Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Nampaknya ada yang tak sabar-sabar nak tengok jejaka Gorjes Turki ye. Rileks Cik Ungu Ketipang Payung! Kejap lagi, saksikanlah mereka dalam busana mewah jaket kulit kambing.. Hiks..

Ok, selesai saja naik Bosphorus Cruise tu, kami dibawa pula ke leather production centre iaitu Kircilar Interstore. Kircilar Interstore merupakan pembuat pakaian kulit terkenal yang dihasilkan daripada kulit kambing dan bulu kambing biri-biri. Boleh tengok website dorang kat sini. Dalam website ni ada ditunjukkan cara pembuatan jaket kulit ni daripada sehelai kulit sampailah jadi baju.

So, sebaik sampai di sana, kami dibawa masuk ke dalam sebuah dewan kecil. Ada pentas dan ada tiang besar di tengah-tengah pentas tersebut. Rupa-rupanya kami bakal dihidangkan dengan satu pertunjukan fesyen. Wah! Menarik ni. Tak sabar nak tengok jejanz tampan Turki dan pompuan-pompuan cantek mereka.

Sebelum pertunjukan dimulakan, salah seorang spokeperson dorang memberi penerangan terlebih dahulu tentang produk yang mereka hasilkan. Menurut beliau, jaket-jaket yang dihasilkan oleh mereka diperbuat daripada kulit kambing dan bulu kambing biri-biri sahaja. Selain tahan lasak, jaket-jaket ini sangat lembut dan mutu pembuatannya juga sangat teliti. Design pon lawa-lawa.. Banyak juga dieksport kepada jenama antarabangsa terkenal seperti Armani.


Tengah explain jenis-jenis kulit

Kemudian, setiap kami diberi sehelai kad yang tertulis senarai nombor. Apa yang perlu kami buat dengan kad tersebut ialah, semasa model-model butik tu masuk dengan jaket yang diperagakan oleh mereka, kami dikehendaki menandakan mana-mana nombor jaket yang kami berkenan. So, bila dah abes fashion show nanti, bolehlah tunjuk kad tu kat salesperson butik tu. Nanti dorang akan amikkan jaket yang kita nak.. Yelah, jaket yang model-model tu peragakan bukan sehelai dua. Berpuluh-puluh. Manelah nak ingat mana yang kita suka kan? Nak tengok jaket lagi, nak tengok model hensem lagi. Susah nak bagi tumpuan. Hak hak.. (Padahal 2 orang je pon model lelakinya..) Hiks! Rasa nak bawak balik yang sorang tu.. Uols dah tak sabar nak tengok eh? Lets!!!


Yang ni tak berapa gorjes


Haaa.. Tengok yang ni.. Ganteng kan? “Hi Abang…”


Sume tengah khusyuk!


Body pon kekar uols! Nyam nyam sangatzzz! Astaghfirullah…

Ok, gamba yang atas ni bukan pompan tu nak menggatal dengan boifren akak *tetiba! . Tapi sebenarnya jaket yang boifren akak pakai ni boleh dipakai dua-dua belah. Sebelah plain, sebelah lagi ada corak.. So, pompan tu tengah terbalikkan jaket yang boifren akak pakai la tu.. Jeles akak! Haha.. Memang worth it kalo beli yang ni sebab satu harga macam boleh dapat dua jaket! Boleh tukar-tukar pakai..


Tengok, dari jaket plain tukar jadi jaket bercorak


Yang ni malas nak explain boleh kan… Haha.. Pilih bulu..


“Nak ikut I balik Malaysia tak?” atau dalam Bahasa Turkinya “Bana ve Malezya takip etmek ister misiniz?”. Pandai tak iols cakap Bahasa Turki? *padahal guna Google Translate..heehee

Pastu, banyak la lagi jaket-jaket yang dorang tunjuk.. Akak kena jimat-jimat amik gamba dorang sebab masa tu bateri kamera dah nak abes.. Haha…

Selain tu, dorang jemput gak 4 orang daripada kami untuk naik ke pentas bagi memperagakan jaket butik dorang..


