Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Happy Birthday to You…
Happy Birthday to You…
Happy Birthday to Andi…
Happy Birthday to You…

Selamat ulangtahun hari lahir yang ke-xx pada hari ini, 23 Disember 2008. πŸ˜‰

Ya, Andi yang saya kenali 15 tahun yang lalu merupakan sahabat pena luar negara (Indonesia) pertama yang saya ada. Bermula dengan berutus surat, kami berhubung sehingga sekarang melalui YM/Email/SMS dan juga panggilan telefon.

Saya mengenalinya ketika saya berada di tingkatan 3. Masa tu, saya membaca majalah URTV kakak saya. Macam biasa, belek-belek majalah tu sampailah ke ruangan kenalan. Hello, saya tak berkenalan dengan jejaka-jejaka Malaysia, OK..Hiks! Saya ternampak satu gambar. Eh, comellah budak ni kata saya dalam hati. Gambarnya ketika berumur belasan tahun dengan pakaian sekolah. Alamatnya di Riau, Indonesia. Lalu saya pun menulis surat kepada Andi.

Agak lama juga saya menunggu balasan Andi. Lebih kurang sebulan.Β  Seiingat saya surat pertama yang dikirim oleh beliau, saya terima pada bulan Disember 1993. Ketika itu, kisah Highland Towers masih hangat diperkatakan dan salah satu soalan Andi di dalam surat pertamanya berkisar tentang tragedi di Highland Towers. Seperti entry saya sebelum ini, tulisan Andi sangat cantik dan kemas. Kalah tulisan perempuan. Hehe.

Ketika saya menulis entry ini, saya sedang berYM dengan Andi. Oh, ya! Andi pun ada website tau. Klik di sini.

Ok, di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Hari Lahir. Semoga Andi dirahmati Allah dan dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Semoga bertemu jodoh dengan wanita solehah yang dicintai. Semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya.

Mana tau, kalau ada rezeki lebih, masa saya kahwin nanti, saya sponsor Andi datang ke Malaysia, ya. Hiks..

One Comment

  1. wanita_solehah
    4:24 pm on December 30th, 2008

    happy birthday 2u………