Marilah kita mengakhiri entry 2010 dengan entry masak-memasak. Ya, hari ni hari bertuah saya. Pagi tadi saya dah berangan nak buat puding roti dan bercadang nak tumpang memasak di rumah seorang rakan sebab saya takde oven. 🙁 Tapi entah macamana, seorang rakan yang lain tiba-tiba meng’offer’ oven lamanya kepada saya memandangkan dia ingin berpindah rumah dan dia dah ada oven baru. Macam tau-tau je.
So, lepas dah beli bahan-bahan, saya pun mula sesi masak-memasak. Simple sangat resepinya. Resepi yang diambil dari internet dan ditukar ikut selera sendiri. So cekidaut!
Bahan-bahannya :
1. Sebuku roti Butterscotch Gardenia (senang sebab dah siap ada kismis)
2. Sebotol susu segar Dutch Lady
3. Satu penutup esen vanilla
4. 2 biji telur
5. 2 sudu gula pasir
Bahan-bahan utama
Cara-cara membuatnya :
Carik-carikkan roti jadi kecik-kecik
Rendam dalam air sejuk untuk melembapkan roti dan kemudian ditapis
Pukul 2 biji telur
Larutkan 2 sudu gula
Masukkan satu penutup esen vanilla
Masukkan roti dan campuran susu segar dalam loyang
Bakar selama 40 minit pada suhu 180°
Keluar dan sejukkan
Taraaa….potong dan ngap!
Sekian saja rancangan masak-memasak untuk tahun ni. Selamat tahun baru 2011! Semoga segala impian kita di tahun baru nanti akan termakbul. Amin
Dalam pada saya sebok-sebok nak saman orang, saya pun banyak saman rupanya. Tapi semua saman trafik. Hihi.. Cekidaut!
Haha, paling banyak saman menghalang lalulintas. Ni kes takde parking lepas tu main parking keta suka-suka hati. Hambek ko sampai 4 TRAFFIC OBSTRUCTION! Lepas tu, kesalahan SPEEDING ada satu. Tak sure kat mane sebab dia tulis KUALA LUMPUR je. Kesalahan U-TURN AT SPEED LIMIT AREA tu kat Kepong. Kalau masa buat u-turn tu selamat, mungkin tak kena saman, tapi ni sampai berlanggar dengan keta BMW! Ada korang berani accident dengan BMW? Akak ada hokeh.. Dahlah lagi bape hari nak raya. Isk. SEATBELT OFFENCES tu pulak ada sejarah dia tersendiri. Malas nak cerita sebab nanti memakan diri sendiri pulak. Gagaga..
Sekarang, PDRM menawarkan diskaun sehingga 50% bagi saman-saman tertunggak yang boleh didiskaunkan sehingga tarikh tutup yang akan diumumkan kelak. Hari tu saya dengar sampai 15 Disember, tapi tadi saya baca kat web MyEG, diskaun 50% masih diteruskan selepas 15 Disember. Kalau macam tu, bayar tahun depan lah. Ngeh ngeh ngeh.
So, total 7 saman dengan jumlah keseluruhan kalau saya nak bayar (haha, boleh?) ialah RM460! Ni shopping handbag best gak ni.. InsyaAllah saya akan bayar gak saman-saman ni. Dah bersalah, kenalah tanggung kan?
Oh ya, untuk memudahkan anda memeriksa saman-saman anda, silalah daftar di MyEG. Senang dan pantas. Boleh cek saman JPJ, saman bankrap (insolvensi), bayar bil TNB, nak buat myKad pun boleh, urusan imegresen dan macam-macam lagila.
So, sila cek saman korang sekarang. Yang dah tau ada saman tu, korang dah bayau ke?