Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Marilah kita mengakhiri entry 2010 dengan entry masak-memasak. Ya, hari ni hari bertuah saya. Pagi tadi saya dah berangan nak buat puding roti dan bercadang nak tumpang memasak di rumah seorang rakan sebab saya takde oven. πŸ™ Tapi entah macamana, seorang rakan yang lain tiba-tiba meng’offer’ oven lamanya kepada saya memandangkan dia ingin berpindah rumah dan dia dah ada oven baru. Macam tau-tau je.

So, lepas dah beli bahan-bahan, saya pun mula sesi masak-memasak. Simple sangat resepinya. Resepi yang diambil dari internet dan ditukar ikut selera sendiri. So cekidaut!

Bahan-bahannya :

1. Sebuku roti Butterscotch Gardenia (senang sebab dah siap ada kismis)
2. Sebotol susu segar Dutch Lady
3. Satu penutup esen vanilla
4. 2 biji telur
5. 2 sudu gula pasir


Bahan-bahan utama

Cara-cara membuatnya :


Carik-carikkan roti jadi kecik-kecik


Rendam dalam air sejuk untuk melembapkan roti dan kemudian ditapis


Pukul 2 biji telur


Larutkan 2 sudu gula


Masukkan satu penutup esen vanilla


Masukkan roti dan campuran susu segar dalam loyang


Bakar selama 40 minit pada suhu 180Β°


Keluar dan sejukkan


Taraaa….potong dan ngap!

Sekian saja rancangan masak-memasak untuk tahun ni. Selamat tahun baru 2011! Semoga segala impian kita di tahun baru nanti akan termakbul. Amin