Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Artikel ini dipetik daripada blog client @ rakan @ mentor saya, Zaidi. Mungkin serba sedikit boleh menjadi panduan untuk kita..

——————————————-

BERHUTANG UNTUK KAYA ATAU BERHUTANG UNTUK PAPA

Mana satu pilihan anda? berhutang untuk kaya atau berhutang untuk papa? Satu persoalan ialah boleh ke berhutang menjadikan anda kaya? Adakah yang dimaksudkan kaya dengan hutang atau betul-betul kaya? Yang saya maksudkan bukan kaya dengan hutang tetapi menggunakan hutang untuk menjadi kaya.

Apa definasi kaya? KAYA = BERHARTA , orang kaya mesti mempunyai HARTA, tiada orang kaya yang tidak memiliki harta, kalau dah kaya namanya mesti mempunyai harta, apa itu harta? HARTA = PENDAPATAN, oleh itu apa sahaja yang memberikan pendapatan samaada secara aktif atau pasif adalah harta, bukan bendanya tapi apa yang dihasilkan oleh benda tersebut. Kalau ianya menghasilkan pendapatan atau “INCOME” maka  ianya adalah HARTA.

Jika hutang boleh menjadikan seseorang itu kaya dengan harta kenapa pula ramai yang berhutang itu papa atau tidak mempunyai wang serta hidup sempit kerana hutang? Untuk berhutang memang mudah, ianya tidak perlu diajar, celik sahaja mata, peluang untuk berhutang ada dimana-mana sahaja , masuk sahaja bank isi borang dan anda akan diberikan hutang , begitu juga untuk membeli barangan secara ansuran, tunjuk sahaja barang, isi borang dan anda telah selesai akan tetapi berbeza pula dengan cara untuk membayar hutang, jika berhutang itu mudah, membayar hutang memerlukan kemahiran, anda perlu mempunyai ilmu untuk mengetahui cara yang bijak untuk membayar hutang anda supaya ianya bukan sahaja tidak merugikan anda malah tidak menyusahkan hidup anda kelak.

Samaada sedar atau tidak, ramai diantara kita yang berhutang untuk menjadikan diri mereka PAPA atau MISKIN, mereka berhutang untuk kepuasan diri dan bukannya untuk keperluan, ditambahkan lagi kurang atau ceteknya ilmu kewangan, maka mereka menjerumuskan diri mereka kepada kesusahan dan kepayahan. Mereka berhutang membeli barangan atau perkhidmatan yang tidak memberikan tambah nilai atau dengan lain perkataan mereka membeli beban. BEBAN = MISKIN (PAPA) Orang kaya menjadi kaya kerana mereka memiliki HARTA manakala orang miskin menjadi miskin kerana mereka memiliki BEBAN, itu hakikat yang tidak dapat disangkal.

Jika begitu, bagaimana pula hutang dapat menjadikan seseorang itu kaya, jika hutang dianggap satu beban? Disini terletaknya berbezaan diantara mereka yang memilki ilmu pengetahuan didalam mengurus kewangan berbanding mereka yang malakukan sesuatu itu secara semborono atau membabi-buta. Sebagai contoh :- Jika kita memiliki rumah dan perlu membayar bayaran rumah tersebut dengan wang kita sendiri, maka RUMAH tersebut adalah merupakan satu BEBAN, ini kerana kita berhutang untuk memiliki beban dan ianya akan menjadikan kita miskin satu hari nanti. Manakala jika kita memiliki RUMAH dan ianya DISEWAKAN dan bayaran bulanan kepada pihak bank dibayar oleh penyewa, maka RUMAH tersebut adalah merupakan HARTA kepada kita kerana ianya memberikan kita PENDAPATAN dan harta tersebut dimiliki secara PERCUMA disebabkan oleh orang lain membayar harta tersebut buat kita.

Dalam dua senario diatas, kedua-duanya menunjukkan bahawa pemilikan rumah tersebut hasil daripada pinjaman yakni hutang kepada pihak bank, senario pertama merujuk kepada membayar pinjaman bank dengan wang sendiri (WANG KELUAR) dan menjadikan rumah tersebut sebagai satu beban manakala senario kedua pula penyewa membayar ansuran rumah tersebut (WANG MASUK) dan secara langsung menjadikan rumah tersebut sebagai harta, hutang yang sama boleh menjadikan seseorang itu KAYA dengan HARTA atau MISKIN dengan BEBAN dan RUMAH yang sama boleh menjadikannya HARTA atau BEBAN. Saya tidak bermaksud untuk menggalakkan sesiapa berhutang akan tetapi jika dilakukan dengan betul beserta dengan ilmu pengetahuan, hutang boleh menjadi satu alat yang sangat berkesan untuk menjadikan seseorang itu kaya.

Jangan persalahkan alat kewangan seperti kad kredit , pinjaman peribadi , pinjaman perumahan , pinjaman kenderaan dan pelbagai alat kewangan lain sebagai alasan yang menajdikan anda MISKIN atau PAPA, jika sesuatu alat itu tidak digunakan dengan betul, penggunalah yang patut dipersalahkan. Ketika rencana ini ditulis , saya memiliki lebih 20 kad kredit dari pelbagai bank serta mempunyai hutang kad kredit melebihi RM200K , akan tetapi setiap satunya mempunyai kadar faedah sebanyak 0%  dan tidak satupun kad kredit yang saya miliki dibayar oleh wang saya sendiri. Bagi saya KAD KREDIT adalah merupakan RAKAN KARIB saya dan saya tidak dibebani olehnya. Bagaimana pula jika hutang yang mempunyai 0% kadar faedah dilaburkan untuk mendapatkan 15% keuntungan seperti yang saya lakukan sekarang? Jika peluang sebegini diberikan kepada anda, adakah anda ingin mengetahuinya? Sekali lagi saya nyatakan bahawa pengetahuan di dalam pengurusan kewangan adalah sangat penting sebelum anda mahu berhutang dan mengunakan alat kewangan seperti kad kredit untuk menjana lebih banyak HARTA. Terus terang saya katakan, saya tidak menyimpan wang, kerana ianya membuang masa, saya menjana wang dengan pemilikan harta bukan menyimpan wang yang semakin hari semakin susut nilai dihakis inflasi.

Tiada salahnya menggunakan hutang untuk menjadikan diri anda kaya dengan pemilikan HARTA , sebelum itu carilah ilmu mengurus kewangan yang betul dan jangan terikut-ikut orang lain jika anda tidak pasti cara dan kaedah yang betul untuk bukan sahaja mengurus kewangan malah untuk mengurus diri anda. INGAT!!!  HUTANG boleh menjadikan anda KAYA atau PAPA malah orang terkaya di dunia sendiripun berhutang. Syarikat serta perniagaan besar pun berhutang malah institusi kewangan seperti bank juga berhutang, tetapi mereka semakin KAYA dengan pemilikan HARTA melalui HUTANG bukannya KAYA dengan BEBAN. Fikir-fikirkan adakah selama ini anda berhutang untuk KAYA atau berhutang untuk PAPA (miskin) ?

Salam

Zaidi Ismail

PS : Sila berikan pandangan dan komen ikhlas anda mengenai topik ini.

Untuk artikel lain sila klik sini.