Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Haa, sampailah kita ke episod terakhir akak di Turki. Akak buat lambat-lambat entry ni bukan apa. Akak sedehh nak berpisah dengan kenangan di Turki (poyo!). Huhu.. Padahal banyak lagi entry nak menyusul lepas ni.. Pasni entry Bangkok plak.. Fengsan!!

Okla, cakap banyak pun tak guna. Mehlah akak sambung.. Nak tau kat mane kitorang dibawa pada hari terakhir kat Istanbul ni? Macam akak bagitau kat entry lepas, tempat ni merupakan salah satu tempat yang paling cantik akak pernah jejak. So, stay tune!

So, pagi-pagi macam biasa, kenalah sarapan dulu. Beg-beg pun dah siap kemas sebab lepas sarapan, semua beg kena angkut dalam bas. Dah nak balik kan…


Koma tengok makanan


Cer tengok.. Akak makan sikit je tau..


Lepas makan..

Lepas makan, siap-siap kemas semua beg dalam bas, akhirnya bas bergerak meninggalkan hotel. Cuaca Alhamdulillah terang benderang. Best sangat..

Lebih kurang jam 9 pagi, kami akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Selepas diturunkan oleh pemandu bas berhampiran Masjid Biru, kami dikehendaki berjalan kaki lebih kurang 3-400 meter untuk sampai ke tempat tu. Walaupun cuaca panas, tapi angin yang bertiup membuatkan kami tak berpeluh atau penat. Rileks je. Cuba berjalan kat KL, mau berkepam ketiak. Kah kah..

Di sepanjang jalan tu, sempatlah akak snap-snap lagi. Macam tak biasa kan dengan habit akak ni..


Bangunan tengah repair


Kucennnnnn.. Gemok!!


Gerai jualan Fridge Magnet


Depan Masjid Biru..


Di bawah pohon kurma..


Dengan Adam..

Sedikit info tentang Istana Topkapi

Istana Topkapi (Turki: Topkapi Sarayi yang bermaksud “Istana Pintu Meriam”) adalah sebuah istana yang besar di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman utama Sultan Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun (1465-1856) daripada 624 tahun era pemerintahan mereka.

Seperti kediaman di raja yang lain, istana ini juga menjadi tempat untuk majlis negeri dan hiburan di raja. Kini ia merupakan tarikan utama pelancong yang mengandungi peninggalan suci penting dunia Islam termasuk jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W. Istana Topkapi yang mengandungi pelbagai monumen bersejarah ini telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985.

Pembinaannya bermula pada tahun 1459, seperti yang diperintahkan oleh Sultan Mehmed II, penakluk Constantinople pada era Byzantine. Kompleks istana ini terdiri daripada empat laman utama dan bangunan-bangunan kecil yang lain. Pernah pada suatu ketika, istana ini menjadi tempat kediaman seramai 4,000 orang.

Istana ini meliputi kawasan yang sangat luas dengan garis pantai yang panjang. Ia dikelilingi oleh dinding tembok sepanjang 5km dan luasnya mencecah 700,000 meter persegi. Kompleks ini juga telah berkembang sehingga berabad-abad dengan beberapa pengubahsuaian selepas gempa bumi pada tahun 1509 dan kebakaran yang berlaku pada tahun 1665 . Istana ini mengandungi masjid, hospital, kedai roti dan tempat mencetak wang.

Bermula dari akhir abad ke-17, Istana Topkapi secara beransur-ansur telah hilang kepentingannya kerana Sultan memilih untuk menghabiskan lebih banyak masa di istana baru mereka berhampiran Selat Bosporus. Pada tahun 1856, Sultan Abdul Mecid I memutuskan untuk memindahkan pusat pemerintahanke Istana Dolmabahce yang baru dibina yang merupakan istana gaya Eropah yang pertama di bandar tersebut. Walau bagaimanapun, sesetengah fungsi seperti perbendaharaan di raja, perpustakaan dan tempat mencetak wang masih dikekalkan di Istana Topkapi.

