Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

PENUNJUK perasaan di Amman, Jordan melekatkan kasut di poster Bush.

Pembuat sepatu Turki terima tempahan dari seluruh dunia

ISTANBUL: Peristiwa Presiden George W Bush dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi menyebabkan beliau dipenjarakan, manakala Bush pula mendapat malu. Bagaimanapun lain pula halnya di Turki apabila kejadian yang berlaku berjaya meningkatkan industri kasut di negara itu secara mendadak.

Ramazan Baydan pemilik Syarikat Baydan Shoe yang beribu pejabat di Istanbul, kini menerima tempahan dari seluruh dunia selepas mengesahkan bahawa syarikatnya adalah pengeluar kasut kulit berwarna hitam yang dilemparkan Zaidi kepada Bush pada satu sidang akhbar minggu lalu.

Beliau terpaksa mengambil khidmat 100 orang pekerja tambahan untuk memenuhi tempahan 300,000 pasang kasut Model 271, jumlah tempahan yang empat kali ganda melebihi jualan tahunan syarikat itu, sebagai sokongan kepada tindakan wartawan berkenaan.

Baydan berkata tempahan paling besar diterima dari Amerika dan Britain, selain negara Islam yang berjiran.

“Kami menerima tempahan 120,000 pasang kasut dari Iraq, manakala sebuah syarikat di Amerika menempah 18,000 pasang. Sebuah firma Britain juga menawarkan untuk menjadi pengedar bagi kasut itu untuk jualan di Eropah,” katanya.

Baydan berkata kasut model 271 itu sudah berada di pasaran sejak 1999 dan dijual dengan harga kira-kira £28 (RM196) di Turki.

Peningkatan mendadak terhadap tempahan kasut model itu juga dicatatkan di Syria, Mesir dan Iran, manakala persekutuan pembuat kasut di negara berkenaan menawarkan Zaidi dan keluarganya bekalan kasut untuk seumur hidup.

Baydan turut merancang menukar nama model kasut 271 itu kepada model ‘the Bush Shoe’ atau ‘Bye-Bye Bush’.

“Kami sudah menjual kasut model ini sejak beberapa tahun lalu, tetapi syukurlah, dengan peristiwa ‘kasut terbang’ itu, kini tempahan yang diterima sungguh di luar jangkaan. Kami juga menimbang untuk menyiarkan iklan televisyen,” katanya.

Zaidi masih ditahan di lokasi rahsia, manakala laporan menyatakan beliau dibelasah teruk. Beliau berdepan hukuman penjara jika sabit kesalahan, tetapi dikatakan sudah menghantar surat memohon maaf dan pengampunan. – Agensi

———————————————

Terasa macam nak jadi pengedar kasut 271 kat Malaysia pulak. Hiks! Takde katalog macam kasut Rorine tu ke? Ngeh ngeh ngeh

Happy Birthday to You…
Happy Birthday to You…
Happy Birthday to Andi…
Happy Birthday to You…

Selamat ulangtahun hari lahir yang ke-xx pada hari ini, 23 Disember 2008. 😉

Ya, Andi yang saya kenali 15 tahun yang lalu merupakan sahabat pena luar negara (Indonesia) pertama yang saya ada. Bermula dengan berutus surat, kami berhubung sehingga sekarang melalui YM/Email/SMS dan juga panggilan telefon.

Saya mengenalinya ketika saya berada di tingkatan 3. Masa tu, saya membaca majalah URTV kakak saya. Macam biasa, belek-belek majalah tu sampailah ke ruangan kenalan. Hello, saya tak berkenalan dengan jejaka-jejaka Malaysia, OK..Hiks! Saya ternampak satu gambar. Eh, comellah budak ni kata saya dalam hati. Gambarnya ketika berumur belasan tahun dengan pakaian sekolah. Alamatnya di Riau, Indonesia. Lalu saya pun menulis surat kepada Andi.

Agak lama juga saya menunggu balasan Andi. Lebih kurang sebulan.  Seiingat saya surat pertama yang dikirim oleh beliau, saya terima pada bulan Disember 1993. Ketika itu, kisah Highland Towers masih hangat diperkatakan dan salah satu soalan Andi di dalam surat pertamanya berkisar tentang tragedi di Highland Towers. Seperti entry saya sebelum ini, tulisan Andi sangat cantik dan kemas. Kalah tulisan perempuan. Hehe.

Ketika saya menulis entry ini, saya sedang berYM dengan Andi. Oh, ya! Andi pun ada website tau. Klik di sini.

Ok, di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Hari Lahir. Semoga Andi dirahmati Allah dan dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Semoga bertemu jodoh dengan wanita solehah yang dicintai. Semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.

Mana tau, kalau ada rezeki lebih, masa saya kahwin nanti, saya sponsor Andi datang ke Malaysia, ya. Hiks..