Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Alohaaa!! Tajuk saja bagi gempak. Takdelah pening mana sebenarnya walaupun trafik kat Penang memang boleh buat kepala hotak akak boleh tahan peningnya. Huhu..

Yezzahh!! Akak berjalan ke Penang minggu lepas (22 Dec). Dah masuk tahun baru, baru tehegeh-hegeh nak cerita. Biasalah, kekura.. Akak tak pegi lama pun. Pegi pagi Sabtu, balik petang Ahad. Bley? Boleh aje. Saje nak bawak mak akak berjalan sebab hari tu dia ada hint-hint. “Dik, banyak-banyak tempat rombongan (dia selalu ikut rombongan Cik Kiah kat kampung) yang mak pegi, Penang je yang mak tak puas. Langkawi 4 kali dah pegi. Cameron pun dah.. Penang je hari tu kejap sangat. Ujan pulak tu“. Ye, first time and last time mak akak pegi Penang tahun 2000 kot. Bukan main dah berzaman lagi! So, sebagai seorang anak mithali (haktuihhh!!) akak kenalah cargas memahami hint ittewww. Apa lagi? Mohle mak. Kita pi Penang!!

So, pagi Sabtu tu kami pun bergerak dari Bukit Beruntung lebih kurang jam 7 pagi. Sepanjang jalan ke utara kabus tebal menyelubungi jalan. Jarak penglihatan pun dekat je. Risau gak akak. Dahle rabun. So, bawak pun slow-slow je. Sampai kat R&R Tapah kitorang berhenti sarapan.

Dah tu, perjalanan diteruskan lagi. Lalu lintas lancar walaupun kereta agak banyak. Yelah, orang ramai dah start cuti Krismas. Balik kampung. Cuti sekolah lagi. So, memang kereta berdedai-dedai la atas jalan.

Untuk masuk ke pulau, akak dah plan nak bawak mak akak naik feri. First time katanya. Kemain happy orang tua tu.. Sampai kat jetty feri Pulau Pinang lebih kurang 12.30 tengahari. Kenderaan yang sama-sama nak naik feri pun boleh tahan banyak. Kenalah beratur. Tiket untuk naik feri tu RM7 satu kereta. Kalau jenis kenderaan lain akak tak ingat berapa cajnya.

20130101-002359.jpg

20130101-002434.jpgBerderet-deret kereta beratur nak masuk dalam feri

Bila dah masuk ke perut feri, bolehlah turun dari kereta untuk tengok-tengok laut. Nak amik gamba ke. Sempat gak akak check-in kat FB bagitau sedang berada di atas laut. Hahaa very da KayGee DotCom. Ada aku kesah?! Mak akak lagilah, siap amik video guna henpon dia. Mak ko ado?? Huhu

20130101-011240.jpg
Ini mak shiape ni??

20130101-002454.jpg
Jambatan Pulau Pinang dari kejauhan

20130101-002537.jpg

20130101-002507.jpg

20130101-002517.jpg

Untuk pengetahuan, gamba-gamba dalam entry ni sume akak amik pakai aipon je. Bukan ape, bila akak upload kat FB aritu, ada yang tanye pakai kamera ape. So, memang tak bawak kamera lain. Kamera aipon semata-mata. Not bad huh!?

Perjalanan menaiki feri tak lama sangat. Rasanya dalam setengah jam je kot. Sampai kat pulau lebih kurang pukul 1 dan mulalah on Google Map kat henpon sebab nak mencari lokasi hotel tempat kami menginap. Sebelum ni akak pernah pegi Penang dengan member akak. Memang agak mengkompiuskan jalan-jalan dia sebab kebanyakannya jalan sehala je. Lepas dah berpusing beberapa kali, siap telefon operator hotel tanya cemana nak ke hotel tu, barulah berjaya. Kitorang duduk kat Traders Hotel di tengah-tengah bandaraya Georgetown. Hotel-hotel kat Feringhi sume dah habis. Kalo ada pun yang RM800-1000+ satu malam. Kossserr sangat!

20130101-002631.jpg

Lepas dah check in hotel, kitorang disuruh jalan-jalan dulu sebab bilik belum ready. Kena datang balik jam 2.30 petang. Nasib baik sebelah hotel ada Perangin Mall dengan KOMTAR. Bolehlah jenjalan dulu cuci mata. Mak akak bukan main lagi. Sume kedai dia singgah. Belek-belek baju. Sampailah satu kedai kasut. Terus terjebak. Haa, belilah mak oii!!

