Hey uols!! Tertunggu-tunggu tak episod seterusnya? Apa? Tak tunggu?!!! Bencila.. Hiks.. Akak baru balik dari Singapore 2-3 hari lepas. Tu yang macam terkehel sikit cite pasal Turki ni. Okelah, meh kita sambung episod Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari III Part I.
Selepas makan tengahari di GAR Ankara Railway Station, kami dibawa pula melawat Mousoleum Mustafa Kemal Atatürk (Makam Monumen Mustafa Kemal Atatürk) atau Anıtkabir yang terletak di kawasan paling tinggi di Ankara. Ia merupakan tempat persemadian terakhir Presiden Pertama dan pengasas Republik Turki – Mustafa Kemal Atatürk selepas keranda beliau dipindahkan dari makam asalnya yang terletak di Ethnography Museum pada 10 November 1953, lima belas tahun selepas kematiannya.
Jarak antara GAR Railway Station dan Anıtkabir tak berapa jauh. Lebih kurang 10 minit perjalanan dengan bas. Untuk memasuki kawasan Anıtkabir ni, kawalan keselamatan yang dikenakan kepada pengunjung sangat ketat. Kami terpaksa melalui dua stesen pengimbas keselamatan sebelum dibenarkan masuk. Pada stesen pengimbas pertama, kami dikehendaki turun dari bas dengan membawa semua beg yang kami pegang dalam bas (beg sandang/handbag/plastik) dan melalui sistem pengimbas macam kat airport seorang demi seorang. Semasa kami semua turun dari bas, akan ada seorang pegawai keselamatan yang naik ke atas bas dan membuat pemeriksaan keselamatan dalam bas.
Stesen pengimbas pertama
Selepas melalui sistem pengimbas pertama, kami naik semula ke atas bas dan meneruskan perjalanan. Tidak jauh dari stesen pertama, kami akan turun semula (masa ni boleh tinggalkan beg dalam bas kalau malas bawak) dan melalui sistem pengimbas kedua untuk masuk ke kawasan Anıtkabir tersebut. Macam-macam kan? Tapi ikutkan aje..
Hujan masih lagi renyai-renyai. Nasib baik baju sejuk yang saya pakai ada hood. Bolehla cover kepala dari terkena hujan. Yang mencabarnya, dari bas, kami dikehendaki berjalan lebih kurang 200 meter untuk sampai ke bangunan tersebut.
Lumba jalan kaki sape sampai dulu
Sebaik sampai di bangunan tersebut, kami diberi penerangan terlebih dahulu oleh Sinan (tourist guide) tentang sejarah senibina Anıtkabir dan muzium yang terdapat di situ. Menurut Sinan, Anıtkabir merupakan idea dan kemahuan rakyat Turki untuk mendirikan sebuah makam sebagai penghormatan tertinggi kepada Mustafa Kemal Atatürk, pengasas Republik Turki, revolusioner, seorang askar yang berani, seorang pemimpin yang hebat dan seorang tokoh antarabangsa . Beliau dihormati banyak pihak (kecuali kita-kita ni yang tau sejarah dia, betul tak?) terutamanya pihak Inggeris kerana berjaya membawa perubahan kepada Turki yang pada asalnya gemilang dengan pemerintahan Islam semasa Empayar Uthmaniyyah kepada Turki moden yang demokratik, sekular serta memisahkah aspek agama daripada aspek kehidupan. Baca lebih lanjut tentang Mustafa Kemal Atatürk di sini.
Bagi memilih reka bentuk yang paling sesuai untuk projek khas ini, satu pertandingan antarabangsa telah diadakan dengan arkitek Turki sendiri iaitu Prof. Emin Onat, memenangi peraduan ini mengalahkan 48 penyertaan lain dari seluruh dunia. Anıtkabir, yang terletak di atas bukit yang dikenali sebagai Rasattepe, merangkumi 700,000 meter persegi tanah termasuk Peace Park, yang mengandungi tumbuh-tumbuhan dari semua bahagian Turki dan seluruh dunia. Ia mengambil masa sembilan tahun untuk menyiapkan makam tersebut.
Gamba siling yang sempat saya amik masa Sinan tengah bagi briefing..
