Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

1. Satu garisan di bawah tandatangan

  • Seorang yang sangat yakin
  • Ada personaliti yang hebat
  • Agak mementingkan diri sendiri
  • Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tandatangan

  • Romantik
  • Mudah bertukar pasangan macam menukar baju
  • Memilih kecantikan (bagi lelaki)
  • Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
  • Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tandatangan

  • Kelihatan mudah dan tenang
  • Cepat hilang kepercayaan pada orang yang dipercayaai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tandatangan

  • Seronok dengan kehidupan
  • Ikut gaya dan cara sendiri
  • Kurang memberikan perhatian kepada pandangan orang lain

5. Tandatangan yang tiada kaitan dengan nama

  • Sentiasa berusaha supaya smart
  • Suka berselindung
  • Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
  • Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tandatangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

  • Cerdik tapi kurang hendak berfikir
  • Cepat menukar pandangan dan idea

7. Tandatangan huruf satu-satu, tidak bersambung

  • Seorang yang sangat prihatin
  • Tidak pentingkan diri sendiri
  • Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
  • Seorang pemikir
  • Seorang yang mudah serik

8. Tandatangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

  • Seorang yang sangat baik
  • Boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan atau dengan siapa saja yang anda berurusan
  • Tegas dengan pendapat sendiri
  • Ada semangat yang tinggi

** Dipetik dari akhbar Mingguan Warta Perdana

Semalam saya mendapat satu missed call dari nombor 010xxxxxxx. Saya pelik dan tatau siapa yang empunya nombor tu. Jadi, saya pun hantar sms ke nombor tersebut sebab takut ada benda urgent.

Saya : Sape ni?

Pemilik 010 : Ismail

Saya : Ismail mane? Sori, saya tak simpan no ni…

Pemilik 010 : Noni nih siapa?

Huwak huwak huwak..Saya terus migrain dan rasa nak pitam. Bukan NONI la pakcik Mail oii!! ‘Nombor’ ni. Terus saya tak reply dah. Buat ngabeskan kredit aku je pakcik Mail ni la…Haha..Saya suspek, Ismail merupakan seorang pakcik yang sudah berumur dan menulis SMS kepada kawan-kawannya seperti berikut :-

“Hello Ramli. Engkau berada di mana sekarang? Aku nak tanya sama ada kita jadi atau tidak ke warung Milah Janda untuk menikmati secawan Kopi Janda?” (Bodoh betul iklan Kopi Janda tuh!!)

Kalau diterjemahkan kepada penulisan SMS yang ringkas akan berbunyi begini :-

“Beb, ko katne? jd tak nak g warung Milah Janda nak mnm kopi Janda?”

Haha, terima kasih pakcik Mail kerana mewarnai hariku semalam..