Berikutan berakhirnya Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1921, Istana Topkapi telah berubah menjadi muzium atas perintah kerajaan Attaturk pada 3 April 1924 . Muzium Topkapi Palace ditadbir oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Walaupun kompleks istana tersebut mempunyai beratus-ratus bilik dan dewan tetapi hanya kawasan tertentu sahaja yang dibuka kepada orang awam dan ia dijaga oleh pegawai-pegawai kementerian serta pengawal bersenjata tentera Turki.

Jom tengok persekitaran nak masuk Istana Topkapi ni..








Cantik gilerrr kan? Pastu macam biasa nak masuk kat mane-mane tempat kat Turki ni, kena scan dulu..




Ok.. Boleh masuk dah…





Empire Gate

Empire Gate atau Pintu Sultan merupakan pintu masuk utama ke halaman pertama dalam Istana Topkapi. Kesemuanya ada empat halaman dan setiap halaman menempatkan bangunan tertentu. Halaman ke empat merupakan halaman peribadi Sultan.

Pada zaman Empayar Uthmaniyyah, pintu ini dibuka mulai solat Subuh sehingga solat Asar.


Siling mewah keemasan







Perpustakaan Sultan Ahmed III



Paip air yang juga tampak mewah

Nampak macam hari terang dan panas kan? Tapi sebenarnya sejuk uols. Tu yang tak tahan sampai kena pakai penutup telinga macam poyo-poyo je tu.. Stokin dua lapis. Hiks!



Bangunan istana yang dah dijadikan muzium

Ada beberapa bangunan dalam tu dah dijadikan muzium. Tapi sayangnya tak boleh amik gamba dalam dia. Dikawal ketat oleh tentera yang bersepah-sepah dalam tu. Siap ada CCTV lagi. Banyak barang-barang peninggalan zaman Rasulullah ada dipamirkan. Paling mengharukan bila tengok pakaian Siti Fatimah r.a. Compang camping. Kita ni punyelah banyak kain baju sampai tatau nak pakai baju mana satu selalunya. Lepas tu ada gak nampak saprah ke entah kain alas lantai Siti Fatimah r.a. Habis bertampal-tampal. Kita ni? Rumah mewah dengan karpet tebal segala macam. Tu pon tak reti-reti bersyukur lagi. *Lempang muka sendiri bertalu-talu.. Macamana agaknya kehidupan dorang masa dulu kan?

Selain tu, ada juga dipamirkan barangan peribadi Rasulullah seperti pedang, gigi, janggut dan sebagainya. Barangan para sahabat pun ada.

Bersebelahan muzium yang mempamirkan barang-barang Rasulullah, ada pulak muzium yang menempatkan barang-barang mewah Kesultanan Empayar Uthmaniyyah. Ada satu cincin tu, batu permatanya besar penumbuk budak. Uiii lawa betul. Pastu nampak pulak buaian baby diperbuat daripada emas. Ko mampoooo? Akak pun tak mampooo… Dalam tu jugak, ada kerusi yang diperbuat daripada batu jade. Nampak macam berat. Cemanala dorang mengangkut tu. Mau sakit-sakit pinggang. Gatal je tangan ni nak snap gambo tapi takut kena rampas pulak kamera. So, korang datang sendiri tengokla nanti ye..


Pokok berlubang

Banyak pokok yang berlubang macam ni kat dalam taman Istana Topkapi ni. Pokok-pokok ni jadi camni sebab dijangkiti kulat. Walaupun dah tokak-tokak cenggitu, tetaplah jugak dia survive walaupun dah berusia ratusan tahun.

Lepas melawat dari satu muzium ke satu muzium, saya terjumpa pulak laluan bertangga menuju ke taman yang sangat cantik dengan pemandangan yang sangatlah lawanya. Dari atas tembok yang menyerupai balkoni, kita boleh nampak Selat Bosphorus yang membiru..








Boleh turun tangga untuk lepak minum kat bawah



Boys Over Flower. Kah kah. Ala-ala cite Korea gituh..













Bersama mak angkat dan pak angkat dari USA



Selepas puas bersiar-siar dan bergambar di kawasan sekitar, tibalah masa untuk makan tengahari di Konyali Restaurant Cafe yang menghadap Selat Bosphorus..













