Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Rasanya episod kali ni, akak boleh tulis dalam satu part je kot. Sebab banyak gamba je. Maklumlah, takde aktiviti lain, melainkan hari untuk shopping!

Untuk hari ketiga di Istanbul, Sinan membenarkan kami keluar lewat sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Selalunya, pukul 7.30 pagi kami dah kena ready bersarapan dan bersiap-siap tetapi memandangkan aktiviti hari tu nak dibawa bershopping kat shopping mall, nak buat apa keluar awal-awal kan? Shopping mall pun bukaknya pukul 10 pagi. So, Sinan cakap, jam 9.30 pagi lah baru kami kena berkumpul di lobby hotel. Cantekkk.. Boleh golek-golek lagi…

Walaupun begitu, pukul 6.30 pagi saya dah ajak Memey turun bersarapan. Selain kelaparan, boleh makan dengan tenang. Orang pun tak ramai lagi. Boleh amik makanan banyak-banyak! *Dasar badak.. Hiks.. Oh, kami tak bersarapan di restoran pagi semalamnya tu tetapi kami bersarapan di cafe kat tingkat atas. Makanan tetap sama cuma lokasi je berbeza.

Dan yang terpaling keji, turun makan dengan muka tak mandi. Dua-dua eko sama sehati sejiwa. I lap U Memey! Haha..


Jangan terpedaya dengan keayuan pompuan ni uols! Tak mandi lagi budak ni..


Samalah jugak dengan pompan ni. Sebab tu, cover pakai pashmina sebab baju tido pon tak salin.. Hak hak


Makanan yang saya amik pagi tu

Lepas bersarapan, dengan muka selebetnya, kitorang berposing-posing sekitar tangga hotel tu. Lawa pulak view dari atas tangga.


Tangga


Kolam air pancut


Kubah hotel

Dah amik-amik gamba tu, kitorang naik balik atas bilik dan tido semula. Sempatlah melelapkan mata sejam lagi. Haha best!! Walaupun kat luar dah terang benderang, tapi kitorang tarik langsir sampai jadi gelap gulita. Seswaiii untuk sambung buat taik mata. Hihi..

Dekat pukul 9 pagi, baru tehegeh-hegeh bersiap dan jam 9.30 pagi dah ready kat lobby hotel. Alhamdulillah! Cuaca hari tu elokkk sangat. Dah siap semua, bas mula bergerak meninggalkan hotel untuk menuju ke destinasi pertama pada hari itu iaitu shopping mall Istinye Park. Ha, lupa nak cerita pasal bas kami yang canggih. Dalam bas kitorang ada Wifi uols. So, aktiviti utama bila naik bas ialah update status Facebook. Kah kah.. Biasalah, kaygeedotcom.. Kat hotel memang ada Wifi tapi kena subscribe. Bukan free walaupun hotel 5 star. Kejih! Sehari cajnya kalau tak silap 20 Euro. Tak kuasa haku nak bayar RM80 sehari!

Ok, sambung balik. Perjalanan pagi tu pun lancar. Lebih kurang 10.15 pagi kami tiba di shopping mall tersebut.


Dari luar dah nampak butik Louis Vuitton


Ni la rupanya Istinye Park tu.. Sekali tengok, muka akak nih rupa pompan Tibet pon ada kan??

Nampak tak akak pakai kasut ape tu uols? Haaa.. Dengan mengenepikan konsep yang akak pegang selama beberapa hari di Turki iaitu BEAUTY IS PAIN, maka pada hari tersebut akak sarung sneakers je. Leganya tatau nak cakap. Haha! Senang betul nak jalan ke hulu ke hilir. Tapi jangan terperanjat kalau akak bagitau, akak pakai stokin dua lapis. Hihi.. Sejukkk.. Nampak je cuaca terang benderang tu, tapi angin sejuknya tu yang tak tahan.

Oke, jom masuk dalam shopping mall nak tengok apa yang ada.

Haa, agaknya orang Turki ni suka sangatlah menscan-scan ni. Nak masuk shopping mall pun kena scan. Sabo jela.. Ketat betul securitynya..


Beratur masuk sorang-sorang


Tak tinggi pon shopping mallnya. Tiga tingkat je..


Amik gamba dulu..

Walaupun shooping mallnya tak tinggi macam kat KL, tapi boleh dikatakan kebanyakan jenama dan butik terkenal ada kat sini. Dari Timberland, Victoria’s Secret, Burberry sampailah ke Louis Vuitton, semua ada kat sini. Walaupun banyak butik terkenal dalam tu, saya tak masuk pun sebab tau nanti bukan beli pun. Ada tak ada pun, saya masuk Victoria’s Secret je. Saje beli perfume untuk mak dan kakak saya. Beli dua set. Dedua set saya amik yang sama. Bagi jangan bergaduh. Haha..