Siling Muzium Ataturk, menggabungkan seni Turki purba dan moden
Selepas mendengar penerangan dari Sinan, kami diberi kebebasan untuk melawat makam dan kawasan sekitarnya. Di sebelah kiri Anıtkabir merupakan Atatürk Museum yang dibuka pada 21 Jun 1960. Barang-barang peribadi Atatürk seperti almari pakaian beliau dan beberapa hadiah yang diberikan kepadanya terdapat di muzium ini. Pingat, hiasan dan beberapa barangan peribadi seperti sikat rambut, wallet, pen, duit syiling sehingga uniform tentera dan senjata beliau juga dipamerkan di muzium itu.
Walaupun begitu, terdapat syarat yang dikenakan semasa memasuki muzium tersebut. Kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. CCTV ada merata-rata dalam muzium tu. Pengawal pun ramai yang berkawal di dalam muzium bagi memastikan larangan tersebut dipatuhi. So, takdelah kenangan dan gambar yang nak ditunjukkan. Sorry uols!
Lepas dah melawat-lawat dalam muzium, saya dan beberapa orang rakan lain sebok nak carik jalan keluar sebab Sinan dah bagitau, bila dah masuk muzium tu, kami akan keluar dari arah lain. Bukan ikut pintu masuk tadi. Carik punya carik kami sampai di cafe dalam muzium tu. Tanya orang ni, bagitau arah ni. Tanya orang tu, dia bagitau arah lain pulak. Sama ada dorang tak paham cakap Omputeh ke, tataula.. Akhirnya kami dibantu pulak oleh sorang mamat yang kitorang rasa tak paham apa yang kami tanya, akhirnya kami tersesat..
Walaupun sesat, terus jugak melangkah sebab kitorang tau, mesti dalam kawasan tu jugak. Ditemani hujan, kami gigih mencarik jalan yang benar..
Golongan yang berada dalam kesesatan
Sesat pun sesat lah.. Ada aku kesah? Nak begamba jugak!
Jauh gak kami berjalan.. Rasanya jalan yang kitorang ikut tu jalan belakang sebab takde nampak orang lain pun. Mustahil la senyap sunyi kan.. Jalan punya jalan, akhirnya kami tiba di satu ruang pejalan kaki yang terdapat banyak patung batu berbentuk singa (24 ekor) dan terdapat lebih kurang 12 orang tentera yang berkawal. Dah cuak gak masa tu. Belah mana kitorang sampai ni? Tak nampak pulak bebudak lain. Yang ada, tu lah singa tu dengan tentera-tentera Turki beruniform pelbagai warna (rasanya tentera darat, udara, laut kot) terpacak tengah-tengah hujan renyai. Cian dorang.. *Cian ada makna ni…Heehee
Masa Sinan bagi briefing kat kitorang masa mula-mula sampai tu, memang dia ada bagitau, ramai tentera Turki beruniform yang akan berkawal di kawasan Anıtkabir ni. Ramai gaklah yang saya nampak. Ada dalam peti kaca kat depan muzium, ada yang berdiri kat pintu masuk muzium. Merata-rata la kiranya. Berdiri tegak je. Sinan bagitau, kami boleh bergamba dengan tentera-tentera tu dengan bertanyakan kepada mereka “May I?” sambil tunjuk kamera kat dorang. Kalau dorang kata oke ke, angguk ke, bolehla amik gamba. Tapi kalau Komander atau Pegawai dorang ada kat situ, biasanya dorang tak bagi kita ganggu tapi tentera-tentera yang jaga kat depan muzium tu macam tak berapa menarik, so akak buat tatau la. Tapi bila tersesat sampai kat ruang pejalan kaki ni, tetiba akak menggeletis pulak nak amik gamba dengan dorang. Kebetulan masa tu Pegawai dorang takde, so apa lagi… Dengan semua jejanz kat situ akak ter”May I?, May I?”. Hahaha dasar!!!
Mari saksikan kehenseman tentera-tentera Turki itteww… Nak satu plis!!! *buat muka gatal
Masam je bang?
