Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

BABI!

That’s all i can say. Please, pardon me if this word is too harsh! (When I’m angry, I speak English..Kih kih kih)

—————————————————————–

Sumber: Utusan Online

Bayi setahun didera secara seksual

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Lebih teruk daripada binatang. Usia bayi perempuan itu baru setahun. Namun si ‘pemangsa’ bertindak seperti binatang – memasukkan objek seperti pensil atau jari ke dalam kemaluan bayi itu.

Perbuatan suspek dipercayai bertujuan memuaskan nafsu serakahnya.

Segala-galanya terbongkar apabila ibu bayi malang itu mengesan darah pada kemaluan anaknya semasa menukar lampin pada 18 Februari lalu.

Ibu bayi itu yang hanya ingin dikenali sebagai Liew, 20-an berkata, dia menghantar anak sulungnya ke rumah pengasuh di Bandar Baru Sentul sejak tujuh bulan lalu.

Dia yang bekerja sebagai kerani terkejut apabila mendapati kemaluan anaknya mengeluarkan darah.

“Saya terus membawa anak ke klinik berdekatan dan doktor menasihatkan agar membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan anak saya dimasukkan dengan sesuatu ‘benda’ seperti pensil atau jari lebih tiga kali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, dia ada memaklumkan perkara itu kepada pengasuh bayinya tetapi jawapan yang diterima – tiada kemalangan menimpa anaknya.

Menurut Liew, akibat kejadian tersebut, anaknya berubah menjadi kurang aktif, kerap menangis dan selalu mengalami demam panas serta muntah-muntah.

“Saya tidak lagi menghantar anak saya ke rumah pengasuh tersebut dan terus berhenti kerja sejak kejadian itu,” katanya.

Dia memberitahu, keluarga pengasuh anaknya mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 tahun.

Liew membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada 18 Februari, iaitu hari dia mengesan kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Bagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan sikap kasar polis yang menyiasat kes tersebut,” dakwanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Choo Lily ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Polis masih menyiasat dan telah mengambil keterangan ahli keluarga pengasuh terbabit,” katanya sambil memberitahu setakat ini tiada penahanan dibuat.

One Comment

  1. talang karet
    12:25 pm on February 24th, 2010

    saman aje pengasuh tuu