Macam nasik ayam rupanya tapi rasa tak serupa. Yang ni lebih rasa butter


Kiwi dia masam nauzubillah

Pemandangan Selat Bhosporus lagi..




Lepas makan, saya dan sorang member iaitu Faizal bercadang nak pegi tengok taman satu lagi di kawasan istana tersebut. Katanya, lagi cantik pemandangan kat situ. So, kitorang pun merayap sampai ke kawasan tu..


Dalam perjalanan, nampak pulak burung kaler hijau yang cantik ni

Kat kawasan tu pun ada muzium lagi tapi kat sini boleh amik gamba. Maybe sebab bukan barang-barang peribadi sultan yang mewah-mewah kot..







Dinding yang cantik dihiasi batu marmar



Lepas round muzium, tengok pulak pemandangan kat situ.. Perrgghh!! Memang shantekkk uols! Boleh nampak sebahagian besar bandar Istanbul. Padat-padat gakla bangunan dia..





Entah anak Cinapek ke, Jepun ke, Tibet ntah. Apsal mata akak sepet sangat nih?

Teringat pulak kejadian dalam lif kat salah sebuah shopping mall di Takhsim Street, Istanbul. Ada 2-3 orang mamat Turki yang naik sekali dengan akak. Tetiba sorang mamat tu tegur “Are you Japanese?“. Kah kah celah mana hitam camni Japanese katanya. Maybe dia tengok akak poyo-poyo pakai penutup telinga merah tu kot. Ala-ala Japanese gittew. Pastu akak jawabla “No, I’m Malaysian“. Seb baik akak tak jawab “I’m Bengkuluans“. Hiks!


Apa moteeeep akak terlentok dan menonggeng camni ntah. Si Faizal tu redho je amik gamba akak.. Haha


Dekat-dekat pukul 12 tengahari, akak dan Faizal pun menuju ke tempat menunggu seperti yang dah diarahkan oleh Sinan masa awal-awal tu. Bila sampai je, tengok budak-budak lain dah lambai-lambai suruh kitorang cepat. Rupanya dorang dah cuak tunggu kitorang. Ingatkan kitorang hilang gi mana. Yelah, nak kena gerak dari Istana Topkapi tu ikut jadual sebab takut tertinggal flight.


Berpusu-pusu keluar

Akhirnya saya tinggalkan Istana Topkapi dengan seribu satu macam perasaan. Azam saya akan jejak tempat ni sekali lagi InsyaAllah.. Entahlah, suka sangat. Pemandangan menakjubkan, taman yang cantik dan bangunan yang penuh dengan tinggalan sejarah. Best sangat-sangat!

Kemudian kami pun berjalan keluar menuju ke tempat bas menunggu kami. Agak jauh jugak le. Lepas semua dah naik bas, akhirnya bas bergerak menuju ke airport.

Dalam pukul 1 lebih, akhirnya kami tiba di airport.


Pasaport Kontrol katanya..

Lepas check in, kami dibenarkan merayau-rayau dalam airport sementara menanti waktu penerbangan. Sempatlah makan Turkish Ice Cream yang diperbuat dari susu kambing.


Turkish Ice Cream yang super sedap!

Dah setel semua, jam 2 lebih kami mula masuk ke dalam perut pesawat. Penerbangan dijadualkan pada jam 3.00 petang tapi bila saya tengok jam, pukul 3.40 petang, pesawat masih belum terbang lagi. Masih bergerak di atas landasan. Terkedek-kedek. Ingatkan ada hal apa. Rupa-rupanya..


Jem daa…Sabar je, kapal terobang pun boleh jem..


Berderet-deret nak take off

Akhirnya pesawat kami mula meninggalkan bumi Turki. Sempat lagi saya snap gamba..


Istanbul dari udara




Babai Turki. Nanti akak datang lagi…

Aktiviti seterusnya, selepas terbang lebih kurang dua jam, kami dihidangkan dengan makanan..