Victoria Secret


Hepi dapat beli..

Saya lupa pulak nak amik gamba set VS yang saya beli tu tapi bila saya Google tadi, ada pulak jumpa gambonya kat website shopping online. Dorang jual satu set RM199! Saya beli dengan harga 59.90 Turki Lira atau bersamaan RM107. Penjimatan luar biasa! Kah kah.. Tetiba rasa rugi tak beli untuk diri sendiri jugak..


Victoria Secret ~ Secret Garden. 3 bauan dan setiap satu bauan dia bagi body mist dan lotion

Lepas dah shopping kat VS, saya dan beberapa orang lain yang tak kuasa nak bershopping, duduk kat satu tempat berehat yang ada disediakan dalam mall tu. Ada meja dan kerusi siap. Lepak-lepak sambil tunggu yang lain bershopping. Bayangkan kitorang kena duduk dalam mall tu sampai pukul 12.30 tengahari! Dua jam nak menunggu. Dorang-dorang yang bawak duwet banyak, memangla sedap capai sana-sini. Yang tak berapa nak ado macam kami ni, duduk jela situ diam-diam kan.. Tapi bukan duduk saja-saja tau. Banyak gak kitorang share cerita pengalaman selama jadi agent dan cemana boleh qualify trip ke Turki. Alhamdulillah, takde la berapa lagha kiranya.. *walaupun ada diselitkan gossif liar sikit-sikit..Huhu


Kopi salah sorang member yang berjaya dibedal sekali..

Dah boring duduk-duduk lepak tu, akak pun jalan-jalan jugakla tengok-tengok kedai yang ada kat situ..


Very da Desa uols.. Moteeeep? Bapak Aziz Desa punya ke? Heehee..

Pastu akak ajak Memey carik toilet lalu kitorang pun turun tingkat bawah. Nampak pulak restoran ni..


Ape daa CABUK?? Bukan main lawa restoran ko, nama CABUK Osmani je.. Agaknye CABUK dalam Bahasa Turki tu best kot maksud dia. Jap akak guna Google Translate.. Ha.. jumpa dah. Maksud dia CEPAT. Osmani CEPAT. Ohh, agaknye dorang serve laju kot.. Heehee

Akhirnya jumpa toilet dia..


Comel je simbol-simbol dia..

Lepas dah pegi toilet, nak naik ke tingkat atas semula malas nak naik tangga, kitorang try naik lif pulak…


-1 katanya.. Tingkat Lower Ground la ni..

Tepat jam 12.30 tengahari, kami pun berkumpul di luar shopping mall. Bas pun dah ada. Destinasi seterusnya ialah makan tengahari.

Kami dibawa ke Yeni Mercan Restaurant. Tak sabar gak nak tengok juadah seterusnya di Turki ni. Adakah masih lagi sup dan daun-daunan? Mari saksikan!


On the way nak ke restoran. Jalan masih lengang walaupun dah sampai waktu lunch..


Haa, sampai dah restorannya..


Pekerja yang tengah bizi mengangkat makanan


Kami yang kelaparan


Dengan Kak Ruhanah.. Pesara jururawat yang power buat sales! Tiap-tiap tahun tak pernah miss trip PruBSN


Yezzzah!! Tudiah!! Sup lagi!!


Garam dan lada sulah


Ada popia uols!


Ni lebey kurang macam cekodok tapi ada udang dalam dia..


Ikan panggang dan nasik


Pencuci mulut. Saya tak makan so tatau apa rasanya

So, Alhamdulillah.. Kenyang dapat makan hari tu.. Ok, ke mana destinasi seterusnya? Oleh kerana memang hari untuk shopping, maka kami dibawa ke tempat membeli-belah paling terkenal di Istanbul iaitu GRAND BAZAAR!!! Grand sangatkah? Meh kita tengok..


Haa.. Ni la rupa pintu gerbang utama untuk masuk ke Grand Bazaar

Sebelum tu cam biasa.. Sedikit info pasal Grand Bazaar ni..