Antara agent yang ditarik naik ke pentas

Yang paling tak boleh blah, dorang bagi kat salah sorang member akak, si Wan jaket macam ni. Sampai hati!! Kitorang sampai pecah-pecah perut gelak. Walaupun ala-ala clown, tapi kulit kambeng oke. Ko mampooo??!! Haha..



Wan yang cool.. Steady Wan!

Selepas selesai pertunjukan fesyen, tibalah masa acara mengabeskan duit. Kami dibawa ke tingkat atas untuk melihat-lihat jaket mana yang menawan kalbu. Range harga bermula dari USD600!! Yang beribu-ribu pon ada.. Akak pun tak ketinggalan untuk beramas-mesra dengan jaket-jaket tersebut. Mari saksikan!


Yang atas lawa. Yang merah pon lawa.. Rasanya USD1,200 *koma


Corak kulit ular



Jaket vulu-vulu dari bulu kambing biri-biri. USD2,500 tak silap *koma berganda



Lautan jaket


Handbag pun ada



Mejar Muhammad tengah pikir ape nak bawak balik untuk orang rumah

Masa saya pakai jaket-jaket tu memang best la. Lembut je. Ringan pulak tu. Jahitan pun kemas. Banyak gaklah yang saya test. Walaupun sambil sarung jaket, sambil koma tengok harganya, tetaplah jugak akak pose-pose dengan jaket-jaket tu. Bila lagi nak cuba, kan? So korang nak tengok hasil shoppingan akak??

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TIADA!! Haha.. Dahla bawak duit gi sana sikit je. Kang abes duwet beli jaket je, apecerrr? Kan? So, takde la akak membeli apa-apa kat butik tu. Tapi ramai gak yang beli. Okla tu untuk kenang-kenangan..

So, sementara yang lain sibuk membeli, saya dan beberapa orang lagi lepak kat luar. Seperti biasa, amik gambo..



Selesai aktiviti di butik Kircilar Interstore, kami dibawa makan tengahari di Sultani Restaurant yang menghadap Selat Bosphorus. Hujan renyai-renyai pulak masa tu..


Pemandangan dari luar restoran – Selat Bosphorus




Sultani Restaurant


Minnie Mouse nak makannnnnnnnn

Selesai makan, acara yang paling ditunggu-tunggu pada hari itu ialah melawat Masjid Sultanahmed atau lebih tersohor dengan panggilan Masjid Biru yang digambarkan sebagai masjid yang paling terkenal di Turki kerana kecantikannya. Oh ya, lupa nak cerita. Menurut Sinan, di Istanbul sahaja terdapat 2,999 buah masjid dan masjid yang ke-3,000 sedang dalam proses pembinaan. Banyak gila! Memang betul pun. Jalan sikit jumpa masjid, jalan lagi jumpa masjid. Tapi kalau nak kata masjid tu di’immarahkan dengan jemaah, Wallahu’alam. No comment! Hiks..

Tapi, sebelum dibawa melawat ke Masjid Biru, kami terlebih dahulu dibawa melawat Hagia Sophia (Ayasofia). Seperti biasa, korang kena baca sejarah sikit oke..

Hagia Sophia (Bahasa Turki: Ayasofya) merupakan satu bangunan muzium di kota Istanbul. Bangunan ini sering dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Apabila Kerajaan Republik Turki memerintah, mereka telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.

Dari Gereja ke Muzium

Hagia Sophia asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun.

Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar telah ditambah. Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Gambaran

Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.

Dinding dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama.


Rupa Hagia Sophia dari luar

Macam biasa, sebelum masuk kena scan tiket dulu..

Masa ni suhu mencecah 5 darjah. Sejuk ya hammat! Menggigil-gigil rasa.. Sebelum dibenarkan melawat-lawat dan amik gambar dalam tu, kami diberi penerangan ringkas oleh Sinan. Macam yang ditulis kat atas tu, Hagia Sophia ni pada asalnya adalah sebuah gereja. Tukar pulak jadi masjid. Pastu ada terdapat perbalahan sama ada nak tukar balik jadi gereja atau masjid. Last-last masa pemerintahan Attaturk, terus dia tukar jadi muzium!


