Sambung balik entry Hokkaido yang tertangguh 😉
Pagi selepas bersarapan di hotel, kami dibawa melawat Jigokudani atau Hell Valley iaitu bekas gunung berapi yang terletak di atas pekan Noboribetsu Onsen. Bekas gunung berapi ini mengeluarkan wap, aliran sulfur dan masih mempunyai aktiviti-aktiviti gunung berapi. Info lanjut klik sini.
Oleh kerana sewaktu kami pergi masih dalam musim salji, maka Hell Valley ini putih diseliputi salji.
Pemandangan putih yang sejuk
Saya sempat menGoogle, dan macam nilah rupanya kalau bukan musim salji.
Jigokudani
Sesi bergambar beramai-ramai
Kami diberi masa lebih kurang 20 minit sahaja di Hell Valley. Oleh kerana banyak lagi tempat yang akan dilawati pada hari itu, selepas bergambar-gambar, kami perlu bergerak pula ke Noboribetsu Bear Ranch. Untuk sampai ke Noboribetsu Bear Ranch, sekali lagi kami menaiki kereta kabel.
Muka kena bengis supaya bear-bear kat atas tu takut. Hiks!
Pemandangan dari dalam cable car
Sesampai sahaja di atas, kami dibawa untuk menyaksikan perlumbaan itik. Setiap seorang daripada kami boleh memilih warna itik yang disukai. Warna itik ditentukan oleh tag yang dililit pada leher itik tersebut. Ada kaler merah, hijau, hitam dan lain-lain warna lagi. Pemenang yang mana warna itik yang dipilihnya berjaya sampai dahulu ke garisan penamat, akan mendapat hadiah. Kelakar giler tengok itik-itik tu terkedek-kedek bila masuk lumba lari.
Itik-itik tengah ready nak masuk balapan
Masa itik ni tengah lari, saya ada amik video tapi malas pulak nak upload. Keputusannya..itik MERAH yang menang. Saya pilih itik HITAM tapi dapat nombor 2. Cet!! Pemenang yang pilih itik MERAH, dapat hadiah saputangan. Jadilah, kan?
Selepas menyaksikan pertandingan lumba lari itik, kami dibawa pula melihat aksi akrobatik beruang.
Beruang yang gigih nak panjat tiang
Selepas menyaksikan pertunjukan beruang, kami dibawa pula untuk bergambar dengan Ketua Orang Asli Jepun. Nasib baik takde cucuk-cucuk tulang kat lubang hidung. Huhu
Bersama Tok Ketua Orang Asli. Sopan je pakaian dia. Kenapa pakaian Orang Asli Malaysia seksi-seksi? Huhu
Selepas bergambar dengan Tok Ketua, akhirnya kami melawat tempat yang ditunggu-tunggu. Bear Ranch! Kami boleh membeli biskut makanan beruang yang dijual dengan harga 100 Yen sebungkus untuk diberi kepada beruang-beruang yang kelaparan. Bapak besar beruang-beruang tu. Kalau ditamparnyelah muka saya ni, mau berpusing. Nasib baik beruang-beruang ni diletakkan dalam sangkar kaca.
Tengok..punyelah besar bear kat belakang saya tu
Sume tengah tunggu beskot. Lapar eh?
Tengah rilek sebab dah kenyang makan beskot yang kami bagi
Best sangat kat atas tu. Keliling sume salji. Sejuk-sejuk pon gigih nak bergambar-gambar
Saya rasa saya bersandar kat pagar tapi disebabkan dah diseliputi salji, ape rupa pagar tu pun saya tak tau
Selepas puas berada di Noboribetsu Bear Ranch, kami dibawa pula melawat tempat paling menarik iaitu Noboribetsu Date Jidai Mura. Tempat ini merupakan Taman Tema Bersejarah yang menempatkan perkampungan ninja. Di sini pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Di antaranya menonton persembahan teater pendek Ninja vs Samurai, rumah hantu, Ninja Maze (budak-budak yang masuk dalam Ninja Maze ni sume pening-pening) dan macam-macam aktivit lain lagi. Info lanjut klik sini.
Bersama sebahagian pelakon Ninja vs Samurai
Di sini juga kami sempat membeli keropok dakwat sotong. Kreatif betul orang Jepun ni. Dakwat sotong yang hitam pun boleh dijadikan keropok yang sedap. Nyam nyam!
Iglu. Salji tengah lebat pon gigih amik gambar nih!
Berlatar belakangkan perkampungan Ninja
Tatau la ape nama menara ni
Selepas berjaya menghabiskan beberapa ribu yen lagi di sini (cenderamata/keropok/pedang samurai mini), kami akhirnya dibawa makan tengahari. Perut pun memang dah lapar.
Setelah selesai makan tengahari di Kanigoten Restaurant, kami bergerak pulang ke Sapporo. Perjalanan dari Noboribetsu ke Sapporo memakan masa lebih kurang 3 jam. Tiba di Sapporo lebih kurang jam 5 petang dan kami diberi masa membeli-belah di Daimaru sehingga jam 7 malam. Di sinilah terletaknya butik Burberry yang menempatkan versi Burberry Blue Label. Hanya di Jepun sahaja dijual brand Burberry Blue Label ini. Info lanjut klik sini.
Selain itu, di sini juga terletaknya gedung IT terbesar di Sapporo iaitu BIC CAMERA. Lebih kurang Lowyat Plaza kalau di KL. Gedung yang mempunyai 5 tingkat (kalau tak silap saya), memang syurga membeli-belah kepada penggila-penggila gadjet terkini. Dari PSP, handphone, kamera dan barang-barang elektronik yang lain. Memang gile tengok barang-barang elektronik dorang. Pelentik bulu mata lah, macam-macam. PSP yang berharga hampir RM900 di KL, hanya sekitar RM500 sahaja di sini. Memang gile. Tapi, haruslah instruction semua dalam Bahasa Jepun. Tapi ada jugak di antara kami yang beli. Kena jaga elok-eloklah. Kalau rosak, tak ada warranty. Repair, kena bayar sendiri. Tu je risikonya. Hehe
Selepas puas window shopping (tak beli apa pun, sebab mahal. Huhu), kami dibawa makan malam di Miyabi Restaurant dan kemudiannya balik semula ke hotel.
Sambung lagi part 5. Ntah bila pulak nak sambung nih..