Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Ni cite minggu lepas. Masa ni akak kat Old Town Taman Melati ni. Tengah tunggu client.

20130111-184716.jpg

Bila tengah duduk sorang-sorang kat kopitiam ni, teringat pulak kenangan silam akak dengan client. So, hari ni akak akan bawakan satu lagi cerita tentang perangai keji akak yang tak dapat dibendung. Mesti korang tak sabar nak tau, kan? Elleh, nak gelakkan haku la tu!!

Camni cite dia. Satu petang tu akak dah janji dengan sorang client nak jumpa dia dan bagi polisi dia yang dah siap. Janji nak jumpa kat satu kopitiam area ofis dia. Akak dari mana entah masa tu. Tak sempat nak withdraw duit semua. So akak bajet dalam purse ada cukup duitlah kalau nak lepak minum dengan client.

Sekali kau!! Dalam purse ada dalam 7 hengget je kot. Sementara tunggu client datang tu, akak duduk kat kerusi batu kat taman depan kopitiam tu. So bila client datang, akak harap dia nak cepat blah dan tanaklah minum-minum, so selamatlah akak nak belanja. Bukan akak kedekut nak belanja, masalahnya malu nanti tak cukup duit nak bayar. Dahlah area tu akak tak nampak pun mana-mana bank ke, ATM ke. Mampuihhh!!

Nak dijadikan cerita, client tu ajak masuk gak minum-minum. Akak order paling murah nih!! Tapi murah mana pun kopi biasa je dah RM3.50. Client akak order apentah. Tapi akak kompiden InsyaAllah cukup duit nak bayar kalau korek-korek celah poket handbag akak tu.

Bila dah setel semua urusan, akak cakap kat client nak buat keje sikit. Akak suruh dia balik dulu. Sebabnya, akak nak menjalankan operasi korek mengorek carik duit. Korek punya korek punya korek, uwaaaaaaa!!! Tak cukup jugak duit nak bayar. Kurang dalam sehengget lebih kot. Matila mati..

So, akak pegi kat cashier. Tanye boleh tak kalau nak bayar pakai debit card. Dia cakap tak boleh sebab bil atas RM50 baru boleh pakai kad. Adoyaiii cemana nih. Takkan nak soh tulis dalam buku 555 pulak.

Last resort, akak tanya kat mana bank terdekat kat area tu sebab akak nak withdraw duit dulu. Rupanya ada uols! Budak cashier tu tunjuklah jalan tapi agak hazab jugaklah nak berjalan sebab jauh sikit. Kunci kereta akak tinggalkan kat dia sebab kang dia hingat haku nak lari pulak, kan?

So, dengan gaya seorang korporat (haktuihhh!!), berblazer bagai akak pun berjalan tekedek-kedek mencari bank. Entah apelah budak tu cakap dalam hati agaknye. Hahaha lantak!!

Lepas dah withdraw duit, akak pun bayarlah. Buat malu je kan? Keh keh.. Yup, akak memang keji sebab selalu tak simpan duit extra dalam wallet. Bila jadi macam ni, baru padan muka. Daaannnnnnn…….

INI BUKANLAH KEJADIAN PERTAMA OKEH!!

Hahhaa.. Yang ni pulak kisah masa akak Form 4. Akak sekolah kat Jasin lagi masa tu. Biasalah duduk asrama, sebulan sekali je baru balik kampung.

Perjalanan balik dari Jasin ke KL takde masalah. Smooth je. Tambang Jasin-KL masa tu (1994) RM8. Sampai kat puduraya, akak naik pulak bas Len Seng KL-Tanjung Malim untuk balik Sungai Choh. Akak memang ada ngam-ngam RM1.40 untuk beli tiket KL-Sungai Choh. Nama akak nak withdraw duit extra memang takdelah. Padahal bukan takde duit dalam akaun. Sanggup ni biarkan wallet kosong. Maybe sebab malas ke, takut terlebih belanja ke hape, akak pun tatau.

So, bermulalah perjalanan balik akak dengan bas Len Seng. Tak lama lepas keluar dari KL, rasanya sampai kat Jalan Ipoh kot, bas tu buat hal. Semua kena turun. So, sementara tunggu bas direpair, kitorang pun lepak-lepak la kat tepi jalan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, bas tak elok-elok gak.

Orang lain ada yang dah naik bas lain. Akak ni cemana?? Duit nak naik bas lain pun takde. Uwaaaaaaa… Cemana nihhhhh!! Akak dah start nak nangis dah masa tu. Public phone pon takde kat area tu. Kalau ada pun, agaknya kalo akak call mak akak, mau lagi kena maki sebab pandai sangat tak simpan duit lebih dalam wallet. Kan?

So, akak tunggu je lagi. Bayangkan, dari pukul 5.30 petang membawak ke pukul 7 malam, bas tak elok-elok jugak. Akak tanye konduktor tu cemana. Masa tu dah nanges dah. Dia cakap “Lu boleh naik mana-mana bas Len Seng la amoi, tunjuk saja tiket tadi“. Laaaaa, awat tak cakap dari awaiii?? Tongong pulak akak rasa. Apsal lah akak tak tanye dari tadi kan. Cis!!

Ok, tu dah setel. Masalahnya bas Len Seng yang lalu semua akak nampak bas KL-Rawang je. Takde pun KL-Tanjung Malim. Oleh sebab rumah akak kat Sungai Choh, akak memang kena naik bas KL-Tanjung Malim. Kalau naik bas KL-Rawang, nanti kena amik pulak satu bas lagi untuk sampai ke Sungai Choh. Nampak tak masalah haku kat situ? Masalahnya, haku takde duit!! Haha

Pastu ni tengah nanges-nanges lagi ni, akak pegi balik kat konduktor Cina tu. Akak dengan muka tak malunya cakap dengan dia sambil tadah tangan “Nak singgit.. Saya takde duit nak bayar tambang dari Rawang pergi Sungai Choh“. Haha, pastu apek tu pun bagi. Baik apek tu. Tahape la khabar dia sekarang. Entah-entah dah meninggal sebab masa tu pun rasanya umur dia dalam 70 tahun kot.

So, lepas tu akak dengan gembiranya naik bas lain. Berhenti kat Rawang, naik pulak satu lagi bas untuk balik Sungai Choh. Bila sampai rumah, akak ceritalah peristiwa memintak sedekah dari apek tu kat mak dan kakak akak. Sah! Memang kena maki! Kui kui. Fadan muka haku..

Oke bai.. Daaa..