Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ho! Ho! Ho! Sambung lagi.. Lepas entry Bandung dan entry-entry lain akak sumbatkan, barulah berkesedaran nak siapkan entry Hong Kong pulak. Hoihh!! Ni baru nak cerita hari kedua kat Hong Kong. Ada lagi 2 hari pulak tu.. Uwaaa.. Bila nak abes ni? Untuk Ho! Ho! Ho! Hong Kong!!! ~ Hari Pertama : Part 2 boleh klik sini.

By the way, bangun pagi hari kedua tu, barulah bersemangat sikit sebab hari kedua ni kitorang akan bergumbira-ria di Hong Kong Disneyland. Dah lama mengidam nak datang sini. ALhamdulillah, tercapai jugak impian.

So, pagi tu celik je bijik mata, turun sarapan. Tapi pilihan makanan memanglah tak boleh blah. Memanglah ada nasik ape semua, tapi siap ada daging apebenda ntah dalam tu. Moteeeep nak balun semua. So, makan jelah cereal dan MAGGI!! Makanan rasmi di luar negara. Huhu..

Dagu berlapiss. Eeeyekk!! Takpe, bulan posa ni akak dah kurus..

Dah nama Hotel Panda. So, panda merata-rata

Lepas makan, amik gamba pulak kat lobby.. Bersama panda-panda..



Panda situ sana sini katanya…

Panda Gemuk

Bila sume dah ready, dalam pukul 9.30 pagi bergeraklah kami ke Hong Kong Disneyland dengan menaiki bas. Selain bas, boleh jugak naik MRT di stesen Sunny Bay dan turun di stesen Disneyland Resort. Oh ya, Disneyland terletak di Lantau Island.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami sampai. Kena jalan jauh sikit sebab parking lot tu jauh dari entrance.


Cam biasalah, kena amik gamba dulu depan entrance..

Bergamba dengan semua agent. Dua bas!

Tugu Mickey Mouse kat luar entrance. So, sape yang tak masuk dalam, bolehlah amik gamba kat sini feeling-feeling masuk dalam..

Sebelum masuk, biasalah ada pemeriksaan kat gate. Kot kita bawak makanan dari luar ke. Akak selamba je bawak air, bawak Milo, bawak roti sume. Tapi cover-coverla sikit. Balut dalam beg kecik ke. Guard dia takdelah cek beriya sangat. Yelah, dengar cerita nak makan kat dalam sana mahal nak mampoihh! So, sedar-sedarlah diri sikit. Kita makan jelah apa yang mampu.. Hiks!

Ok, masuk-masuk je dalam tu, akak cakap dengan PP, kita jangan sebok nak amik gamba sana-sini. Kang tak sempat nak main semua game dalam tu. Dah lepas main semua, baru amik gamba. Gitewww plannya..

Ada 7 bahagian semua dalam ni..

1. Mystic Point (masa ni tak bukak lagi. Under constructiom)

2. Grizzly Gulch

3. Toy Story Land

4. Fantasyland

5. Tomorrowland

6. Adventureland

7. Main Street USA

Memula kitorang kasi panas badan kat Tomorrowland dulu. Naik roller coaster Space Mountain..

Ni depan Space Traders – kedai souvenir

Haa.. Ni dalam Space Mountain tu. Masa ni tengah beratur tunggu giliran.. Gelap gulita

Hahaha… Sempat lagi kalo nak cabooott

Macam roller coaster lain, untuk sesi pemanasan badan, kira okaylah. Takdelah kecut perut sangat. Cewah belagak.. Yelah, dalam tu gelap gelita. Akak bukak spek, so, takdelah rasa seram sangat.. So, satu game jelah kitorang naik kat Tomorrowland tu. Yang lain sesuai untuk kanak-kanak je. Moteeep akak nak join kanak-kanak tu naik ketapi bagai?

Setel dalam tu, akak dan PP beralih pulak ke Fantasyland. Kitorang tengok show Golden Mickey’s. Show musical ni lebih kurang 25 minit. Cam biasalah nyanyi-nyanyi. Selain Mickey, ada kawan-kawan dia lain. Ada Minnie, Goofy, character macam Beauty and the Beast, Tarzan, Cinderella dan lain-lain. Bolehlah.. Enjoy gak..

Punye ramai umat manusia







Dekat pukul 12 tengahari jugaklah baru abes. So, jom tempat lain pulak…

Ha, ibu-ibu bapak-bapak. Boleh sewa stroller ni oke..

Kan kononnya tanak amik-amik gamba. Tapi terjebak jugak bila tengok castle ni. Tak boleh tahan. Huhu..

Masih kat Fantasyland. Kitorang masuk pulak bahagian “It’s a Small World“.

Apa ada dalam ni? Let’s!

Beratur lagi. Memang hidup dalam ni beraturrrrrrrrrrrrrrrrrrr je keje.. Gitu akak marah..

Yes! Nak naik cruise dalam ni…


Budak tadika tengah beratur sama.. Korang budak kecik! Bagi acik naik dulu oke..

Mari kita mulakan pelayaran kita dalam ni…

Eksaited!