Comel kan mamat ni? Cian dia… Berdiri tengah-tengah hujan. Meh adik temankan… Kah kah..Saya saje gedik pegang dia dengan dua jari camtu.. Punyalah lawak muka dia tahan gelak
Ohh, lupa nak cite yang tentera ni berpasang-pasang. Sorang berdiri kat sebelah kanan jalan, sorang lagi sebelah kiri jalan. Kiranya dorang berdiri mengadap-ngadap. Macam tentera yang pakai baju biru mula-mula tu, dia berdiri sebelah kiri. Saya amik gambo dengan dia je. Malas pulak nak amik pasangan dia yang sebelah kanan jalan.
Pastu tentera yang pakai baju hijau pulak, saya amik gamba dengan yang sebelah kanan jalan. Tu dia tengah tahan gelak sebab kawan dia kat depan, tengah usik-usik dia. Hiks!
Serius betul!
Mamat tentera yang pakai uniform hitam ni memang buat saya terkejut. Memula senapang dia tu dia pegang kat atas. Bila saya cakap “May I?” terus dia buat macam orang berkawad yang hentak senapang kat bawah tu. Ingatkan dia marah. Rupanya dalam cubaan nak posing. Gitteww..
Hai bang.. Saya Suzie dari Malaysia.. *muntah
Dorang ni, tiap satu jam ada pertukaran shift. Ni mamat yang kanan pegi ke sebelah kiri ni sebab nak tukar la kot.. Lepas tu, akak teruskan lagi posing menggedik dengan ‘ashkar-‘ashkar yang lain.. Saksikan kegatalanku seterusnya…
Kasih sayang I untuk uols berdua sama rata okeh…
Tinggi-tinggi kan semua? Sinan cakap, ketinggian minimum dorang sume 190cm. Gilo! Stock model ni. Hihi.. Pastu, uols nampak tak banyak singa batu tu? Baru saya tau, nama tempat yang saya tersesat ni ialah Road of Lions. Sebelum sampai kat singa-singa batu dan mamat-mamat hensem di atas, sebenarnya kami terlebih dahulu jumpa statue ni..
Ko dah kenapa? Moteeeeep tutup muka. Malukah???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rupanya sebab ni uols.. Dorang pun tak sanggup nak tengok.. Haha..
Kejinya pompan ni.. Malu iols!!” – Begitu kata patung tengah di atas. Hiks!
Statue ni semua ada maksud tersendiri
Jalan punye jalan sambil-sambil amik gamba, akhirnya kami tiba semula depan muzium dan perkarangan Anıtkabir..
Mehla tengok gambar sekitar Anıtkabir tu ye..
Di perkarangan Anıtkabir tempat bersemadinya Mustafa Kemal Atatürk
Menurut Sinan, keranda sebenar Mustafa Kemal Atatürk ditanam 25 meter di bawah tanah. Keranda yang dipamerkan di ruang pameran (Hall of Honor) dalam bangunan Anıtkabir tersebut, hanya replika sahaja.
Anıtkabir dari jarak dekat
Tah hape makna tulisan tu pon akak tatau
Hujan-hujan pon tetap!!
Kesimpulannya, akak tak masuk pun dalam bangunan Anıtkabir tu. Tak tengok pon replika keranda Abang Kemal tu. Hiks.. Dan sampai sudah akak tatau bebudak lain keluar ikut mana. Waktu pun dah suntuk. Semua dah bergerak balik semula ke bas. Kenalah akak dan kawan-kawan lain yang sesat ni tadi berlari-larian naik bas jugak. Kena tinggal kang tak pasal-pasal!
Destinasi ketiga dan terakhir kami di Ankara sebelum terbang ke Istanbul ialah Anadolu Medeniyetleri Müzesi (Anatolian Civilizations Museum). Muzium ini telah dipilih sebagai European Museum of the Year pada tahun 1997. Ia merupakan sebuah muzium yang mempamerkan artifak Anatolian bermula dari zaman Paleolitik, Neolithik, Zaman Awal Gangsa dan macam-macam zaman lagi yang mempamerkan artifak-artifak purba seperti emas, perak, kaca, marmar dan gangsa. Selain itu, koleksi duit syiling pertama yang ditempa pun ada dipamerkan kat muzium ni.
Cam biasa.. Kena scan tiket
Patung takde kepala di kawasan sekitar muzium. Ni patung zaman Roman
Masuk je dalam muzium, kami disambut oleh makhluk comel ni. Eiiii gerammmm!!!
Rasa nak lempang sume kucing kat Turki ni..
Kerek ko ye?
