Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kan? Tak abes-abes lagi entry Brunei ni. Oke, akak janji. Ni last. Huhu..

Kan salah sorang member akak si BW tido kat umah Lilon kat bandar kan? So, pagi tu barula dia balik semula ke hotel amik akak dan PP. Yelah, kami dah nak balik KL dah petang tu.

Rupanya sebelum si BW dan Alex datang amik kitorang, dorang pegi jenjalan dulu sekitar bandar dan pasar. So, saksikanla pulak gamba-gamba yang sempat dorang amik pagi tu..



Ni mesti kat pasar ni…





Terra Rossa derr…

Motip nama sampan uols MACAM KAWANKU? Hik hikk…


Pakcik kena dera dengan makcik soh pegi pasar ke? Cian pakcik..Huhu

Tamu Kianggeh nama pasar dia..

Selamba je ko minum ye Itam?







DST – salah satu telco di Brunei

Akhirnya, sampai pun dorang ke hotel kami..

Akak dan PP pun gigihla bersiap-siap sebab cadangnya kami nak jalan-jalan dulu kat bandar sambil carik souvenir nak bawak balik. So, lepas dah siap tu, akak call buggy mintak amik kitorang untuk dibawa ke lobi utama.

Sampai lobi, tengok dorang dah ada. Sementara PP menyetelkan urusan check out, akak turun kejap ke bahagian bawah lobi sebab akak nampak view yang sangatlah cantiknya dari atas lobi tu.. Jom tengok!

Alamak.. Ni tangga.. Rasanya ni dorang amik waktu malam ni.. Akak sumbat jela ye…

Tiang tinggi menjulang

Kawasan sekitar lobi utama


Swimming pool untuk tetamu berenang-renang ke tepian





Amacam? Cantek kan?

Dah setel semua, tanpa membuang masa kami teruskan perjalanan ke bandar. Tempat yang dituju ialah Centrepoint, Gadong. Punyelah ramai orang. Masing-masing bizi bershopping untuk raya. Akak pulak nak carik Fridge magnet..

Rosyam Nor

Cik Lopah

Muka orang puasa..

Adik ni pon posa gak gamaknya



Kantoiiii!!! Beli air



Tempat beli souvenir – Handy Handicraft

Lepas tu Lilon belanja kami ini… Sedap sangat! Rupanya ada kat One Utama jugak.. Nanti nak carikla..


Souvenir sudah, sume sudah.. Apa lagi yang tak complete? Ye… Misi utama datang Brunei…

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Solat kat Masjid Hassanal Bolkiah kan? So… Tak reti-reti nak singgah masjid? Alang-alang dah masuk waktu Zohor, kan? Lets!

Sorry uols, akak terpaksa letak gamba masjid banyak gila sebab tatau nak pilih mana satu.. Sume lawaaaaaaa…















Ada escalator okeh…

Jom masuk dalam masjid..


Paip air otomatik

Dalam masjid

Kat luar lawa.. Dalam lawa.. Sume lawa lah.. Bestnye solat kat sini…

Motip??

Merayap lagi kat luar masjid..







Taman













Dah kata Dilarang Memijak Rumput. Ada PP kisah? Haha

Dah solat, tibalah masanya kami balik ke KL. Lilon dan Alex hantar kami sampai ke airport. Alex tak balik sekali. Dia stay lagi sehari. Bagi chancela dorang dating..Heehee..

So, nak tau sape yang bawak balik barang berlebihan? Tak lain tak bukan, ratu shopping kita.. PP… Sampai kena berbalutlah barang-barang dia. Sebab malas nak beli beg tambahan..



Tengok, sape yang kami sempat spot?

Ex-wife Sultan – Azrinaz Mazhar Hakim!

Kami tiba di LCCT dah hampir waktu nak berbuka. Nasib baik ada Beard Papa’s dengan air yang dah siap-siap beli kat Brunei tu. Boleh berbuka dalam kereta. Ha, parking kereta tu kitorang kena bayar RM120 untuk 3 hari. Belasah jelah..

So, Alhamdulillah, trip ke Brunei ni satu trip yang menyeronokkan bagi akak. InsyaAllah panjang umur nak pegi lagi. Walaupun Lilon dah takde kat sana..