Nampak tak ada lukisan St Mary kat dinding kubah tu? Pastu ada pulak kalimah Allah dan Muhammad kat belah bawah. Hambek ko bercampur-campur


Lagi sekali


Kubah besar

Kitorang kat sini lebih kurang 20 minit je.. Pastu sebab dah tak tahan sejuk dalam tu (maybe sebab marmar dia yang sejuk) saya pun lepak kat luar. Sama jugak sejuknya. Kah kah.. Lepas tu, sempat saya singgah kejap kat kedai cendermata kat situ untuk beli Fridge Magnet..

Selepas semua kawan-kawan lain dah keluar dan berkumpul di satu tempat, kami dibawa pula melawat Basilica Cistern (Underground Cistern). Tak jauh pun dari Hagia Sophia tu. Seberang jalan je camtu. Nak tau apebenda Underground Cistern ni? Sila baca!

Basilica Cistern (Underground Cistern)

Di bawah Istanbul terletak beratus-ratus tangki (cistern) suram peninggalan Kerajaan Byzantine. Mereka ditinggalkan apabila Istanbul ditawan menjadi Constantinople.

Sebelum ianya ditukarkan kepada tangki, Basilica yang dibina antara abad ke-3 dan 4 pada Zaman Awal Rom sebenarnya merupakan sebuah pusat perdagangan, undang-undang dan seni. Basilica telah dibina semula oleh Ilius selepas kebakaran pada tahun 476 .

Di antara tangki-tangki ini, terdapat dua tangki yang dibuka kepada orang awam untuk dilawati dan salah satunya ialah Basilica Cistern. Nama struktur ini dipanggil Basilica Cistern kerana ia terletak bawah Basilica Stoa, sebuah dataran besar awam Byzantine. Ia juga dipanggil Sunken Palace Cistern (istana tenggelam) kerana rupa bentuknya.

Apapun nama panggilannya, binaan ini sangat mengagumkan kerana saiznya yang luas iaitu 138 meter panjang dan 64,6 meter lebar, meliputi hampir 1000 meter persegi (seluas 2.4 ekar) kawasan dan kapasitinya boleh memuatkan 80.000 meter lebih padu atau 21 juta gelen air. Ia dibina pada abad ke-6 semasa pemerintahan Maharaja Byzantine, Justinian I untuk membekalkan air ke istana dan bangunan-bangunan di sekelilingnya.

Basilica Cistern ini pernah menjadi lokasi filem James Bond – From Russia with Love pada tahun 1963. Bacaan lanjut di sini.


Suram… Dulu penuh air sampai tiang atas tu

Nampak tak ada air bertakung kat bawah tu? Haa, tu dipanggil “kolam hasrat”. So, sape-sape yang berhajat sesuatu, bolehlah baling duit syiling dalam tu sambil berhajat. Yang kelakarnya Sinan cakap, tiap-tiap hari memang penuhlah duit syiling dalam kolam tu. Tapi bila besok paginya, dah bersih dah sebab kena sapu dengan orang yang jaga dalam tu. Hahaa, banyak kot… Boleh buat belanja tetiap hari.

Kat sini jugak ada dipamerkan suasana yang menggambarkan bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh menawan Constantinople. Baca sejarahnya di sini.


Yang bulat tu tembok Constantinople

Selain tu, ada jugak dua buah kepala Medusa terbalik yang menyokong tiang kat dalam ni. Asal usul kepala ni tak diketahui tapi ada yang mengatakan ia dibawa ke tangki ini apabila ia dibuang daripada salah satu bangunan semasa zaman Roman dulu.


Selain kepala Medusa, ada  juga “tear drop-column atau tiang yang berbentuk titisan “air mata” menggambarkan air-mata keperitan hamba-hamba yang membina Basilica Cistern ini.


Tear-drop column

Kat sini pon saya sempat capai fridge magnet sebiji.

Selepas melawat Underground Cistern ini, akhirnya lokasi yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Apa lagi kalo bukan Masjid Biru! Tak jauh pun dari Underground Cistern tadi. Jalan kaki je untuk sampai ke sini. Cuaca makin sejuk. Mendung je langit…


Jalan masuk ke masjid



Di perkarangan masjid


Sebahagian dari 6 menara

Masjid Biru dengan kesemua enam menara masjid yang dapat dilihat – sumber gambar Google

Menara Masjid Biru ni ada sejarahnya.. Jap lagi akak cite..

