Entry ni dipetik dari blog bakal doktor ni.. Nanges!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Love Is A Funny Thing
Truth be told, Psychiatry is very boring. Too many theories and too much time spent on one patient. Kalau clerking biasa takes you roughly setengah jam, Psychiatry clerking ambil masa at least one hour. And by the end of 1++ hour tu bukan patient je rasa nak amukan, dengan kau-kau sekali rasa nak bakar hospital.
But today i’ve learned something new.
Instead of going to the psychiatry ward like usual, we went to a school for kanak-kanak kurang upaya. These kids ada yang Down’s,autistic,dyslexic etc etc. Tapi semua periang comel melampaui batas.
Exhibit A:
-memang rasa nak kidnap bawak balik
The principal, Puan Katijah was soo nice and welcoming. She’s so enthusiastic in what she’s doing it’s inspiring. Dah jadi cikgu di sekolah khas since 1984,i wasnt even in my zygotic form at that time. She even wrote songs and later sanggup turun KL carik komposer untuk record lagu ciptaan ini bagi digunakan sebagai alat bantuan mengajar.
I personally think Malaysia needs more teachers like her. Someone who is really passionate in educating the kids, bukan yang sebenarnya jadik cikgu sebab tiba-tiba rasa kerja cikgu je yang senang lepastu cuti banyak heaven woih.
Untuk membuktikan betapa beliau berbesar hati menerima kunjungan student medicine yang tak seberapa ini siap ada prepare bihun goreng tomyam for us T_T
Sepatutnya kitorang yang datang ni lah yang bawak buah tangan,ni dia pulak yang siap jamu bihun goreng satu tray besar. Dahlah makan sampai licin -__-”
Sambil makan bihun sambil tengok students menyanyi menari. Comelness overload.
Ni bukan menyanyi berjoget lagu-lagu bimbo Selena Gomez dan seangkatannya, the songs they sang and dance to were actually very educational. Ada lagu pasal banyakkan minum air, pasal menjaga kebersihan diri and also lagu menggalakkan mereka untuk jadi budak yang baik.
-maaf,kamera sedikit getaran jiwa.
Later in the afternoon i went to a psychogeriatric clinic at the hospital. Psychogeriatric kiranya specialize untuk orang-orang tua yang ada masalah psychology. We met this old couple there. The husband is 90 tahun and suffering from Alzheimer’s disease so ada dementia.
The moment they walked in you can notice that the wife is really exhausted sebab jaga orang dementia ni bukan senang. Sikit-sikit dia lupa and they are highly dependant on their caregiver.
The tone in his wife’s voice kadang-kadang macam nak marah pun ada sebab pakcik ni dahlah ada hearing problem lepastu tambah pulak dengan penyakit ni memang sah-sah kena repeat arahan lapanploh kali baru nak paham. We conducted a mini mental state examination on this uncle to assess his cognitive function.
Based on the assessments, the patient will be given a total score to monitor the level of deterioration in his orientation,memory etc etc. One of the assessment requires the patient to write down a sentence. Since this 90 year old uncle can understand his wife better, we asked his wife to give out the instruction.
This aunty in her high pitch voice shouted to the uncle in chinese,asking him to write down a sentence. And this is what he wrote;
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
:’)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Comel kan? Tapi sedih.. Atau hormon akak je yang mengada-ngada? Sebab abes je baca entry ni, terus air mata akak terjun mencurah-curah..
Cerita ni lebih kurang sama tapi tak serupa dengan cerita arwah datuk dan nenek akak sendiri.
Arwah datuk sebelum meninggal, memang dah sakit lama. Terbaring je. Mungkin 6-7 tahun kot. Ke lebih ntah. Dengan strokenya, jadi apa yang dia cakap memang tak jelas. Kadang-kadang kalau akak melawat dia, kalau dia tanya dan akak tak boleh nak jawab (sebab tak jelas dan tak faham dia nak cakap ape) akak jadi sedih. Sedih sebab dia gigih berusaha nak cakap sampai kita faham. Eii memang tak boleh diingatlah. Tengah menaip ni pon boleh nanges.
So, arwah nenek jela yang biasanya paham apa dia cakap dan jadi tukang translate. Tapi kadang-kadang nenek pon ada macam tertinggi suara sebab datuk pun tak berapa nak dengar, so kena cakap menjerit sikit. Kalau orang lain dengar maybe dia ingat nenek tengah marah datuk.
Satu hari, nenek akak jatuh sakit. Demam. Tak pernah-pernah dia jadi macam tu. Lemah je. Tiga minggu nenek demam dan akhirnya pada 15 Julai 2006 nenek pergi mengadap Ilahi. Sedihnya masa tu. Sampai arwah datuk cakap, semua dah meninggal, dia je yang “tak pegi-pegi lagi”. Yelah, arwah abah akak meninggal tahun 1984. Pastu makcik akak meninggal 1992. Pastu nenek sakit 3 minggu je, pun meninggal jugak. Bagi dia, dia yang sakit dah lama, bertahun-tahun terbaring tapi masih panjang umur.
Lepas nenek meninggal, pakcik akak yang menguruskan makan minum datuk akak. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Genap 45 hari lepas arwah nenek akak meninggal, datuk akak pulak menyusul pada 31 Ogos 2006. Mungkin hidup dia tak sama lepas nenek akak dah takde. Mungkin dia sedih dalam diam, akak tak tahu. Mungkin jugak dia patah hati sebab nenek akak dah takde. Tapi bagi akak, inilah dia cinta sehidup semati.
Bayangkan, 6-7 tahun terlantar sakit tak bangun, datuk akak masih boleh bertahan tapi lepas cinta hatinya pergi, dia pon pergi. Memang ajal maut ni Allah dah tentukan cuma kami satu family memang terharu dan sedih sebab Allah sayangkan datuk. Tak bagi dia bersendiri lama-lama. Dan kubur dorang pun sebelah-menyebelah!
Hmm.. Isk! Penatla menanges. Akak stop kat sini.. Bye!