Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Tiba-tiba akak sedar, unta fadang fasir pun tak femalash macam akak..Haha..

Yezzahhh!! Akhirnya setelah berkurun lama barulah akak merajinkan diri untuk hapdet entry last Hong Kong ni. Gila wehh!! Trip bulan May, nak masuk September barulah nak habeskan entry. Ekceli akak taklah pemalas sangat. Buktinya banyak entry lain yang akak tulis cuma entry Hong Kong ni malas nak edit-edit gambonya. Sebab tu jadi tertangguh-tangguh..

Anyway…. Ni lah keadaan betapa havocnya masa hari nak balik tu.. Semua berkumpul kat lobby untuk check out..

pic1

pic2Gemuknya akak masa ni.. 63kg hoii! Sekarang 57kg okeh.. Matilah caption takde kena mengena dengan gamba..Huhu..

Lepas settle check out semua, bergeraklah kami ke airport lebih kurang 11.45 pagi..

pic3PP yang telah bertukar menjadi Iron Man

pic4Sekitar pemandangan dalam perjalanan ke airport

Sampai airport dalam 12.30 tengahari..

pic5

Boleh tahan panas cuaca masa tu..

pic6

pic7Teket balik

Lepas settle urusan check in, kitorang pun jenjalan dalam airport tu..

pic8Nape Guardian jadi Mannings? Agaknya sama makna kot..

pic9Kedai Aji Ichiban.. Assalamualaikum Aji! *tetiba

Nampak pulak Chatime. Tengah haus pulak tu.. Apa lagi, singgahlah.. Lagipun nak mengabeskan saki baki duit Hong Kong yang ada..

pic10

pic11Sampai hati panggil akak Matcha..

pic12Halal okeh.. Yang kat Malaysia punye, takde pulak nampak tanda Halal.. Hmm..

pic13

Lepas dah lepak-lepak minum, akhirnya tibalah masa untuk boarding..

pic14

pic15Naik tren ke terminal

Ni la rupa kapal terobang kami.. Malaysia Airlines A380

pic16

pic17Boarding time..

Patutnya take off pukul 2.45 petang tapi pukul 3.15 tak jugak gerak-gerak.. Rupanya jem daa… Ujan pulak tu…

pic18

pic18Sape cakap naik kapal terbang tak bleh jem? Huhu..

Tak lama tu, terbanglah kami di awan biru… Dan dihidangkan dengan lunch set ini..

pic20Meriah…

Perjalanan mengambil masa 4 jam dan lehih kurang 7.30 malam kami sampai ke KLIA. Lepas amik luggage semua, marilah kita tengok berapa bayaran parking kat KLIA untuk 4 hari…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

pic21Yezzah! 176 hengget!! Kongsi 4 orang = RM44 sorang.. Okla tu.. Hiks!

Sampai Kotadem dalam 9 lebih.. Terbongkang kepenatan…

So, berakhirlah sudah catatan perjalanan akak ke Hong Kong. Okbai.. *nampak nau pemalas nak buat penutup..Heehee..

Pagi tadi akak menemankan client akak iaitu kawan akak sendiri buat medical check up baby kat Damansara Specialist sebab dia nak amik insurans untuk baby dalam perot dia tu. Lepas setel, kitorang pun nak pegi makan sebab masa tu dah pukul 12 lebih. Laparrr sebab tak sempat brekpes.

Perjalanan untuk mencari sesuap nasik demi meneruskan kelangsungan hidup pada hari ini agak mencabar. Selepas mendapati Restoran D’Cengkih TTDI tutup, akak telah mengajak member akak serta suami dan anaknya makan di Restoran Puteri milik Rubiah Suparman di Sg Penchala.

Selepas berhempas pulas mencarik parking yang super pack kat situ, dan kemudian mendaki pula tangga untuk sampai ke atas puncak tempat terletaknya restoran tersebut, kami mendapati restoran tersebut ditutup untuk public sebab kampeni HP tengah buat open house. Cis bedebah!! Akak hanya memandang sayu 2 ekor kambing golek yang tengah terkangkang dipanggang di situ lalu turun semula ke kereta. Hoii bengang!!

Selepas menarik nafas menahan amarah, kami bercadang makan kat OU je. Dah dekat kat situ kan. Lagipun hasben kawan akak nak makan makanan Korea. Lets!!

Bagi seseorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Korea, dapat makan di restoran Korea pun sudah memadai. Kami makan di Seoul Garden. Buffet Lunch sajork. 3 orang dewasa dan sorang kanak-kanak, total yang dibayar oleh hasben kawan akak ialah RM140+. Kurang sikit amarah akak sebab orang belanja. Kih kih.. Tataulah mahal ke tak sebab ini festaim in mailaif makan kat sini..

Mari saksikan..

image

image

Sekelian flora dan fauna yang direbus dan digrill..

image

image

Kami yang happy!

image

Lepas makan, dorang terus shopping barang baby di OU manakala akak pulak sekarang kat opis. Huhu.. Sekian saja entry tak berfaedah hari ni.. Daa…