Hoii badak!


Rasa macam kat Sans Francisco gitew


Arrrgghhh! Bestnya dalam tu. Sambil didendangkan dengan lagu It’s a Small World, kita boleh tengok benda-benda comel dalam tu. Geram sangat!! Sukalah!!

Dah kuar dari situ, akak dan PP menggigihkan diri beratur amik gamba dengan Minnie Mouse. Kalau ikutkan tak kuasa, tapi takpela. Kenangan. Banyak lagi character lain tapi tulah. Malas betul beratur..

Gediksness di mana-mana

Mana lagi nak pegi pasni ye. Perut dah lapo. Duduklah kejap makan roti dengan coklat yang dibawak. Bagi tenaga nak sambung meround lagi..

Ramainya orang… Ni hari Jumaat ni.. Kalau weekend tatau nak cakap

Masuk toilet jap…


Ni akak tak naik pun.. Setakat gajah terbang.. Tak mencabar langsung.. Heehee..

Dah snap sana-sini sikit, kitorang masuk pulak ke Toy Story Land..




Hi..

Kitorang plan nak naik RC Racer ni. Dengar orang yang naik tu terjerit-jerit kat atas tu macam syok je.

Melengkung bentuk U..

Macam biasa, tunggu giliran beratur. Sampai je giliran kitorang, dah duduk dah dalam tu, sekali boleh tak hujan. Memang tak berapa lebat tapi tak berhenti. Uwaaaaa…. Terus diarahkan turun. Tak boleh naik sebab bahaya. Yelah, kang tergelincir tercampak keluar sape nak jawab? Huh!! Stresss hoii!!

Sudahnya, kitorang berteduhlah kat kanopi yang ada kat luar tu. Berhimpit-himpit pulak dengan pelancong dari China. Dah macam ayam dengan itik bercakap. Simple English pun dorang tak paham. Sudahnya buat sign language. Tu pon tak paham. Acanerr?? Tak lama tu, akak ajak PP blah pegi tempat lain. Memang hujan lagi masa tu. So, akak keluarkan baju spare yang akak bawak, tutup kepala. Bukak kasut sebab air dah penuh dalam kasut. Jinjit je. Peduliklah orang tengok. Huhu..

Memula kitorang plan nak cari tempat solat, pastu masa jalan ke sana, nampak ada orang beratur kat Adventureland. Ingatkan kat situ dorang tak stopkan aktiviti. At least boleh naik Jungle River Cruise. Tunggu punya tunggu, sama jugak macam takde harapan.. Kitorang siap bersila kat atas lantai.. Hujan still turun masa tu…

Muka frust tak dapat main..

Tak boleh naik gak..

So, jomlah blah. Carik tempat solat!

Babai Adventureland.. Ujan berenti kang akak datang lagi sekali. Tengok muka akak hepi je kan. Sopan je..

Sekali….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Ye, kaki ayam sajork. Ada aku kesah?? Ko mampu berkaki ayam di luar negarahhh??

Masih hujannnn

Orang lain berpayung berbaju hujan… Kitorang lanyak je. Baju hujan mahal woihh!! Pedulik hape aku baju hujan tu ada gamba Mickey ke ape..

So, sini lah tempat solatnya. City Hall kat Main Street USA. Dekat dengan main entrance. Dari main entrance tu ke sebelah kiri

Tempat solat kat sini takdelah surau proper macam Universal Studio Singapore tu. Ni bilik je. Pastu share pulak dengan lelaki. Amik wuduk kat toilet yang ada kat sebelah City Hall tu. Tapi bolehlah daripada takde. Happy-happy jugak, solat takkan nak lebur, ye tak? Kang sekurang-kurangnya, kalau tercampak dari roller coaster tu, mati dalam iman. Huhu…

Pastu yang bestnya, ada pertunjukan Rainy Day Express sebagai ganti Disney Parade. Kalau Disney Parade lagi meriah. Ada keta berhias bagai dengan semua character Disney pose-pose depan kita. Disebabkan hujan, kenalah ganti dengan Rainy Day Express. Ok jugak sebenarnya. Still ada character Disney, cuma dorang pose-pose atas train je..

Ramai gak yang gigih berpayung menengok show ni



Puteri-puteri dalam cerita-cerita Disney

Dek kerana hujan lagi, jomlah kita carik benda-benda yang boleh tengok dalam hall. At least takdelah kena hujan. Kebetulan pulak bila tengok jadual, show Lion King dah nak start. Cantek sangatlah tu… Lion King Show ni terletak dalam Adventureland.

Masuk-masuk je orang dah ramai

Dalam show ni, ada tarian, nyanyi-nyanyi dan sikit drama la pasal si Lion King ni. Overall memang enjoy. Colourful! Best!

Cik Gajah masuk sebagai pembuka show

Zirafah pulak

Yang dinanti-nanti. Cik Vavi

Meriah!


Akhirnya masuklah hero utama – The Lion King!

Cik Vavi dari pandangan belakang

Backup dancer Noraniza Idris.. Huhu


Sume binatang berlonggok

Abesss….