Ok, masuk je dalam kawasan Masjid Biru ni, kelihatan ramai pelancong-pelancong asing yang ada sekali. Jepun ada. Cina ada. Omputeh ada. Sume laa.. So, nak masuk dalam masjid ni ada pulak syarat-syaratnya. Bagi yang tak menutup aurat, kenalah pakai penutup kepala dan pakaian labuh. Lepas tu, kat luar pintu masjid tu ada penjaga yang akan jaga pintu masuk. Kat depan pintu masjid tu jugak ada disediakan plastik kosong untuk kita isi kasut. Kasut tu kena bawak sekali masuk dalam masjid. Bagi yang nak bersolat, kena masuk ikut pintu yang disediakan khas dan bagi mereka yang hanya pelawat biasa, ada pintu lain pulak.

Sebelum nak amik wudhuk, saya dan kawan-kawan yang lain nak amiklah plastik isi kasut tu tapi si penjaga pintu tu halau kitorang “Tourist there!!” sambil tunjuk pintu masuk lain. Ala, rilek la bro.. Takyahla marah sangat.. Pastu kitorang cakap “We want to perform solah“. Baru dia bagi amik plastik tu. Sabar je.. Rupa Omputeh sangat ke weols ni sampai dia ingat kitorang ni tourist yang tak payah nak solat? Ke dia ingat dari Nepal? Kong ajaq betui!!! Kah kah..

Dah amik plastik, kitorang pun berjalanlah ke tempat nak amik wudhu’. Agak jauh gakla. Haaa, nak amik wudhu’ ni pon ada cabaran dia uols. Air dia, sejuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukkkkkkkkkkkk sangat! Macam amik wudhu’ guna air batu dalam peti ais. Bila air kena kat tangan pun dah sejuk. Inikan pulak air kena kat muka, lagilah saya terjerit-jerit macam orang gila. Betul, tak tipu punya. Tak caya korang cuba amik wudhu’ pakai air batu.

Amik wudhu’ tu pun, memang takde ikut sunnah la sampai 3 kali. Sekali lalu je. Tu pon dah sampai Parkinson menggigil-gigil.  Sejuknya tu, sampai saya dah tak dapat rasa dah jari sendiri. Kebas!!! Ni kalau terkentut on the way nak masuk masjid tu, memang boleh boleh bergaduh la dengan kawan sebelah sebab kena amik wudhu’ lagi sekali. Haha tetiba..

Masuk je masjid, terus terkesima tengok dalam masjid tu. Sebab masa memula sampai, bila tengok dari luar, tak nampak pun ke’BIRU’an masjid tu. Kubah pun kaler kelabu asap je. Mana yang birunya? Tak nampak pun kan? Rupa-rupanya, birunya bukan terletak pada luarannya uols! Birunya terletak pada dalamannya. Nah! Saksikan kebiruan dalam masjid..


Tak nampak biru sangat dalam gambo sebab banyak lampu


Kubah dalam masjid yang cantik

Biru tak? Apa? Tak biru sangat? Tu disebabkan akak amik gamba ni pakai henpon je. Bateri kamera abes, bateri henpon pun dah nak abes. Elok je gamba kubah yang last ni, bateri pon kojol. Tensen betul!!!

Menurut Sinan, dinding dan kubah dalam Masjid Biru ni terdiri daripada 22,000 keping marmar biru. Bayangkan berapa punye banyak marmar yang dorang pakai. Sebab tu, dalam masjid ni nampak biruuuuu je semua. Alhamdulillah, sempatlah saya dan kawan-kawan solat Jamak Zuhur dan Asar kat sini.

Oh ya, untuk pelancong, dorang dah sediakan kawasan yang berpagar dengan tali supaya tak mengganggu jemaah yang sedang bersolat. Bolehla kalo nak amik gamba dalam tu. Tapi biasalah, dah kalo ada pelancong ramai-ramai ni, bisinglah sikit dalam tu.

Ok, seperti biasa ni sedikit info pasal Masjid Biru. Kalau rajin bacalah..

