Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Dipetik dari email

tenang

Pelbagai  kesan  dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini.  Di  Malaysia,  sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009   dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan  kerja. Dilaporkan di USA , seorang pekerja yang baru diberhentikan  kerja  telah  bertindak  nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya  sebelum  membunuh  dirinya  sendiri!!! Peristiwa yang tragik ini adalah  sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi  seorang  Muslim,  kegawatan  yang  berlaku  adalah  satu ujian yang ditakdirkan  oleh  Allah  SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan  mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian  dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW  bersabda:  “Allah  SWT  berfirman;  Aku berasa  kagum  terhadap hamba-hambaKu  yang  beriman…..  apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji  dengan  kesusahan  maka  mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka” (riwayat Muslim).

Antara  amalan  yang  patut  kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat  cermat  dan  merancang  perbelanjaan  sebijaknya.  Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak  berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan  bahawa  solat  dhuha  antara  amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia “.

3. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten  bersedekah???  Terdapat  pelbagai  hadith  yang  sahih  yang menjelaskan  betapa  orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan  rezekinya.  Disebutkan dalam sebuah hadith:  “Setiap kali menjelang  Subuh,  turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara  mereka  berdoa:  “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu  yang  banyak  memberi  (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi  berdoa:  “Ya  Allah  kau  hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan  harta  mereka  (kedekut)”  (riwayat B ukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan  niat  kerana  Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia “;

4. Sentiasa  bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan  atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah  tidak  adil  dan  tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari  Allah  pasti  ada  hikmah  yang  tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba N ya.

5. Menjaga  hubungan  silaturrahim  kerana  menjaga  hubungan silaturrahim  adalah  antara  amalan yang menjadi punca murah rezeki. ” Barangsiapa  yang  ingin  dimurahkan  rezeki  dan  dipanjangkan umur, maka hendaklah  ia  menghubungkan  silaturrahim”  (riwayat  al  B  ukhari  dan Muslim);