20130101-085816.jpg

Dah cukup masa, kitorang balik ke hotel semula. Yeayyy!! Boleh rileksss.. Nasib baik mak akak bawak bekal nasik dari rumah. Teruslah kami anak beranak makan dalam bilik je. Kui kui. Lepas makan, solat, tidooooooo.. Ujan pulak tu. Memang lagi sedaplah!

20130101-002705.jpg

20130101-002717.jpg

20130101-002652.jpg

20130101-002731.jpg

20130101-002742.jpg
Bangunan Komtar yang dapat dilihat dari tingkap bilik

Lebih kurang pukul 5 petang, akak ajak keluar. Hajat hati nak pegi Taman Rama-rama lah, Taman Herba lah. Tapi macam hajat tak kesampaian je. Yelah, dah pukul berapa la pulak kan? Akak Google, tutup pukul 6 petang. Tapi takpe, kita bawak dia ke Batu Feringhi dan Teluk Bahang. Mak akak memang suka laut-laut ni.

20130101-002752.jpgGoogle map yang banyak membantu. Siap ada suara macam Papago okeh..

Tapi yang hazabnya nak keluar dari town ni. Uiiiii.. Memang boleh bergaduh dengan orang sebelah!! Dengan jalan yang agak kompius. Dengan kereta yang banyakkkkk gilerr.. Dalam bandar je dekat 30-40 minit kot. Akhirnya dalam 6.30 petang, sampailah kami ke Teluk Bahang. Nampak banyak kereta park kat tepi-tepi jalan. Pastu ada gerai makan. Haa, canteklah tu. Terus akak ajak mak akak jalan-jalan kat pantai.

20130101-002805.jpg

20130101-002827.jpg

20130101-002909.jpg

20130101-002919.jpg

20130101-002931.jpg

20130101-002940.jpg

20130101-002950.jpg

Aktiviti dia kat pantai apa lagi. Rakam video beb.. Hihi. Comel kan mak akak? Hak hak..

Lepas dah puas jalan-jalan, kitorang lepak minum kejap kat gerai makan tepi jalan tu. Memang sengaja tunggu malam sebab nak pegi Night Market kat Batu Feringhi tu pulak.

Sampai night market tu lebih kurang 8 malam. Ada gerai yang dah bukak dan ada jugak yang baru nak susun-susun barang. Terus carik tempat parking dulu. Sekali masuk RM5. Belasah jelah. Takkan nak park tepi-tepi jalan pulak, kan?

Lepas dah park kereta, kitorang menyusurlah sepanjang-panjang gerai jualan tu. Satu tips, kalau memang nak beli barang dan ada banyak masa, survey dulu semua gerai. Macam mak akak, dia nak beli kicing (keychain) untuk geng-geng dia. Satu kedai tu jual RM12 untuk 6 bijik. Jalan ke depan lagi RM10 untuk 6 bijik. Mak akak cakap “Entah-entah ada 8 ringgit tak dik?”. Akak cakap “Ala, beli jelah mak. Mana ada RM8 dah”. Pastu jalan lagi kat depan, memang ada yang 8 hengget punye!! Puii!! Tipah Tertipu.. Huhu..

Dekat night market tu mak akak berjaya menyambar baju sehelai. Dia dah plan nak pakai besoknya tu. Haha.. Lepas dah jalan ulang-alik baper kali kat gerai-gerai tu, akak dah macam nak surrender. Mak akak boleh lagi tanya “Ko larat lagi dik? Larat dik?”. Boleh? Dia punye stamina entah cemana tah. Larat lagi nak jalan tuh!! Akak rasa akak dah cukup follow Kempen Kesihatan 10,000 langkah sehari tu. Mak akak rilek je lagi. Padahal umur nak masuk 70 dah tahun depan. Salute arrr mommy!!

20130101-003019.jpgMuka orang yang tak reti penat

Tak boleh jadi ni, terus akak ajak dia makan. Haha. Kalau makan akak nak!! So, kitorang singgah kat gerai makan. Mak akak order bihun sup. Akak order capati. Lepas makan, kitorang pun balik semula ke hotel.