Makan time

Penerbangan memakan masa lebih kurang 11 jam. Patah gak la pinggang gue mengerekot tido. Sampai KL lebih kurang jam 8 pagi. So, tamatlah kembara akak ke Bumi Turki – Dunia Dua Benua.. *matila penutup tahape-hape..

Ok, daaa…

Sampai tiga part katanya. Apa nak buat, memang pesen akak suka membebel. So, cite pendek jadi panjang. Hak hak..

Takpela, mehla kita sambung episod Cintaku Tertumpah di Dunia Dua Benua : Hari III Part II ye. Sebab akak tau, korang mesti nak tau cite pasal akak kena tahan dengan kastam Turki. Nak gelakkan akak la tu.. Cis!!

Oke, kami tiba di Domestic Airport Ankara lebih kurang jam 4.30 petang. Seperti biasa, kenalah lalu pemeriksaan kastam dulu..


Beratur untuk pemeriksaan kastam


Tetiba sampai giliran saya lalu kat body scanner tu, tetiba bunyi “Tett!! Tett!! Tett!!“. Dah cuak gak, apekebenda aku bawak ni. Tali pinggang memang tak pakai.. Dah la sebelum ni dorang suruh saya bukak topi yang saya pakai sampai paksa-paksa tapi saya tak nak. Saya cakap “Cannot, this is hijab“. Haha hijabla sangat. So, masa tu lepaslah. Tapi yang kali ni berbunyi memang tak lepas. Dah lalu sekali lagi pun sama. Last-last, pegawai kastam tu cakap “Take off your shoes!“. Fine, dengan terkesip-kesip, akak pun bukak kasut Pua Chu Kang tu dan lalu lagi sekali kat scanner tu. So, sukses!! Agaknya kat kasut tu banyak benau tali. Tu yang sangkut tu..

Best gak dapat bukak kasut. Baru lega kaki. Padan muka! Mengambil sangat konsep BEAUTY IS PAIN kan? Rasalah kau pakai boot Pua Chu Kang tuh sampai nak jalan pun dah macam Si Cecep.. Haha gelakkan diri sendiri..


Boot Pua Chu Kang yang didetect sebagai object berbahaya


Lega kaki ku..


Lega dalam cuak.. Jahat bebudak ni amik gamba iols

Lepas dah setel dengan kastam, masing-masing dapat tiket flight sorang satu. Masih menggunakan perkhidmatan Turkish Airline dari Ankara ke Istanbul. Tataula ada flight lain tak selain Turkish Airlines ni..


Teket

Sambil menantikan waktu penerbangan pada jam 6.15 petang, kitorang jenjalan dulu dalam aiport tu. Sempatlah saya beli fridge magnet lagi.. Henpon pulak abes bateri, so memula nak caj guna mesin ni, tapi malas pulak nak berdiri tegak kat situ, so kensel!


Mesin pengecaj henpon

Dan Alhamdulillah, rezeki saya murah lagi kat airport ni. Ada pulak lagi sorang brader nak belanja askrem. Kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Wah gitu…


Chocolate fountain


White chocolate pulak..


Askrem Choc’nette.. Brader baju biru – Mejar Muhammad ni yang nak belanja..Tengkiu Mejar!


Choc’nette %100 gercek cokolata oldugunu biliyor musunuz! Tah hape maknanya ntah. Tapi sila baca dalam loghat Kelate. Mesti comel bunyinya.. Hiks!

Satu kon askrem ni berharga 8 Turki Lira atau lebih kurang RM14. Memula dia letak pisang, pastu strawberry dan buah apetah lagi. Pastu baru dia tuang dengan coklat. Nyam nyam gakla rasa dia..


Ni la rupa askrem tersebut


Flight berlepas tepat jam 6.15 petang. Tak lama lepas terbang, kami dihidangkan dengan kudap-kudapan berupa roti dan air. Belasah je la..


Jom piknik!


Model iklan ubat gigi. Kejih!!


Turkish Airlines – Europe’s Best Airline katanya..

Satu jam kemudian, akhirnya kami tiba di Istanbul..


