Assalamualaikum.. (Bajet Muslimah sebab kan bulan RomadhOOn)
Amacam puasa? Ok kan tahun ni? Tak panas sangat.. Alhamdulillah..
Haa, ni nak cerita pasal trip akak dengan PruBSN Takaful lebih kurang seminggu sebelum puasa aritu (29 Jun – 1 Julai). Pandai je kampeni akak ni nak menggalakkan akak mengabeskan duwet. Takde tempat lain gamaknye. Ke Bandung!!! Sorga membeli-belah. Harus kopak kapik poket dibuatnya.. Tapi ok jugak. Boleh beli kain buat baju raya.. Heehee..
Bila akak qualify je untuk trip ke Bandung ni, terus akak terpikir nak bawak mak akak sekali. Mesti seronot orang tua tu berjalan. Oleh kerana akak qualify untuk satu tiket je, maka tiket untuk mak akak, akak kenalah bayar sendiri kat travel agent.
Sekali pegi dengan akak kali ni ialah leader akak, Pejal. Yezzah!! Boleh pegi sekali. Boleh park kereta kat airport. Jimatzz sikit kan. Ohh ya, kali ni trip kami direct dari KL ke Bandung. Tak macam tahun lepas. Naik Garuda Airlines KL-Jakarta. Menempuh pulak jem 6 jam dalam bas ke Bandung. Hazab. Kali ni kami naik Air Asia. Sebab tu boleh direct ke Bandung. Gitu..
Ikut jadual, flight kami akan berlepas jam 6.30 pagi. So, jam 4 pagi dah kena ada kat LCCT untuk urusan check in. Mak akak memang akak dah amik dia siap-siap dari Bukit Beruntung malam tu. Dia tido umah akak la kiranya.
Pukul 3 pagi, Pejal dah amik kami kat rumah. Hilang akal betul sebelum Subuh dah kena sampai kat epot. Haha..
Sampai-sampai je, kami park kereta kat parking lot RM40 sehari tu. Dekat sikit dengan Departure Hall kalo nak compare dengan parking RM16/sehari tu. Kena jalan jauh kot.
Rupanya dah ramai jugak yang sampai awal dari kitorang. Mostly agent-agent dari Johor dan Utara. Semangat yo!!
Lepas amik itinerary program daripada tourist guide, kami pun diminta beratur untuk check in. Memang hazaaaaaab sangat. Lama gila kot! Dengan orang-orang Bandung yang nak balik kampung dorang, memang berjanggut nak tunggu giliran sampai. Rupanya sistem down. Sabo jela. Akhirnya dekat sejam, barulah settle semua..
Mak akak yang happy..
Mak akak dan Pejal..
Mujur waktu Subuh masuk awal. Sempatlah kitorang solat Subuh dulu kat surau dalam waiting area tu. Lepas solat, terus je boarding..
Tepat jam 6.30 pagi, flight kami meninggalkan landasan. Perjalanan mengambil masa 2 jam dan dijangka akan tiba di Bandung pada pukul 7.30 pagi waktu Bandung (jimat sejam). Dalam flight, kami disajikan dengan Nasi Lemak Pak Nasser. Memang kelaparan! So, akak makan secara rakus!!
Lebih kurang dua jam perjalanan, tibalah kami di Bandara Husein Sasteranegara Bandung. Menurut tourist guide kami, semua airport kat Indonesia dinamakan bersempena dengan nama-nama tokoh negara. Macam airport Bandung ni dinamakan dengan nama pilot pertama negara mereka – Uncle Husein. Haha ni akak pandai-pandai je panggil uncle.
Alhamdulillah, tak jerebu!
So, marilah kita beratur lagi..
Lepas setel sume urusan, amik beg dan berbondong-bondonglah kami berjalan ke bas. Cewah! Masa ni masing-masing beg satu je lagi. Semua sopan je..
Suasana dalam bas.. Seat dia macam renda telekung. Hihi..