Perjalanan balik agak smooth walaupun kereta masih berduyun-duyun lagi. Sampai hotel lebih kurang pukul 10 kot. Jomla tido. Sebab besoknya dah nak balik.

Besoknya tu, lebih kurang 10.30 pagi, akak ajak keluar carik sarapan. Beg dah kemas siap-siap masuk dalam kereta. Tapi tak hantar kunci lagi untuk check-out. Hajat hati nak carik nasik kandar. So, dari hotel tu jalan kaki jelah. Memula lalu depan Komtar. Terus sampai jalan depan tu. Nampak satu restoran nasi kandar tapi macam tak menarik. So, terus jalan lagi. Tapi makin jauh makin tak jumpa. Yang banyak restoran cina. Tak jadi. Kami patah balik ke depan Komtar. Jalan pulak ke arah satu lagi. Tak jumpa jugak. Last-last jumpa gerai biasa kat tepi balai polis. Sudahnya makan roti canai dengan nasik lemak je. Cehh!! So, misi makan nasik kandar tak tercapai!

Lepas dah sarapan, kami berjalan kaki semula ke hotel. Boleh tahan jauh kami menapak. Ngam-ngam sampai hotel dekat nak pukul 12 tengahari. Teruslah check out.

Dah check out tu, destinasi seterusnya akak nak bawak mak akak ialah ke Rumah P.Ramlee di Jalan P.Ramlee. Bukan kat KL je ada Jalan P.Ramlee ye. Kat tapak asal rumah P.Ramlee kat Penang pun orang letak nama Jalan P.Ramlee. Bila tengok kat Google Map, jarak Rumah P.Ramlee dari hotel dalam 2.8 km je. Okla tu, memang dalam bandar lagi.

Mujur tak susah sangat carik rumah tu. Itupun nasib baik ada Google Map kat henpon. Kalau tak menggagau jugak. Sebaik sampai, haruslah amik gambo dulu kat luar rumah sebagai kenangan. Rumah asal Seniman Agung yang dah dibaikpulih ni telah dijadikan sebagai salah satu daripada arkib negara dan terletak di bawah pengurusan mereka. Masuk free je. Cuma kalau nak derma, memang ada disediakan tabung.

Lepas tu, terus kitorang naik atas rumah. Ramai jugak pengunjung lain. Kat luar rumah tu memang dah letak larangan untuk amik gambo, tapi dia pangkah gamba kamera je. Kalau henpon kamera takpe kot. Hahaha matilaa buat-buat tak paham..

Banyak gak gamba yang akak amik dalam tu. Gamba mak dia, ayah dan abang beliau (satu mak lain bapak). Selain tu, ada gamba salinan rekod kedatangan dia masa sekolah, salinan report card peperiksaan, gambar kugiran kampung dan gamba dapo.

20130101-003038.jpg

20130101-003052.jpg

20130101-003125.jpg

20130101-003108.jpg

20130101-003159.jpg

20130101-003337.jpg

20130101-003210.jpg
Mak dan abang P.Ramlee

20130101-003255.jpg
IC jaman dulu

20130101-003220.jpg
Report card

20130101-003304.jpg
“Saya Yang Hina – Ramley”

20130101-003315.jpg
Dapo

20130101-003326.jpg
Terona Sekampong

20130101-003148.jpgYang ni paling tak boleh blah.. Jap akak taip semula

“Pada tahun 1948, seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat telah mengikat janji dengan takdir – suatu ikatan cinta dengan dunia perfileman yang akhirnya mekar segar dalam masa tiga dekad di dalam hayatnya.

..bla..bla..

..bla..bla..

Pada 8 Ogos 1948, P.Ramlee bersama Sukardi menaiki keretapi di Prai untuk berhijrah ke Singapura, maka bermulalah satu era baru dalam dunia muzik dan perfileman Melayu – satu dunia fantasi yang dicipta oleh seorang pemimpin seni telah menggembirakan jutaan manusia. Semua ini berlaku kerana seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat berani mengikat janji dan takdir”

Haahaa.. Sapelah yang mengarang benda ni. Moteeeep sangat lelaki tinggi lampai lagi berjerawat? Haha.. Whateva pun, akak saje carik tarikh 8 Ogos 1948 tu dalam kalendar Hijrah. Betul ke tarikh dia berhijrah ke Singapura tu masa hari raya seperti yang disiarkan dalam History Channel 2 tahun lepas. Yes uols! Memang tarikh tu jatuh pada 2 Syawal 1367. Masa tu lah terciptanya lagu Dendang Perantau yang masih lagi berkumandang sampai sekarang setiap kali kita meraikan hari raya. Tetiba sayu pulak rasa..