Pemandangan malam di Istanbul dari dalam flight



Dah terasa kesejukan malam di Istanbul. Tu yang berkelubung tuh..


Bas yang akan membawa kami ke terminal


Fennuh…


Cantekkan pompan ni?

Sampai je kat terminal, masing-masing sibuk tunggu luggage masing-masing keluar. Lama gakla nak menunggunya..


Bersembang sambil tunggu luggage

Destinasi pertama kami di Istanbul ialah MAKANNNNNNNNN!!! Haha lapa weh…

Tempat baru, bas baru, driver baru. Group masih sama. Ada 3 group – A, B, C. Saya ditempatkan di Group B..Kalau masa trip ke London/Paris tahun lepas, kami diasingkan di antara bas untuk orang bujang (bukan bujang belum kawen je, tapi yang pegi secara solo/tak bawak spouse) dan jugak satu bas untuk pasangan suami isteri. Tapi trip ke Turki kali ni, dorang campur je. Bagus jugak macam ni. Kalau tak tu, macam terasing je..

Untuk makan malam, kami dibawa ke Mykonos Seafoood Restaurant yang dikatakan mempunyai persekitaran cantik dan menarik. Mari kita buktikan!

Dalam perjalanan menuju ke restoran tu, sempatlah saya amik beberapa gambo dari dalam bas..


Jalan yang agak jem


Cantek kan lampu?

Kami diturunkan di tepi jalan dan kena melintas untuk sampai ke lokasi restoran. Sinan dah bagi amaran kepada kami bahawa pemandu di Turki agak keji. Lampu merah pun dorang belasah je jalan. So, kena berhati-hati masa melintas.


Ready nak melintas

Sukses akhirnya.. Untuk menuju ke Mykonos Seafood Restaurant tu, kami perlu melintasi deretan restoran yang lain. Memang meriah. Dengan lampu yang menjadi hiasan setiap restoran, ada pulak alunan lagu dari restoran-restoran tersebut. Agaknya tempat ni jadi tempat lepak orang-orang Turki lepas balik keje kot. Kasi mabok-mabok teh tarik secawan dua, baru balik rumah. Begitu akak memfitnatun mereka..


Meriah sekali lampu dia.. Rasa macam kat The Curve


Rombongan Cik Kiah datang nak makan




Menarekksss.. Bukan orang tua tu.. Lampu okeh..

Seperti biasa, akan jumpa meoww gemok dan gebu…


Comel betul rasa nak terajang! Haha


Baik pulak tu.. Nampak je macam garang meow ni..

Masuk je dalam restoran, kami diminta naik ke tingkat atas restoran. Fullamak! Bukan main romantis lagi lampu dalam restoran tu. Memang seswaiii sangat kalau nak bercandle light dinner. Oleh kerana saya takde pasangan, maka bercandle light dinner lah hakak dengan mamat-mamat ni semua… Huhu..


Kasih sayang I pada uols berempat sama rata okeh.. Hiks..Kataku sambil cubaan menutup dagu berlapis..


Cam biasa, santapan pertama adalah daun.. Uwaa… Nak nanges!!


Roti bentuk ikan


Sup dan roti


Nasik


Calamari ring

Ada pulak budak yang sempat jual tarbus dalam restoran ni..



Beli..Jangan tak beli…


Ikan makarel bakar dengan sambal yang boleh tahan sedap

Ikan ni agak besarla jugak. Macam saiz ikan cencaru. Agaknye ikan makarel dalam tin tu, anak dia kot. Sebab tu kecik..


Lepas makan lebih kurang, saya malas nak tunggu pencuci mulut, terus saya turun dan keluar dari restoran. Best gak kalo amik-amik gamba kat luar..


Kat luar restoran


Fountain yang ada kat perkarangan kawasan restoran tu. Kaler lampu dia akan bertukar-tukar


Merah pulak..



