Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Kadar tol 4 lebuh raya termasuk PLUS tidak naik tahun depan. Berita lanjut di Utusan Malaysia.

Phewww!! Alhamdulillah walaupun sampai tahun 2008 sahaja tol tidak akan dinaikkan tapi begitu besar kesannya kepada rakyat golongan marhain seperti kita. Hmm, kita ini sebagai rakyat inginkan kemajuan, kemudahan, tapi apabila disuruh membayar sedikit, tak mahu pula kan? Hehe. Kita bukan tak mahu membayar, tetapi yang kita marah apabila kerajaan merungut apabila terpaksa membayar pampasan kepada pihak konsesi lebuhraya sedangkan pada sambutan tahun baru, 1 Januari nanti berjuta-juta duit kerajaan digunakan untuk membakar bunga api! Bukankah itu suatu pembaziran?

Dan bagaimana pula nasib saudara kita di Sabah dan Sarawak? Bertahun-tahun dijanjikan kemudahan jalanraya, elektrik, air dan sebagainya tetapi sehingga sekarang masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Tanah merah berlumpur. Kanan-kanak ke sekolah menaiki bot dan berjudi nasib dengan Bujang Senang. Saya menulis begini bukan saya tidak cintakan Malaysia sepertimana komen yang saya terima pada entry saya sebelum ini. Sebab saya sayangkan Malaysialah saya terpaksa menulis begini. Kenapa kita di Semenanjung boleh menikmati kemudahan-kemudahan yang baik sedangkan saudara kita di Malaysia Timur tidak menerima kemudahan yang sama?

Seperti kata pepatah, Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Saya bukan penentang kerajaan tetapi terdapat juga tindakan-tindakan kerajaan yang sedikit membuatkan hati saya tidak senang. Lambat benor bertindaknya. Ya, saya faham, bentuk geografi kawasan-kawasan tersebut tidak mengizinkan untuk dilengkapi kemudahan-kemudahan tersebut tetapi dengan kajian, perancangan, idea dan proses yang betul, pasti sesuatu dapat dilakukan. Aikk..saya ni beriya-iya dengan Sabah & Sarawak, ada boyfriend dari Sarawak ke? Huhu..

Bercakap tentang boyfriend Sarawak, saya teringat seorang classmate saya semasa tingkatan 4 & 5 di Jasin dahulu. Dia berasal dari Sarawak tetapi saya tidak ingat daerah mana. Orangnya tidaklah handsome sangat tapi manisnya ada. Senyumannya manis dengan gigi taringnya. Saya admire dia sebab dia seorang lelaki macho. Bayangkan, ketika budak-budak perempuan kelas saya terhegeh-hegeh membersihkan perut ayam semasa Minggu Aktiviti Maktab, dia dengan cekap membuatnya. Dia juga macam Superman semasa menangkap cicak di dinding. Haha. Manis betul kenangan dulu. Kepada WAL ISMI AHMAD atau siapa-siapa yang mengenalinya, contact gua ok!

P/S : Sorry, tajuk lari daripada entry. Hiks!