Ni tourist guide kami – Hesty
Memula plannya akak ke Rumah Mode dulu, lepas tu baru ke Pasar Baru. Tapi disebabkan kami sampai awal, Rumah Mode pun tak bukak lagi, so kami dibawa ke Pasar Baru dulu. Pasar Baru bukak awal – 8.30 pagi. Bila dah pit stop pertama adalah Pasar Baru, besar kemungkinan tempat shopping lain dah tak pegi sebab duit dah habis kopak kat Pasar Baru. Hak hak.. Mak akak siap tanye “Dik, cukup ke mak bawak RM500?“. Akak cakap “Mak dah jadi jutawan dah kat sana kalo bawak RM500“. Heehee..
So, apa lagi nak dibuat kalo dah sampai ke Pasar Baru kalo bukan shop till drop. Gituhhh.. Kami diberi masa sampai pukul 12 tengahari camtu..
Haaa kau!! Harga kodian katanya..
Akak tak amik banyak gamba kali ni sebab bizi mencarik kain baju, telekung la hape la yang kawan-kawan kirim. Fengsan!
Lepas dah bersoping dan siap beli beg guni tambahan, kami pun makan tengahari. Kitorang makan ayam penyet.
Alhamdulillah. Lepas makan, round lagi sekejap dan terus turun tempat tunggu bas. Disebabkan miscommunication, kami ni tadi memikul la barang seberat-berat tu berjalan ke bas. Punyelah jauh hoiii!! Rupanya tak payah, nanti bas datang amik. Kesian mak akak, kena jalan jauh-jauh. Tak unne!!!
Tak kisahlah tu kan. Asalkan sampai atas bas. Perrghhh!! Dia punya penat tu rasa nak koma. Terus terlepet tido. Sedar-sedar je dah sampai ke Jalan Riau, tempat hotel kami – Grand Serela. Masa tu bilik hotel tak siap lagi, so kenalah kami jenjalan dulu. Apa lagi, tekak pun haus, duduklah minum kejap. Macam biasa, mestilah pekena Teh Botol!
Lepas minum, jalan-jalan lagi sepanjang Jalan Riau tu. Lalu terjumpa ini..
Hahaha. Lawak je.. Koboi Masak
Pastu terserempak pulak dengan gerai Pisang Keju. Memang glamer kat Bandung ni.. Akak pun beli. Nak rasa. Sedap!! Rp12,000 ~ RM4 sebungkus..
Lebih kurang pukul 3.30 petang, barulah dapat masuk bilik..
Mak akak yang homel-homel..
Selepas diberi masa berehat sekejap, jam 5 petang kami dah kena ada kat lobby hotel sebab nak ke Gala Dinner pulak di Sierra Cafe & Lounge yang terletak di puncak kat Dago Hill. Selain Kampoeng Daun, Sierra Cafe & Lounge ni pun salah satu tempat makan yang istimewa kat Bandung. Sejukkkkkkk bila malam dan boleh tengok seluruh kota Bandung. Amazing!
Amik gambo dulu..
Mak akak tanak kalah dengan henpon Nokianya!
Makan…
Sambil makan sambil dengar lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi undangan. Sedap-sedap suara penyanyi Indonesia ni..
Gamba yang akak curi dari FB Pejal..
Dah selesai makan, dengar ucapan dari CAO PruBSN – En. Wan Zam dan dengar nyanyi-nyanyi kami pun baliklah ke hotel untuk tido. Penat seharian berjalan.
Balik hotel, koma menengok barang yang diborong. Baru hari pertama ni. Ada lagi dua hari nak memborong. Baper kilo la nak kena hangkut. Adoii!! Oklaa… Sambung nanti.. Daaa…
12:41 pm on December 8th, 2014
Salam Tuan / Puan
BANDUNG AMANAH TOURS AND TRAVEL menyediakan Khidmat Transport Di Bandung &
Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra,jujur, peramah dan tiptop service
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)
Kereta + Pemandu +Parking +petrol + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)
Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm
Toyota Avanza ( 6seat ) 125 RM
Isuzu Elf ( 12seat ) 195 RM
Isuzu Elf Long (16seat) 270RM
*no extra caj jika nak pegi tangkuban perahu or kawah putih (dalam beza hari)
* we dont need deposit and no penalty if cancle
CALL / text / whatsapp
WhatsApp : +62 838 2178 9103 (fast response)
email : icanyorke@yahoo.com