Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Sana sini orang sibuk pasal Misi Menyelamat Gaza. Akak tak mampoo nak pegi sana dek.. Nak angkat senapang pun tak larat. Walaupun begitu, kita masih boleh menjalankan misi menyelamat kat Malaysia nih. Ramai lagi yang boleh kita bantu..

Hahaa poyo tak? Cite misi menyelamat akak macam ni. Malam tadi akak pegi umah client kat Gurney Heights Condo, Keramat. Bila keluar je dari lif, akak nampak hasben client akak dengan sorang budak Arab ke Mat Salleh entah, tengah berusaha nak menyusukan anak-anak kucing kat dalam kotak depan rumah dorang. Pastu dengar kucing mengiau kuat dari dalam rumah, opposite rumah dorang.. Pelik jugak cemana anak-anak kucing tu boleh ada dalam kotak kat luar rumah tapi mak dia ada dalam rumah depan.

20121204-100335.jpg

Comel-comel. Ada tiga ekor. Satu kelabu asap, satu kuning putih. Satu lagi oren. Rasa macam nak picit-picit. Tapi disebabkan akak dah alergi dengan kucing sekarang ni, akak cuit-cuit pakai kaki je. Huhu

Rupa-rupanya rumah depan tu rumah kosong. Tengah nak buat renovation. Entah macamana agaknya masa kontraktor tu datang renovate, si emak kucing ni pegi masuk dalam rumah tu. Sudahnya dia terkurung dalam tu, anak dia terkontang-kanting dok luar. Dahlah baru beranak. Kecik-kecik lagi anak dia. Kalau terkurung sejam dua tu takpe jugak. Ni bukan sehari. Empat hari uosl!! Ayoooo!!

Entah apelah yang dia makan minum selama empat hari kat dalam tu. Yang anak-anak dia kat luar ni client akak memang dah siap bagi makan dan minum. Cuma sebab dorang kecik sangat lagi, jadi tak pandai nak makan. Susu pun kena masukkan guna picagari *Bahasa Melayu sangat, kan?

Sebenarnya client akak tu dah call management banyak kali. Bagitau ada kucing terkurung dalam rumah tu. At least mintak tuan rumah tu datang (tu rumah untuk pekerja DBKL) tolong bukakkan pintu. Tapi haram takde apa-apa tindakan. Keji betol!!

So, sebagai orang yang selalu berpengalaman tertinggal kunci keta dalam ketalah, tetinggal kunci rumah dalam rumahlah, nombor telefon tukang kunci memang sentiasa ada dalam henpon akak. Kah kah! Akak pun memberi sajesyen supaya call tukang bukak kunci tu. Kira tawakkallah. Kalau kena tangkap sebab pecah masuk rumah orang, kira kita redha beramai-ramai.

Memula akak call tukang kunci yang selalu bukak pintu kereta dengan pintu rumah akak tu. Tapi dia ada keje kat Mont Kiara (ada orang Mont Kiara yang sama keji cam akak. Huuhu). So dia bagi pulak nombor member dia. Akak pun call bagitau alamat sekian-sekian. Dia cakap dalam sejam dia sampai sebab hari hujan dan jem. Adoyaii. Janganlah kucing tu mati dalam rumah tu. Kesian gilerr..

Sambil menunggu-nunggu tu, client akak sain borang Takaful tetap sain! Haha.. Sambil mengexplain, akak ni tak senang duduk mendengarkan mak kucing tu mengiau-ngiau kat dalam tu. Kejap-kejap akak call Cina tu soh datang cepat sikit. Stress agaknye mamat tu. Ada aku kesah?

Tak lama lepas tu, datanglah dia.. Akak dah tanya Cina tu caj untuk bukak kunci. Satu kunci RM50. So akak nampak ada satu mangga kat pintu grill. Pastu ada dua kunci yang nak kena bukak kat pintu kayu sebelah dalam. Akak cakap dengan client, takpelah kita share. Mari saksikan beberapa gambo semasa proses pecah masuk. Huhu..

20121204-100227.jpg
Oppa Gangnam Style *tiba-tiba

20121204-100251.jpg
Ketuk-ketuk. Kasi peccaahh arrr!!