 

Hah!!! Puas hati sangat! Enjoy to the max. Tak cukup kamera henpon, akak sambung pulak pakai digicam.. Gitu eksaited..

Alamak, dah panjang betul ni.. Sambung part 2 ye.. Chioww!!!

Sorry uols!! Dah lebih dua bulan, barulah terhegeh-hegeh macam penagih nak sambung balik cerita trip ke Hong Kong hari tu. Heehee.. Biasalah, faktor usia.. Untuk membaca siri yang lepas, sila klik sini (Day 1 : Part 1).

Ok, sambung.. Sebelum tu, mehla kita belajar Geografi Hong Kong sikit ye..

Klik sini untuk tumbesaran gambar

Apa yang kita boleh tengok kat peta ni, Hong Kong sebenarnya terdiri daripada Hong Kong Island, New Territories dan juga Kowloon selain daripada ratusan pulau lain yang mana pulau terbesar ialah Lantau Island.

Airport pulak terletak di Chek Lap Kok, berdekatan dengan Lantau Island. So, sebaik saja sampai ke Hong Kong, kami dibawa ke Prudential Hong Kong (IFC Hong Kong) yang terletak di kawasan Central, Hong Kong Island.

Lepas dah melawat Prudential Hong Kong, kami dibawa pula ke Masjid Ammar di Wan Chai. Masih terletak di Hong Kong Island.

Selepas solat, kami dibawa pula ke satu tempat yang sangat menarik di Hong Kong. Di mana? Tunggu…..

Dalam perjalanan ke situ, akak nampak pasar malam Kat Hong Kong, meriah sangat. Best pulak nampaknya..

Tak lupa juga bangunan pencakar langit dan sistem pengangkutan..

Tak lama tu, sampailah kami tempat istimewa tersebut. Mana lagi kalau bukan Avenue of Stars! Avenue of Stars terletak di sepanjang Victoria Harbour di Tsim Sha Tsui, Kowloon. Ia dibina dengan mengambil contoh dari Hollywood Walk of Fame sebagai penghargaan kepada bintang-bintang terkenal dari dunia Industri Perfileman Hong Kong. Di sini, pelbagai pose yang tak ingin dilihat dapat disaksikan.. Haha.. Lets!

Dari Avenue of Stars ni, kita boleh nampak bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong yang terletak di Hong Kong Island termasuklah Prudential Hong Kong di dalam bangunan IFC Hong Kong. Eh beghape punye banyak Hong Kong daa… Huhu.. Kira opposite jela dari Victoria Harbour tu. Kalau kita nak ke seberang Hong Kong Island tu, selain naik bas, MTR dan teksi, kita boleh jugak naik feri.

Sume pun berduyyyuun tiba nak berpoyosing di Avenue of Stars

Chanteekkkk ke kau nak berposing camni ha??!!

Nak jugaaakkkk…

Feri

Feri laju

Tongkang! Yeayyy!! Tercapai jugak hasrat akak tengok tongkang depan mata. Kekecik dulu selalu tengok dalam kamus bergambar je.. Hiks!

Cubaan membuat aski Gwiyomi. Lempang nak?

Haa.. macam biasa, marilah kita saksikan tapak tangan artis-artis terkenal Hong Kong. Akak amik gamba artis yang akak kenal je..

Jackie Chan

Eh! Dato Michele Yeoh pun ada

Bruce Lee, Chow Yun Fat, Jet Li, Stephen Chow

Bruce Lee

Ni dah macam harimau

Eh! Vavi pun ada??!!

Kami diberi masa tak lama sangat kat situ. Oleh kerana asyik berpoyosing, nyaris akak nak kena tinggal bas. Cepat-cepat lari kat tempat bas menunggu. Tapi sebelum tu, sempat lagi snap 2-3 gambo.. Kih kih!

Tetaappp!!!!

Tak masuk pun dalam Sogo ni..

So, kami bergerak dari Avenue of Stars lebih kurang jam 7.10 malam. Destinasi berikutnya adalah.. MAKAN! Laparrrr dah wehh…

Sampai kat restoran – India Club lebih kurang pukul 7.30 malam. Macam biasa, ada Gala Dinner, ucapan alu-aluan dari Mr. Muthu – Head of Agency dan sedikit sambutan Hari Jadi untuk agent-agent yang lahir dalam bulan Mei. Termasuk akak la tu.. Kui..kui..

Makanan dihidang secara buffet

Masing-masing kelaparannn

Happy birthday to us..

Cubaan menutup dagu tapi hujung jari akak hilang dalam dagu. How???!!!!

Dah selesai majlis, barulah kami dibawa ke hotel. Kami menginap di Hotel Panda yang terletak di Tsuen Wan, New Territories..

Sampai hotel dalam pukul 9.30 malam. Fuh!! Memang penat berjalan seharian.. Jom tengok apa rupa Panda Hotel ni..

Takde panda pun! Tunggu next entry akak bawakan panda untuk tatapan uols! Ni pulak view dari tingkap bilik hotel akak..

Ok, sehingga bertemu di next entry.. Adios!