Grand Bazaar (Bahasa Turki : Kapalıçarşı) di Istanbul merupakan salah satu pasar berbumbung yang terbesar di dunia dengan 60 lorong dan 5,000 buah kedai di dalamnya. Bazaar ini berjaya menarik di antara 250,000 dan 400,000 pelawat setiap hari. Ia terkenal dengan kedai yang menjual barang kemas, seramik lukisan tangan, permaidani, sulaman, rempah dan kedai-kedai antik. Banyak gerai-gerai di bazar ini dikumpulkan mengikut jenis barangan dengan kawasan khas untuk kulit, barang kemas dan sebagainya. Bazaar ini juga telah menjadi pusat perdagangan yang penting sejak 1461 dan dilengkapi dengan bilik kebal.

Pada abad ke-16 iaitu semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, bazaar ini telah diperbesarkan lagi kawasannya dan pada tahun 1894 ia telah mengalami pemulihan besar-besaran disebabkan gempa bumi yang melanda.

Selain gerai jualan, terdapat juga cafe-cafe yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat membeli-belah.

Oppp, sebelum leka membeli-belah, kitorang bersolat dulu di masjid berdekatan bazaar tu. Duniawi-duniawi jugak. Akhirat jangan dilupa. Heehee..

Saya mintak Memy pose sebelum beliau amik wudhu’.. Bersih je tempat amik wudhu’ dia..


Senyumle sikit..

Lepas solat, bermulalah acara bershopping sampai koma. Kami diberi masa 3 jam di bazaar tu. 2.30-5.30 petang. Memula rasa macam lamaaaaa sangat. Kang mati kutu tatau nak buat apa kat situ lama-lama. Tapi bila dah start, rasa macam nak mintak Sinan pospon lagi sampai pukul 10 malam. Hihi.. Meh tengok apa yang ada dalam tu..


Kedai-kedai yang terdapat di luar kawasan bazaar..


Masa ni baru panas enjin. Baru lepas beli t-shirt 5 helai!


Cantik senibina bazaar ni..


Yeay!!! Shopping!!!


Seramik dengan lukisan tangan penuh warna-warni. Rasa macam nak kaut semua! Geramm..


Abang Din di gerai menjual lampu-lampu hiasan.. Lawa kan lampu tu?


Gemuk tak akak? Tu ada beg dalam tu. Takut kena copet bila dah sesak-sesak dalam bazaar tu kan..

Lepas dah hampir tiga jam dan dah lenguh-lenguh kaki pusing dalam bazaar tu, kitorang pun keluar dan lepak kat kedai-kedai tepi jalan. Situ pun banyak jugak jual barang murah-murah. Macam fridge magnet, keychain, mug dan sebagainya..


Muka kepuasan!

Cukup masa, kami diarahkan untuk naik ke bas. Dan inilah hasil shoppingan akak. Apa benda yang akak beli? Tu nanti dalam episod lain.. *saje buat saspen..


Koma nak angkut naik bilik hotel

Destinasi berikutnya ialah, makan malam di Sur Et Restaurant..


Pemandangan hampir senja di Selat Bosphorus


Di perkarangan restoran


Silakan masuk uols…


Peace.. *Lagu Antara Gadis pun berkumandang..


Senja di Istanbul – dari tingkap restoran


Semua tengok sini.. *Lagu Jejaka Perasan dimainkan..


Menanti makanan penuh sabar..


Makanan yang agak berbeza daripada makanan-makanan sebelumnya


Yang macam sate tu kebap tau.. *apsal tangan akak macam cacat?


Kenalkah anda apa makanan ini? Yaa.. serunding!! Tah sape bawak ntah.. Bedal je..


Rupa signbod restoran


Haa, dia soh akak balik.. Jomla balik.. Dah malam.. Hiks!

Selesai makan, kami pun dibawa balik ke hotel. Dalam perjalanan tu, sempatlah akak snap-snap lagi..


Trafik Polisi daa…

Amacam? Pendek tak? Pendek pon, mengah jugak nak menyiapkan entry ni sampai tetido-tido la jugak depan laptop tadi. Keh keh..

Episod seterusnya merupakan episod hari terakhir akak di Istanbul. Dalam banyak-banyak tempat di Turki selain Masjid Biru, destinasi terakhir kami ni merupakan satu tempat yang sampai hari ni, akak masih terbayang-bayang lagi kecantikannya. Memang cantekkkk sangat-sangat sampai rasa nak buat masjlis kawen kat situ. Kan? Ko hengat ko anak sultan? Haa.. Akak dah bagi hint sikit nih.. Ke manakah destinasi kami seterusnya? Nantikan episod terakhir (mungkin tak berapa akhirlah kalo akak buat 2 part. Hihi..)

Vavaiiii… Akak nak tido…