Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya teruja nak try Mille Crêpes ni bila dengar member saya asyik promote pasal benda alah ni.. Sedap giler katanya. Uols tau tak kejadah apakah Mille Crêpes ittew?

Mille Crêpes bermaksud “a thousand crêpes” dalam bahasa Peranchis. Mille Crêpes ni bolehlah dikatakan sejenis kek yang terdiri daripada beberapa lapisan. Di antara lapisan tu pulak disapu krim berperisa tertentu. Ada perisa mangga, strawberry, coklat, vanilla dan lain-lain lagi. Dia macam kek lapis tapi bukan kek lapis tau. Dia lagi sedap dari kek lapis. Haa, gitu. Mehla saya tunjuk sikit gamba yang saya Google untuk menunjukkan apalah rupa Mille Crêpes yang saya bebel-bebel nih.

 

Nanges tak tengok gamba-gamba ni? Mesti tak, kan? Sebab rupa dia macam kek lapis biasa je. Akan tatapiiii! Rasa dia Ya Allah, sedap nak mati. Lepas mati, tanam, hidup balik, mati balik, bangun balik. Haa macam tulah.. *Over tak? Huhu Tapi memang sedap sangat.

So, berbalik kepada misi mencari benda alah ni tadi. Kebetulan saya dan kawan saya ada urusan di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Tetiba ternampak pulak kedai yang ada menjual Mille Crêpes ni. Try la masuk. Selama ni tak nampak pun kedai ni. Nampak sebenarnya tapi tak teringin nak masuk. Oh lupa plak, nama restoran tu ialah Austin Chase. Dia bersetentangan dengan George Town White Coffee. Selama ni ingatkan restoran omputeh mane. Rupanya Austin Chase ni start kat Malaysia dan Singapore daa..

Untuk website rasmi Austin Chase, klik sini!

Selain kat Austin Chase, ada gak tempat lain yang jual Mille Crêpes tu iaitu satu lagi kat Food Foundry, PJ Seksyen 17.

Sebaik melangkah masuk ke Austin Chase tu, saya dan kawan saya carik tempat duduk yang tersorok sikit. So, kalau nak buat perangai ala-ala K.G.com tu takla malu sangat kan.. Saya dah SMS siap-siap member saya yang promote Mille Crêpes ni. “Iols kat Wangsa Walk. Ada Austin Chase. Ape sajesyen uols?” dan direplynya “Peanut butter berry“. Malangnya flavor tu takde. Saya tanya budak waiter tu mane yang sedap. Dia cakap Swiss Chocholate Velvet. So atas dasar kepercayaan sebab tak pernah makan, maka saya ikut je cakap budak tu. Saya order sepotong bersama Ice Blended Mocha. Kawan saya pulak order Spagethi Carbonara dan Passion Mango.

Sampai je makanan, perkara pertama yang dibuat ialah amik gamba. Biasalah jakun kan. Lagipun sebagai bukti beb..Bukti. Keh keh.. Baiklah, kita persilakan masuk …….

 

Ya.. Cik Adik Manis Swiss Chocholate Velvet Mille Crêpes

Dan rakan seperjuangan beliau..

Encik Spaghetti Carbonara yang sedap gileeee…. Nak lagiiiii!!!

Tak dilupakan pengapit mereka..

Ice Blended Mocha dan Passion Manggo. Nampak pulak beg laptop pink member saya tu..

Memula saya potong sikit, masuk dalam mulut. Ya Allah sedapnya. Potong lagi, sumbat lagi dalam mulut. Sedapnya. Pastu kawan saya pulak rasa. Haahla, sedap kata dia. Rasa macam kita makan kain. Kain yang kenyal. Haha. Cemana tah nak explain rasa tekstur dia. Pastu saya pun nak tengok apebenda dia letak antara lapisan tu. Saya pun selak satu-satu. Kalau kek lapis biasa, bila kita selak, mesti dia berderai kan? Ni tak, dia macam kita selak kain. Oppss!

Cik Mille Crêpes yang telah diselak satu persatu..

Harga sepotong Mille Crêpes tu kat Austin Chase ni ialah RM14.90. Yang kat Food Foundry tu dalam RM9 camtu. Try laa.. Korang mesti tak akan menyesal. Saya rasa pasni nak makan lagi sekali. Rupanya area Kota Damansara ni ada Austin Chase ni. Kat Sunway Giza. Takpe, nanti boleh gi makan lagi. Ko tunggu ye Mille Crêpes!!!

Dan mestilah diakhiri dengan muka tuan tanah kedaung yang kegembiraan dan kepuasan tidak terperi lepas melantak Mille Crêpes!!!