Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya tak pernah lagi sampai ke Indonesia, jadi saya tidak tahu keadaan sebenar lalulintas di sana. Cuma pernah lah juga mendengar rakan-rakan yang pernah ke Indonesia memberitahu keadaan jalanraya yang begitu sesak dan terpaksa terperangkap selama berjam-jam. Artikel di bawah dipetik daripada Utusan Online hari ini.

—————————————————————————

ISU kesesakan lalu lintas atau disebut ‘macet’ di Jakarta, seolah-olah tidak pernah selesai. Sehingga baru-baru ini ada pihak yang menyalahkan Presiden Indonesia menjadi punca kesesakan yang semakin parah.

Melalui surat seorang pembaca sebuah akhbar, jalan utama dan lebuh raya menjadi sesak kerana kegiatan Susilo Bambang Yudhoyono yang pulang atau datang ke Istana Presiden yang terletak di Jakarta dari rumah peribadinya di Cikeas, dekat Bogor.

Ini adalah kerana 30 minit sebelum kenderaan presiden dan belasan buah kenderaan pengiring bergerak, jalan akan ditutup sepenuhnya termasuk kepada pejalan kaki.

Situasi itu menyebabkan mereka yang tinggal di laluan berkenaan sering lewat ke pejabat kerana terperangkap dalam kesesakan yang sangat parah.

Pembaca berkenaan menyarankan supaya Susilo supaya tidak terlalu kerap pulang ke kediaman peribadinya di Cikeas, kerana ia menyusahkan rakyat.

Surat pembaca itu akhirnya mendapat perhatian Susilo sendiri yang kemudiannya mengarahkan supaya tempoh penutupan lalu-lintas untuk tujuan keselamatan presiden dipendekkan.

Sebenarnya tanpa kegiatan ulang alik presiden itu Jakarta memang telah sedia sesak, tetapi penutupan jalan utama hanya menambah kepada masalah tersebut.

Penulis sendiri ketika menceritakan pengalaman terperangkap di dalam kesesakan selama empat jam hanya diketawakan oleh rakan, kerana mereka pernah terperangkap sehingga 10 jam.

Menurut data yang dikeluarkan oleh polis, dalam tempoh tujuh tahun ini kelajuan kenderaan bergerak pada waktu puncak di Jakarta telah menurun daripada 26 kilometer sejam, menjadi 20 kilometer sejam dan pada masa yang sama jumlah motosikal pula meningkat tiga kali ganda.

Daripada jumlah jam perjalanan di jalan raya, hanya 40 peratus digunakan untuk bergerak, selebihnya statik di dalam kesesakan.

Situasi itu menyebabkan pencemaran udara yang teruk dengan catatan dalam tempoh 365 hari, hanya 60 hari sahaja udara direkodkan bersih.

Kira-kira 63 peratus penduduk pula menghabiskan 20 hingga 30 peratus pendapatan mereka untuk belanja pengangkutan.

Kerugian ekonomi akibat ketidakcekapan sistem pengangkutan dianggarkan kira-kira Rp5.5 trilion atau kira-kira RM2 bilion setahun dan kerugian akibat kualiti udara adalah sebesar Rp2.8 trilion setahun (kira-kira RM1 bilion).

Pertumbuhan jumlah kenderaan bermotor pula meningkat 9 peratus setahun, manakala pertambahan jumlah jalan meningkat 0.01 peratus sahaja setahun.

Pelbagai langkah telah diambil termasuk memperkenalkan sistem 3 dalam 1 iaitu hanya kenderaan yang mempunyai tiga penumpang yang dibenarkan masuk ke pusat bandar pada masa puncak dan menyediakan laluan khusus untuk bas yang dikenali sebagai Busway, tetapi ia tidak membantu menyurai kesesakan lalu lintas di Jakarta.

Projek monorel pula terbengkalai hanya tinggal tiang-tiang di sekitar Jakarta kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh pemaju.

Kini ramai pula mahu kembali kepada idea yang dilontar semasa pemerintahan Presiden Suharto, supaya pusat pemerintah dipindah Indonesia dipindah dari Jakarta ke kawasan lain seperti ke Kalimantan. Jakarta pula hanya dijadikan kota khusus untuk urusan perniagaan sahaja.

Mungkin ada logik idea sedemikian kerana kesesakan lalu lintas di Jakarta hanya dapat diselesaikan dengan tindakan drastik oleh pemerintah.

Persoalannya kini apakah pemerintahan Susilo cukup berani untuk melaksanakan tindakan drastik sedemikian?

Haha..ni bukan nak cerita pasal garam sebenarnya. Ni nak cerita tentang filem Salt lakonan Angelina Jolie.

Selasa malam (27 Julai 2010) baru-baru ini, ex-housemate saya, Nurul mempelawa saya untuk menonton tayangan preview filem Salt yang ditayangkan di pawagam-pawagam bermula pada hari Khamis 29 Julai 2010. Bila tau yang saya dapat menonton lebih awal daripada kebanyakan orang yang lain, ofkoslah saya tak akan melepaskan peluang ni kan? Nurul mendapat tiket tayangan preview ini daripada rakannya yang menang peraduan yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Oleh kerana rakannya itu tinggal di Kedah, tak kuasalah dorang nak datang KL semata-mata nak tengok wayang, kan? Ape kejadahnya!

Kami menonton di Cathay Cineplexes, Cineleisure Damansara. Nurul datang ambil saya selepas Maghrib dan kami makan-makan, lepak-lepak dulu di McD sementara menunggu waktu tayangan pada jam 9.30 malam.


The Tickets. Macam poskad


The Tickets bersama burger baru McD – GCB


Nurul yang baik. Tq!


Weee….

Secara peribadi, saya suka filem ini walaupun ada review yang menyatakan filem ini biasa-biasa saja kerana menurut mereka, aksi Angelina Jolie sudah tidak tangkas lagi seperti karakternya dalam filem-filem Tomb Raider dan Mr. & Mrs. Smith. Apa pun komen mereka, bagi kaki wayang, saya amat menyarankan filem ini untuk ditonton. Enjoice!

Poster Salt

Angelina Jolie stars in ‘Salt,’ a contemporary espionage thriller about a CIA agent who is accused of being a Russian spy and becomes a federal fugitive.

Selamat menonton!