Ho! Ho! Ho! Hong Kong!!! ~ Hari Ketiga : Part 2 – Victoria Peak

Selain Ngong Ping 360° yang terletak di Lantau Peak, ada satu lagi tempat tarikan pelancongan di Hong Kong yang kami nak pegi. Yang ni pun terletak di tempat yang tinggi jugak iaitu Victoria Peak. Gitu.. Sume peak-peak belaka..

Bajetnya, nak ke Victoria Peak tu, petang-petang sikit. So, boleh stay sampai malam dan tengok pemandangan malam dari atas sana. Kata orang, cantik sangat viewnya. So, kenalah pegi tengok sendiri kan?

Oleh kerana masa tu baru pukul 3 petang, ada masa lagi untuk kami jalan-jalan sekitar bandar Hong Kong dulu. Ada yang nak carik T-Shirt Hard Rock, pastu ada member akak pulak kirim short glass Hard Rock. Duit dah dibagi, kena lah jugak carik benda alah tu.

So, dari Stesen Tung Chung kami amik MTR ke Stesen Hong Kong. Dari Stesen Hong Kong, kalau ikut hasil Google, boleh jalan kaki je ke stesen MTR Central. Dan dari stesen Central pulak, memang dah dekat kalau nak ke Hard Rock Cafe tu. So, lets!

Menuju ke stesen Central

Tanye dua tiga orang, akhirnya berjayalah kami keluar dari stesen Central tu.. So, inilah dia rupa bandar Hong Kong macam selalu dalam cite Cina tu.. Hehe…

Jalan punya jalan, tanya punya tanya, taraaaaaa… Sampai jugak ke Hard Rock Cafe yang dicari-cari ittew..

Sebok je Ibrahim kat belakang tu nak enterframe

Pilih jangan tak pilih

Lepas dah setel member kat Hard Rock perut pon dah mula berkeroncong. So, apa kata isi perut dulu. Dalam banyak-banyak restoran yang ada, Ebeneezer’s ni je yang nampaknya ada tanda Halal. Restoran ni jugak yang kami nampak kat Ngong Ping tu. Bila tengok harga, ceh!! Sama je. Baik makan kat atas Ngong Ping tu.. Huhu..

Pelbagai menu yang boleh dipilih

PP amik nasik beriyani – HKD62 (RM25)

Akak amik lamb kebab – HKD68 (RM28)!! Tak tecekik ko nak mengabeskan? Mahal dowhhh!

Tecekik dalam tawa.. Haha..

Makanan kat Hong Kong ni memang mahal wehh.. Kalau tak kerana dah kebuluran, mau akak sumbat-sumbatkan je mulut akak dengan roti. Itu pon kitorang tak order air. Air dah siap-siap bawak dari hotel. Nak jimat punya pasal. Haha pedulik!

Bila perut sudah kenyang, barulah mood nak berjalan tu mari.. Kitorang tanya pekerja restoran tu, cemana cara nak pegi Victoria Peak. Dia bagitau, boleh naik bas, boleh jugak naik tram. Kalau naik bas tu, kena tanggunglah hazab berhimpit-himpit sebab hari tu hari Sabtu, so memang tourist ramai yang nak naik ke Victoria Peak tu.

Timbang punya timbang, kitorang pikir nak naik tram jelah.. Tanya pulak jalan nak ke stesen tram tu. Aiii berbelit-belit. Tanya orang ni, lain ditunjuknya. Tanya orang tu, lain pulak. Dua tiga kali gaklah berhenti tanya. Ingatkan jalannya dekat je. Rupanya, maakk aiii.. Eksesaislah jugak kiranya hari tu..

Hoii! Jauh lagi ni..

Finally, sampai jugaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!!! Hongeh!

The Peak Tram

Page 1 of 4 | Next page