Padan muka penyet!!
Nak cite pasal muzium ke kucing nih? Hihi..
Gatal….
Oke, cukup dulu pasal jantan gedik kat atas ni. Kita sambung balik pasal muzium. Sebelum kami diberi masa melihat-lihat apa yang ada dalam muzium tu, seperti biasa Sinan akan memberi penerangan terlebih dahulu tentang artifak-artifak yang ada. Dari zaman Paleolitik sampailah ke zaman gangsa, semua ada kat situ. Pening gak nak mengimbas balik Sejarah Tingkatan 2 ni.. Keh keh.. Lepas dah diberi penerangan tu, kami dibenarkan melihat-lihat dan bergambar dalam muzium dengan syarat NO FLASH! Oke, fine.. Jom tengok apa yang ada..
Mangkuk zaman dulu. Motip ada mangkuk bentuk badak (ke babi?)
Di permukaan tempayan ni ada terukir simbol-simbol yang mengajar tatacara kehidupan manusia dari aspek keagamaan sampailah cara menambah zuriat. Lucah ini tempayan!
Nama pompan ni ialah Mother Goddes
Rusa jantan – simbol Tuhan Zaman Hittite (1750-1200 BC)
Simbol alam semesta
Berdiri sebelah perigi beracun. Haha, bukanlah. Ntah batu apa..
Di muzium ini saya sempat beli beberapa Fridge Magnet sebab saya dapat SMS dari Malaysia “Nyah, ko beli FM kat semua tempat ko pegi ye. Nanti aku bayar“. Gitu pesanan beliau. Kat sini gak saya hampir kena tipu. Tataulah kena tipu ke ataupun cashier tu mamai. Saya bayar pakai US Dollar. Saya bagi USD20. Dia cakap dia akan pulangkan dalam Turki Lira. Saya tak kisahlah sebab mana-mana pun boleh. Tapi duit yang dia pulangkan tu, bila saya kira-kira balik tak cukup. Bape Lira je yang dia pulangkan. Macam saya bagi dia USD10 pulak. Saya cuba cakap dengan Supervisor minah tu. Dia cakap “How do I know? No proof“. Eh, nak kena ni.. Saya cakap “Please check first!“. Dia pun bukak la cash register machine tu dan dia jumpa note USD20. Akhirnya, dia mengaku tersilap pastu pulangkan lagi USD10. Fuhhh!! Selamat duit haku!
Selesai melawat muzium, kami meninggalkan bandar Ankara. Masa tu hujan renyai-renyai masih membasahi bumi. Bas membawa kami ke airport domestik. Sepanjang jalan ke aiport, kelihatan apartment berwarna-warni menjulang tinggi. Sekali tengok macam rumah kat Kotadem je. Hak hak..
Kalerful!
Macam rumah-rumah kat Kotadem
Babai Ankara
Suhu kat luar 5 darjah celcius.. Eii sejukkk..
Bersalji lagi..
Ke Airport
Patung orang main bola sepak
Sampai dah airport
Sampai aiport, kami pun memunggah barang dan mengucapkan terima kasih serta selamat tinggal kepada driver kami yang sangat berdedikasi dan cekap ni. Apetah nama dia susah nak menyebutnya. Huhu..
Bersama driver yang best sepanjang 3 hari di Cappadocia dan Ankara..Saya namakan dia Pakcik Richard Gere.. Bley?
Yeay.. Sampai airport dah..
Akak stop kat sini dulu ye. Kat sini ada cerita sedey bagaimana akak ditahan oleh pihak Kastam. Apa yang berlaku? Apa yang terjadi pada akak? Nantikan sambungan di episod seterusnya. *Koma ada episod Hari III : Part III. Hahhaa..
9:07 am on April 5th, 2012
Hikhik… tak tahan nak gelak tengok pic dengan askar hencem semua tu 🙂
11:13 am on April 5th, 2012
aku sukah abang yang “masam je bang’ tu…dia tak masam…dia kever kot..mulut baru lepas makan sireh..haha
12:20 pm on April 5th, 2012
Hahaha gatal ko ye ungu!!
12:40 pm on April 5th, 2012
motip ko gila
3:19 pm on January 28th, 2015
kucing yang akak pegang tu mcm breed norwegian forest cat! wow!!