Hmm.. Bila masuk rumah tu, teringat rumah lama makcik akak kat Kuala Selangor tu. Memang sama je kot pesen rumah dulu-dulu. Ada tangga, lepas tu ada beranda kat luar, lepas tu ada ruang tamu, pastu ada bilik tido satu dan dapur. Ringkas tapi menarik. Akak terbayang-bayang P.Ramlee main gitar kat beranda rumah dia tu. Huhu..

20130101-003346.jpg
Ni tangga belakang

Lebih kurang setengah jam kat situ, kitorang pun nak balik dah. Tapi sebelum tu akak ajak mak akak carik jeruk. Apalah ertinya datang Penang tapi tak beli jeruk. Tapi bukan sebarang jeruk. Ni Jeruk Madu Pak Ali. Memang glamer jeruk ni. Dia bukan macam jeruk siam yang banyak pengawet tu. Ni dibuat sendiri daripada cuka epal dan air gula. Air jeruk tu kalau nak minum terus pun boleh. Rasa dia tak menyengat macam air jeruk biasa. Akak pernah tengok cara pembuatan dia kat TV. Kat Agro Jurnal ke Majalah 3 ntah. Siap eksport ke luar negara lagi.

Akak tetapi!! Nak mencarik tempatnya bukan main hazab. Sampai sesat-sesat ke airport. Bila Google (Google lagi. Huhu), dia tulis kat Kompleks Medan Suri Sg. Nibong. Tapi dalam Google Map tak jumpa pulak. Bengang gilerrr. Puas pusing-pusing, tanya orang, akhirnya sampailah kami kat Kompleks Medan Suri. Haa, kat situ ada tempat makan dan jugak kedai jeruk tu.

20130101-003409.jpgLokasi Jeruk Madu Pak Ali mengikut GPS coordinate seperti yang tertera kat signbod
Latitude : 5° 20′ 27.10″ N
Longitude : 100° 17′ 56.18″ E

Masuk je dalam kedai jeruk tu, terus mata berpinau-pinau menengokkan lautan jeruk. Akak pegang bakul satu, mak akak pegang satu. Kaut tu. Kaut ni. Bila bayar, haaa hambek ko kena RM125!! Ko giler beli jeruk sampai seratus lebih?? Layankan aje. Mak akak nak bagi makcik tu la, makcik ni la. Geng dia kan ramai. Takpela, sekali sekala.

Lepas dah memborong jeruk, kitorang pun isi perut kat medan selera depan kedai jeruk tu. Akak makan pasembor. Mak akak makan nasik campur. Dah tu, solat kat masjid sebelah. Memang senanglah kiranya. Parking banyak. Masjid kat sebelah. Kedai makan pun ada. Complete!!

Lebih kurang jam 2.30 petang, kitorang pun gerak balik KL. Untuk perjalanan balik, akak bawak mak akak lalu Jambatan Pulau Pinang. Tapi tah ape yang disibukkannya dengan henpon dia masa tengah lalu jambatan tu. So, bila dah lepas dari trademark Jambatan Pulau Pinang tu baru dia teringat nak rekod video kot. Bengang je dia sebab tak sempat. Hihi

Sampai Bukit Beruntung lebih kurang waktu Maghrib camtu. Puas hati akak dapat bawak mak akak jenjalan walaupun sehari. Dia siap cakap “Takpelah tak dapat pegi Taman Rama-rama tu. Bukannya ada apa. Asalkan mak dapat pegi rumah P.Ramlee. Takdelah dikonon-konon dek orang”. Haha. Yolah mak oiii..

Okla tu je akak nak citer. Daaaa.

Tengok je tajuk entry nampak nau muke bersepah kat sana sini kan? Hik hik.. So ni just nak cerita ringkasan aktiviti saya sepanjang bulan ni. At least, blog ni berupdate la jugak. Hak hak..