Menu.. Ni restoran lain punye…Hihi


Lampu tak abes-abes


Rombongan kami yang sibuk bergambo

Lepas dah makan, kami menuju semula ke tempat mula-mula kami diturunkan dari bas. Kat kawasan tu sebenarnya terdapat pasar basah yang menjual ikan-ikanan, sotong-sotongan, lobster-lobsteran dan sebagainya. Memang meriah! Kami diberi masa lebih kurang 15 minit untuk melawat pasar basah tu. Bukan nak beli ape-ape pun. Saje jalan-jalan tengok-tengok. Ko gila nak beli ikan bawak balik hotel? Kan? So, mari kita saksikan apa yang ada di pasar tersebut. Lets!


Ikan yang terdampar sepi..


Lu langsi, lu mati! Gua rodok dengan muncung todak ni! Begitu cubaan akak menjadi samseng..



Lawa-lawa ikan dia..

Sebenarnya ikan dia macam biasa je. Macam kat pasar kita kat sini jugak. Cuma presentation dia menarik. Mungkin salah satu cara menarik pelanggan. Teringat masa saya pegi pasar basah kat Hokkaido dulu pun sama. Dahla presentation ikan menarik, air tak menjejeh-jejeh, tak berbau busuk macam pasar borong kita. Cemana kita nak buat macam dorang eh?


Pengacara Rancangan Jalan-jalan Carik Ikan


Sayur-sayuran



Lobster-lobsteran


Bersama pakcik jual ikan


Seram tengok ikan yu sebesar orang ni.. Yang berjuntai kat mulut dia tu, janggut sotong yang menjadi aksesori beliau..

Memang best la pasar dia. Tu pon dah nak tutup. Kalau siang, mesti lagi best..

Selesai makan dan berjalan-jalan di sekitar pasar, kami di bawa ke hotel yang akan menjadi tempat penginapan kami selama 3 hari di Istanbul sampailah hari terakhir sebelum balik ke Malaysia iaitu Conrad Hotel & Resort Istanbul. 5 star katanya..Moh kita tengok..


Ketibaan kami.. Ni tengah tunggu nak dapat kunci bilik masing-masing


Tempat mengilap kasut yang terdapat di lobby

Di Istanbul, saya dapat sebilik dengan Memey jugak iaitu roomate semasa di Cappadocia. Best! Sebab sama sewel. Hak hak..Setelah dapat kunci bilik masing-masing, kami pun naik. Bilik kami terletak di tingkat 9.

Sampai di bilik, aktiviti pertama orang K.G dot com ialah amik gamba bilik le.. Macam tak biasa..


Katil weols


TV dan meja solek


Kalau kat Cappadocia, punyelah seksa nak caj henpon atau bateri kamera sebab kekangan plug pointnya yang menggunakan palam 2 pin, tapi semua itu tidak menjadi masalah lagi di Conrad Hotel ni. Sume pin pelbagai negara ada disediakan. Bagus!!! Bolehlah saya caj henpon tanpa perlu buat muka seposen nak pinjam charger orang lain. Saya ada bawak traveller charger sendiri, malangnya tak boleh pakai sebab tersalah beli. Tensi akak!!


Hah! Pilih je nak sumbat lubang mana..


Arah kiblat yang terletak dalam laci almari solek


Mintak mahap ye.. Jakun.. Towel dia lebar gila sampai dua orang boleh lilit sekali kot.. Haha.. Tebal pulak tu.. Bagos!


Peralatan nak buat air


Haha.. Motip menatang ni pon akak amik gambonye?


Bilik ayo!


Lagi sekali


Bathrobe untuk feeling-feeling orang kaya

Amacam? Sah tak hotel ni 5 star? Hihi.. So, akak stop kat sini dulu.. Next episod, akak akan ceritakan asal-usul Turki dan ke mana kami dibawa berjalan kat Istanbul ni. Macam yang kita semua tahu, Istanbul inilah sebenarnya satu-satunya tempat di dunia ni yang terletak di dua buah benua. Benua Asia dan Eropah.. Sangat menarik perjalanan akak di Istanbul ni uols. Pastikan korang stay tune okeh..

Sebelum akak mengakhiri entry ni, terimalah buah tangan dari akak sebagai pengubat rindu sementara akak menyiapkan entry seterusnya..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hantu Kak Limah duduk hotel…Ko mampooo??

Baiii…