keadaan dalam dewan jadi gelap. Maybe masa dorang menari-nari tu terpijak kabel kot.

ajl-2010-090
Siti dan Lan yang malatop

Sementara penonton di rumah menonton siaran iklan, kami di dalam stadium dihiburkan oleh Nabil (Raja Lawak), Sharifah Shahirah dan seorang lagi yang dipanggil Angah (tak kenal). Topik dorang ialah memperkatakan kategori-kategori lagu yang dipertandingkan (tahun ni kan takde kategori-kategori macam tahun-tahun lepas. So, semua bertanding sekali harung je..) Boleh tahanlah kelakar tapi Nabil tu laser gakla mulut dia. Kesian Sharifah Shahirah kena buli.

Camnila lebih kurang lawak dorang..

Segmen Pertama

Lepas persembahan pembukaan oleh Siti dan Lan & The Typewriter

Nabil : Ya, kategori lagu selepas ini ialah LAGU YANG ADA HURUF JAWI.

Angah : Cemana lagu tu?

Nabil : Mengapa bah kau berubah, mengapa bah?

Sharifah Shahirah : Mana huruf jawinya?

Nabil : Tu, mengapa bah (huruf “ba”)

Angah : Cuba ko tukar huruf “ya”

Nabil : Mengapa ya, kau beruya (suka-suka hati je “beruya”). mengapa ya..

Sabo jela..

Lagi satu segmen last sebelum keputusan diumumkan

SEGMEN TERAKHIR

Nabil : Tahun ni kita ada kategori LAGU KONTROVERSI

Sharifah Shahirah : Cuba nyanyi

Lagu ni dinyanyikan ikut rentak Wassini – Waheeda

Angah : Lu mana…..

Nabil : Wassini…

Angah : Lu dengan sapa…

Nabil : Wa dengan Akhil Hayy…

Lawak ok. Satu dewan gelak besar. Pastu terus dorang lari gi belakang pentas.

Siti antara yang menjadi juri malam tu tapi lepas Faizal Tahir habis buat persembahan je, Siti pun balik. Saya tau sebab nampak dia melintas kat bawah kitorang. Maybe dia nak celebrate birthday kot. Yelah, tepat pukul 12 kan dah masuk 11 Januari – tarikh lahir dia. Saya agak je. Huhu

ajl-2010-339
Sebelum blah, kenalah amik gamba dulu

Secara keseluruhan, saya sangat terhibur dengan persembahan AJL kali ni. Lepas je penyampaian hadiah, saya dan Nadia cepat-cepat keluar sebab takut jem. Bila sampai kat parking lot, tak jumpa kereta sebab tak ingat letak kat mana. Maklumlah, masa siang bila sampai, kereta tak banyak lagi. Bila dah malam, punyelah penuh kereta. Dekat setengah jam jugakla baru jumpa kereta. Mujur juga jammed tak lama. Akhirnya kami sampai ke rumah pukul 1 pagi. Ape punye anak dara daa…

Amaran : Entry di bawah akan menggunakan Bahasa Bengkulu sepenuhnya. Sebarang komplikasi kepada pembaca-pembaca yang tidak memahami bahasa ini, adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

Arai Jemat malam Setu lepas, Ammal anak cikgu Ubit (Ampunkan daku Ammal & Kak Iti ;-D) ajak aku ngole parak D’Anjung Sungai Chu. Kecek eh, boleh nemu pengaten baru – Okoi and his foreigner wife (Wiwittt!!). Aku pun die ade ape pelan, setuju baela. Badu Isyak teh, aku gerak jak Bokit Berotong (read : Bukit Beruntung) ke Sungai Chu. Ku jinguk Amal la sapai. Okoi belum lagi. Yak, pengaten barula pule kan…

Tunggu punye tunggu punye tunggu, la abes segelas ayo, bai Okoi ngan soma eh sapai. Sapales lagi Koi. Ke lame nian kami nonggor nga? Kesan eh, nye jalan kaki jak umah. Bateri motokar eh kong. Lame nian die start. Yak, sepoloh arai di Bengkulu teh.

Kecik bae soma Okoi. Ape Koi name eh? Sumarni. Padekla teh, Shukor vs Sumarni. S-S teh. Double S. Huhu..Nga la kawen kak, jangan banyak ulah Koi. Ku tepuk lek!! (Tetibe aku pule nak nepuk nga. Ngeh-ngeh!)

Memperkenalkan soma Okoi – Sumarni…

01012010
Sumarni

01012010003

Ni pulak tuan tanah ngan Okoi…

Ku tanye Okoi, berape hantaran. Okoi kecek 9 juta! Kalah Erra Fazira. Tapi 9 juta Rupiah la…Kus semangat! Wang kite jak kapung, 70 urang ngekot ngantat ke situ. Boleh tahan ramai jugek teh. Gale-gale balik kapung nemu sedaro maro la tu. Okoi cerite lagi, kemain banyak majlis. Nikah arai Jemat. Malam neh napar. Pastu siang Setu kenduri. Malam pule Organ (ada malam untuk main Organ okeh). Siap joget lambak bagaila kire eh..Wuuyaii…Memang meriahla. Okoi kecek berat palak nye gale topi tanjak dipakai. Yak, kecek nak perkahwinan tradisional Bengkulu. Kenela berkorban..Litak ke, metak ke, jalan bae…

Kami borak sampai pokol 11. Badu teh, Ammal antat Okoi ke rumah nye. Aku pule balik Bokit Berotong. Pagi, majlis Chaai pule..

Ramai jugek kawan-kawan datang kawen Chaai kak. Gale la ade. Tapi Jaja die sempat nemu. Dekda call, kecek eh on the way. On the way Jaja olok jak Johor. Huhu…Enjoice the pic baela wo..

7
Pengaten

3
Sedap nian lauk kak

4
Ali Gaban & Ali Bell

5
2 Dara & Mak Dara

8
Club ’78 dengan pengaten

1
Zikry, me & Eddy

2
Sekali lagi dengan pengaten