Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sape dah tengok movie ni? Best kan? Malam tadi saya tengok The Adventures of Tintin ni kat GSC One Utama. Katanya dapat teket berlambak-lambak kan. Haruslah digunakan. Dah tatau nak ajak sape, saya ajaklah member saya merangkap upline  saya di PruBSN Takaful. Sape lagi kalo bukan Pejal. Dah alang-alang dia dok kat Kotadem gak, senangla nak pegi. Sebenarnya dah janji ngan member lain, tapi sian dia penat bertraining dua hari, so tak jadila pegi ngan dia. Takpe beb, aku bawak ko tengok yang 3D punye plak. Huhu..

Ni sedikit ulasan yang saya petik dari Utusan Online yang menyebabkan saya meronta-ronta nak tengok jugak malam tadi punye tayangan..

MENURUT Wikipedia, Herge atau nama sebenarnya Georges Remi percaya, jika ada pengarah yang mahu bikin filem Tintin, Steven Spielberg adalah satu-satunya orang yang paling sesuai.

Spielberg yang juga peminat komik itu, membeli hak cipta daripada pelukis tersebut selepas kematiannya pada 1983. Selepas melalui pelbagai proses lebih dua dekad, akhirnya Tintin versi filem berjaya direalisasikan.

Dibantu kepakaran Peter Jackson (The Lord of the Rings, 2001-2003) yang bertindak selaku penerbit, filem yang menggunakan tajuk The Adventures of Tintin ini menggunakan teknik performance capture seperti mana Avatar (2009).

Untuk tempoh tayangan dua jam, mereka harus menggabungkan tiga album komik sekali gus iaitu The Crab with the Golden Claws, The Secret of the Unicorn dan Red Rackham’s Treasure.

Kisah bermula apabila Tintin membeli sebuah model kapal layar di sebuah pasar. Dia didatangi dua orang yang mahu membeli semula daripadanya – seorang menasihatkannya supaya berjaga-jaga, manakala seorang lagi menawarkan harga yang jauh lebih tinggi.

Menyedari kapal itu menjadi rebutan, Tintin enggan menjualnya dan cuba mencari jawapan. Tintin kemudian diculik dan kapalnya dicuri.

Pertemuannya secara tidak sengaja dengan Kapten Haddock menjadikan mereka pelarian dalam meneruskan misi untuk membongkar rahsia di sebalik kapal tersebut.

Kedua-dua hero ini mencari harta karun; di mana mereka mempunyai sedikit pembayang, manakala pembayang yang separuh lagi ada pada penjahat. Mereka juga terpaksa mengelilingi dunia menggunakan apa saja medium pengangkutan untuk menjayakan misi yang dicapai.

The Adventures of Tintin adalah bukti betapa dahsyatnya teknologi perfileman moden. Peminat animasi pernah dikagumkan dengan teknik motion-capture dalam hasil kerja Robert Zemeckis seperti The Polar Express (2004) dan A Christmas Carol (2009). Namun, Tintin menjangkaui lebih daripada itu.

Penonton seolah-olah terlupa bahawa apa yang disaksikan sekadar satu helah digital. Sama ada di lautan dengan kapal besar dan sampan; di udara dengan helikopter; menunggang unta di padang pasir atau babak kejar-mengejar di daratan – segalanya kelihatan realistik.

Tanpa ragu, ini adalah kerja animasi terbaik tahun ini dan bakal melalui jalan yang mudah untuk ke anugerah Oscar.

Saya setuju sangat dengan ulasan ni. Memang bila tengok cite ni, aduhai… Macam tengok orang betul-betul. Belum tengok yang 3D punye lagi. Kalo 3D mesti lagi melampau bestnye. Ada part-part masa si Tin Tin kena kejar dengan orang jahat tu, sampai saya terjerit sikit sebab punyelah saspen. Poyo! Hee..

Kasi amik gambo dulu dengan air dan popcorn free!

Dan tak lupa…

Rakan sepejuangan merangkap upline – Pejal

Korang kena pegi tengok cite ni tau. Best sangat. Bawak budak-budak pun oke kot. Lagipun tak lama lagi kan cuti sekolah. 🙂