Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Semalam saya mendapat satu missed call dari nombor 010xxxxxxx. Saya pelik dan tatau siapa yang empunya nombor tu. Jadi, saya pun hantar sms ke nombor tersebut sebab takut ada benda urgent.

Saya : Sape ni?

Pemilik 010 : Ismail

Saya : Ismail mane? Sori, saya tak simpan no ni…

Pemilik 010 : Noni nih siapa?

Huwak huwak huwak..Saya terus migrain dan rasa nak pitam. Bukan NONI la pakcik Mail oii!! ‘Nombor’ ni. Terus saya tak reply dah. Buat ngabeskan kredit aku je pakcik Mail ni la…Haha..Saya suspek, Ismail merupakan seorang pakcik yang sudah berumur dan menulis SMS kepada kawan-kawannya seperti berikut :-

“Hello Ramli. Engkau berada di mana sekarang? Aku nak tanya sama ada kita jadi atau tidak ke warung Milah Janda untuk menikmati secawan Kopi Janda?” (Bodoh betul iklan Kopi Janda tuh!!)

Kalau diterjemahkan kepada penulisan SMS yang ringkas akan berbunyi begini :-

“Beb, ko katne? jd tak nak g warung Milah Janda nak mnm kopi Janda?”

Haha, terima kasih pakcik Mail kerana mewarnai hariku semalam..