Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Siapa dapat kad ucapan raya (bukan kad raya elektronik ye) pada tahun ini, angkat tangan!! Hmm…nampaknya takde sorang pun yang dapat ye? Kad raya; 6-7 tahun dulu, menjadi suatu tanda bahawa anda masih diingati oleh kawan-kawan, sanak saudara, boifren-boiren atau gelfren-gelfren. πŸ˜‰ Tetapi apabila teknologi Internet berkembang pesat pada tahun 2000, ditambah pula dengan adanya kemudahan telefon bimbit, kad raya sudah dianggap artifak zaman batu. Sesiapa yang menerima kad raya pada tahun ini, walaupun hanya sekeping sepatutnya berbangga! (saya dapat 2 keping pada tahun ni πŸ˜€)

Bercerita tetang kad raya, semasa saya masih belajar di sekolah rendah (1985-1990), kad raya yang saya terima dari kawan-kawan berpuluh keping. Siap letak dalam album dan akan berlumba dengan kawan baik, siapa yang dapat kad raya paling banyak. Ada yang sampai beli sendiri, tulis sendiri, hantar kepada diri sendiri (saya tak ingat sama ada saya melakukan benda yang sama atau tidak. Hiks! Rasanya macam tak..) Petua saya mudah sahaja. Kalau nak dapat kad raya daripada orang, kita kena bagi kepada orang tu dulu. Jangan lupa letak pantun – Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas. Dan kalau kita nak tengok kad raya kita digantung di pokok hiasan di rumah kawan kita, jangan lupa sertakan pantun ini – Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung. Hehe. Kalau dapat kad raya dari cikgu, lagilah bangga.

Semasa di sekolah menengah, kad raya yang diterima sudah berkurangan. Mungkin yang hantar kad raya kepada kita, kawan-kawan yang sudah lama kita tak jumpa. Maklumlah, naik je sekolah menengah, ada yang masuk asrama atau berpindah ke tempat lain. Jadi, sebagai tanda ingatan, kiriman kad raya menjadi pengganti diri. Mungkin juga semasa di sekolah menengah, ada yang dah pandai admire pakwe tu, minat makwe ni. Jadi kad raya digunakan sebagai langkah pertama perkenalan atau mula menjalinkan persahabatan dengan ucapan “Assalamualaikum Suzi (bukan nama sebenar) Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Lebaran. Raya-raya jugak, PMR jangan lupa. Ikhlas dari Anak Pak Mat Tempe“. Begitulah lebih kurang.

Kemudian, apabila mula menjejakkan kaki ke universiti, lagilah tak dapat kad raya. Kalau ada pun, dari mak di kampung (itupun merengek-rengek 10x mintak mak kirim kad raya! Bukan ape, nak act sikit ngan kawan-kawan). Ataupun masa ni dah ada steady boifren/gelfren yang bagi kad raya bermuzik. Kalau boleh, setiap masa nak baca kad raya yang boifren/gelfren bagi tu sampai bateri lemah. Haha! Ini bukan cerita saya, cerita orang lain ye.

Tahun 2000 saya mula bekerja, Internet sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Saya sudah malas mengirim kad raya sebaliknya hanya mengirim kad raya elektronik saja. Cepat, jimat dan mudah! Saya biasanya mengirim kad raya melalui http://www.123greetings.com. Cantik dan bermacam-macam pilihan. Di samping itu, kita juga mengirim ucapan hari raya melalui SMS dan MMS. Salah satu SMS yang biasa saya kirim kepada kawan-kawan ialah, “Dagang Pak Malau dagang berlipat, dagang saya mengkuang Mak Limah, kalau teringin nak makan ketupat, jemput-jemputlah datang ke rumah“. Menarik bukan?

Ya kawan-kawan, begitulah perkembangan tekologi menghapuskan budaya mengirim kad ucapan hari raya pada zaman sekarang. Mungkin ada di antara adik-adik atau anak-anak kita yang dah tak tau apa itu kad ucapan hari raya. Dan sebab itu juga saya gelarkan kad raya sebagai artifak peninggalan zaman batu! Setuju?

Send this free eCard

Send this eCard !

Selamat Menyambut Lailatul Qadar!

Pasti di antara kita yang dah tak larat nak bangun pagi, menghadap traffic jam pergi dan balik kerja dan juga mengadap muka boss kan? πŸ˜‰ Dan pasti juga ramai yang terfikir-fikir nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri..to be our own boss! Sebenarnya saya pon begitu. Sebab itu saya telah mengambil keputusan yang paling besar dalam hidup saya dengan BERHENTI KERJA! Ya!Berhenti kerja. 17 Ogos, hari pertama saya bergelar Boss! Hahah!