20121204-100301.jpg
Taraaa… Solex berjaya dipecahkan.. Lepas dah pecahkan solex ni, hasben client akak try bukak pintu kayu belah dalam tu. Alhamdulillah, tak kunci. So, selamat RM150. Bayar RM50 je. Client akak cakap biar dorang je bayar. Semoga Allah tambah murahkan lagi rezeki dorang kan..

20121204-100311.jpg
Anak-anak kucing yang tak tentu arah carik mak dia..
20121204-100326.jpg
Yeayyyy!!! Berjaya keluar. Keluar je mak kucing ni, terus menggelupur carik makanan. Sian betul. Sampai tatau nak minum dulu ke nak makan dulu.. Dah kurus sikit mak kucing ni kata client akak..

20121204-100319.jpg

Bila anak kucing dengan mak kucing tu dah berjaya disatukan, barulah akak balik. So tu jelah cerita Misi Menyelamat akak. Hahha oke bai..

Sumber : Utusan Malaysia

Kanak-kanak mati dalam mesin basuh

LOS ANGELES, 4 Feb. _ Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dari California yang memanjat masuk ke dalam mesin basuh mati apabila abangnya menghidupkan suis mesin tersebut.

Abang kanak-kanak malang itu berusia 15 bulan lebih tua daripadanya.

Pegawai sherif dan koroner penyiasat berkata, anak malang itu mati akibat trauma kerana mengalami hantukan kuat yang berulang-ulang di dalam mesin yang berputar selama kira-kira dua minit.

Kanak-kanak itu mati beberapa jam kemudian setelah dihantar ke pusat rawatan Hospital Wilayah Mission. – AFP

Apabila membaca berita ini, teringat saya tentang pengalaman saya sendiri yang berkaitan dengan mesin basuh. Sebelum tu, nak amik tuala lap hingus jap. Sob..sob…

Kisah ni berlaku lebih kurang 7 tahun yang lepas. Saya masih tinggal di Kampung Sungai Choh ketika itu. Rumah bawah (sekarang di Bukit Beruntung, duduk apartment, atas awan). Masa tu bulan puasa dan tinggal lagi 2 hari nak raya. Cam biasalah, lagi 2 hari nak raya, barulah family saya terkedek-kedek nak bukak sarung kusyen, turunkan langsir bagai. So, saya dan kakak saya lah yang kena buat kerja-kerja tu..Apa lagi bersepahlah sarung kusyen ngan langsir kat lantai….

Masa tu pintu depan rumah, kitorang saja biarkan terbukak. Biar angin masuk. Tetiba, adalah sekor anak kucing kecik masuk umah kitorang. Kaki dia terdengkot2..patah ke, terseliuh ke tatau la. Comel tapi kurus sangat-sangat. Selepas masuk je, dia terus landing kat sarung kusyen yang berlonggok-longgok tu…tido. Kitorang biar je sebab kesian. Asalkan dia tak kencing sudah…

Lepas dah bukak sarung kusyen dan langsir tu, apa lagi, kenalah basuh kan..Tak payah nak rendam-rendam, terus je basuh pakai mesin. Abes citer..

Tengah dok leka-leka kat depan, tetiba kakak saya menjerit dari dapur…

“ADIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!! CUBA KO TENGOK NI!! KO BUNUH ANAK KUCING!!!!!!!!!”

Menggelupur la saya ke dapur. Tapi tak sanggup nak tengok. Anak kucing tadi dah lemas kena pusing-pusing dalam mesin basuh tu. Dahlah bersabun plak tuh..Uwaaaa….kesian sangat. Saya tak sedar, masa saya angkut sarung-sarung kusyen ngan langsir tu, saya terangkut dia sekali. Dahlah dia tak mengeowww..senyap je…Agaknya kucing tu mati pun sebab trauma terhantuk-hantuk..Huhu

Sampai sekarang saya trauma dan rasa bersalah. Apalah malang nasib kucing tu. Akhirnya, mak saya amik dia dari mesin basuh, tanam kat belakang umah. Saya tak sangka saya jadi pembunuh kucing…Ampunkan aku meow…

Camtulah tragedi mesin basuh saya. πŸ™