Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Yeay!! Saya dah lulus Bahasa Mandarin peringkat asas. Bolehlah cakap sikit-sikit. Saya ambil kelas Bahasa Mandarin di ICLS (Inter Cultural Language School) – Damansara School, Damansara Utama. Malam tadi examnye. Alhamdulillah, saya dapat 92 markah. Markah penuh untuk ujian oral (30 markah) dan 62/70 untuk ujian bertulis.

Sijil. Dapat A okeh…haha

Saya register kelas Mandarin ni bulan 6 aritu. Tapi ICLS akan tunggu sampai ada sekurang-kurangnya 5 orang yang register, baru dia buat kelas. So, lebih kurang dua minggu tunggu, barulah kelas kitorang start. Kelas pertama kami bermula 1 hb Julai dan berakhir malam tadi (11 kelas termasuk exam). Kelas kitorang start pukul 7 malam – 9 malam. Yuran pulak RM390 termasuk pendaftaran dan buku.

Laoshi (cikgu) saya memang berasal dari Beijing. Eva nama dia, lawa plak tu. Dia dah 3 tahun berkahwin dengan orang Cina Malaysia. So, nak berkomunikasi dengan dia memang kena dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin je sebab dia tak reti cakap Melayu. Ada sekali tu, saya tanya dia, “How to say – FREE in Mandarin?”  Pastu dia tanye saya semula “Ohh.. PERKUMA?“. Kitorang tergelak je sebab dia sebut PERCUMA sebagai PERKUMA. Hihi..

So, lepas dah berhempas pulas belajar, malam tadi kami exam. Boleh tahan la susah. Ada 6 bahagian. Terjemahan, susun ayat, buat ayat, pilih ayat yang betul dan macam-macamlah. Lepas dah selesai ujian bertulis, kena pulak ujian oral. Dia tanya, kita jawab. Mostly soalan-soalan tu memang selalu dah cakap dalam kelas tapi ada jugakla yang terkehel sikit. Sebab nak susun ayat “Wo shi.. Wo jia.. Wo de bi… Wo bla bla bla..“.

Kertas ujian

Lepas tu, ada masa lebih sikit, dia ajar kitorang lagu Mandarin pulak. Memang terkenal gak lagu tu dia cakap, tapi yelah, dah kita tak reti cakap Cina, manelah nak dengar lagu-lagu Cina sebelum ni kan.. Lepas dah abes tu, kitorang pun bergamba dengan laoshi.

Wo de laoshi hai ye wo. Sama tak mata kami? Kih kih..

Ingat nanti nak sambung peringkat intermediate punya tapi nak tunggu dululah. Saya nak setelkan hal keje dulu.

Untuk mengakhiri entry ni, saya trylah tulis dalam Bahasa Mandarin sikit ye..

“Wo xing Zainuddin, jiao Suzilah, shi san-shi-san sui. Wo jia you san kou ren. Mama jie jie hai ye wo. Wo shi bao xian gu wen zai PruBSN gongsi gongzuo.”