Semasa mula-mula buat keputusan itu, cuak juga. Yelah, dah 7 tahun bekerja makan gaji dan biasa dapat gaji setiap hujung bulan (pernah jugak dapat tengah-tengah bulan!), tiba-tiba kena mencari gaji sendiri. Besar dugaan tu! Tapi, apabila dah ambil keputusan tu, kenalah kuat semangat dan tak boleh berpatah balik. Alhamdulillah, mak dan kakak saya tak pernah menentang walaupun terdapat juga segelintir kawan-kawan yang menanyakan soalan-soalan maut seperti ini – “Kau tak takut ke?”, “Ada gaji basic tak?”, “Boleh kaya ke?” dan seribu satu soalan lagi.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Rasulullah s.a.w telah menegaskan: “9 daripada 10 punca rezeki itu adalah daripada perniagaan.” Ramai orang faham hadis ini, tetapi tidak ramai yang berani menyahut cabarannya. Ada juga yang berani berniaga sendiri, tapi ramai juga yang kecundang. Walaupun saya berani menyahut cabaran itu, saya masih lagi bertatih untuk memastikan perniagaan saya nanti akan berjaya. Doakan saya ye..

Pengalaman berniaga saya bermula seawal umur 4 tahun. Ayah saya di masa lapangnya, suka menjala ikan. Jadi, banyaklah ikan yang dia bawa balik. So, saya dan emak akan round keliling kampung menjual ikan. Mak jadi tukang angkut bakul, saya tukang jerit. “Itan..itan..itan!!” (maaf, masa ni saya pelat lagi. πŸ™‚) Yang seronoknya, tak pernah ikan saya tak laku..Hee hee..Saya juga biasa menolong emak rakan saya menjual kuih keliling kampung. (Did i sound like Siti Nurhaliza? Haha) Dapatlah upah RM1.00. Best betul. Boleh beli aiskrim.

Semasa di sekolah menengah, saya memilih Kelab Usahawan Muda sebagai subjek kokurikulum saya. Pengalaman kami menjual popia goreng sewaktu Minggu Aktiviti, amat mengujakan! Laku macam goreng pisang panas! (Mungkin sebab kawan seperniagaan saya cun orangnya. Huhu)

Semasa masih lagi berkerja, saya juga pernah menjual kerepek. Pelanggan saya tak lain tak bukan, budak ofis! Tau jelah kalau budak lelaki, petang-petang je mesti ada makanan nak dikunyah. Saya menjual kerepek di ofis ni sekejap aje. Salah satu sebab, margin untung tak berapa besar, dan juga kesibukan dengan tugasan pejabat menghalang saya untuk pergi mengambil stok. Selain itu, saya juga ada trauma dengan kerepek ni. Hiks..

Sebelum berhenti kerja, banyak juga bidang-bidang perniagaan yang saya timbangkan untuk diceburi. Di antaranya, menanam cili secara fertigasi , menternak lembu fidlot dan projek cendawan. Saya buat research di Internet dan berjumpa sendiri dengan usahawan yang telah menjalankan projek cili secara fertigasi di rumahnya. Memang menarik, tapi bila memikirkan bidang tersebut memerlukan modal yang besar, hasrat saya terbantut.

Sehinggalah sesuatu berlaku, saya nekad terus untuk berhenti kerja dan dengan bantuan rakan saya, Jinggo, saya menceburi bidang yang 100% lari daripada kerjaya asal saya sebagai Programmer dan menjadi Perunding Pelaburan CIMB. Belajar Sains Komputer selama 4 tahun semasa di universiti. Bekerja selama 7 tahun sebagai programmer, dan kemudian beralih arah ke bidang kewangan.

Berbeza betul kehidupan saya semasa masih bekerja dan bila dah bekerja sendiri. Kalau dulu, pagi-pagi dah keluar pergi kerja, balik pula mungkin bila matahari dah tak ada. Tapi sekarang saya boleh menentukan jadual saya sendiri. Tapi silap haribulan, asyik melepak di atas tilam. Bila bekerja sendiri, disiplin diri paling penting. Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Jadi minta maaf sekiranya di waktu ini saya masih berada di atas katil! Hahah!

Nanti saya sambung lagi..