Masjid Sultan Ahmed (Bahasa Turki :  Sultanahmet Camii) telah dibina di antara tahun 1609 dan 1616, oleh Sultan pertama Empayar Uthmaniyyah, Sultan Ahmed I. Oleh kerana jubin biru yang terdapat di dalam masjid, ia sering dipanggil Blue Mosque atau Masjid Biru. Masjid ini mempunyai kapasiti yang boleh memuatkan 10,000 orang jemaah.

Seni bina masjid ini dianggap sebagai campuran gaya Byzantine dan tradisional Islam. Salah satu ciri yang paling unik masjid ini ialah kerana binaan enam menaranya dan bukannya seperti masjid tradisional lain yang hanya mempunyai satu, dua atau empat menara. Apabila siap, masjid ini mempunyai bilangan menara yang sama dengan bilangan menara Masjidil Haram di Mekah lalu hal ini telah menjadi satu kontroversi dan kritikan orang ramai. Untuk mengatasi kritikan tersebut, Sultan Ahmed telah menghantar Arkitek Masjid Biru, Mehmet Aða ke Saudi supaya dia boleh menambah menara ke-7 untuk Masjidil Haram dengan biaya sepenuhnya oleh Sultan Ahmed.

Oke, pasal menara yang enam tu, cemana dia boleh ada enam menara? Bukan saja-saja Sultan Ahmed tu nak buat enam menara kat masjid tu. Dia sebenarnya nak mempunyai sebuah masjid dengan menara yang diperbuat daripada emas atau Altin dalam bahasa Turki. Arkiteknya telah salah sangka atau salah dengar sebagai Alti yang bermaksud six (enam) dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, bila masjid tu dah siap, dia suka menara yang banyak-banyak tu sebab sebelum tu, mana ada sultan lain yang ada masjid sampai 6 menara. Tapi jadi kontroversi pulak sebab sama dengan menara Masjidil Haram, Mekah. Huhu..

Kami berada di Masjid Biru tu sehingga hampir jam 5 petang. Hujan dah mula renyai-renyai balik. Dengan sejuk tak terkata, kami dibawa pula melihat satu lagi monumen dekat-dekat dengan Hagia Sophia, Underground Cistern dan Masjid Biru tu iaitu Hippodrome.

Ingatkan apebenda Hippodrome ni. Masa tu kami dikumpulkan oleh Sinan di satu dataran. Pastu ada tiang tegak berdiri kat tengah-tengah dataran . Cuaca masa tu memang sejuk sangat ditambah pulak dengan hujannya. So, saya tak dengar apa yang Sinan cerita pasal Hippodrome tu sebab dalam fikiran saya nak naik atas bas cepat-cepat je. Tak tahan weh.. Gamba pun takde sebab bateri kamera dan henpon semua dah habis dalam Masjid Biru sebelum tu. So, ni la yang dapat akak Google untuk tunjuk kat uols.


Walled Obelisk (depan) dan Thutmosis’ Obelisk (belakang)


The Serpent Coumn (depan) dan Thutmosis’ Obelisk (belakang)

Kitorang berdiri kat dataran yang menghadap Tiang Thutmosis tu sambil dengar Sinan bercerita.

Sejarah Hippodrome

Hippodrome pada asalnya merupakan sebuah arena yang sangat besar dan mempunyai kapasiti tempat duduk lebih daripada 60,000. Ia adalah pusat sosial Constantinople semasa era Byzantium. Ia menjadi tempat hiburan, pemuzik, penari, persembahan akrobatik, pertunjukan haiwan (sarkis) serta persembahan sukan telah diadakan di sini. Selain itu, ia juga tempat orang awam berkumpul sekiranya mereka mengadakan tunjuk perasaan atau rusuhan. Selepas Kerajaan Uthmaniyyah mengambil alih, tempat ini masih dikekalkan untuk tujuan yang sama.

Hippodrome bermakna Kuda persegi (Bahasa Turki : Pada Meydani). Dahulu, 2 atau 4 perlumbaan kuda diadakan setiap hari di sini.