Pasni nak gi mana pulak? Tunggu…. *pegi mana tatau…

Sekian saja cerita akak untuk kali ni.. Jumpa lagi di lain masa.. Babai…

Jom sambung lagi..

Oleh kerana malam yang kedua tu akak lepak bilik, tak keluar ke mana-mana, so takdelah gamba yang akak amik. Opppppp!! Apa cerita terawikh kat Masjid Hassanal Bolkiah ittewww? Nehi uols! Gagal jugak!! Sudahnya akak buat terawikh sendiri je. Dasarr!!

Walapun akak tak keluar malam tu dan walaupun akak takde gamba malam tu, akak takkan biarkan entry ni kosong dengan tulisan merapu akak je. Nasib baik wartawan dan jurugambar simpanan weols masih menjalankan tugas mereka seperti biasa. So, mehla kita tengok gamba-gamba yang dorang amik..

Shopping mall di waktu malam




Pastu budak-budak ni pegi pulak Masjid Omar Ali Saifuddien. Jeles akak tengok gamba-gamba yang dorang amik tau..











Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, sebuah masjid diraja Islam yang terletak di Bandar Seri Begawan iaitu ibu kota negara Brunei Darussalam.

Ia antara masjid paling indah di Asia Pasifik dan mercu tanda serta tarikan utama pelancong ke negara Brunei. Bagi masyarakat Brunei masjid berkenaan menjadi lambang serta simbol negara Islam moden.

Seni binanya menampilkan ciri Islam selain turut meng-gabungkan gaya dan seni bina Mughal, Renaissance dan Itali. Reka bentuk masjid terbabit menggunakan khidmat arkitek dari Itali bernama Cavalieri R. Nolli.

Bangunan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien dibina pada 1958. Masjid berkenaan dinamakan bersempena nama Sultan ke-28 Kesultanan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddien III.

Masjid itu berbentuk seperti sebuah kapal yang sering digunakan pada acara rasmi negara. Ia didirikan di atas permukaan danau buatan berkeluasan lima hektar di pinggir sungai Brunei di Kampung Ayer (Kampung Air).

Masjid setinggi 52 meter mampu menampung kapasiti jemaah seramai 3,000 orang. Menara masjid berkenaan juga mempunyai lif untuk naik ke bahagian atas dan membolehkan pelawat menikmati pemandangan bandar Brunei.

Ciri yang paling terserlah dan cukup dikenali mengenai masjid itu ialah kubah utama-nya yang diliputi dengan emas tulen 24 karat dengan bahagian kubah itu diliputi 3.3 juta keping emas. Bahagian dalaman masjid itu juga dipenuhi unsur seni bina Islam terutama kaligrafi, bunga, dan geometri.

Hampir keseluruhan bahan yang digunakan bagi pem-binaan masjid itu bernilai tinggi dan mewah yang diimport dari luar negara termasuk marmar dari Itali, granit dari Shanghai, kaca berwarna dan lampu kaca dari England serta permaidani buatan tangan dari Belgium dan Arab Saudi.

 

Singgah kejap beli barang..




Pastu dorang merayap pulak sampai Istana Nurul Iman. Ahhh jeles lagi.. Tapi istana ni, tak bolehla nak masuk dalam. Dapatla amik depan pagar je. Kalau akak ikut, InsyaAllah boleh masuk. Muahahha. Silap-silap ‘ke dalam’ terus sebab buat rusuhan depan pagar. Hiks!








Nasib baik pakgad sporting

Singgah satu masjid lagi.. Masjid Jamek Hassanal Bolkiah. Tadi masjid bapak dia.. Ni masjid Sultan Brunei sekarang.. Pun lawa jugak.. Moteeep tanak kalah dengan bapak sendiri?? Heehee..




Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah

Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29. Jame’ ini terletak di Kampong Kiarong, 4km daripada Bandar Seri Begawan. Ianya telah mula dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 20 ekar.

Jame’ ini mula digunakan pada hari Khamis malam Jumaat bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb. Julai, 1994, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah.

Kapasiti Jame’ ini melebihi 5,000 orang jemaah. Jame’ ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya.

Oke, sekian saja akak melaporkan.. Woiii!! Menyesal akak tak ikot uols!!!