Penang Trip

Depan Hotel Copthorne Orchid Penang

Saya ke Penang hari Khamis (6 Okt) & balik semula ke KL hari Jumaat (7 Okt). Bukan makan angin ye. Bekeje. Sebenarnya ada kisah sadis dalam perjalanan nak ke sana. Memula ke Penang tu, saya dan member naik keta dia yang baru je semalamnya tu kuar dari workshop. Keta dia accident seminggu sebelum raya, dok workshop 45 hari! Ingatkan bila dah repair tu, eloklah keta tu. Makin teruk pulak. So, dari Kota Damansara kitorang gerak pukul 7.30 pagi. Sampai Tanjung Malim lebih kurang 8.30 pagi. Kat tetengah hiway tu tetiba kitorang rasa tayar macam nak tercabut. Cuak gilerrr. Sudahnya kitorang exit kat Tanjung Malim carik workshop. Mana ada yang bukak pagi-pagi sangat tu kan. Merayau la ke sana sini dengan kadar kelajuan yang sangat siput.

Alhamdulillah, jumpala jugak workshop yang bukak pukul 9. Tanye serba sedikit mekanik India tu, dia cakap bahaya kalau nak bawak ke Penang keta tu. Dan better hantar kat workshop tu balik sebab kalau dorang yang buatkan, takut warranty sebulan tu void ke ape ke kan.

Akhirnya amik keputusan balik Kotadem semula. Bawak keta saya pulak. Dah dua kali keje. Keji kan? Pung pang pung pang, bergerak semula ke Penang dekat pukul 12 tengahari!! Sampai Penang jam 5 petang. Nasib baik appointment saya pospon pukul 6 petang. Kita merancang, Allah menentukan.

 

Real Steel

Hugh Jackman yang ensem dan kekar

Muvie wajib tonton tahun ini!! Best gilakkkk! Bukan setakat lawan-lawan robot, tapi cerita ni sarat dengan nilai kasih sayang, hubungan kekeluargaan, semangat tak berputus asa dan yang paling utama mestilah sebab heronya yang hensem dan berbadan kekar ittew. Hero kecik pun cute jugak. Kalau ada orang ajak saya pegi tengok dua tiga kali lagi pun saya oke je. Ye, saya ada tabiat yang suka tengok muvie berulang-ulang kalau saya suka sangat cite tu. Contohnya Persuit of Happyness, Van Helsing, Transformers dan lain-lain muvie yang saya dah tak ingat. Cakap pasal muvie ni, saya qualify untuk dapat 10 tiket muvie + 10 popcorn combo sebab dapat buat sales yang ditetapkan oleh PruBSN minggu lepas. So, sape nak ikut, sila goda-goda saya okeh!

Client Berbangsa India

Sebelum ni, saya tak pernah ada client yang membeli pelan takaful dari saya yang berbangsa India. Ehh berapa punye banyak ‘yang’ daa.. Semalam, saya bukak booth PruBSN di Sepang. Kitorang bukak kat kantin je. So, kat situ ramailah cleaner-cleaner India yang sedang menyapu-nyapu. Ada di antara mereka yang datang ke kaunter kami. Dan yang mengejutkan, dorang sangat ambil berat pasal insurans (takaful) ni. Walaupun dorang bergaji kecil, tapi ada antara mereka yang memang dah siapkan pelan pendidikan untuk anak-anak dorang dan nak tambah lagi untuk amik pakej daripada kami pulak. Orang Melayu? Maaf cakaplah ye, jangankan nak amik untuk anak-anak, untuk diri sendiri pun berkira. Insurans kereta amik pulak?! Tapi kejap, agaknye kalau nak hidupkan road tax tak payah ada insurans, rasanya orang kita ni pun takde insurans keta.

Ok, berbalik kepada client India ni, disebabkan tak pernah ada client berbangsa India, masa nak isi form tu, saya tertulis Uthayakumar BIN Saravanan instead of Uthayakumar A/L Saravanan. Bley?? Kejizzzz…

Uolss mampoooo? Hiik hik

Okla, nak mandi.. Kul 7 kang nak gerak ke Sepang lagi. Ada sehari lagi kaunter kat sana. Babai daling semua. Mmuaahhhh!!