Ujie Situ Sana Sini

Aku Hidup Kerana Cinta…Cinta Allah, Cinta Keluarga, Cinta Kekasih

Saya tak pernah lagi sampai ke Indonesia, jadi saya tidak tahu keadaan sebenar lalulintas di sana. Cuma pernah lah juga mendengar rakan-rakan yang pernah ke Indonesia memberitahu keadaan jalanraya yang begitu sesak dan terpaksa terperangkap selama berjam-jam. Artikel di bawah dipetik daripada Utusan Online hari ini.

—————————————————————————

ISU kesesakan lalu lintas atau disebut ‘macet’ di Jakarta, seolah-olah tidak pernah selesai. Sehingga baru-baru ini ada pihak yang menyalahkan Presiden Indonesia menjadi punca kesesakan yang semakin parah.

Melalui surat seorang pembaca sebuah akhbar, jalan utama dan lebuh raya menjadi sesak kerana kegiatan Susilo Bambang Yudhoyono yang pulang atau datang ke Istana Presiden yang terletak di Jakarta dari rumah peribadinya di Cikeas, dekat Bogor.

Ini adalah kerana 30 minit sebelum kenderaan presiden dan belasan buah kenderaan pengiring bergerak, jalan akan ditutup sepenuhnya termasuk kepada pejalan kaki.

Situasi itu menyebabkan mereka yang tinggal di laluan berkenaan sering lewat ke pejabat kerana terperangkap dalam kesesakan yang sangat parah.

Pembaca berkenaan menyarankan supaya Susilo supaya tidak terlalu kerap pulang ke kediaman peribadinya di Cikeas, kerana ia menyusahkan rakyat.

Surat pembaca itu akhirnya mendapat perhatian Susilo sendiri yang kemudiannya mengarahkan supaya tempoh penutupan lalu-lintas untuk tujuan keselamatan presiden dipendekkan.

Sebenarnya tanpa kegiatan ulang alik presiden itu Jakarta memang telah sedia sesak, tetapi penutupan jalan utama hanya menambah kepada masalah tersebut.

Penulis sendiri ketika menceritakan pengalaman terperangkap di dalam kesesakan selama empat jam hanya diketawakan oleh rakan, kerana mereka pernah terperangkap sehingga 10 jam.

Menurut data yang dikeluarkan oleh polis, dalam tempoh tujuh tahun ini kelajuan kenderaan bergerak pada waktu puncak di Jakarta telah menurun daripada 26 kilometer sejam, menjadi 20 kilometer sejam dan pada masa yang sama jumlah motosikal pula meningkat tiga kali ganda.

Daripada jumlah jam perjalanan di jalan raya, hanya 40 peratus digunakan untuk bergerak, selebihnya statik di dalam kesesakan.

Situasi itu menyebabkan pencemaran udara yang teruk dengan catatan dalam tempoh 365 hari, hanya 60 hari sahaja udara direkodkan bersih.

Kira-kira 63 peratus penduduk pula menghabiskan 20 hingga 30 peratus pendapatan mereka untuk belanja pengangkutan.

Kerugian ekonomi akibat ketidakcekapan sistem pengangkutan dianggarkan kira-kira Rp5.5 trilion atau kira-kira RM2 bilion setahun dan kerugian akibat kualiti udara adalah sebesar Rp2.8 trilion setahun (kira-kira RM1 bilion).

Pertumbuhan jumlah kenderaan bermotor pula meningkat 9 peratus setahun, manakala pertambahan jumlah jalan meningkat 0.01 peratus sahaja setahun.

Pelbagai langkah telah diambil termasuk memperkenalkan sistem 3 dalam 1 iaitu hanya kenderaan yang mempunyai tiga penumpang yang dibenarkan masuk ke pusat bandar pada masa puncak dan menyediakan laluan khusus untuk bas yang dikenali sebagai Busway, tetapi ia tidak membantu menyurai kesesakan lalu lintas di Jakarta.

Projek monorel pula terbengkalai hanya tinggal tiang-tiang di sekitar Jakarta kerana ditinggalkan begitu sahaja oleh pemaju.

Kini ramai pula mahu kembali kepada idea yang dilontar semasa pemerintahan Presiden Suharto, supaya pusat pemerintah dipindah Indonesia dipindah dari Jakarta ke kawasan lain seperti ke Kalimantan. Jakarta pula hanya dijadikan kota khusus untuk urusan perniagaan sahaja.

Mungkin ada logik idea sedemikian kerana kesesakan lalu lintas di Jakarta hanya dapat diselesaikan dengan tindakan drastik oleh pemerintah.

Persoalannya kini apakah pemerintahan Susilo cukup berani untuk melaksanakan tindakan drastik sedemikian?

6 Comments

  1. gigolo
    9:01 pm on August 2nd, 2010

    buuoooobuuuu……….tajuk lain…tajuk lain….tak minat…tajuk lain…tarak idea lah tu…we want new stroy!!!we want new stroy!!!PLZ UJIE MAFIA karang ceta vogue2 utk peminat cik UJIE MAFIA…huhuhu..( hilang mood nak baca )

  2. gigolo
    9:04 pm on August 2nd, 2010

    kat malaysia ni dah memang sesak…jangan tambahkan topik sesat lagi…buuuuoooo….ni marah ni…peminat setia ni!!!ujie!!!ujie!!!ujie!!!ujie!!!ujie!!!ujie!!!( sewel dah ni )

  3. Ujie
    10:44 pm on August 2nd, 2010

    Alamak..ade orang mengamuk..baiklah, lepas ni cerita lain..huhu

  4. muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminnn

  5. riduanshaq
    4:29 pm on August 11th, 2010

    satu hari nanti kalau tak beringat cni pun akan jadi mcm sna…. mustahil?? memang x mustahil.

  6. Hahn
    4:35 am on November 14th, 2010

    Lambat lagi KL nak jadi macam Jakarta.

    Jakarta 12 juta orang. 4 juta keluar masuk yang tinggal 8 juta.

    Hampir2 separuh rakyat Malaysia. Sebagaimana kita tahu kepadatan penduduk Pulau Jawa adalah sangat tinggi.

    Kita tinggal di Setapak pukul 8 malam di Danau Kota pun sepi tapi Jakarta macam orang nak pergi kerja pagi2 walaupun sudah pukul 11 malam!

    Jalan jalannya penuh dengan orang ramai tidak seperti KL.

    Ada highway pun jam. Menyesal lak masuk highway elok ikut jalan lama.

    Pengalaman di sana semasa bekerja di Tebet Jakarta Selatan.