Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Yeay!! Akak dah terima kad raya daripada boifren akak kat Brunei tu. Tengkiu sayang…

Hahaha. Jangan bergossif liar okeh.. Kang mampoihh akak kena tahan ISA. Boipren akak tu sape lagi kalo bukan Sultan Hassanal Bolkiah. Kan tetiap tahun akak bagi kad raya kat dia.

Aritu akak pos kad raya akak masa minggu kedua kita puasa. So, hari ni barulah dapat balasan. Ko hado?? Hehe…

Mari kita tengok apakah rupa kad raya baginda tahun ni..

20130823-102647.jpg

Seperti biasa.. Yang Mulia Cik Suzilah Zainuddin okeh… Yang tak tahan tu siap tulis Aspiring Unit Manager. Kad raya yang akak bagi kat Sultan Brunei ni sama dengan kad raya yang akak tempah khas untuk bagi kat client-client PruBSN. So, dalam kad tu memang ada tulis pangkat sekali. Tu yang Bendahara (suka-suki je petik nama Bendahara. Haha) dia yang mereply kad ni tulis pangkat tu jugak. Sabo je aku..

Rupa kad raya dari luar..

20130823-102743.jpg

Ni pulak rupa dalam…

20130823-102753.jpg

Amacam? Hensem tak bopren akak? Kah kah..

Akak banyak dapat keyword search yang masuk dalam blog akak ni bertulis “alamat Sultan Brunei“. Ada jugak reader yang SMS/Wasap direct kat akak bertanyakan alamat kalau nak bagi kad raya kat Sultan Brunei. Wohh!! Ramai peminat rupanya Sultan Brunei ni ya. Oke, bagi tidak menghampakan uols, camnilah alamat yang akak tulis kat sampul kad raya yang akak nak kirim kat Sultan Brunei. So, cekidaut…

YANG TERAMAT MULIA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH,
ISTANA NURUL IMAN,
BRUNEI DARUSSALAM.

Hahaha.. Sempoi je. Tak poskod takde hape. Alaa.. Posmen dorang sure tau mana nak anta.. So, tulis camni pon boleh sampai okeh.. Hehehe..

Ok, jom ramai-ramai tahun depan kita pakat anta lagi!! Saje nak kumpul sebagai hobi.. Heehee…

Daaa…

Kan? Tak abes-abes lagi entry Brunei ni. Oke, akak janji. Ni last. Huhu..

Kan salah sorang member akak si BW tido kat umah Lilon kat bandar kan? So, pagi tu barula dia balik semula ke hotel amik akak dan PP. Yelah, kami dah nak balik KL dah petang tu.

Rupanya sebelum si BW dan Alex datang amik kitorang, dorang pegi jenjalan dulu sekitar bandar dan pasar. So, saksikanla pulak gamba-gamba yang sempat dorang amik pagi tu..



Ni mesti kat pasar ni…





Terra Rossa derr…

Motip nama sampan uols MACAM KAWANKU? Hik hikk…


Pakcik kena dera dengan makcik soh pegi pasar ke? Cian pakcik..Huhu

Tamu Kianggeh nama pasar dia..

Selamba je ko minum ye Itam?







DST – salah satu telco di Brunei

Akhirnya, sampai pun dorang ke hotel kami..

Akak dan PP pun gigihla bersiap-siap sebab cadangnya kami nak jalan-jalan dulu kat bandar sambil carik souvenir nak bawak balik. So, lepas dah siap tu, akak call buggy mintak amik kitorang untuk dibawa ke lobi utama.

Sampai lobi, tengok dorang dah ada. Sementara PP menyetelkan urusan check out, akak turun kejap ke bahagian bawah lobi sebab akak nampak view yang sangatlah cantiknya dari atas lobi tu.. Jom tengok!

Alamak.. Ni tangga.. Rasanya ni dorang amik waktu malam ni.. Akak sumbat jela ye…

Tiang tinggi menjulang

Kawasan sekitar lobi utama


Swimming pool untuk tetamu berenang-renang ke tepian





Amacam? Cantek kan?

Dah setel semua, tanpa membuang masa kami teruskan perjalanan ke bandar. Tempat yang dituju ialah Centrepoint, Gadong. Punyelah ramai orang. Masing-masing bizi bershopping untuk raya. Akak pulak nak carik Fridge magnet..

Rosyam Nor

Cik Lopah

Muka orang puasa..

Adik ni pon posa gak gamaknya



Kantoiiii!!! Beli air



Tempat beli souvenir – Handy Handicraft

Lepas tu Lilon belanja kami ini… Sedap sangat! Rupanya ada kat One Utama jugak.. Nanti nak carikla..


Souvenir sudah, sume sudah.. Apa lagi yang tak complete? Ye… Misi utama datang Brunei…

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Solat kat Masjid Hassanal Bolkiah kan? So… Tak reti-reti nak singgah masjid? Alang-alang dah masuk waktu Zohor, kan? Lets!

Sorry uols, akak terpaksa letak gamba masjid banyak gila sebab tatau nak pilih mana satu.. Sume lawaaaaaaa…















Ada escalator okeh…

Jom masuk dalam masjid..


Paip air otomatik

Dalam masjid

Kat luar lawa.. Dalam lawa.. Sume lawa lah.. Bestnye solat kat sini…

Motip??

Merayap lagi kat luar masjid..







Taman













Dah kata Dilarang Memijak Rumput. Ada PP kisah? Haha

Dah solat, tibalah masanya kami balik ke KL. Lilon dan Alex hantar kami sampai ke airport. Alex tak balik sekali. Dia stay lagi sehari. Bagi chancela dorang dating..Heehee..

So, nak tau sape yang bawak balik barang berlebihan? Tak lain tak bukan, ratu shopping kita.. PP… Sampai kena berbalutlah barang-barang dia. Sebab malas nak beli beg tambahan..



Tengok, sape yang kami sempat spot?

Ex-wife Sultan – Azrinaz Mazhar Hakim!

Kami tiba di LCCT dah hampir waktu nak berbuka. Nasib baik ada Beard Papa’s dengan air yang dah siap-siap beli kat Brunei tu. Boleh berbuka dalam kereta. Ha, parking kereta tu kitorang kena bayar RM120 untuk 3 hari. Belasah jelah..

So, Alhamdulillah, trip ke Brunei ni satu trip yang menyeronokkan bagi akak. InsyaAllah panjang umur nak pegi lagi. Walaupun Lilon dah takde kat sana..

Pasni nak gi mana pulak? Tunggu…. *pegi mana tatau…

Sekian saja cerita akak untuk kali ni.. Jumpa lagi di lain masa.. Babai…