Selepas pencerobohan tentera Salib, hampir semua kawasan arena tersebut telah dimusnahkan. Hari ini, hanya 3 monumen sahaja yang masih kekal dalam arena ini iaitu 2 obelisks dan Tiang Serpentine. Kawasan itu secara rasmi sebagai  dikenali sebagai dataran Sultan Ahmed dan semasa bulan Ramadhan ia bertukar menjadi meriah dengan para peniaga berniaga barangan dan makanan di situ.


Peta asal arena Hippodrome yang berbentuk U

Lepas dah menggigil-gigil kesejukan, kami pun bergerak dengan cargas naik bas. Destinasi seterusnya, Kervansaray Restaurant untuk Gala Dinner.

On the way ke restoran tu, bas kami berhenti sebentar di tepi jalan bagi memberi peluang untuk kitorang amik gambar di kubu terkenal yang satu masa dahulu mengelilingi kota Constantinole iaitu Tembok Constantinople.

Tembok Konstantinopel adalah rangkaian tembok pertahanan yang mengelilingi kota Konstantinopel (sekarang Istanbul, Turki) semenjak kota tersebut ditubuhkan sebagai ibu kota Empayar Rom Timur. Tembok ini merupakan salah satu sistem pertahanan yang paling kompleks di dunia.

Tembok ini pada awalnya ditubuhkan oleh Maharaja Constantine yang Agung untuk melindungi bandar daripada serangan darat mahupun laut. Maharaja Theodosius II kemudian memperluasnya pada abad ke-5 kerana bandar terus membesar. Tembok Konstantinopel hampir tidak dapat ditembusi selama abad pertengahan. Berkat tembok ini, Konstantinopel telah diselamatkan dari serangan bangsa Avar, Arab, Rusia dan Bulgaria. Selanjutnya, teknologi meriam telah melemahkan sistem pertahanan ini. Akan tetapi, teknologi meriam pada saat itu masih belum cukup maju untuk merebut Konstantinopel, sehingga tembok boleh diperbaiki semula setiap kali ia diserang. Pada akhirnya, tembok ini tidak mampu menahan serangan bangsa Turki pada tarikh 29 Mei 1453 setelah enam minggu pengepungan.

Selama Uthmaniyyah berkuasa, tembok ini tetap dipertahankan hingga sebahagiannya diruntuhkan pada abad ke-19 kerana batas kota semakin meluas. Walaupun kurang dirawat, beberapa bahagian tembok masih berdiri hingga kini. Pemulihan berskala besar telah dilancarkan semenjak tahun 1980-an, sehingga pengunjung dapat melihat bentuk asalnya.

Walaupun kubu ni dah berusia lebih 1500 tahun tetapi ia masih teguh berdiri walaupun hanya diperbuat daripada kapur dan batu-bata. Di antara tembok ini dah ada binaan lain seperti hotel, kedai-kedai, restoran-restoran dan rumah-rumah. Tembok ni memang kat tepi jalanraya je. Memang kagumlah akak menengoknya.


Tengok tu. Tetiba ada rumah kat sebelah dia..



Yeay! Dapat pegang!

Akhirnya, tibalah kami di Kanvasaray Restaurant untuk makan malam. Macam makanan lain Turki, kami dihidangkan dengan sup, salad dan ada tambahan satu lagi iaitu Kebap. Macam biasa, gamba dah takde sebab.. Korang dah tau sebab dia kan..

Majlis dimulakan dengan ucapan CEO PruBSN Takaful, Mr Azim Mithani diikuti dengan pemberian sijil sebab berjaya naik Hot Air Ballon kat Cappadocia tu. Lepas selesai, kami makan sambil dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan Turki. Lebih kurang serupa macam kat Cappadocia kecuali Belly Dancer dia tak berapa seksi. Keh keh..

Gamba-gamba ni akak Google je.. Saksikan..

Pintu masuk restoran

Ruang dalam restoran

 Lepas makan, semua balik hotel sebab sehari suntuk ni, banyak betul aktiviti kami. Dari naik cruise sampailah melawat Masjid Biru. Besoknya pulak kami akan dibawa ke tempat paling meriah untuk shopping iaitu Grand Bazaar!! Nak tau akak borong ape? Nantikan….

Bai…